MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday 30 November 2012

Kembara ACM ICPC di Hatnyai II

First Time

This journey is absolutely different.

Instead of directly departed to Thailand, we landed at Alor Setar Airport. Must be reason for not staying at Hatnyai,as that there must be several considerations that had been made as the lecturers decided us to stay at Changlun.

For what the reasons, this journey gives me opportunity to land at Alor Setar airport. This is the first time for that. 

The flight from LCCT to this airport is really short. Even to finish up all the dishes given in the flight I do not have much time for that. Also feels as if the flight just 30 minutes in the sky.

Staying at Changlun

The hotel we stayed there named T hotel, which buildings is orange in colour and just few minutes to Pekan Changlun by walking.

As our destination is Hatyai, we have to get up early in the morning and departed there as early as possible. Well, this is really wasting as we do not have time to have breakfast at the hotel, which we already paid for staying there. And two morning breakfasts we had missed. What-so-a-waste!

So actually, this is the consequences of staying far away from the actual place. Need to wake up early, spending much time in the van, missing the breakfast prepared by the hotels and others.

Immigration

The first day to Hatyai was actually a quite problematic day for us as we still don't know what will happen. No picture at all on our journey.

We thought that we all ready early for the first day. But the fact is the opposite. Arriving at the Bukit Kayu Hitam at 8.00 a.m. is a bit late actually. Hundreds of people already there queuing to pass this Malaysia-Thai border.
As we did not know anything, we realized that we only had passport in our hand without the immigration form. Without help from any tourist guide, we had a problem of having the form. Thus, we just get it from a woman sitting there under an "umbrella" whose helping people without immigration form by filling it up instead of we ourself doing it. It is quite shocking as she asks RM10 per person for that simple task. And finally she got RM100 from 10 of us. Very easy right?

But in the second day, we already noted where to get that immigration form, hence we saved up RM100 this time for filling that form by ourself.

For the first day also, as we had to queue that long, we spend another one hour there just to pass that immigration. Arriving at 8.00 a.m, passing the immigration also at 8.00 am, but at local time (Thailand).

To be continued...

Saturday 24 November 2012

Orang jahil takut tuhan, orang alim ikut nafsu

Walaupun tajuk kali ini boleh mengundang salah faham, diharap mesej yang ingin disampaikan dapat difahami pembaca. Quote ini saya dengar dari kata-kata Ustaz Rashidy Jamil, sama juga entri sebelum ini yang bertajuk Bicara Tasawuf: Zuhud, ia juga dari Ustaz Rasyidy Jamil. Sedar tak sedar itu juga adalah kali kedua saya buat post tentang zuhud, yang pertama adalah berkenaan kaitan sifat zuhud dengan ekonomi.

Kali ini pula post tentang orang jahil dengan orang alim. Dikatakan dalam tasawuf bahawa berkawan dengan orang jahil yang takut tuhan itu lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang ikut nafsu. Ini kerana jahil apakah lagi seseorang itu jika dia takut dengan tuhan? Dan alim apanya lagi yang ada pada seseorang yang ikut nafsu?


Contoh yang diberikan ustaz cukup menarik. Menurut ustaz, orang dulu-dulu suka untuk menghadiri pesta hiburan yang diadakan jarang-jarang di kampung-kampung, boleh jadi seminggu atau dua minggu sekali. Hiburannya pula berbentuk semacam dikir barat, wayang kulit dan lain-lain budaya Melayu yang lama (rasa rugi pula banyak budaya melayu yang tak sempat merasa!). 


Hiburan dulu jauh berbeza dengan sekarang, kan? Sekarang, hiburan boleh dikatakan ada setiap masa, manusia berhibur sepanjang masa melalui tv, radio, internet dan macam-macam medium lagi. (Astaghfirullah atas dosa-dosa kecil kita!)


Kemudian, diceritakan bagaimana wanita dulu yang apabila nak pergi ke pesta hiburan tersebut, mereka ingin untuk membuat rambut mereka jadi kerinting? Namun, ada sesetengah mereka yang kemudian terfikir kembali dan berasa perkara ini salah. Contoh dengan berkata, "Ehm, tak jadilah nak kerinting rambut takut kena laknat dengan Allah sebab mengubah ciptaan Allah," katanya.


Walaupun sebenarnya membuat rambut kerinting itu tidak sama sekali dikira sebagai mengubah ciptaan Allah dan tidaklah haram, namun oleh kerana takut tuhan perkara yang tak diketahui salahnya pun mereka telah tinggalkan. Inilah baiknya bila wujud rasa takut tuhan dalam jiwa manusia. 


Cerita orang alim pula begini. Orang alim ni dia banyak hujah dan dalil sebabnya telah mendengar pelbagai pandangan ulama'. Sebagai contoh dalam bab rokok. Ada ulama' mengharamkan dan ada juga yang mengatakan hukumnya sekadar makruh. Maka, orang alim ni tentulah akan mengatakan ini adalah perkara khilaf, lantas mengikut nafsunya untuk memakai pendapat yang merokok itu makruh.


Lagi teruk bila ada orang alim ni betul-betul suka ikut nafsu. Walaupun telah banyak mendengar dan menadah ilmu, namun ilmu itu seolah-olah tidak meresapi ke dalam jiwanya. Maka tertanyalah kita apa ilmu lagi yang perlu diajar supaya dia dapat didik nafsunya itu? Astaghfirullah sekali lagi jika kita tergolong dalam golongan ini. Kemudian, jangan putus asa dari rahmat Allah, terus bertaubat dan kita masih kena terus-menerus mujahadah lawan nafsu kita. Itu yang perlu dilakukan.


Diharapkan entri ini tidak menjadikan orang alim itu putus asa dan menjadi sebab untuk seseorang itu terus menerus berada dalam kejahilan. Ianya sekadar untuk mengetuk kepala orang alim yang ikut nafsu supaya berhenti dari terus melakukan yang sedemikian dan perlunya mewujudkan rasa takut kepada Allah dalam diri masing-masing.

Wallahuaklam.


Bicara Tasawuf: Zuhud

Apakah maksud zuhud?

Zuhud bermaksud tidak cenderung kepada dunia. Tidak cenderung bukan bermaksud tinggalkan dunia, tapi orang yang zuhud mengambil dunia tapi hatinya tidak cinta kepada dunia.

Bagaimanakah contoh orang tidak zuhud? Contohnya seorang yang mengikut trend, tak kisahlah trend apa. Paling simple henset. Kalau kita tengok kemajuan teknologi henset begitu pantas. Seingat-ingat, henset mula berubah dari barang kemewahan kepada keperluan bagi setiap orang pada tahun 2006. Masa tu baru di tingkat empat. 

Entah semena-mena tiba-tiba ramai orang sekeliling memiliki henset terutamanya dari kalangan kawan-kawan sendiri yang masih lagi belajar. Dari monophonic, kemudian beralih kepada polyphonic, kemudian dengan macam-macam lagi teknologi yang tidak saya tahu sebab memang seorang yang outdated. 

Kalau hari ini pula, dengan androidnya, ipad, iphone, ipod dan macam-macam lagi. Setiap satunya beralih dari satu model ke model yang lain dengan cepat. Kalau lah ada orang yang jenis asyik tukar je henset sebab nak yang latest model, orang tersebut tidaklah dinamakan zuhud. 

Adakah semudah itu kita hukum seseorang itu tidak zuhud? Tidak juga. Ia juga bergantung kepada kegunaan kita terhadap teknologi itu. Jika kita menggunakan sesuatu teknologi yang latest sebab kita memang perlu sangat menggunakan teknologi itu, maka itu tidak dikira tidak zuhud. Paling mudah kita tengok ustaz-ustaz sekarang, ada yang pakai Ipad semasa bagi kuliah agama. 

Tapi, kalaulah seseorang itu beli Ipad, tapi gunakannya untuk aplikasi yang asas sahaja, maksudnya seseorang itu tidak zuhud. Lagi contoh, seseorang beli kereta Ferrari yang terbaru (model apa saya tak tahu), tapi hanya naik Ferrari itu untuk sekadar teman bini ke pasar, hantar anak ke sekolah dan lain-lain kerja yang remeh, ini dikira sebagai tidak zuhud. Lainlah kalau dia memang beli Ferrari dan gunakannya contoh untuk meeting kerja di Kota Bharu paginya, kemudian ada appointment di Kuala Terengganu tengaharinya, kemudian ke Kuantan jumpa kerabat kat sana petang itu dan malamnya pula sempat tidur di samping isteri di rumah, ini baru maksud betul-betul gunakan kereta itu. Bahkan sudah jadi rutin harian terpaksa ke tempat yang jauh-jauh atas komitmen kerja. Maka ini tidak dikira sebagai membazir dan tidak juga dikira tidak zuhud. 

Begitu sebenarnya konsep zuhud.

Disebutkan kisah pernah Imam Syafie melihat gurunya Imam Malik memakai jubah berharga 1000 dinar. Ye, 1000 dinar. Bukan 1000 ringgit.

Tergamam Imam Syafie. Apatah lagi gurunya yang pernah mengajarnya supaya zuhud dan sebagainya akhirnya memakai jubah yang berharga 1000 dinar. Biar betul?

Apa jawapan Imam Malik? Beliau berkata, jubah yang berharga ribuan itu beliau pakai atas dua(2) sebab. Pertama, beliau pakai hanyalah sewaktu majlis pengajian hadis nabi yang beliau ajarkan supaya untuk memuliakan nabi. Kedua, pakaian itu tidak lain hanyalah hadiah dari salah seorang muridnya, sedangkan menghargai hadiah seseorang untuk menggembirakan hati seseorang adalah dianjurkan dalam agama. Maka jelas Imam Malik tidaklah dikira sebagai tidak zuhud dengan memakai jubah yang mahal itu.

Bagi kita orang awam sekarang ini, ada pengajaran untuk kita dari kisah di atas. Apa kata kita buat macam ni. Beli satu pakaian yang mahal, lepas itu pakaian itu kita pakai waktu nak solat sahaja. Sampai orang lain nampak kita pakai baju mahal itu saja, orang tahu dah yang kita baru nak pergi solat jemaah di masjid ataupun baru sahaja pulang dari solat di masjid. Kan lain tu.

Sama juga kalau kita ada Ferrari sebuah kat rumah sebagai contoh, gunakanlah ia untuk ke masjid. Kena pula on the way ke Masjid itu, hari hujan. Jumpa pula seorang yang berkejaran mencari tempat berlindung dari hujan. Tanpa berfikir panjang, terus kita tawarkan kepada orang tersebut untuk tumpang kereta Ferrari mewah tu untuk ke masjid  sama-sama menunaikan  solat jemaah. Kan lain tu? Ni tidak, ada setengah orang tu kalau nak pergi solat kat masjid pakai kereta buruk-buruk sahaja, nak pergi ke pasar pula baru pakai Ferrari. Nampak tak permainan dia kat situ? Tujuan apa sebenarnya dia pakai kereta itu?

Kesimpulannya, walaupun kita menggunakan sesuatu yang pada pandangan umum seolah-olah tidak zuhud seperti menggunakan barang mewah, kita tetap tidak dikira sebagai tidak zuhud dengan dua sebab: 
1)kita betul-betul gunakan barang tersebut dan kita memang perlu gunakanyya, bukan sekadar nak menunjuk-nunjuk. 
2) Gunakan ia untuk menunjukkan gahnya Islam, hebatnya Islam, menaikkan syiar Islam, bukannya menunjukkan kehebatan individu.

Sekian sahaja, wallahuaklam.

Thursday 22 November 2012

Aktuari tuntutan fardhu kifayah yang sukar

Aktuari


Tahukah anda siapakah aktuari? Aktuari ialah seorang profesional yang berautoriti di dalam bidang insurans atau takaful. Seorang aktuari yang berkelayakan mampu dengan segala kepakarannya mengira dan memastikan premium sesuatu produk insurans itu cukup bagi memastikan sesebuah syarikat insurans atau takaful itu meneruskan operasinya tanpa risiko bankrap.


Ringkas operasi insurans 


Syarikat insurans beroperasi dengan mengumpulkan dana daripada sekumpulan masyarakat yang ramai. Bahagian pertama dari dana ini sudah tentunya digunakan untuk perbelanjaan dan kos operasi termasuk komisyen untuk ejen dan gaji para pekerja. Kemudian, sebahagian besar wang terkumpul akan dilaburkan di dalam banyak jenis aset termasuk saham, amanah saham, hartanah, pasaran modal dan lain-lain. Sebahagian dari dana tersebut juga akan digunakan untuk membayar claim dari pemegang polisi produk insurans ini.


Seseorang aktuari sebenarnya telah membuat andaian berapa ramai dari kalangan pemegang polisi tersebut akan membuat claim setiap tahun. Namun, apakah yang akan berlaku sekiranya claim ini melebihi jangkaan tersebut? Bagaimanakah pula sekiranya pelaburan yang dibuat tidak memberikan pulangan yang seperti yang telah dijangkakan? Tentu saja ada kemungkinan yang wang yang terkumpul tidak mampu untuk membayar jumlah tuntutan yang begitu tinggi. Ini membawa kepada kerugian syarikat operator insurans seterusnya boleh membawa kepada bankrapnya syarikat ini. Kesan bankrapnya sebuah institusi kewangan besar kepada sistem ekonomi keseluruhannya adalah sangat besar dan dahsyat, tidak hanya terhad kepada syarikat itu sahaja. Ia boleh memberi kesan kepada banyak pihak yang lain.

Andaian jumlah tuntutan claim yang dibuat dan andaian pulangan pelaburan ialah antara dua perkara paling basic yang diandaikan oleh seorang aktuari, bahkan terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan oleh aktuari sebenarnya.

Takaful


Takaful ialah sebuah produk insurans yang mengikut lunas-lunas syariah. Oleh yang demikian, segala operasinya seharusnya menepati syariah. Segala urusan tersebut biasanya akan disahkan oleh panel penasihat syariah yang dilantik oleh sesebuah syarikat takaful itu. Biasanya juga, ahli panel tersebut merupakan seorang yang berlatar belakangkan agama dengan pengetahuan tentang operasi model takaful yang cukup minima. Seorang aktuari pula seorang yang paling jelas dengan sesebuah produk takaful ini. Dialah yang mengetahui segalanya tentang operasi takaful ini secara teknikalnya. Perbezaan dua latar belakang ini kadang-kadang membuka peluang kepada salah faham dan lebih teruk manipulasi seorang aktuari terhadap ahli panel syariah tersebut lantas boleh memberi kesan kepada kepatuhan syariah seseuatu produk takaful.


Statistik di Malaysia


Menurut statistik dari Actuary Society of Malaysia, hanya terdapat 86 orang aktuari berkelayakan di Malaysia dengan hanya 13 daripadanya Muslim, 3 daripadanya pula ialah bukan asal warganegara Malaysia.


Ini bermakna hanya 10 orang Melayu Muslim dari negara kita menjadi aktuari berkelayakan di negara kita. Walhal, jumlah aktuari Muslim yang diperlukan sepatutnya jauh lebih banyak daripada itu.

Pada masa yang sama, terdapat 12 operator takaful di Malaysia beserta 4 operator retakaful. Ini menjadikan terdapat 16 operator takaful untuk dijaga oleh 13 orang aktuari Muslim, lantas sudah tentu ada operator takafulnya yang aktuari yang bertugas adalah bukan Islam. Inilah yang menjadi kebimbangan kita sama ada produk takaful yang dibuat oleh aktuari bukan muslim ini benar-benar patuh syariah atau tidak.

Renungan


Disini jelas bahawa aktuari muslim amat diperlukan di negara kita untuk mereka menjaga salah satu produk kewangan yang diakui oleh agama Islam. Tapi kenapakah begitu sedikit bilangan aktuari muslim ini? Tentu sekali kerana kelayakan untuk menjadi aktuari ini adalah sangat sukar. Ia memerlukan ilmu statistik dan probability yang cukup tinggi dan mendalam. Oleh yang demikian, aktuari sepatutnya sudah mula dijadikan salah satu bidang yang perlu dikuasai oleh Muslim di Malaysia, salah satu bidang yang cukup kritikal untuk dipilih selain perubatan, engineering dan sebagainya.

Wednesday 21 November 2012

Asas Muamalah: Konsep Harta dan Pemilikan

Dalam sistem Muamalah Islam, konsep harta dan pemilikannya amat dititikberatkan. Hal ini kerana bukan semua perkara boleh dijual-beli. Hanya harta yang berada dalam pemilikan si penjual sahaja yang boleh dijual beli. Bahkan, sesuatu perkara atau barang itu mesti menepati beberapa syarat sebelum ia dikategorikan sebagai harta.

Syarat-syaratnya ialah yang pertama benda tersebut mestilah mempunyai nilai (najis dikira sebagai tiada nilai, melainkan telah berubah sifatnya menjadi baja), kedua, ia boleh memberi manfaat kepada orang Islam (dadah dan rokok tidak memberi manfaat) dan ketiga ialah ia juga boleh dimiliki (barang yang tidak boleh dimiliki ialah seperti cahaya matahari). Sekiranya sesuatu barang itu gagal memenuhi syarat ini, maka benda tersebut tidak dikategorikan sebagai harta di dalam Islam seterusnya tidak boleh dijual beli. Maka, najis, dadah, rokok dan cahaya matahari tidak dikira sebagai harta dalam Islam (walaupun status rokok masih diperdebatkan).

Kemudian, selepas sesuatu barang sudah sah sebagai harta disisi Islam, harta tersebut mestilah sah berada dalam pemilikan si penjual sebelum ia menjual kepada pembeli. Aspek pemilikan pula penting dalam Islam kerana bentuk-bentuk pemilikan yang berbeza memberi natijah kepada kesan yang berbeza. Sebagai contoh, dua bentuk pemilikan ialah pemilikan sempurna dan pemilikan tidak sempurna. Di dalam Islam, hanya harta yang didalam pemilikan sempurna sahaja boleh dikenakan ke atasnya zakat, dan dalam Mazhab Syafi'e pula, hutang dikira sebagai harta dalam pemilikan sempurna, lantas di dalam pengiraan zakat seseorang itu, jumlah hutang yang diberikan kepada mana-mana peminjam perlu dijumlahkan sekali dengan nilai harta-harta yang lain. Maknanya hutang perlu dizakatkan.

Saturday 17 November 2012

Kembara ACM-ICPC Di Hatnyai

Alhamdulillah...

Tatkala penulisan ini dibuat, penulis sedang berehat santai melepaskan penat di T-Hotel, sebuah hotel berdekatan dengan pekan Changlun.

Letih memerahkan idea fikiran bukan kepalang! Berperang selama 5 jam di Prince of Songkhla University (PSU) International  Conventional Centre bersama-sama dengan sejumlah 65 kumpulan dari universiti-universiti 7 negara berbeza-Vietnam, Hong Kong, China, Singapura, Myanmar, Malaysia dan juga negara tuan rumah Thailand- menyelesaikan 10 soalan yang diberikan menggunakan kod program komputer sendiri menggunakan programming language sama ada C++, JAVA mahupun GUI.

Tambah memenatkan, perjalanan Changlun-Hatnyai mengambil masa hampir 2 jam, dengan kerenah dan pelbagai dugaan dalam melepasi kawalan imigresen kedua-dua buah negara cukup saja menguji kekuatan kami semua.

Rombongan kami dari USIM kali ini diketuai En Shaharudin yang menggantikan Prof Dr Norita-seorang pensyarah yang cukup disegani di kalangan pelajarnya- mengetuai rombongan seramai 9 orang yang dipecahkan kepada 3 pasukan; 1)USIMGEN5-penulis, Sirhan, Afdhal 2)USIMGEN6-Syed, Ahmad, Afifi & 3) USIMGEN7-Firdaus, Afifi, Hassan.

Banyak lagi perkara yang hendak dikongsi sebenarnya namun kepenatan yang masih terasa menghalang jari-jari ini untuk terus menaip merakam pengalaman sepanjang kembara ke sana.

Insyaallah ada peluang akan penulis sambung penulisan ini. Memori perjalanan dan pengalaman kali ini cukup berharga untuk dilupakan begitu sahaja.


Tuesday 13 November 2012

[Video] Kemah keming Ustaz Azhar Idrus Ep 1

Akhirnya, dapat juga ustaz a.k.a pendakwah kesukaan ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus masuk ke kaca TV menerusi program Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus.

Alhamdulillah.

Walaupun Ustaz Azhar tidak begitu digemari oleh sesetengah pihak kerana kebanyakan ceramahnya ada banyak kritikan kepada kerajaan dan imejnya yang lebih kepada pro-PAS, namun pihak terbabit pun akhirnya terpaksa jua menerima hakikat bahawa membawa masuk Ustaz Azhar ke dalam siaran tv mampu menarik rating yang tinggi terhadap saluran berkenaan.

Kalau tidak, masakan mereka sanggup menahan telinga dikritik dan ditegur. Walhal, kritikan dan teguran itu tidak lain hanyalah untuk kebaikan mereka jua. Rendahkan ego, dengar kata nasihat dari orang lain. Itu yang sebaiknya. Moga-moga dengan muncul ustaz Azhar di kaca tv mampu memberikan manfaat yang tinggi kepada masyarakat.

Selamat menonton.




Friday 9 November 2012

Tukar screen laptop RM250 (Lowyat)

Setelah berapa lama menggunakan netbook dell dengan skrinnya yang pecah, akhirnya berkesempatan menukarnya dengan yang baru. Kebetulan ada housemate yang ingin ke Low Yat sabtu lepas, terus dikirimkan netbook ini untuk ditukar gantikan skrinnya.

Skrin netbook tersebut telah pecah agak lama. Kesannya agak teruk di mana hampir 1/3 bahagian di sebelah kiri skrin ini kabur. Memang kalau ada tulisan kat bahagian ini sukar dibaca. Tapi pelik. Kenapa baru sekarang tukar?

Masa.

Tiada kesempatan ke Low Yat (untuk dapat harga murah) dan kerana semester ini memang sibuk dengan tesis dan juga pelajaran subjek Actuarial yang banyak menggunakan komputer. Contohnya dalam Actuarial Model banyak simulation yang perlu dibuat menggunakan perisian Visual Basic beserta Microsoft Excel.

Sekarang, tiada lagi masalah. Skrin telah ditukar baru. Netbook kembali kepada sediakala.

RM250 pun telah bertukar tangan. Ianya untuk menukar skrin netbook yang lebarnya 11 inci ni. Kalau 14 inci yang standard biasa tu kalau tak silap dalam RM300. Mahal kan? Harga netbook Dell ini pun RM1250 sahaja semasa aku beli dahulu. Maksudnya, harga skrin sahaja sudah 20% dari harga sebuah netbook.

Ku bertepuk dahi memikirkan perkara ini.....

Friday 2 November 2012

Rebat telefon pintar RM200 mula edar Januari

Demikian menurut berita dari Astro Awani, pagi tadi.

Memang saat yang ditunggu-tunggu. Paling kurang dapatlah tukar telefon saya yang lama tu.

Nanti dapatlah buat post yang menarik. Maklumlah, telefon macam ni mana boleh tangkap gambar. Ni tidak, dull je post-post sebelum ni. Tak menarik.

Tambah pula, memang niat di hati untuk membeli telefon pintar yang baru. Beberapa jenis memang sudah berada dalam radar saya. Tunggu masa sahaja. Duit juga.

Nak beli apa? Samsung Corby 2? Tak kot. Tak pakai android. Lagi-lagi adik sendiri pun baru juga beli jenis ni.. Abangnya mestilah up lagi.

Kebetulan, seorang kenalan USIM pula mula berjinak-jinak dalam perniagaan telefon. Baru sahaja semalam dia post harga-harga pasaran telefon SAMSUNG dalam fb beliau. Dia bandingkan harga yang dia jual dengan harga pasaran.

Harga-harga adalah seperti berikut:


SAMSUNG ORI SME 12 MTH
                                             *MY PRICE (RM)              **Market (RM)
                                                                           
Galaxy S3 16GB                            1799                                  1999
Galaxy S3 32GB                            2059                                  2199
Galaxy S2                                    1330                                  1380
Galaxy S Advance                         1020                                  1190
Galaxy Note                                 1599                                  1699 
Galaxy Note 2                               2220                                 2299
Galaxy Ace                                   589                                    599
Galaxy Ace Plus                             659                                    699
Galaxy Ace Duos                            659                                    699
Galaxy Beam                                 1429                                  1499
Galaxy Y                                       389                                    399
Galaxy Mini 2                                 550                                    599
Galaxy Chat                                  445                                    489
Galaxy Player                                550                                     599               
Wave 3                                       750                                     859
Corby 2                                       255                                     299
Champ Neo                                  195                                     299
Champ Deluxe                               280                                    359
Champ 2                                      239                                     299
Keystone                                       89                                       99
E1195 Cocunut                             129                                     159
E1200                                           89                                      119
Galaxy Note 10.1 16GB                 1999                                    2199
Galaxy Tab 2 10.1 Wifi + 3G           1359                                    1599
Galaxy Tab 2 7.0 Wifi                      899                                    1199
Galaxy Tab 2 7.0 Wifi + 3G             1180                                    1399
Galaxy Tab 7.7                             1689                                     1769

Sekurang-kurangnya dapatlah juga saya guna nanti bila nak beli telefon baru. Buat rujukan. Tak payah susah-susah survey harga model-model telefon ni.

Ada banyak lagi model telefon yang dia jual. SONY, Samsung, dan lain-lain.

Nak tahu, sila ke page beliau.


Promosi percuma dari saya kepada beliau. Rasanya dia tak kenal pun saya.
Takpelah.

Tuesday 30 October 2012

Hari ni ke HUSM lagi

Hari ni terpaksa ke Hospital USM lagi gara-gara perlu sambung ubat. Penyakit apa tak perlulah rasanya dinyatakan disini kerana penyakit tu taklah serius sangat. Sebab tak perlu jumpa doktor, hari ni pergi takdelah awal sangat, bertolak dari rumah pun pukul 11.

Lain kali, kalau nak pergi jumpa doktor, jangan la berani pergi lambat-lambat. Lagi lambat sampai, lagi lama la menunggu nak jumpa doktor di HUSM ni. Seeloknya pergi pukul 8. Time kaunter nombor tak buka pun lagi. Barulah cepat. Pesakit disini ramai je selalu. Mungkin kali ni pula ramai sebab tak jaga makan masa raya haji hari tu. Macam biasalah di Malaysia ni, asal je musim raya ramai la yang sakit-sakit terpaksa ke hospital.

So, sebab hari ni ambil ubat sahaja, terus la ke Unit Farmasi tu. Sampai-sampai je hati dah mula tak sedap sebab tengok barisan untuk mengambil nombor giliran di Farmasi melimpah sampai ke luar. Menyesal pulak tak datang awal. Tapi alang-alang dah sampai, dah masuk pun barisan, tunggu jugak la. Kalau ikutkan hati nak balik dulu, datang la petang nanti ke esok pagi ke.

Walaupun barisan panjang, masa menunggu untuk ambil nombor giliran takdelah lama sangat. Alhamdulillah. Bila sampai dekat dengan kaunter tu, baca notis kat situ. "Penguatkuasaan beg plastik untuk pengambilan ubat tidak akan dibekalkan bermula Mei 2009". 2009? Ya, 2009. Dah lama. Patutlah waktu bulan lepas aku ambil ubat dia tak bagi plastik. Aku pula tercegat kat situ tertunggu-tunggu bila la akak kaunter nak bagi plastik. Dah lama sangat tunggu aku pun belah la terus. Rupanya memang dia x bagi.

Kali ni harga ubat yang perlu aku bayar adalah RM12. Haritu RM6 sahaja kalau x silap.

Selesai ambil nombor giliran, terus cari tempat duduk yang kosong. Nombor giliran aku ialah 1120. Nombor sekarang ialah 105 di kaunter 1. Oklah. Tak lama kot.

Masa menunggu tu, terdengar la perbualan seorang gadis di belakang aku yang bercakap melalui handsetnya. Dengan loghat utaranya, ketahuilah aku yang dia ni orang utara. Tiba-tiba teringat kat seorang sahabat rapat dari Kedah. Terfikir entah apa la yang dia buat kat Kelantan ni. "Sahabat aku orang Kedah tu pun tak sampai-sampai lagi kat Kelantan ni", telah aku.

Dan satu yang menarik perhatian aku semasa menunggu giliran mengambil ubat itu ialah bila mana tertengok banting yang betul2 sebelah aku. "Kempen memulangkan ubat berlebihan". Ada pula kempen macam ni. Disitu turut dinyatakan faedah-faedah memulangkan ubat yang berlebihan.
1) Memastikan pelupusan ubat secara selamat.
2)Sebagai langkah untuk mengelakkan pembaziran.

Teringat pula akan ubat-ubatan yang aku ambil dari Klinik Hana dan di Klinik USIM di Nilai sana. Rasanya banyak juga yang tak sempat dihabiskan. Lagi-lagi ubat demam selesema. Kan kalau dah kebah demam tu biasanya orang dah tak makan lagi ubat tu. Lain lah kalau antibiotik, memang kena habiskan. So, tekad aku, kali ni nak guna ubat yang baru ambil ni secara berdisiplin. Ubat sebelum ni memang susah nak berdisiplin. Kejap on kejap off. Sebab tu banyak yang tak habis.

Harapnya menjelang pertemuan dengan doktor pada 23 Januari nanti, ubat aku habis dan lagi penting penyakit aku sembuh. Semoga yang maha penyembuh menyembuhkan aku dan mengampuni dosaku.









Tuesday 23 October 2012

Daudsu nazar botakkan rambut: Wajar atau tak?

Nazar itu ialah dengan melakukan perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah. Pernah dahulu pada zaman rasulullah ada seorang sahabat yang berdiri keseorangan di tengah-tengah panas yang terik. Apabila ditanyakan akan perihal dia maka diketahui sesungguhnya sahabat tersebut telah bernazar untuk berdiri di tengah-tengah mentari yang panas dalam keadaan berpuasa dan tidak akan bercakap dengan seorang pun.

Mengetahui akan nazar sahabat ini, maka rasulullah bersabda: "Pulanglah ke rumah mu, bercakaplah dengan orang lain dan teruskanlah puasamu."

Dapat difahami bahawa nazar yang handak dilakukan mestilah perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah seperti ibadah umum (puasa, solat, sedekah, beri makan dan sebagainya). Adapun perkara yang sia-sia itu tidak dibolehkan untuk dijadikan nazar.

p/s: Post ini bukan untuk menghighlightkan kesalahan individu tertentu. Ianya hanyalah sebagai teguran secara umum kepada semua memandangkan ianya sudah menjadi kebiasaan orang Melayu untuk bernazar dengan perkara sebegini (bercukur), alangkah baiknya nazar yang dilakukan itu berbentuk ibadah. Tambahan lagi sesungguhnya bercukur rambut itu tidak digalakkan untuk dilakukan melainkan dalam keadaan tertentu sahaja seperti umrah/haji/dll. Ini semua hanyalah petikan dari kefahaman penulis yang cetek yang dapat dari majlis-majlis ilmu. Semoga semua mendapat manfaat daripada post ini.

Piya lagi pilih Kelantan

Ini jawapan Piya apabila dikatakan yang beliau pernah menolak mentah-mentah tawaran untuk bermain dibawah Rajagopal.

Favourite quote dari beliau:
"ambo lebih suko maen untuk kelate"

Mantap!

Malaysia vs Hong Kong Full Highlight


Keputusan perlawanan ini rasanya semua sudah sedia maklum. Videonya pun mungkin rata-rata dah tengok.
So boleh dikatakan post ini agak terlewat jugaklah ni, ketinggalan zaman.

Pun begitu, apa yang ingin diutarakan sebenarnya ialah tak banyak video-video rangkuman perlawanan yang melibatkan game2 tempatan sebegini yang diupload oleh masyarakat maya. Kebanyakan video biasanya adalah yang memaparkan gol-golnya sahaja. Disini kita boleh lihat satu kelompongan yang mana juga boleh dilihat sebagai opportunity oleh sesiapa sahaja yang aktif di alam maya untuk upload video yang berbentuk full highlight, bukan sekadar golnya sahaja.

Dengan membina sebuah channel di youtube yang hanya meng"upload" video-video sedutan penuh perlawanan (full highlight), ini boleh menarik ramai pengguna internet untuk subscribe channel anda dan seterusnya mendapat rating yang tinggi. Mendapat rating yang tinggi pula tentu sahaja banyak faedah terutama untuk membuat bisnes internet. Tapi sudah tentu, channel tersebut mestilah pantas dalam upload video itu, kalau lambat upload sama juga.

p/s:Kalau anda tahu ada channel yang sebegini, boleh tak share link kat ruangan komen? Channel yang upload full highlight game2 liga tempatan dan yang melibatkan pasukan Malaysia.


Thursday 11 October 2012

OSKIC: How much you got?

my ranking
Well, this printscreen is actually my last week ranking. The point why I do not put the latest is because there is no much different between latest and last week ranking. This week, there isn't much profit that can earn because quite hard to predict the market. Till now, I'm making some from CIMB, IGB, Benalec and Mahsing. What about yours? Did you gain SOMETHING from Latexx? Hahah. Those who buy last week are very lucky right? I myself had put this counter in my shortlist last week. Just not my luck I guess.

And now, my interest on keep playing are declining as the top 10 players are very fast while we are very slow lagging behind. To gain 10k in a week is quite an impossible mission to do. It seems all the prizes are running away from me. Haha... Though, hope can gain some more and my target is to get at least 5k by the end of this game. 

That's all for now. I wish the best of luck to you all. Bye.

Thursday 20 September 2012

[Video] Bicara: Islam Agama Pembangunan- UZAR dan MAZA

Mungkin dah ramai dah yang tengok video ni, sama ada secara live sewaktu ia mula-mula bersiaran mahupun melalui video yang dikongsi di facebook.Kalau anda adalah dari kategori yang kedua, maksudnya anda sama dengan saya. Saya pun tengok menerusi link yang dikongsi di facebook sahaja. Namun, lebih menarik, saya menontonnya dalam keadaan baring terlantar gara-gara sakit perut. Tapi sekarang Alhamdulillah, Allah merahmati hambanya yang lemah ini dengan memberi penyembuhan.

Itulah, walaupun dalam keadaan sakit, saya masih dapat dengar beberapa point-point penting dan bernas dari kedua-dua ahli panel. Kedua-dua mereka dilihat sebagai cukup profesional bagi menyatakan pandangan  yang membina lebih-lebih lagi mengambil stand sebagai ahli akademik. Tak kurang banyak juga teguran-teguran membina yang dibuat ke atas kerajaan yang dilihat tidaklah keterlaluan, bahkan ianya adalah realiti yang sudah cukup diketahui umum bahawa banyak yang kerajaan Malaysia perlu  perbetulkan demi mengutamakan maslahah untuk rakyat jelata. Namun, lagi profesional, mereka juga tidaklah pula menidakkan serba sedikit kejayaan yang telah dilakar oleh kerajaan seperti dalam bidang perbankan Islam. Tidak pula memuji-muji sampai jadi kaki bodek. Jadi, orang-orang seperti inilah yang kita mahukan yang bercakap dan berjuang demi maslahah ummah, tidak kisah dari parti mana, dari PAS ke, UMNO ke, berpolitik biarlah jangan sampai memudharatkan.

Bagi yang belum menonton rancangan ini, disini saya kongsikan video tersebut. Ambillah mutiara ilmu dari 2 orang tokoh ilmuwan secara positif ye. Selamat menonton.


p/s: video kredit kepada pemilik...

Keputusan MUET Julai 2012

Bagi yang belum tahu, semakan keputusan MUET sudah boleh dilakukan bermula pada hari ini (20 Sept 2012). Cara untuk buat semakan berdasarkan laman web MPM ialah seperti berikut:
1) Melalui SMS: 
-Taip "MUET RESULT[No. K/P]
-Hantar ke 15888
-Semakan bermula jam 12.01 tgh malam 20 Sept 2012

2)Secara online di laman web MPM
-bermula jam 9.00 pagi 20 Sept 2012.

Sekian.

Saturday 8 September 2012

Mohonlah kepada Allah

Alhamdulillah, baru sahaja tadi aku sampai di rumah sewaku di Nilai, dan ini bermakna aku kini kembali bergelar "pelajar", seorang pelajar yang akan menghabiskan sisa-sisa pembelajaran formal di peringkat universiti yang hanya berbaki lagi 2 semester.

Perjalanan ke Nilai kali ini diiringi suasana kelam kabut di rumah gara-gara hilangnya bateri netbook yang telah hilang dari pandangan sejak seminggu sebelum Aidil Fitri yang lalu.

Pelik juga, bateri netbook itu yang aku tinggalkan di atas meja di ruang tamu itu tiba-tiba lesap. Aku masih ingat lagi aku cabutnya waktu itu, kerana seeloknya bateri itu dicas sewaktu netbook tidak digunakan. Kalau bateri itu sudah kehabisan "tenaga"nya, janganlah digunakan netbook itu sambil dicas bateri itu. Kalau tidak boleh rosak bateri itu. Setidaknya itulah yang biasa orang perkatakan, walaupun sudah berapa kali juga aku berbuat demikian. Namun tidak pula kali ini, aku cabut juga bateri itu sebelum menggunakan netbook aku.

Namun tidak berapa lama kemudian, barulah disedari bateri netbook itu kini tiada lagi disitu. Ayahku juga sering kali berkata-kata dia juga perasan bateri itu eolk-elok sahaja berehat tersadai di atas meja itu sebelum ini. 

Kemudian, habis semua ahli keluargaku telah kutanya perihal bateri ini. Namun malangnya, semua orang menidakkan telah mengalihkan mahupun terambil bateri itu.

Tidak berapa lama selepas itu, Aidil Fitri menjengah tiba. Dan perihal bateri yang hilang ini juga luput dari mindaku seketika. Kerana aku percaya benda alah ni pasti tidakkan kemana. "Pasti ada jua di rumah ini", dengus hati kecilku. Sehinggalah beberapa hari lepas, bila hari aku terpaksa bermusafir sekali lagi untuk menuntut ilmu semakin tiba, baharulah seluruh keluargaku sibuk kembali tercari-cari bateri ini.

Terutama sekali ayah dan ibuku, serta kakakku yang rajin itu, hampir seluruh rumah juga di"geledah" oleh mereka secara aman, tercari-cari dimanakah bateri itu. Aku pun sama, tercari-cari juga, takkanlah tengok sahaja orang lain tercari-cari. Tapi, disebabkan aku biasa cari masa orang takde kat rumah, memang aku ni kelihatan seolah-olah tenang sahaja, tak berusaha langsung nak mencarinya. Sekurangnya itulah yang dikatakan kakakku, "relax betul adik aku yang sorang ni, bateri netbook dia yang hilang, orang lain pula yang sibuk tercari-cari."

Tapi perkara itu memang harus aku akui. Memang aku relax-relax sahaja dengan kehilangan bateri ini. Paling teruk pun, aku ke Nilai nanti membawa netbook tak berbateri la jawabnya. Nak guna pun masa kat rumah sahajalah, tidak boleh lagi kubawa netbook itu ke hulu kehilir didalam kampus nanti, seperti yang biasa aku lakukan pada semester yang lepas. 

Mungkin itulah sebabnya aku tenang sahaja kali ini. Walhal, semester kali ini merupakan semester yang cukup mencabar, terpaksa menyiapkan tesis,dan hendak pula menyertai OSKIC. Semua ni memerlukan netbook, dapat gunanya sewaktu dikampus merupakan suatu bonus, ditambah pula dengan capaian internet di kampus melengkapkan kemudahan untuk aku menyiapkan tesis serta memantau harga saham.

Akhirnya, pada tengah hari tadi, terjawab jua teka-teki dimanakah bateri netbook itu. Adikku yang bongsu itu menjumpainya di bilik buku dirumah. Akhirnya termakbul jua doaku. Doa? Ya, cerita doa ini tidak aku ceritakan tadi. Disamping mencari bateri itu, aku panjatkan juga doa kepada Allah s.w.t supaya berilah petunjuk kepadaku dimanakah bateri ini. Benar, kadang-kadang, apabila manusia menghadapi masalah walaupun masalah yang kecil, sering mereka  terlupa untuk meminta dari Allah selain dari usaha mereka sendiri. Walaupun perkara yang kecil sekalipun, mohonlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat-amat sukakan hambanya yang meminta kepadanya. Semakin banyak kali diminta, semakin disukaiNYA. 

Jika perkara yang kecil macam ini pun boleh kita meminta pertolongan dari Allah, apa lagi dengan masalah yang besar. Lagilah perlu kita minta pertolongan dariNYA.

Mungkin doa itu jugalah yang menyebabkan aku berasa tenang-tenang sahaja....

p/s: Bukan cerita doa yang makbul hendak aku ceritakan, berdoalah sentiasa kepada Allah walaupun perkara itu kecil, ini mesej yang hendak disampaikan. Akupun tidak berani mengatakan doa aku makbul,  mengatakan doa makbul itu seolah-olah aku ini sangat baik lah pula, macam seorang yang diberkati doanya. Sebaliknya aku anggap mungkin ini rahmat Allah  yang maha pemurah kepadaku untuk memudahkan hambanya meneruskan kelangsungan pembelajaran semester ini. Wallahuaklam.

11.32 p.m, Nilai


Monday 3 September 2012

[Video] Bicara Mengapa Ummah Berpecah- DR Asri dan Hassan Ali

Dalam program Bicara TV Al-Hijrah semalam menampilkan dua figure terkenal negara iaitu Dr MAZA, iaitu mantan mufti negeri Perlis dan Dato Dr Hassan Ali iaitu Presiden JATI dengan diacarakan oleh moderator dan selebriti tv Al-Hijrah iaitu Amin Idris. Bicara kali ini cuba untuk mengupas tajuk "Mengapa Ummah Berpecah".

Sudah tentu, dengan kehadiran dua panelis yang mempunyai sudut pandang berbeza sedikit sebanyak menghangatkan suasana semalam. Tambah hangat lagi dengan komentar blogger-blogger baik dari pihak PR mahupun dari penyokong BN yang masing-masing menceritakan tentang program ini mengikut pandangan masing-masing sejak dari usai program semalam.

Mengikut pihak PR, antara lain tajuk-tajuk utama post mereka ialah "Hasan Ali kena belasah dengan bekas mufti'" yang merujuk kepada bagaimana Dr Asri menjelaskan tentang masih ada lagi kewujudan sesetengah golongan yang memperjuangkan Islam hanya mengikut bangsa (Melayu) sedangkan ini boleh menyebabkan Islam kelihatan ekslusif kepada Melayu dan tidak kepada kaum dan bangsa lain. Walhal, perkara ini tidak betul kerana Islam itu sifatnya universal.

Bagi pihak blogger BN pula, mereka menjawab dengan dakwaan bahawa PAS pun sebenarnya turut sama berjuang pada Islam hanyalah mengikut bangsa Melayu sahaja. PAS sebenarnya hanya menggunakan Islam sebagai alat demi kepentingan politik mereka. Ini hujah mereka di samping beberapa hujah lain yang boleh anda baca sendiri di blog-blog mereka.

Apapun, bagi yang belum menonton rancangan semalam, anda boleh tontonnya disini. Video ini telah diupload oleh onekuliah.blogspot.com di Youtube. Tonton sendiri dan buatlah penilaian yang bijak mengikut akal fikiran bukan dengan emosi serta taksub kepada mana-mana pihak.


Sunday 2 September 2012

Macam mana nak scan ni?

Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Sebenarnya bukan tak pandai, cuma lupa macamana nak scan. Yelah, scan ni jarang-jarang je aku buat. Buat bila perlu sahaja. So, walaupun dah beberapa kali buat, kemudian bila nak scan balik mesti tak ingat. Setiap kali lepas cucuk usb printer kat laptop tu, terus jadi blank. Blurr semacam je. Tengok-tengok kat desktop ni tak keluar apa-apa pun. Apa aku ingat "scan manager" tu keluar terus lepas cucuk usb printer tu ke?

Akhirnya, sebab dah tak tahu sangat, nak tanya orang pun malas sebab benda ni basic sangat, aku pun terus la ke Windows Help and Support, lepas tu search la "scan document". Lepas tu. ada la beberapa option kat situ. Nombor 1, scan a document with or photo with Windows Scan and Fax. Terus aku tekan option nombor satu ni. Kemudian, keluar la benda ni.


-How to scan picture-

Kemudian, aku ikut la arahan kat situ. Alahai, kesian betul aku ni. Kerja yang senang pun boleh jadi lama kalau tak biasa buat. Ingat ye, ni cara-cara dia.
1. Buka Windows Fax and Scan
2. Tekan New Scan

Aik, senang pulak. Apalah sangat dua step ni. Haha. Tapi itulah hakikatnya. Sebelum ni tak terlintas pula di kepala aku ada "Windows Scan and Fax" ni. Sebab tu la duk pusing-pusing, habis folder-folder dalam laptop aku ni aku explore nak tahu macamane nak scan. 

Anyway, ini entry sebenarnya hanya untuk rujukan aku sahaja. Nanti lain kali, senang nak rujuk, takdelah pening sangat.



Tuesday 28 August 2012

Tip OSKIC: Cara tengok harga saham

Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa dengan pasaran saham tentang beberapa tip-tip ringkas untuk main saham. Mudah-mudahan tulisan saya ini mampu memberi serba sedikit input dan ilmu berguna buat anda.

Buat kali ini, kita belajar dulu macam mana nak tengok harga saham. So, bila nak start main nanti, anda akan tengok platform harga saham yang akan disediakan oleh OSK. Platform yang anda gunakan dan tengok itu sebenarnya sama sahaja dengan yang para pelabur saham sebenar yang berurusan di bawah OSK gunakan untuk buat sebarang transaksi pelaburan. Tengok gambar dibawah untuk melihat platform tersebut.

-platform saham -
Dalam gambar diatas, kita boleh lihat pada bahagian atas gambar tersebut ada banyak butang-butang yang anda boleh tekan. Butang-butang ini boleh saya bahagikan kepada dua:

i) Butang pada barisan pertama di atas sekali itu seperti "get", "alert", "research" dan seterusnya. Butang-butang ini hanya akan berfungsi sekiranya anda terlebih dahulu klik pada mana-mana kaunter syarikat pada platform ini. Kaunter yang diklik akan dihighlight dengan 2 garisan berwarna kuning dimana dalam gambar di atas kauter saham yang saya klik ialah JCY yang berkod 5161. Selepas klik nama syarikat yang dikehendaki barulah anda boleh klik butang-butang ini. Butang yang biasa anda akan tekan ialah "research" untuk mendapatkan info tentang syarikat-syarikat ini,  :news", "chart" pula untuk melihat historical price syarikat ini dan juga boleh digunakan untuk membuat analisis teknikal tentang syarikat ini melalui graf, "tracker" untuk melihat order-order saham syarikat ini dipasaran dan lain-lain butang.

ii) Butang pada dua barisan bawah tersebut seperti butang "all", "favourite", "KLCI", "main", "top volume", "top gainer", "top loser" dan lain-lain butang. Butang-butang ini boleh anda explore sendirilah sebab tiada apa yang kompleks pun. Secara ringkas, untuk melihat syarikat-syarikat yang tersenarai dalam indeks KLCI, tekan butang "KLCI", untuk melihat senarai syarikat-syarikat dalam indeks ACE tekan butang "ACE" dan seterusnya. Setelah keluar semua senarai tersebut, anda boleh lihat syarikat mana yang mencatat untung paling besar dengan klik pada "top gainer" atau kaunter yang paling rugi dengan klik "top loser". Selepas klik pada butang-butang ini, ia akan susun atau "sort" kaunter-kaunter tersebut mengikut apa yang anda klik. Sebagai contoh, dalam gambar diatas, ia memaparkan kaunter-kaunter yang berada dalam indeks Syariah dan ianya disusun mengikut volume. Kaunter yang paling banyak volume berada di kedudukan paling atas iaitu kaunter SAAG dengan kod 9652. Jika dilihat, butang yang dihighlight dengan warna biru ialah "syariah" dan "top volume", iaitu dua butang yang saya tekan tadi.

Penerangan tentang butang-butang tadi sebenarnya belum masuk tajuk lagi. Itu baru mukadimahnya. Apa yang saya ingin sampaikan pada hari ini ialah mengenai bagaimana hendak tengok harga saham.

Jika anda perhatikan pada gambar diatas, pada kedudukan dibawah butang (ii) yang saya terangkan tadi, ada label-label seperti "code", "N", "currency" dan seterusnya.

Mari saya terangkan macam mana nak baca semua ini. Dalam gambar diatas, kaunter yang saya klik ialah JCY. Maklumatnya adalah seperti berikut:
  • Code: 5161
  • Name: JCY
  • Ref: 1.12. -----"Ref" adalah singkatan kepada reference iaitu harga rujukan ataupun harga semalam. Maksudnya, transaksi jual beli terakhir syarikat ini dalam pasaran sebelum market ditutup semalam ialah pada harga RM1.12 seunit. Harus diingat market ditutup pada pukul 5.00 petang setiap hari.
  • Open: 1.12. ---- "Open" ialah harga pembukaan hari ini. Ini bermaksud transaksi jual beli terawal hari ini untuk kaunter ini ialah pada harga RM1.12 seunit iaitu harga yang sama dengan harga ditutup semalam. Setiap hari market dibuka pada jam 9.00 pagi.
  • High: 1.13 ----"High" bermaksud harga tertinggi pada hari ini.
  • Low: 1.08 ----"Low" bermaksud harga terendah pada hari ini.

graf harga hari ini
Gambar diatas adalah untuk graf untuk harga hari ini. Melalui gambar tersebut dengan senang kita dapat lihat harga "open", "high" dan "low" kaunter JCY pada hari ini. JCY dibuka pada harga RM1.12 seunit, kemudian jatuh pada harga terendah pada RM1.08 seunit sebelum naik kembali pada harga tertinggi pada RM1.13 seunit dan terus lagi fluctuate mengikut pasaran saham. Untuk dapat graf ini, tekan pada butang "Tracker" pada butang (i) yang saya terangkan tadi.

  • B/Qty: 6433; Buy:1.10. ---- Pada masa tersebut, ada 6433 lot (1 lot = 100 unit) sedang menunggu untuk membeli pada harga RM1.10 seunit.
  • S/Qty: 8765; Sell: 1.11. ----Pada masa tersebut, ada 8765 lot  (1 lot = 100 unit) saham hendak dijual pada harga RM1.11 seunit.
  • Last: 1.11; L.vol:90. ---- Harga semasa ataupun harga transaksi terakhir jual beli saham kaunter tersebut ialah pada harga RM1.11 iaitu sebanyak 90 lot. (1 lot=100 unit)
Jadi, pada waktu tersebut, sekiranya anda ingin membeli saham kaunter ini, anda boleh beli pada harga RM1.11 seunit kerana sudah ada ready seller pada waktu itu dan anda boleh terus dapatkan saham ini pada harga tersebut, sebanyak mana lot saham yang anda inginkan tetapi terhad kepada 8765 lot sahaja. Jika melebihi bilangan lot ini, anda harus menunggu penjual lain yang mahu jual pada harga yang sama.

Anda juga boleh membeli pada harga lagi murah iaitu dengan membuat buy order pada RM1.10 seunit, tapi anda harus tunggu dahulu 6433 lot saham buy order sebelum anda dipadankan dengan sell order barulah buy order anda akan dimatchkan. Makin rendah harga saham yang anda buat buy order maka makin lambatlah anda dapat beli saham yang anda mahukan.

Sama juga jika anda mahu menjual saham kaunter JCY yang anda telah ada, sekiranya nak jual dengan cepat bolehlah jual pada harga RM1.10 seunit kerana sudah ada ready buyer, ataupun boleh juga dibuat sell order pada harga yang lebih tinggi tapi perlulah tunggu sedikit masa untuk sell order anda dipadankan dengan buy order dari pelabur lain yang sanggup membeli pada harga yang tinggi. 

Perlu difahami juga bahawa harga last price itulah harga pasaran sekarang. Membuat buy order pada harga yang lagi tinggi dari harga pasaran membuatkan order anda akan dipadankan dengan lebih cepat manakala menbuat sell order pada harga yang lebih rendah juga mempercepatkan transaksi anda untuk dipadankan.


  • Chg(%): -0.90.---- ini ialah "percentage change" iaitu peratus perubahan harga semasa berbanding harga semalam. Negatif bermakna harga harga semasa adalah lebih rendah manakala positif bermaksud sebaliknya.
  • Chg: -0.010.---- harga semasa ialah 1 sen (RM0.010) lebih rendah dari harga semalam.
  • Volume: 86025----- Sebanyak 86025 lot saham telah diperdagangkan sehingga ke saat tersebut. Semakin tinggi volume bermaksud semakin cair (liquid) saham kaunter tersebut dan semakin cepat harga saham berubah.
Sekian dahulu dari saya, diharap anda dapat memahami apa yang hendak saya sampaikan dan sebarang persoalan atau komen boleh diajukan diruangan komen.


Friday 24 August 2012

Mashaallah Maher Zain!

Peh tajuk,bunyi macam Maher zain ada wat silap yang besar pulak. Hehe... Takde apa2 pun sebenarnye, just nak share lagu Maher Zain yang bertajuk "Mashaallah". Pernah la dengar lagu ni sekali dua kat IKIM n then terus suka sebab muziknya yang best. Mase tu tak faham pun lagu ni pasai apa sebab dalam bahasa Arab.

So, tadi pi la kat youtube masuk channel awakeningrecords tu cari lagu ni, tengok2 takde la pulak. Mungkin terlepas pandang kot, sebab banyak sangat video kat situ.

At last jumpa jugak lagu ni tambah dengan lirik lagi. Rupa-rupanya ke situ pulak perginya maksud lagu ni. Apa2 pun, jom layan!




Orang duk layan lagu raya lagi, kita layan lagu maher zain... Alahai...

Wednesday 22 August 2012

OSKIC 2012 kembali!!

Lama betul tak tulis, maklum lah musim-musim raya orang sibuk berziarah ke rumah saudara mara dan sahabat handai, tak sempat la menulis. Apa-apa pun, saya ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada semua pembaca blog ini sekiranya ada tulisan-tulisan saya yang mengguris hati anda mahupun ada apa jua kesilapan dalam menyampaikan apa-apa maklumat di blog ini. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!

Apa pun, ini entry bukanlah untuk bercerita bab raya. Hari ini saya ingin bercerita tentang OSKIC. OSKIC? Apa tu? Haha.. Rasanya ramai je yang dah tahu tentang OSKIC ni lebih-lebih lagi diorang cukup aktif dalam membuat promosi tentang OSKIC ni terutama melalui facebook. Buat yang belum mengetahui tentang OSKIC, anda boleh la jenguk-jenguk page facebook diorang kat link ni. Facebook OSKIC.

Promosi pendaftaran OSKIC

Sebelum tu meh kita jenguk apa pengalaman saya dalam OSKIC tahun lepas.



Seperti tahun lepas, dijangkakan sesi trial period akan berjalan pada bulan september ini dan pertandingan sebenar akan diadakan sejurus selepas itu iaitu mungkin dalam bulan oktober. Jom kita tengok apa hadiah yang ditawarkan pada tahun ini.

-Hadiah-hadiah yang ditawarkan-
Lumayan, kan? Tapi tulah, ingat senang ke nak dapat hadiah tu. Kalau tahun lepas pemenang first winner dapat capital gain sebanyak 37%, so kalau nak dapat nombor satu tahun nu agak-agak berapa pula ya capital gain yang harus dicari? 25% cukup? Ah, jangan cakap 25%, nak dapat untung pun susah taw.

By the way, this competition just opened for college students only. If you are one of them, why not try this game. It is really enjoyable and exciting. I just can not wait. Hope luck will be with me this year. Amin.

p/s: To register, click here. (you will be directed to their facebook page, then follow the instruction there) Good luck!!

Monday 13 August 2012

Asas pelaburan emas

Merujuk kepada satu ruangan komen dalam satu entry oleh blogger sharinginfoz, rasa rugi sangat apabila ramai dari kaki-kaki komen menyatakan bahawa mereka tidak faham dengan pelaburan emas. Mungkin juga mereka ini sekadar merendah diri, namun jika benar apa yang dikatakan, ini adalah satu kerugian yang amat besar kerana ilmu tentang pelaburan emas ini merupakan satu ilmu yang amat berguna dan bermanfaat dalam kehidupan. Bukankah salah satu maqasid syar'iyyah (tujuan-tujuan syariat) itu salah satunya adalah untuk menjaga harta. Secara ringkas, hukuman hudud bagi pencuri adalah kerana Islam menitikberatkan tentang penjagaan harta seseorang dan ianya tidak boleh berpindah milik kepada orang lain secara paksa dan mengikut jalan-jalan yang batil. Harta itu hendaklah berpindah milik hanya dengan jalan-jalan yang sah disisi syariah.

Oleh yang demikian, menyedari bahawa menjaga harta adalah salah satu tujuan syariah, seeloknya kita pun hendaklah mempelajari ilmu tentang bagaimana untuk menguruskan harta kita. Mungkin saja, sekiranya kita terlalu banyak mendengar tentang skim-skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh tertentu, dan akhirnya kita pun tertarik sama untuk melabur, hanya ilmulah yang bisa membantu kita untuk mengenali sama ada pelaburan ini betul ataupun sekadar "scam" atau penipuan. Lebih dari itu, pelaburan emas ini juga hendaklah mengikut syariah kerana ia merupakan salah satu item ribawi dalam Islam. Secara ringkas, item-item ribawi ini perlu dikendalikan segala transaksinya mengikut kaedah-kaedah Islam kerana jika salah caranya boleh jadi berlaku riba dalam transaksi tersebut.

Adapun pada kali ini, saya hanya ingin bercerita tentang pelaburan emas yang paling asas. Apabila disebutkan pelaburan, sudah tentu ia bermaksud kita melabur sejumlah wang dengan harapan untuk beroleh untung. (Emas ini boleh jadi dalam bentuk jongkong emas dengan berat-berat tertentu ataupun juga dalam bentuk dinar yang beratnya ialah 4.25 gram.) Sekiranya ianya membawa kerugian, bukanlah ia pelaburan yang berbaloi. Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk membuat untung melalui pelaburan emas? Yang paling asas, untuk membuat keuntungan melalui pelaburan emas ialah melalui membeli emas pada harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang lagi tinggi, dan perbezaan harga yang kita beli dan jual balik itu menjadi untung bagi kita. Ianya lebih sama juga dengan pelaburan saham dan amanah saham (unit trust), namun kedua-dua cara ini juga menawarkan keuntungan melalui pemberian dividen-dividen dan bonus-bonus yang diisytiharkan oleh syarikat tersebut berbanding pelaburan emas yang BIASANYA tidak menawarkan dividen.

Jadi, sekarang persoalannya ialah bagaimana pula untuk menjual emas yang kita sudah beli? Jawabnya ialah ia boleh sahaja dijual kepada sesiapa sahaja yang mahukan emas tersebut kerana emas ini mempunyai nilai intrinsik iaitu semua orang mahukan emas dan kerana ianya juga simbol kekayaan, inilah yang memberikan nilai itu kepada emas. Lebih daripada itu, emas juga sukar didapati di tempat-tempat biasa dan ia memerlukan usaha-usaha tertentu untuk mendapatkannya (baca lombong). Inilah yang memberi nilai kepada emas dan menjadi faktor kenapa semua orang mahukan emas.
gambar hiasan

Selain dari itu, paling senang ialah kita menjual balik emas yang kita beli itu kepada ejen-ejen yang menjual kepada kita. Disinilah tempat yang paling ramai orang tak faham. Analoginya yang mudah ialah sekiranya anda membeli sesuatu barang (contoh kereta), dan selang beberapa minggu kemudian anda ingin jual balik kerana sebab-sebab tertentu, bolehkan anda jual balik pada harga yang sama? Sudah tentu tidak. Dan biasanya kalau kereta itu, apabila keluar sahaja ia dari bilik pameran kereta itu, nilainya sudah tidak sama dengan kereta-kereta yang sama yang masih dalam bilik pameran dan harganya akan jatuh sedikit.

Begitu jugalah dengan emas, biasanya ejen-ejen emas ini akan membeli balik emas daripada anda pada harga yang lebih rendah daripada harga yang dia jual pada waktu itu. Inilah dinamakan spread. Anda boleh juga baca tentang spread ini dalam post yang lepas. Klik sini. Apa yang anda perlu tahu sebelum beli dinar. Dan apa yang penting, spread ini hanya termaktub antara anda dengan ejen, bukannya antara anda dengan pembeli-pembeli runcit yang lain. Sebab itu, seeloknya sekiranya anda menjual balik bukan kepada ejen, seeloknya juallah ia pada harga tengah antara harga jual dan harga beli dari ejen tersebut kerana ia boleh dijadikan kayu ukur sebagai harga pasaran. Anda juga harus INGAT bahawa ada sesetengah emas hanya boleh dijual kepada ejennya sahaja, tidak boleh dijual kepada orang lain seperti emas Kuwait Finance House.

Oleh kerana spread ini jugalah anda harus ingat yang walaupun harga emas telah naik, anda belum tentu dapat untung sekiranya anda ingin jual balik kepada ejen. Dan kadar keuntungan anda juga bergantung kepada spread ini kerana spread yang dikenakan oleh syarikat-syarikat berbeza antara satu sama lain.

Sekadar inilah asas-asas yang ingin saya perkatakan.

[Promote] Sekiranya anda mahukan ilmu yang lebih mendalam, anda boleh dapatkan e-book dibawah, sila tekan pada link nama e-book:

1) Pelaburan Emas Oleh pemilik jutawanemas.com (Highly recommended)

















2) Pelaburan Akaun Emas









3) Pelaburan Silver Fizikal (Perak)









4) Rahsia Dinar Emas

Wednesday 8 August 2012

3 cara menarik untuk bersedekah

Tiga cara untuk bersedekah ialah:

1) Sedekah semuanya. 
- Bila nak bersedekah, usai keluarkan dompet, ambil semua duit anda dan sedekah. (Ni memang ramai la yang tak mampu, orang yang punya iman yang mantap seperti Saidina Abu Bakar insyaallah boleh buat)

2) Sedekah cepat
- Bila nak bersedekah, usai keluarkan dompet, ambil sahaja duit anda dengan cepat tanpa terlebih dahulu mengira berapa nilai wang yang anda ingin sedekahkan. Bagi je cepat-cepat dan lepas tu cepat-cepat juga lupakan yang anda telah bersedekah.
-Tadi terdengar dari UZAR, antara amalan yang dilakukan Nabi Muhammad S.A.W pada 10 hari/malam terakhir ramadhan ialah dengan banyaknya bersedekah, pemurahnya nabi adalah lagi laju daripada angin. Maksudnya, nabi telah buat seperti apa yang sy terangkan td iaitu "Sedekah cepat", bahkan lagi laju daripada angin.

3) Sedekah terus.
- Bila datang je peminta sedekah, tidak kira la siapa yang datang, kita tetap akan bersedekah tanpa mengira siapa yang meminta dan juga tanpa mengira kita ada duit ke tidak. Tidak kisahlah nak bagi sikit ke, banyak ke, tiap-tiap kali ada peminta sedekah datang kat kita kita pasti bagi la. 
-Tapi kali ni, bila nak sedekah tu, anda dibenarkan untuk tengok dulu nilai duit anda. Kalau anda ada banyak tapi memilih untuk bagi sedikit, just do it. Tapi ingat, kalau ada duit sedikit pula, anda mesti kena sedekahkan juga sebahagian dari duit itu.

p/s: Rasanya kalau boleh terapkan cara ketiga dalam diri kita dan anak-anak kecil pun cukup baik. Ajar diri selalu bersedekah. Orang datang je terus bagi.


Thursday 2 August 2012

Nak menangi umrah percuma?

Bersempena dengan pusingan akhir Imam Muda musim ketiga malam ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah menunaikan umrah secara percuma dengan hanya menjawab 3 soalan mudah.


Seperti yang tertera dalam gambar di atas, pakej umrah tersebut ditaja oleh Irna Yakin Travels. Namun begitu, tidaklah jelas pula berapa orang pemenang yang akan diumumkan. 

Sekiranya anda berminat, boleh ke link ini. Kuiz Pakej Umrah Imam Muda. Ni kalau menang ni, untung besarla, murah rezekinya. Bagi yang selalu ikuti perkembangan IM3 ni, boleh la try2 cuba kot2 ade rezeki. Saya pun ade ikuti juga awal2 aritu, tapi sedar2 dah final dah. Hehe.

Apapun, bagi final ni, saya harap IM Naufal akan menang. Bukan apa, hanya dia sorang saja yang saya kenal, dan lebih dari itu dia adalah junior satu course kat universiti. Mesti la sokong, kan? Padahal sebelum ni tak kenal pun, bila dah famous barulah terhegeh-hegeh claim yang dia ni kenalan kita. Biasalah, manusia memang camtu. Hehe. 

Sekian.

Wednesday 1 August 2012

Ijazah Sarjana Muda USIM 2012/2013

Bismillah.

Kepada anda semua yang sudah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di USIM bagi sesi 2012/2013, anda bolehlah menyertai "group" USIM 2012/2012 di Facebook.

Atas rasa cakna dan bertanggungjawab, pihak Jawatankuasa Peralihan Pelajar USIM bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSIM) telah menubuhkan group ini bagi membolehkan anda para pelajar baru berinteraksi dengan mereka dan sesama anda. Sekiranya ada sebarang persoalan dan perlukan apa-apa bantuan, bolehlah teruskan diajukan persoalannya di ruangan group di sana.



Setakat ini, group ini telah pun disertai lebih kurang 1500 anggota termasuklah dari kalangan pelajar yang baru hendak mendaftar pada sesi yang akan datang dan pelajar-pelajar senior yang bersiap siaga untuk menjawab sebarang persoalan dan memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar baru.

Setakat ini, segala persoalan berkisar tentang pendaftaran dan lain-lain hal berkaitan yang diajukan oleh pelajar baru telah diberikan respon yang sewajarnya oleh pelajar-pelajar lama dan juga dari pihak JPP sendiri.

Untuk join group ini, boleh tekan link ini. Group FB USIM 2012/2013

Diharap makluman ini dapat membantu anda.

Mohon juga diuar-uarkan kepada sahabat-sahabat anda yang dapat sama meneruskan pembelajaran di USIM pada sesi yang akan datang.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts