MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Tuesday 27 December 2011

Teori Harga Emas

Harga emas sekarang masih sangat rendah. So kalau sape2 yang nak beli emas, I think this is the right time to buy it.. Takut kang nanti bila meletup balik, dah mahal dah nak beli.

Ade jugak dengar citer harga emas ni biasanya akan jatuh sket bila raya cina. Tu pun tak lama dah, so ada chan ke harga emas nak naik dalam mase terdekat ni? Tak kot...

Satu lagi teori yang sy dgr dr lecturer sy, harga emas yang melambung sebelum ini adalah disebabkan demand kepada emas yang tetiba sahaja jd tinggi. Contohnya bila kita digembar-gemburkan dengan harga dinar emas @ dinar kelantan yang untung beratus-ratus % dalam masa beberapa tahun sahaja, semua orang pun terdorong untuk membelinya. Secara global pula, analisis dr orang ekonomi yang mengatakan keadaan ekonomi U.S yang tak berapa selamat dan cara yang terbaik untuk hedge duit adalah dgn emas, menjadikan ia satu fenomena utk semua org membeli emas, menjadikan demand emas stable.

Namun menurut lecturer sy, harga emas yang melambung ini akan naik dan terus naik hingga ke satu tahap yang ia tak akan naik lg. Kenapa tak naik2? Penjelasannya mgkin boleh diberi seperti apa yang berlaku skrg ini, dan spt yang sy rase skrg ni. Rasa geram sgt, harga asyik duk trun, x naik2. Tiap2 hari check, x naik2 juga. Ni kalau semua orang berkongsi perasaan yang sama cam saya, nanti terjadilah fenomena masyarakat sudah bosan dengan pelaburan emas kerana harganya sudah tak naik2, so demand untuk emas akan berkurang dan maintain camtu jelah, x meningkat. Bila demand berkurang, harga pun tak naik lg. Simple bukan teori ini, just guna simple economic theory, theory of demand and supply.

Walaupun begitu, ini hanyalah teori, teori itu adalah sesuatu yang mgkin betul dan mgkin juga salah. Dan sy mmg sgt2 sudah terpengaruh dgn teori ini. Ditambah dgn melesetnya pandangan econommist yang mengatakan harga emas akan melonjak ke 2000 USD seauns pada akhir tahun ni, ramalan yang sy dgr kira2 bulan jun@ogos yg lalu, rase cam hrge emas dah tak ke mana.

Anyway, investment yg dah buat tu hendaklah didasari dgn akal, jgn terikut dgn emosi. Mgkin dlm long-term nnt, ada la untungnya tu. Price decline cmni sbnanye pernah berlaku suatu masa dulu, bhkan lg teruk. Tak ingat la pulak tahun berapa tu, just ada baca2 dalam internet.

Pun begitu, knapela, bila harga jatuh, mulalah penjual2 dinar kata xde stock. Kata pejuang dinar, nk menegakkan matawang syariah, tp bila harga emas murah, tak nak jual, nak jual time harga tinggi je. Jgn marah, ni yg selalu sy dgr. Kalau betul, tlg check balik niat anda perkenalkan dinar ini kpd masyarakat, jgn dok pk untung company aja.

p/s: jgn lupa bg komen ye, btulkan atau teguran apa2 je ttg tulisan yg santai ini... huhu.. terutama ttg harga emas ni yg x naek2 ni.. geram....

Monday 26 December 2011

Prinsip Hukum Syariah

Bismillahirrahmanirrahim..

Salah satu prinsip hukum syariah dalam Islam ialah Syura. Prinsip yang dimaksudkan ialah bagaimana Islam mengeluarkan sesuatu hukum. Syura pula bermaksud bermesyuarat, mengambil dalil dari Al-Quranul Karim daripada kalimah "wasyawirhum fil-amr". Kelebihan syura ini ialah apabila sesuatu perkara baru yang tidak ada nas khusus dalam Al-Quran dan As-sunnah tentang hukumnya, kemudian setelah berkumpulnya para ulama' untuk mengeluarkan sesuatu fatwa dan ijtihad, dengan berkat syura ini insyaallah Allah akan melindungi mereka daripada kesilapan dalam mengeluarkan sesuatu hukum.Di samping itu, Allah akan mengikat hubungan antara ahli-ahli yang bermesyuarat dengan ikatan yang lebih kukuh.

Syura ini ada dalam pelbagai peringkat apabila mengambil makna dari segi bahasa iaitu bermesyuarat. Di peringkat kerajaan pun ada syura, di peringkat jawatan kuasa kampung pun ada syura, diperingkat keluarga pun ada syura, cuma yang berbeza adalah dari segi pelaksanaan dan ruang lingkup yang dibincangkan. Apa yang menarik, sesuatu yang diperbincangkan bersama biasanya lebih senang untuk dicapai, seperti dalam urusan sesuatu keluarga, si suami perlu berbincang dengan si isteri tentang apa2 perancangan aktiviti untuk diisi untuk anak2. Kadang2, tanpa kehadiran si isterinya, susahlah untuk sesuatu perancangan dicapai. Cuma, jangan pula sesekali berbincang ttg nak tambah isteri dgn si isteri yg pertama tu! Ni nak cari pasal ke apa? Haha..

Adapun begitu, contoh syura dalam sirah nabawiyyah adalah semasa berlakunya perang uhud. Pada waktu itu, Nabi Muhammad s.a.w menanyakan para sahabat ttg tempat yang sesuai untuk berlakunya perang tersebut, maka golongan sahabat terbahagi kepada dua; golongan tua dan golongan muda. Dan sebenarnya, pertentangan dua golongan ini sentiasa saja ada dalam setiap umat. Adapun dalam kisah ini, golongan tua cenderung untuk berperang dalam kota, manakala golongan muda mahukan perang di luar kota. Hujah kaum tua ialah sekiranya berperang dalam kota, banyak kemudahan boleh didapati, manakala hujah kaum muda ialah tidak "jantan" kalau berperang dalam situasi yang mempunyai kelebihan sebegitu. Lagi adil kalau ditempat yang lapang yang kedua-dua pasukan tiada apa2 kelebihan. Memang gaya orang muda,kan?

Oleh kerana pada waktu itu kaum muda adalah lagi ramai dari kaum tua, dalam "pilihanraya" antara nak berperang dalam kota atau luar kota, keputusannya dimenangi oleh kaum muda, walaupun pada hakikatnya Nabi sendiri pun lebih cenderung untuk berperang dalam kota. Oleh kerana pungutan suara tadi telah dilakukan, Nabi dengan lapang dada mengikut suara majoriti.

Sunday 18 December 2011

OSKIC: Dares to join real-world investment?

Actually, I feel really eager to try this one even with just a little amount of money. I really hope so and that Allah allows me to do this and give me guidance on which stock would be appropriate to invest in. Amin.

Tanyalah Ustaz : Sempurnakah Solatku

Jom tonton...

                                                        -part 1-


                                                        -part 2-


                                                      -part 3-

Sunday 4 December 2011

Unsur Perjudian dalam Pertandingan

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak update blog. Rase sibuk sangat-sangat. Jadi, dalam kesempitan waktu ni, rasenye elok juga  berkongsi tentang sesuatu yang simple tapi ramai yang tak tahu. 

Sekiranya anda merupakan badan pelajar yang ingin mengadakan sesuatu pertandingan yang biasanya semestinya memerlukan yuran penyertaan sebagai syarat menyertai pertandingan tersebut, ada sesuatu yang perlu anda alert. Bukan kepada pelajar sahaja, tetapi semua orang Islam yang menjadi penganjur sesuatu pertandingan. Antara syarat yang anda sebagai penganjur harus patuhi bagi menjadikan pertandingan yang dianjurkan baik di sisi syariah Islam ialah anda harus mengasingkan wang penyertaan daripada para peserta daripada dijadikan sebagai hadiah kepada para pemenang kerana ia adalah satu unsur PERJUDIAN dalam sesuatu pertandingan. 

Sebelum ni, ingat benda ni ada khilaf kerana ia mungkin membebankan penganjur. Terfikir juga, bagaimana pula pertandingan2 yang dianjurkan di tempat saya pelajar yang berlatar belakangkan Islam yakni USIM? Adakah kami juga terlepas pandang syarat ni? 

At last, Alhamdulillah, baru-baru ni saya mendapat suatu jawapan yang cukup meyakinkan daripada mulut pegawai pusat sukan USIM sendiri. Dia sendiri yang menasihatkan kami pelajar untuk berbuat demikian sekiranya menganjurkan apa jua pertandingan, dengan hadiah2 hendaklah datang dari penaja, bukan dari duit penyertaan. Dalam hati, fikir bagus2 juga pegawai sukan di USIM ni kerana memang sebelum ni saya agak skeptikal dengan mereka. Pandangan sebegitu rasanya bukan dimiliki saya seorang sahaja, ramai juga yang berpandangan serong terhadap orang yang menceburi bidang sukan ni. Jahil agama. Tak menjaga batas pergaulan. ETC. Tapi alhamdulillah, at least sekarang saya sudah mula menghormati mereka dan tahu mereka juga ada basic agama. Berkat kerje di USIM kot, wallahu aklam.

P/s: Jauhilah bersangka buruk dengan orang lain selagi kita tidak kenal mereka. Pandangan skeptikal penulis adalah suatu sifat mazmumah pada diri penulis yang patut dijadikan tauladan oleh pembaca lain.


Wednesday 9 November 2011

Persidangan Nasional Fiqh Kontemporari Malaysia-Sukarelawan diperlukan!



Sekretariat Liqa' Asatizah & Dai', iLuvislam.com dengan kerjasama JAKIM, Telaga Biru, Mantop Training & Consultancy serta Saifulislam Training & Consultancy bakal menganjurkan Konvensyen peringkat kebangsaan bersama tokoh-tokoh dan ilmuan-ilmuan agama negara dan juga antarabangsa pada 25 & 26 Februari 2012 di PWTC.


Bagi mereka yang berminat menimba pengalaman sebagai tenaga sukarelawan bagi menjayakan misi besar ini, anda dialu-alukan untuk menghantar resume kepada email berikut : volunteer@iluvislam.com

Resume anda hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya nama penuh, tarikh lahir, no. telefon, email, tempat pengajian/tempat bekerja, bidang pengajian/jawatan pekerjaan dan pengalaman dalam sebarang pengacaraan event.

Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini.


Sesiapa yang ingin menyumbang, membersih wang riba dan syubhah juga boleh disalurkan untuk program manfaat awam ini.


Ini adalah draft poster yang belum final tetapi disiarkan untuk mencari sukarelawan dengan kadar segera.


Sumber: Facebook Zaharuddin.net

Basic Forex



Ringkasan video:
1) Forex(foreign exchange @ pertukaran matawang) ada beberapa jenis iaitu forex spot, futures and forward.

2) Hukum forex spot adalah harus. Forex secara spot bermaksud pertukaran matawang contoh dari RM ke USD secara serta merta yang biasanya dibuat di kaunter money exchanger. Kalau pertukaran international, duit itu akan sampai ke tangan pihak kedua daripada pihak pertama dalam masa 3 hari maksimum, maka kedua-duanya adalah harus dan dikira sebagai spot. Tambahan syaratnya ialah matawang ditukar bilamana diperlukan sahaja seperti bila berada di luar negara, bukan untuk speculation i.e. untuk mendapat margin untung antara perbezaan nilai. Begitu juga yang terlibat dengan perniagaan antarabangsa juga dibenarkan.

3) Hukum Forex Futures and Forwards adalah haram disepakati ulama dalam persidangan antarabangsa.

4) Adapun pertanyaan orang biasa tentang forex adalah berkenaan dengan forex melalui internet yang menggunakan platform tertentu. Forex yang dibuat adalah untuk mendapatkan keuntungan bila nilai matawang itu appreciate. Pun begitu, apa yang perlu diberi perhatian adalah sebelum bincang tentang hukumnya adalah tentang siapakah yang menguruskan platform tersebut, apa background syarikatnya dsb kerana biasanya disana tiada maklumat yang lengkap tentang syarikat yang manage perniagaan ini, maka ia mendorong kepada wujudnya unsur gharar@ketidakpastian yang menjadi salah satu sebab bagaimana sesuatu akad@urusniaga itu tidak sah dalam islam. Kerana ia mungkin mendorong kepada penipuan. Di samping itu, ia juga terdedah kepada riba buyu'. Maka, ia juga hendaklah dielakkan!

Jangan lupa tonton video untuk lebih jelas!

Wasalam.

Sunday 6 November 2011

Entry 10 Zulhijjah: Lagu: Syarat Bercinta oleh In-Heart

Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah untuk kta sekali lagi dipertemukan dengan Hari Raya Eidul- Adha. Cuma dikala muslimin lain saudara kita sibuk melaksanakan manasik haji, kita perlu juga bertanyakan diri kita bila pula giliran kita untuk menjadi tetamu Allah, melaksanakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh semua orang Islam. Jika daftar haji pun belum, nampaknya jalan menuju Allah Rabbul Jalil masih jauh lagi. Namun begitu, rezeki kita hanya Allah yang tahu, so cepat2lah ambil first step untuk menunaikan fardhu haji ini dengan membuka akaun tabung haji dan mendaftar haji, sebab kadang-kadang walaupun lambat daftar dan terpaksa tunggu turn hingga puluhan tahun lagi, seru Allah mungkin sampai kepada kita dalam sekelip mata, lagi awal daripada yang dijangka dan bergantung kepada kekosongan. Kepada muda-mudi pula yang beranggapan haji hanya untuk orang tua, set balik minda kita kerana ibadat ini sepatutnya tidak mengikut usia, bila ada peluang hendaklah terus pergi, kerana umur kita siapa tahu? Orang muda mati awal daripada orang tua tu dah jadi fenomena biasa, tiada siapa dapat gerenti yang boleh hidup even sampai 40 tahun je. Tu semua kuasa Allah. Jadi, sekiranya kita telah mendaftar haji, dan walaupun tidak sempat ke sana kerana seru maut yang datang terlebih dahulu, pendaftaran haji itu menjadi bukti yang kita memang hendak ke sana, melengkapkan rukun Islam kita yang lima tu.

By the way, saya ada jumpa lagu yang agak menarik, jom sama-sama kita hayati lagu ini. So, entry eidul adha sampai sini sahajalah ya, wassalam. //Lirik disertakan!!


Sejujurnya ku tahu perasaanmu
Sememangnya kau suka padaku
Dan ku rasa ku juga begitu..suka padamu

namun mama dan papa aku
sudah berikan syaratnya
jika kau amat suka padaku
ini yang kau perlu..

Chorus:
"Pertama jagalah imanmu
adabmu..caramu..
solat engkau 5 waktu
cukup saja tiada ragu
hormat mama papa aku
tutur kata enak bagai sutera

kedua jgn kau berpura
menyintaku kerna harta
ketiga jgn kau curang bersamanya kasih lama
keempat taat setia
bahagia..
kelima kau dapat aku..

Bridge:
Cinta..punyai kuasanya
jika kau suka aku terimalah seadanya

*ulang chorus

Dan andainya..aku mampu
bicara lagi tentang cinta
dan andainya kau jadi milikku
bahagia bersama selamanya..

Thursday 27 October 2011

OSKIC: Hari Terakhir


Hari ini adalah hari terakhir pertandingan pelaburan saham secara maya anjuran OSK ini. Banyak juga pelajaran yang dapat daripada pertandingan ini. Walaupun keputusannya belum lagi muktamad sehinggalah market ditutup petang ini, pemenangnya sudah boleh dijangka dgn pemenang utama dijangka bakal mengakhiri pertandingan dengan mendapat capital gain sebanyak lebih kurang RM37000, iaitu 37% hanya dalam masa 1 bulan pertandingan. Cuba anda bayangkan sekiranya keuntungan yang didapati itu adalah keuntungan sebenar, banyak kan?

Rasanya sudah boleh untuk saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang yang majoriti daripada top 20 adalah dari chinese student, memang salute habislah dengan diorg. Walhasil untuk mereka, grand winner mendapat hadiah berupa cash RM25000, dan apa yang menarik juga ialah peluang untuk top 20 untuk membuat practical atau internship di OSK Investment Bank. Memang melepaslah. Apa yang boleh membuatkan diri ini tersenyum hanyalah kejayaan mendaki ranking daripd ke ranking ke 17000 minggu lepas kepada ke 4000 hari ini, dengan untung  RM8000 dalam mase lebih kurang 2 minggu. First 2 minggu tu tak banyak untung, bukan, sebenarnya rugi RM2000 dan main pun risk-averse je. Tapi, ok jugak lah, setelah banyak mengikuti perkembangan ekonomi dunia, banyak baca berita ekonomi di thestar dan baca juga research report yang disediakan OSK di laman web tersebut, ia nyata banyak membantu untuk menaikkan nilai portfolio kepada lebih kurang RM106000 daripada initial investment value iaitu RM100000. Namun, target untung RM10000 gagal dicapai, hanya kejayaan menaikkan ranking jelah penyedap hati. Huhu..

Thursday 20 October 2011

Kenapa Orang Kelantan Assobiah

                    
Orang Kelantan cukup unik. Semua tentu maklum bahawa ke mana tempat pun, ada sahaja orang kelantan. Bukan itu sahaja, mereka juga lebih senang hidup dalam kelompok mereka sahaja. Mereka jadi senang mesra antara satu sama lain, walaupun baru pertama kali jumpa, mesranya mereka boleh menyebabkan orang lain tersalah anggap yang mereka adalah kawan lama. Dek kerana mereka lebih senang dengan golongan mereka sahaja, ada juga yang melontarkan persepsi negatif kepada mereka yang dianggap mengamalkan semangat assobiyah dan sebagainya.

Saya juga hairan, kenapakah semangat kenegerian orang kelantan ini cukup menebal berbanding negeri lain. Terfikir juga apa sebabnya? Mungkin, satu perkara yang orang lain tak tahu ialah, orang kelantan ini sebenarnya 'diasuh' untuk taksub atau semangat dengan negeri mereka ialah sejak dari sekolah lagi. Betul ke tak wallahua'lam. Ini cume pengamatan dan pandangan saya sahaja, saya tidak tahu adakah ia juga berlaku kepada rakyat negeri lain. 

Pengalaman saya, mereka sebenarnya sejak dari bangku sekolah lagi bercerita tentang kelebihan 'kaum' mereka dan sebagainya. Antara ceritanya ialah, kalau kat KL ni, yang paling jahat ialah orang kelantan, tapi yang baik juga adalah orang kelantan, Maksudnya yang gangster-gangster tu, orang kelantan lah tu, datang tempat orang buat hal, mereka tak takut sebab mereka hidup dalam satu geng. Lepas tu kalau jumpa imam-imam ke, orang masjid ke, cuba tanya dari mana, ramai saja ustaz-ustaz dan imam-imam adalah orang dari kelantan. 

Lepas tu ada juga cerita yang orang yang paling pandai berniaga adalah orang kelantan. Cuba pergi kat mana pun, ada saja kedai-kedai warung-warung yang diusahakan orang kelantan. Businessman yang berjaya di KL ni pun ramai dari kelantan. Inilah antara cerita yang kita dengar masa bangku sekolah dahulu. Walaupun faktanya belum tentu lagi kesahihannya, tapi cerita ini masih lagi menjadi bahan bualan budak-budak sekolah.

Cerita orang kelantan ni bijak-bijak belaka pun ada. Cube pergi universiti-universiti, tengok ramai tak ramai orang kelantan. Tulisan ini bukanlah untuk memupuk semangat kenegerian, cuma sekadar tulisan yang tidak membawa maksud apap-apa. Janganlah ingat saya hendak memuji-muji rakyat kelantan, kita sedar ramai juga imam-imam, ustaz-ustaz dari negeri lain, peniaga yang berjaya dari negeri lain, dan lain-lain. Yang saya nak kongsikan hanyalah bagaimana rakyat kelantan boleh jadi begitu bersemangat kenegerian, dan ia adalah kerana mereka dari sekolah lagi asyik bercerita kehebatan orang kelantan.

Dan salah satu sebab lain yang saya fikirkan sebenarnya menjadi faktor yang kuat menyebabkan semangat kenegerian orang kelantan kuat ialah faktor pemerintahan kerajaan kelantan yang berbeza dari kerajaan negeri yang lain. Kelantan berbeza dengan negeri lain kerana menjadi satu-satunya diperintah pas seawal 1990 berbanding Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang yang baru sahaja diperintah pembangkang selepas PRU yang lepas. Selama berbelas tahun dipegang pembangkang, rakyat kelantan terfikir seolah-olah negeri lain cukup selesa dengan pemerintahan BN, seolah-olah Kelantan ini cukup unik dan bersendirian dalam semua hal. Ditambah lagi dengan pelbagai sekatan oleh Kerajaan BN keatas Kerajaan PAS kelantan, memaksa mereka independent dalam segenap segi, dari bidang ekonomi mahupun pendidikan. Kemudian, ada lagi tohmahan buruk daripada kerajaan pusat ke atas rakyat kelantan, seperti rakyatnya miskin, negeri kotor,negeri mundur, kaum wanita dipinggirkan dan sebagainya, menambahkan lagi benci rakyat kelantan kepada kerajaan Malaysia dan juga ke atas rakyat negeri lain. Ini yang menyebabkan sikap kekitaan yang tinggi dalam rakyat kelantan. 

Biasalah, sekiranya kita asyik 'psiko' seseorang, seseorang itu tentulah akan responsif apabila tidak tahan dengan 'psiko' tersebut. Dan respon tersebut biasanya berlaku jauh dari jangkaan kita, pelbagai perkara yang pelik boleh dia lakukan akibat tertekan. Begitu juga dengan rakyat kelantan, dengan pelbagai imej buruk yang dilemparkan kepada mereka, mereka responsif dengan mengambil tindakan dengan mengangkat-angkat imej negeri sendiri. Inilah inferens yang saya buat, betul ke tidak wallahua'lam, namun janganlah diperbesarkan isu semangat kenegerian kerana kesatuan umat itu lagi penting daripada perkara lain. Ini hanyalah coretan santai daripada saya.

Apa yang bagus dalam Bajet 2012?

Bismillahirrahmanirrahim...

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan salah satu tool yang digunakan untuk mengkaji sejauh mana economic performance dalam sesebuah negara. Hal ini kerana ia merujuk kepada sejauh mana berdaya majunya sebuah negara dalam menghasilkan produk-produk dan barangan. Semakin banyak barangan dijual, semakin tinggi pengaliran wang kalangan rakyat seterusnya menjadi indikator baiknya ekonomi sebuah negara. Negara yang ekonomi maju adalah negara yang kaya. Jom kita tengok formula untuk mengira KDNK:
           
               Y = C + I + NX + G ;
   di mana Y= KDNK
                C= Consumer spending @ perbelanjaan rakyat
                 I= Investment @ pelaburan
               NX= Net export @ nilai eksport melebihi nilai import
                G= Government spending

Ringkasnya, negara yang maju dalam ekonomi adalah :
1) consumer spendingnya tinggi-rakyatnya kaya dan mampu membeli serta mempunyai kuasa membeli yang tinggi,
2) nilai Investment yang tinggi- hanya orang yang kaya mempunyai lebihan hasil untuk dibuat pelaburan 
3) nilai eksport melebihi nilai import- negara mempunyai kemahiran dalam mengeluarkan hasil barangan dan komoditi termasuk bahan makanan dan pakaian rakyatnya, dan mempunyai lebihan hasil untuk dijual kepada negara lain. Ini juga menandakan keupayaan sesebuah negara untuk tidak bergantung kepada negara lain untuk memenuhi keperluan harian rakyatnya
4) government spending digunakan dengan melakukan projek ekonomi 


                                    

Refleksi kepada bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini, ramai yang mempertikaikan kenapa banyak sangat wang disalurkan kepada golongan pertengahan seperti elaun buku untuk pelajar, bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam, bantuan kepada pesara, juga kepada polis dan tentera, dan skim kenaikan gaji yang baru kepada guru. Adakah semata-mata kerana kerajaan mahu memancing undi kerana PRU yang dikhabarkan akan menjelma tidak lama lagi? Wallahu aklam. Namun, secara positifnya, menurut pembelajaran saya, developed nation @ negara maju sebenarnya mempunyai rakyat yang status sosioekonominya tidak begitu jauh antara satu sama lain, means beza taraf hidup orang miskin dalam negara tersebut dengan orang kaya tidak jauh. Boleh juga dikatakan sifar miskin dalam negara maju. Oleh yang demikian, demi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai developed nation menjelang 2020, taraf sosioekonomi rakyat harus ditingkatkan seperti indikator tadi, dengan kata lain ingin menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Realitinya kita harus sedar, taraf sosioekonomi rakyat malaysia cukup membimbangkan kerana menurut satu kajian :
1) Golongan kaya- Rakyat yang berpendapatan RM10000 keatas di Malaysia adalah 10% daripada jumlah rakyat Malaysia.
2) Golongan pertengahan-Rakyat yang berpendapatan RM3000-RM10000  di Malaysia adalah 50% daripada jumlah rakyat Malaysia.
3) Golongan miskin- Rakyat yang berpendapatan RM3000 kebawah di Malaysia adalah 40% daripada jumlah rakyat Malaysia.

Dsini dapat dilihat beza jumlah rakyat daripada golongan sederhana dan golongan miskin berbanding golongan kaya amat jauh. Boleh dikatakan, kekayaan negara hanya berlegar di kalangan golongan tertentu dan teratas sahaja, bukan di'distribute' sama rata oleh semua golongan rakyat negara ini. Status sosioekonomi golongan kaya dan miskin cukup jauh, dan lebih mengejutkan orang yang bergaji RM8000-10000 adalah dikategorikan golongan pertengahan, sedangkan ini adalah gaji para pensyarah dan gaji kebanyakan golongan atasan pegawai kerajaan.

Oleh yang demikian, menjawab persoalan tadi, kerajaan sebenarnya dalam bajet kali ini lebih menumpukan kepada meningkatkan pendapatan golongan miskin dan sederhana iaitu langkah ke arah menjadi high-income nation tadi. Ini sekaligus untuk mengurangkan jurang perbezaan antara orang kaya dan miskin dalam negara kita. Pentingnya menjadi high-income nation adalah ia meningkatkan bahagian C=consumer spending dalam equation GDP itu tadi.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa kerajaan juga tidak memfokuskan kepada sektor swasta dalam bajet kali ini? Hal ini tidak menjadi persoalan sebenarnya kerana dalam bajet-bajet yang lepas memang telah difokuskan kepada perkara ini. Lihat saja bajet tahun lepas yang mana banyak langkah-langkah liberalisasi yang dilakukan, di mana langkah liberalisasi atau langkah keterbukaan ini dilakukan sebenarnya adalah untuk menarik Foreign Direct Investment (FDI) ke dalam negara, sekaligus meningkatkan bahagian I=investment dalam equation GDP itu tadi.

Manakala, dalam bajet beberapa tahun lepas juga, kerajaan melancarkan beberapa projek pembangunan seperti ECER, NCER, Wilayah Pembangunan Iskandar dan sebagainya, ini adalah salah satu langkah untuk meningkatkan KDNK negara iaitu melibatkan G=government Spending. Kesemua langkah ini seharusnya dan logiknya memang penting untuk meningkatkan KDNK negara, so langkah-langkah ini seharusnya juga dipuji dan tidak dipandang enteng. Namun, seperti yang kita tahu, kita sebenarnya gusar juga kerana kerajaan masih lagi terlepas pandang dalam beberapa hal dalam membentangkan bajet dan polisi negara, kerana perkara tersebutlah yang menahan dan mengurangkan kesan baik dan faedah projek dan bajet tersebut sehinggakan seolah-olah ianya kurang dirasai rakyat dan tidak nampak kesan yang ketara. 

Kesimpulannya, langkah yang kerajaan telah ambil terutama menerusi bajet tersebut untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju adalah baik, namun main factor untuk ke arah itu tidak difokuskan oleh kerajaan. Apakah faktor lain yang turut mempengaruhi ability kita untuk menjadi developed nation itu? Insyaallah akan saya kongsi dalam entry akan datang.

Wallahua'lam.


Friday 23 September 2011

Ustaz Rashidy Jamil

Salam..

Pernahkah anda mendengar nama ustaz ini? Beliau merupakan salah seorang ustaz yang amat saya sanjungi yang juga anak saudara kepada penceramah bebas yang terkenal lagi alim serta tawadhuk iaitu Dr Zulkifli Al-Bakri. Ustaz Rashidy mempunyai gaya penyampaian yang lebih kurang sama dengan Dr Zul terutama dengan loghat Terengganunya, namun ia tetap mampu difahami bahkan isi penyampaiannya nyata bernas dan menarik. Kedua-dua ustaz ini cukup saya hormati bukan kerana ketinggian ilmunya sahaja, bahkan dengan akhlaknya yang baik, ia cukup lembut untuk menyentuh hati masyarakat. Kedua-duanya cukup ramah dan merendah diri. Yang menarik tentang Ustaz Rashidy ialah apabila bersalaman dengannya selepas majlis ilmu, dia sentiasa bertanya khabar kepada sesiapa sahaja yang bersalam dengannya beserta dengan senyuman yang melirik di wajahnya, membuatkan kita merasa segan dengan sikap tawaduknya itu. Bahkan, dia juga sentiasa memberi salam kepada sesiapa jua, seperti yang saya alami semalam, semasa berborak dengan seorang kawan di atas motor di tempat parking, tiba-tiba Ustaz memberi salam dengan suara yang jelas, "Assalamualaikum". Ini bukan kali pertama yang saya diberi salam oleh seorang yang lagi mulia daripada saya, ini adalah yang kali kedua, bahkan yang pertama kali juga adalah di tempat sama selepas solat jumaat tak berapa lama dahulu.

Tulisan ini bukannya ingin membandingkan antara kedua ustaz kita yang cukup kita sayangi ini, bahkan kedua-duanya terkenal kerana mempunyai ilmu dalam dua bidang yang berbeza, Dr Zul dengan ilmu tasawufnya, yang terpancar pada akhlaknya, manakala Ustaz Rashidy dengan ilmu perbandingan agama, perbahasan tentang bible dan lain-lain hujah orang kristian, semuanya beliau tahu untuk menangkis setiap serangan itu. Ringkasnya, beliau bagus dalam bidang akidah.

Semalam. sempat sekali lagi mendengar kuliah agama daripada beliau. Kerana hadir sedikit lewat, saya masih dapat sesuatu yang berharga dimana sesi soal jawab yang cukup menarik. Soalan daripada seorang ahli jemaah tentang syiah. Orang berfahaman syiah selalu mendakwa hadis-hadis yang diriwayatkan oleh mereka semuanya daripada ahlul-bait seperti Saidatina Aishah, Saidina Jaafar dan lain-lain, maka tentulah hujah mereka lebih kuat berbanding hujah Sunni yang lebih banyak meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah dan para sahabat yang lain. Logiknya memang macam tu. Cerita daripada seorang ahli keluarga tentulah lebih kuat daripada cerita seorang kawan. Namun dijawab Ustaz Rashidy, mana mungkin Ahlul Bait menghina para sahabat seperti yang biasa dilakukan oleh orang Syiah. Bahkan Saidina Jaafar tidak mungkin menghina dan mencaci para sahabat, seperti yang didakwa oleh Syiah. Syiah ni sememangnya cukup terkenal dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor termasuklah menghina para sahabat.

Anda kenal Ayatollah Khomeini? Iaitu ulama syiah di Iran yang cukup tekenal, tapi juga pernah mengeluarkan fatwa yang cukup memesongkan dan kotor. Pertama, seorang muslim boleh menyewakan isterinya kepada mana-mana tetamu yang hadir ke rumahnya dengan alasan untuk memuliakan tetamu. Ni apa kes? Kedua, muslim juga boleh melepaskan syahwat, tapi  bukanlah bermaksud setubuh, kepada anak-anak mereka dan sesiapa yang mereka miliki, sehinggakan meletakkan kemaluan pada pangkal paha seorang bayi yang baru lahir. Astaghfirullah. Inilah kata-kata dusta yang cukup parah dan kotor yang Ustaz Rashidy rasa malu nak cakap di depan jemaah.

Sidang pembaca, fahaman syiah cukup-cukup berbahaya kepada umat Islam terutama bagi kita di Malaysia yang nampaknya semakin menular terutama di IPT-IPT. Kalau tak silap yang saya dengar dari Ustaz Rashidy, menurut Imam Syafie, tidak ada dusta yang paling teruk di dalam kalangan umat Islam melainkan dusta ulama Syiah.

By the way, hari ini saya cuma ingin memperkenalkan kepada anda semua seorang ustaz yang saya hormati. Sekarang beliau masih lagi berkhidmat di Jakim. Tak tahulah, persepsi masyarakat terhadap Jakim cukup serong, sedangkan mereka mempunyai ustaz-ustaz yang tak kurang hebatnya, berbanding kita ni yang sekadar orang awam. Kita kena juga sedar di mana kedudukan kita. Anyway, berkenal-kenallah dengan Ustaz Rashidy di laman blog beliau disini.

Wassalam.

update: Ustaz Rashidy Jamil ada memberi kuliah Jumaat di Masjid Shah Alam setiap minggu ketiga (kalau tak silap) berkenaan Sirah Nabi Muhammad S.A.W. Ikuti rakaman kuliah beliau disini, mudah-mudahan dengan perkongsian ini kita akan lebih mengenali insan yang paling sayang akan kita iaitu Rasulullah S.A.W. Moga-moga cinta baginda akan berbalas oleh setiap jiwa muslim di dunia ini.

Thursday 22 September 2011

Dividen AS1M 6.5 Sen Seunit

Menurut laporan di berita harian online yang saya baca kejap tadi, ASNB telah mengumumkan dividen untuk AS1M sebanyak 6.5 seunit berbanding 6,38 sen seunit pada tahun lepas. Rasanya ramai student IPTA yang mendaftar tahun satu pada sesi 2009/2010 telah mendapat 100 unit percuma seorang daripada kerajaan. Dengan harga unit dana atau NAV yang tidak berubah, pengiraan untuk keuntungan adalah lagi mudah berbanding dana amanah dalam syarikat yang lain seperti public mutual yang harganya turun naik mengikut performance bursa saham. Kesannya, risiko pelabur adalah lebih rendah kerana tiada kemungkinan capital loss daripada sudut naik turun harga. Al-maklum, ini adalah dana yang disokong oleh kerajaan. Secara mudah, jumlah terkini tabung anda ialah RM100 x(1+0.063)x(1+0.065) iaitu grossly RM113.29. 

Wednesday 21 September 2011

[Iklan]E-book Panduan Pelaburan Silver


Harga:RM80 untuk 100 orang pertama
*Boleh dapatkan preview secara percuma sebelum pembelian.

10 Soalan lazim pembeli baru bullion perak

1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook "Silver Lot Shop"
Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook "Silver Lot Shop" kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 - 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik 'slow & steady' tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih renda peratusan berbanding silver

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan

Tuesday 20 September 2011

Jokes from an ustaz

Salam..

Alhamdulillah, semalam dapat juga menghadiri kuliah maghrib di masjid. Setelah agak lama tak ikut majlis ilmu, dek kerana kesibukan belajar dan sebagainya, ikut jugak majlis semalam. Pesanan saya kepada anda ye wahai para pelajar, sesibuk manapun anda dengan kelas ke, program ke, ikut lah juga majlis ilmu di masjid. Jangan bagi alasan tidak lapang, kerana dalam sesetengah keadaan, kita yang menyibukkan diri kita dengan sesuatu, dan    kita tidak boleh sebenarnya hanya pergi ke masjid bila lapang, kita yang harus melapangkan waktu kita dengan program agama seperti ini.

Majlis ilmu di masjid boleh la diumpamakan universiti terbuka untuk kita mendalami ilmu agama. Sebenarnya tiada alasan lagi untuk diri kita terus membiarkan kejahilan membelenggu diri kita. Apabila ada sesuatu isu atau, ada seseorang bertanyakan tentang masalah agama kepada kita, cuba kita renungkan apa jawapan biasa orang kita. "Entahlah, saya tak tahu, saya bukannya seorang pelajar aliran agama pun." Dan ada lagi beberapa lagi jawapan biasa yang kita dengar. Memang benar, jika kita tidak mengetahui sesuatu, eloklah jawab tidak tahu, jangan kita bagi jugak jawapan yang tidak betul kepada si penanya ni tadi, sebab ini adalah salah satu adab dalam menuntut ilmu. Itulah sebaiknya. Namun begitu, kita perlu muhasabah diri kita, kerana kejahilan diri kita tidak boleh tamat disitu sahaja, perlu ada tindakan susulannya iaitu dengan menuntut ilmu. Sudah tidak ada alasan untuk kita terus dalam keadaan jahil kerana banyak masjid-masjid di tempat kita ini yang ada majlis ilmu. Dengan sering melazimi menghadiri majlis ilmu, barulah kita akan terbuka sedikit minda kita. Sebenarnya, banyak perkara dalam hidup kita ni kita buat salah, dengan mengikuti majlis ilmu, baru kita tahu, apa yang kita buat tu tak betul. Dan salah satu sebab juga yang menarik saya ke majlis ilmu di masjid,  mendengar celoteh para ustaz, walaupun perkara ni agak pelik, ialah seronok dapat bergelak ketawa dengan ustaz dan para jemaah masjid. Bagi saya, tahap humour para ustaz ni sebenarnya boleh tahan. Mereka pandai membuat lucu dan lawak jenaka, tapi penuh dengan mesej. Kalau ada yang terkena pedihnya kerana sindiran dalam lawak jenaka itu tadi, saya rasa itu adalah sesuatu yang positif. Sebab kengkadang, kita ni susah hendak berubah bila berada dalam keadaan selesa. Bila sekali kena sindir, barulah diri terasa malu dan ingin berubah. Kan bagus begitu, jangan pulak tak nak datang masjid sebab tak tahan selalu kena sindir dengan penceramah, kerana apa yang ustaz tu cerita tu adalah betul, dan mereka berkata secara umum, bukannya dia tahu secara spesifik apa yang kita buat silap.

By the way, jokes yang saya dengar semalam oalah berkenaan dengan cerita seorang professor dengan seorang pemandunya. Ustaz cakap, kita ni kalau hendak menjadi orang berilmu, hendaklah sentiasa berkawan dengan orang alim. Sekiranya, berkawan dengan seorang penjual minyak wangi, kita pun akan turut sama berbau wangi, kalau sentiasa berjumpa dengan orang alim, insyaallah, tempias ilmunya tetap terkena kepada diri kita. So, begitulah juga dengan pemandu professor itu tadi. Setelah lebih 10 tahun menjadi pemandu professor itu tadi, sudah menjadi kebiasaan baginya selalu menghantar prof itu tadi ke mana-mana seminar dan pembentangan kertas kerja oleh prof itu tadi. So, dia pun turut sama mendengar apa jua pembentangan oleh prof itu tadi.
Apabila dah sampai 10 tahun lebih ia menjadi rutin hidupnya, banyak jugalah ilmu yang dia dapat. Nak dijadikan cerita, satu hari prof itu tetiba mengadu sakit dan letih, lantas ingin excuse daripada menghadiri suatu seminar. Jadi, dia pun suruhlah pemandu dia untuk menggantikan tempatnya sebagai pembentang seminar itu. Dai bagitau pemandunya, tidak usah khuatir, berkat mendengar syarahannya itu selama bertahun-tahun, dia yakin pemandunya boleh menggantikannya. Jadi, plan prof itu tadi, dalam perjalanan ke tempat seminar itu, kali ini prof itu akan bertukat tempat duduk dengan pemandunya, dia duduk depan, drive, pemandunya duduk belakang. Sampai di tempat seminar, plan prof itu berjaya, tiada seorang pun yang ragu dengan kehadiran "penceramah" kali ini, sampai je, pemandu itu terus disambut oleh seorang penyambut, dan membawanya ke bilik seminar. Prof itu pun terus ke ruang parkir untuk park kereta tu.
 Dan, seperti yang dirancang, pemandu tu akhirnya berjaya membuat pembentangan, dengan bantuan slides dan alat yang lain. Memang, ceramahnya itu berjaya mencuri tumpuan hadirin dan ramai kagum dengan ceramahnya itu. Seperti biasa, kemudian tibalah sesi QnA. Mase tu, pemandu itu tadi cukup berdebar, soalan apakah yang bakal ditanya oleh para hadirin yang rata-rata juga adalah prof-prof. Setelah diajukan soalan, anda tahu apa jawapan pemandu itu? Dia jawab, oh, soalan ni cukup simple la, saya ingat soalan dari prof ni masti susah, tapi soalan ni simple sangat lah, kalau tanya pemandu saya, dia pun boleh jawab. Cuba tanya dia.. Hahaha, trick yang cukup berjaya,kan? Kerana tentulah pemandunya itu dapat jawab kerana dialah penceramah yang sebenar... Kui3..

Monday 19 September 2011

OSKIC trial period

Salam..

Nampaknya, hari ni 19/9, Oskic sudah pun mula dibuka.. Rasenya sudah ramai student2 ipt yang tahu pertandingan ni. Ini adalah pertandingan antara pelajar universiti untuk merasai pengalaman untuk bermain saham secara virtual. Bagus sangat pertandingan ni, at least sebelum kita betul-betul terjun dalam bidang pelaburan bursa saham ni, elok juga kita cuba-cuba invest secara virtual, sebab langsung tiada risiko. Kalau rugi pun masa main, tak kena bayar pun. Tahun lepas dah main dah, mula-mula dapat la untung sikit, tapi game saya tu tetap berakhir dengan kerugian. Redha jelah, sebab tak kena bayar pun. Tapi mase tu rasa terkejut sangat tengok pemenang utama dapat untung lebih 200% dalam tempoh pertandingan. Macam manalah diorang labur, hebat betul. Yang pasti, pemenang tu tentulah daripada kaum cina.

So, pertandingan untuk tahun ni akan bermula pada awal oktober nanti. Kepada mana-mana pelajar yang masih belum mendaftar, cepat-cepat lah daftar sebab tahun ni hadiah dia boleh tahan grandnya. Untuk trial period pun ada hadiah, apa lagi masa pertandingan sebenar, ditambah dengan pelbagai kategori dipertandingkan, peluang untuk menangi hadiah semakin besar. Hope dapat la menang apa-apa tahun ni. By the way, trial period baru je start ari ni.

Nak tahu lebih lanjut, sila ke oskic.com.

Sunday 18 September 2011

3 sebab utama menyimpan bullion perak

Kalau kita tanya 10 orang, "Mengapa anda perlu melabur bullion perak?", anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza - dan saya jamin kebanyakan mereka yang anda mungkin akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.

Kebanyakan pelabur tidak memahami motivasi untuk menyimpan bullion perak. Pada masa yang sama, pelabur juga tak boleh tutup sebelah mata apabila melihat kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan. Sejak 6 bulan lepas, harga perak telah melonjak lebih dari 40 peratus, dan banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang lebih tinggi untuk akhir tahun ini. Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan bullion perak di dalam portfolio pelaburan amda.

1) Inflasi:
Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion preak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai "Penyimpan Nilai". Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.

2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:
44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil lombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.

3) Kemunculan China dan India. Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak - terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.

E-book pelaburan silver klik sini..

Sunday 11 September 2011

Pelaburan Bank Persatuan

Salam..

Semua mesti sudah tahu, selain Bank Rakyat, Bank Persatuan adalah antara bank koperasi yang cukup menarik untuk dijadikan salah satu portfolio pelaburan masing-masing. Selain dividen yang menarik yang telah berjaya diberi iaitu hampir setiap tahun 10%, Bank Persatuan juga adalah mentee kepada jaguh bank koperasi Malaysia iaitu Bank Rakyat. Maka, tidak mustahil, dividen yang akan diberikan juga mampu menyamai sifunya itu yang konsisten memberikan dividen sebanyak 15% setahun.

Dan menurut pembacaan saya di sebuah blog sebentar tadi, Bank Persatuan kembali menaikkan had maksima pelaburan kepada RM20000 daripada hanya Rm2000 sebelum ini. Jika dikatakan dividen yang diberi mampu mencapai 10% setahun, 10% daripada RM20000 ialah Rm2000 iaitu menyamai gaji seorang pegawai kerajaan!! So, inilah peluang untuk anda menjana pendapatan pasif yang menarik, ianya seolah-olah anda mendapat 13 kali gaji dalam masa setahun sekiranya anda seorang pegawai kerajaan, berbanding orang lain yang hanya mendapat 12 kali gaji. Menarik bukan?

Apa yang lebihnya saham bank persatuan ini berbanding pelaburan emas. Ya, tentu saja dari segi risiko pelaburan. Keuntungan pelaburan emas adalah bergantung kepada turun naik harga emas, sedang dividen yang dijanjikan bank persatuan tentulah konsisten. Maksudnya, jarang kita tengok sesebuah syarikat memberikan dividen terbaru mereka lebih rendah daripada dividen yang lepas kerana jika ianya berlaku, ia menggambarkan bagaimana prestasi syarikat tersebut yang mungkin akan digembar-gemburkan oleh media sebagai prestasi yang tidak konsisten. Bahkan, memberikan dividen yang lagi rendah sebenarnya satu langkah yang cukup berisiko oleh sesebuah syarikat kerana ia mengurangkan tarikan umum untuk melabur di dalam syarikat tersebut selain juga mengurang tarikan untuk umum berurusan dengan syarikat tersebut. Pendek kata, saham bank persatuan ini lebih sesuai kepada pelabur yang ingin mengelakkan risiko atau risk-averse investor.

Sekian dulu celoteh hari ini, 
salam.

Dari Lubuk Hati Ibu

Salam..

Promosi buku terbaru dari adikbijak.com. Bukunya ialah Lubuk Hati Dari Ibu..

Buku ini adalah luahan harapan dan nasihat daripada seorang ibu buat is buah hati yang tersayang. Para ibu dan ayah, bacalah buku ini terlebih dahulu sebelum menghadiahkannya kepada anak-anak.

Kita adalah insan yang paling utama untuk menghayati segala kandungan yang terdapat di dalam buku ini. Hayatilah luahan ini, semoga akan lahir aura dari diri kalian yang akan mengalir ke sanubari anak-anak kita.

Buat anak-anak yang menatap buku ini, anggaplah ia sebagai hadiah daripada ibu bapa kalian. Luahan yang barangkali tidak terluah dengan sempurna... tetapi inilah yang selalu terzahir pada leteran dan bebelan ibu dan ayah di rumah, bukan?

Dapatkan disini..


Tuesday 6 September 2011

Panduan Produk Digital

Bismillahirrahmanirrahim..

Em, rasanya dah agak lama tak update blog ni. Bukan apa, hari tu, masa mula-mula buat blog ni tu masa ramadhan, rasa sangat banyak perkara yang nak dikongsi dengan semua orang, dari pengisian yang saya dapat menerusi majlis-majlis ilmu seperti Tanyalah Ustaz Ramadhan, recording majlis ilmu ikim yang saya dapat daripada page fb majlis ilmu dan juga tazkirah-tazkirah ramadhan di masjid-masjid. Alhamdulillah, rasa terisi juga hati dengan mengikuti majlis zikir ni, majlis mengingati Allah.

Tak kurang juga masa tu, ingin rasanya berkongsi dengan pembaca berkenaan dengan dinar ni, al-maklum masa tu secara bidan terjunnya menjadi aktivis ataupun sukarelawan Dinar dan Dirham syarikat Kelantan Golden Trade, dan masa tu jugak dapat tahu yang US mengalami krisis hutang, jadi kerap juga lah duk update harga emas dunia masa(sekarang dah USD1900 seauns). Semua tahu yang sekiranya US gagal menyelesaikan hutangnya, global ekonomi mungkin akan sekali lagi berdepan kegawatan, kerana panik dengan situasi ekonomi di US tu. So, panik-panik ni menyebabkan banyak negara mahukan emas sebagai rizab negara masing-masing, negara yang berhutang pun tak nak jual emas masing-masing kerana mahu menyimpan komoditi yang berharga ni, sebab tu ramai economist yang menjangkakan harga emas akan menjengah USD2000 seauns by this oktober dan maybe USD2400 pada tahum depan disebabkan permintaan berterusan.


Ups, dah jauh menyimpang daripada tajuk ni, panjang betul intronya. Jadi sekarang, nak tahu apa saya buat? Sekarang ni banyak baca artikel-artikel tentang menjadi usahawan internet. Dan sekarang, at the time I'm writing this entry, komuniti usahawan internet Malaysia sedang sibuk mempromosikan sebuah e-book terbaru yang akan dilancarkan tak lama lagi. Jadi, sebagai usaha promosi, penulis buku dengan murah hatinya bersedia memberikannya secara percuma hanya kepada subscriber dalam tempoh promosi sahaja. Dan bila dah sampai masa, e-book ni akan dijual pada harga RM40. Sebenarnya, e-book tersebut dinamakan Panduan Produk Digital. Apa lebihnya e-book ni? Secara ringkasnya, ia memberi tips kepada kita bagaimana hendak membuat sebuah e-book sendiri dan kemudian menjualnya di alam maya. Turut diajar ialah tentang bagaimana mahu membuat marketing produk kita tu. Senang cerita, diajar kepada kita cara untuk menjadi usahawan internet, sama macam apa yang penulis itu lakukan sendiri. 

Haa, kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan internet, bolehlak klik di link di bawah ataupun di banner panduan produk digital di ruangan iklan di sebelah. Ingat, e-book percuma ni hanya diberikan dalam tempoh terdekat sahaja.

Setakat ini dahulu entry saya, sekian wassalam dan selamat mencuba.

Tuesday 30 August 2011

The What Is An Actuary Song

Lagu ni dah jumpa lame dulu masa share orang lain punya link kat fb.. Jumpa balik lepas tengok wall post 6 bulan yang lepas dan rasanya bagus untuk share sekali lagi kat blog ni, senang nak cari, tak payah cari older post sampai 6 bulan yg lepas lagi..



Lepas tu, mase cari lagu tu kat youtube, jumpa lagu ni, so hope you enjoy this song ok..




Saturday 27 August 2011

Apa yang anda perlu tahu sebelum beli Dinar?

Dinar sejak kebelakangan ini sudah menjadi perkara yang biasa dikalangan masyarakat, namun tak kurang juga yang hanya tahu ianya baik untuk masa panjang. That's it, that's all and I want to get it too. Boleh ke macam tu? Sepatutnya anda perlu tahu lebih dari itu, ini juga bukan bermakna saya tahu banyak tentang dinar ni, cuma adalah something that I can share with you all.


Umumnya, dinar yang saya ketahui ialah Dinar Kelantan dan Dinar Public Gold. Apa beza kedua-dua dinar ni? First of all, ia berbeza dari segi ketulenan emas, iaitu Dinar Kelantan mempunyai ketulenan emas 917 manakala Dinar Public Gold ialah emas 916. So, tidak hairanlah harga Dinar Kelantan lebih tinggi sedikit daripada Dinar Public Gold. Reka bentuknya juga bagi saya lagi cantik daripada Dinar Public Gold seperti yang ada di sebelah.


Kedua, dinar ni dan apa jua emas biasanya mempunyai spread iaitu beza harga yang dijual agen/penjual dan harga yang dia beli balik daripada anda sekiranya anda menjualnya balik sejurus selepas itu. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah:


Perhatikan pada harga 1 Dinar. Pada 15/6/2012, PG(Public Gold) jual 1 dinar kepada anda dengan harga RM733.00. Katakanlah setelah anda membeli dari PG 1 dinar pada paginya, dan tiba-tiba anda memerlukan wang kecemasan pada petangnya, maka anda hanya dapat menjual balik pada harga RM689.00 kepada PG. So, rugi anda adalah sebanyak lebih kurang 6%(RM 44/RM733). So, 6% inilah yang dinamakan sebagai spread.

Spread ini adalah merupakan kos yang perlu ditanggung oleh pembeli, jadi sekiranya anda membeli pada harga RM733(sama seperti contoh di atas) dan apabila harga sudah naik kepada RM800, jangan sangka anda boleh menjualnya dengan mengambil untung sebanyak RM67, harga yang anda jual sebenarnya adalah akan dirujuk kepada harga beli yang agen tersebut tetapkan pula. Seeloknya, selesai anda membeli dinar tersebut pada harga RM733 itu, harga yang perlu anda fokuskan kemudian adalah harga "PG Buy". Pastikan harga itu melebihi RM733 dahulu, barulah anda boleh memikirkan untuk menjualnya dengan keuntungan. Dan mengikut perkiraan saya, sekiranya harga "PG Sell" menaik daripada RM733 kepada RM800, maka harga "PG Buy" akan menokok dari RM689 kepada RM752(94% x RM800). So, untung anda sekarang hanyalah sebanyak 2.6%(RM19) sahaja.

Setahu saya, spread harga Dinar Kelantan adalah 10% daripada harga beli manakala bagi Dinar Public Gold adalah 6%. Jadi, anda mungkin alami kerugian jika terus menjualnya, sebab itu emas ni adalah baik bagi long-term investment. Namun begitu, anda mungkin boleh mengelakkan daripada menanggung kos spread itu dengan tidak menjual kepada agen, sebaliknya cari pembeli yang baru yang memang berminat dengan dinar. Cara yang paling baik ialah juallah pada harga rendah sedikit daripada harga pasaran/harga beli dengan agen sebab ia memanfaatkan kepada kedua-dua pihak iaitu anda dan pembeli baru itu. Anda dapat harga yang lagi tinggi daripada jual kepada agen, pembeli baru pula dapat membeli pada harga yang lagi rendah daripada membeli daripada agen, terpulang kepada keredhaan kedua-dua belah pihak. Ia juga boleh menarik pembeli baru untuk membeli dengan anda berbanding membeli dengan agen. Mengambil kira contoh tadi, menjual kepada potential baru pada harga RM711 (harga tengah antara RM689 dengan RM733) bakal memanfaatkan kedua-dua pihak iaitu anda dan pembeli baru. Hal ini kerana anda dapat menjual harga pada harga yg lagi tinggi daripada harga "PG Buy", manakala pembeli baru pula dapat membeli pada harga yang sedikit murah daripada "PG Sell". Walaubagaimanapun, harga RM711 itu tadi masih bergantung kepada nego di antara anda dan potential customer itu tadi. Harga itu sekadar contoh sahaja. Kalau tak silap saya juga, ini juga antara salah satu kaedah yang ditekankan dalam e-book silver tukar ganda. (maafkan saya kalau tersilap)


Seterusnya, ada tak terfikir kenapa spread Dinar kelantan lagi tinggi daripada spread Dinar Public? Adakah sebab kerajaan negeri Kelantan sebenarnya mahu mengambil untung yang banyak daripada dinar yang mereka perkenalkan itu? Jawabnya, ini adalah kesan daripada objektif pengenalan Dinar tersebut. Menurut maklumat yang saya dapat, Kerajaan Kelantan sebenarnya mahu dinar ini circulate dikalangan masyarakat, dengan menggunakan dinar ni sebagai matawang dalam transaksi jual-beli masyarakat disana, sebab tu spreadnya tinggi, bagi mengelakkan ia dijual balik kepada syarikat, betul ke tak wallahua'lam. Adakah ia sekadar alasan? Entah. Tapi yang pasti, Public Dinar memang berobjektifkan sebagai instrumen pelaburan kepada pembeli. 

Tapi sebelum anda membeli Public Dinar, anda harus tahu juga anda akan disertakan dengan sijil pemilikan/certificate dengan setiap pembelian dinar tersebut. Certificate ni anda harus jaga betul-betul, kerana ia akan diperlukan sekiranya anda mahu menjualnya kepada agen tersebut. Contoh certificate adalah seperti dalam gambar di atas. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, agen sebaliknya akan membeli balik Dinar Public itu pada harga yang jauh lagi rendah daripada 6%!! So, kena hati-hatilah ye.

Sekian dululah, lain-lain cerita insyaallah dalam entry yang akan datang.

Salam Aidilfitri 1432. Maaf Zahir dan Batin.

p/s: entry ini adalah edited punya.. asalnya ditulis sewaktu raya tahun lepas... huhu..









Thursday 25 August 2011

RM27.64

Apa cerita pulak ni dengan RMxx.xx ni? Nilah sebenarnya duit dividen yang saya terima melalui simpanan akaun GIRO BSN tu. Haa, kan elok bunyinya tu, dividen, atau nama kasarnya yang sebenar ialah riba/interest. Itulah hakikatnya. Ni adalah jumlah interest yang diterima hasil simpanan selama 14 tahun dalam akaun berkenaan. Tak banyakpun jika nak dibandingkan dengan dividen yang diterima dalam pelaburan unit trust saya yang walaupun hanya baru 2 tahun, dividen dah dekat RM250. Halal pula tu, tapi kena ingat dividen tu masih bergantung dengan prinsipal nilai pelaburan kita. Prinsipal saya yang dalam unit trust tu adalah RM1600, dapatnya RM250 iaitu kira-kira 15% atau 7.8% setahun, boleh tahan banyak juga bagi kita ni yang invest kecil-kecilan. itu

Berbalik kepada cerita riba tu tadi, walaupun nilainya taklah besar sangat, tapi itulah nilai yang sangat tinggi kalau nak ditebus ganti di akhirat kelak. Ingat kata ustaz, dosa riba itu jauh lagi besar daripada berzina, maksudnya berzina itu lagi baik daripada makan riba. ??? Tak juga, dua-dua kalau buat masuk neraka, pedihnya azab neraka menjadikan tiada satu perkara maksiat itu lagi elok daripada satu maksiat yang lain, kerana hasil akhirnya tetap azab yang sangat sakit. Ustaz kata, cuba fikirkan satu azab yang paling sakit boleh kita lalui di dunia, kalau nak dibandingkannya dengan azab di akhirat tetap tak boleh dibandingkan. Senang kata, apa segala azab yang boleh difikir manusia, itu bukan lagi azab neraka. Nauzubillah...

Berbalik kepada cerita akaun BSN tadi, lepas update buku BSN hari ahad lepas, terkejut tengok duit yang ada dalam akaun, yang ada cume RM14.27, bermakna sudah RM13juga duit riba yang saya telah gunakan, astaghfirullah. Tapi alhamdulillah, telah pun saya bersihkan dosa riba itu tadi dengan sedekah, itu menurut kata ustaz zaharudin. Semua hasil faedah yang diterima daripada bank konvensional kenalah didermakan, dengan prinsipal yang disimpan itu boleh diambil semula untuk kegunaan kita. Jadi, kepada sesiapa yang masih menggunakan bank konvensional, tutuplah akaun tersebut, ubahlah kepada bank yang islamik, tak kisahlah Bank Islam ke, Maybank Islamik ke, Bank Rakyat ke, kena tukar! Orang bukan Islam pun guna perbankan Islam, kita ni yang Islam kena malu pada diri sendiri dan pada agama kita. Perbankan Islam bukan hanya meliputi duit simpanan, tapi juga urusan pinjaman/pembiayaan, bertukarlah segera kepada perbankan Islam.

Akhirnya, jom sama-sama dengarkan tazkirah Ustaz Zaharudin yang bertajuk, Ramadhan dan Takwa dalam  Bab Harta.

Klik sini


Monday 22 August 2011

Apa itu sistem affiliate online?


Apa itu sistem affiliate online?

Affiliate online bermaksud satu system bagi melantik agen pengiklan oleh syarikat-syarikat online, tidak kiralah jual jersi ke, buku ke atau apa-apa saja. Agen yang berjaya merekodkan jualan hasil daripada iklan yang dihasilkan akan diberikan komisyen daripada syarikat atau penjual tersebut. So, inilah cara yang senang untuk kita mencari duit poket, Cuma iklankan produk orang lain, tak payah nak susah-susah cari modal nak buka bisnes sendiri. Iklan pun boleh guna pelbagai medium sekarang ini, seperti facebook mahupun blog-blog dan website. Penjual online pula tak kurang banyaknya sekarang ni seiring kemajuan teknologi maklumat. Mereka ni sangat-sangat memerlukan agen bagi memasarkan produk mereka.

Apa pula hukumnya? Halal ke? Tentulah halal, seperti mana agen takaful atau insuran mencari pelanggan mereka, dan mendapat komisyen hasil jualan polisi insurans mereka,begitu jugalah system affiliate ni. Tapi tak kurang (baca ramai) orang yang tak percaya kita ni boleh menjana duit melalui internet. Pendek kata, inilah system yang biasa diguna untuk menjana duit poket melalui internet. Pernahkah anda terjumpa iklan-iklan yang ingin menawarkan kerja part-time melaliu internet sebagai jurutaip, ataupun buat kerja data entry dan yang seumpama dengannya, saya percaya tugas kerjanya pun tak lari daripada system affiliate ni. Modul yang disediakan pasti berkisar dengan system ni. Saya juga memohon maaf terlebih dahulu sekiranya apa yang dinyatakan ni salah, mungkin dek kerana kurangnya ilmu saya.

Bagaimanapula ingin menjadi usahawan yang berjaya? Sesiapa yang pernah menyertainya pasti bersetuju bahawa bukan senang untuk mendapatkan jualan melalui internet.Tapi tak kurang juga yang berjaya merekodkan jualan yang banyak, bahkan mampu mencapai ribuan ringgit. Tentulah mereka ada rahsia masing-masing, walaupun menggunakan system affiliate yang lebih kurang sama, tapi teknik promosi yang digunakan masing-masing itulah yang membezakan antara usahawan yang berjaya denganyang kurang bernasib baik. Antara yang berjaya yang saya tahu adalah Amirul Hafiz dan Jason Tan.

-printscreen dari salah satu laman affiliate-


Sekiranya anda ingin tahu rahsia teknik Amirul Hafiz, tekan disini. Dia sudi berkongsi rahsia dengan anda. Yang menarik daripada Amirul Hafiz adalah, modul yang disediakannya adalah daripada case-study yang dilakukannya sendiri selama 6 bulan. Saya pun ada subscribe e-mail daripadanya, dan memang daripada e-mail tersebut saya dapati agak berkesan juga caranya untuk menambat hati saya untuk terus menunggu update daripadanya. Sekiranya anda rasa tak cukup dengan teknik yang digunakanya, cubalah teknik yang dipakai Jason Tan pula, klik disini.

p/s: Artikel ini saya tulis just untuk berkongsi panduan kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu affiliate online, kepada yang sudah tahu tapi masih tak berjaya, cuba pula kaedah dua orang yang saya nyatakan tadi. Kepada yang berminat tapi selalu sibuk, saya nasihatkan fokus jelah kepada kerja anda yang asal, berubah kepada bidang yang baru mungkin akan mengambil masa anda. Tapi, ia masih terpulang kepada anda sekiranya anda ingin mencuba.



Sunday 21 August 2011

Internet Download Manager 6.0.7



Internet Download Manager adalah antara salah satu software yang cukup digemari oleh para pengguna internet terutama untuk memuat turun video. Antara sebabnya adalah kelajuan download yang laju sehingga boleh mencapai 200kbps, berbeza dengan download secara biasa. Namun, ramai juga yang sudahpun mempunyai IDM namun tidak mahu menggunakan versi yang latest, dengan alasan kalau kita update, nanti tak boleh guna terus. Benar, pengalaman saya pun memang macam tu, tapi sebenarnya kita boleh cari dia punya crack and patch very easy by browsing using google.

Setakat ini, saya telah menggunakan 3 versi berbeza. Yang pertama versi 5.18, ni mase mula-mula diperkenalkan oleh kawan. Katenye, IDM ni memang laju kalau nak download. Tapi, lepas tu tukar versi 6.05 sebab yang 5.18 tu tak boleh guna pakai google chrome ni, boleh untuk IE dan Mozilla firefox je. Then, lpas pakai yang tu, agak puas hati jugak la sebab tak yah da nak pakai mozilla kalau nak download video. Tapi, lepas lama pakai yang ni, ade satu dua perkara yang saya tak suka, sebab kalau download serve guna chrome, nanti tajuk file/video yang kita download tak keluar, instead dia keluar macam kod yang penuh huruf memanjang. So, nanti kalau nak buka balik video tu kena cari balik, kena bukak satu-satu, takpun kena rename balik la. Memang berbeza kalau pakai mozilla, tajuk failnya memang keluar yang betul.

So, beberapa ari lepas, tukar lagi ke versi 6.0.7, dan masalah nama fail telahpun dapat diatasi menggunakan IDM versi  ni. Memang bagus. Nak link dia?

Tekan sini...

Bagi yang dah ada versi terdahulu, kalau nak pakai 6.0.7 ni, anda kenalah uninstall versi yang lama, kemudian restart komputer untuk boot computer kemudian barulah install balik IDM 6.0.7 yang anda download dekat link kat atas tadi...

Selamat mencuba....


Wednesday 17 August 2011

Bayar zakat harta dengan dinar dan dirham di kelantan

Adalah dijemput hadirin hadirat ke Majlis Pembayaran dan Pengagihan Zakat serta Berbuka Puasa. Butiran program adalah seperti berikut:
Hari       :Khamis
Tarikh    :25 Ogos 2011/ 25 Ramadhan 1432
Masa     :3.00 petang- 7.30 petang
Tempat  :Kelantan Trade Centre(KTC) bersebelahan Stadium Sultan Muhammad IV.
Anjuran : Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd dan World Islamic Mint dengan kerjasama Majlis Agama Islam                                               Kelantan

Muslimin/muslimat dijemput hadir untuk membayar zakat harta masing-masing. Pembayaran zakat akan menggunakan dinar dan dirham dan juga pengagihan zakat kepada asnaf zakat yang telah dikenalpasti juga menggunakan dinar dan dirham. Muslimin/muslimat yang mahu membayar zakat tetapi tidak mempunyai dinar atau dirham tidak perlu khuatir kerana anda boleh menukar wang ringgit anda kepada dinar dan dirham di tempat kejadian.

Muslimin/muslimat juga dijemput untuk menyaksikan upacara bersejarah ini sekiranya anda telah pun menjelaskan zakat harta masing-masing.

Di samping itu juga pihak penganjur memohon maaf kerana tempat yang dicadangkan sebelum ini iaitu Masjid Telipot, Kota Bharu telah ditukar ke KTC diatas sebab-sebab yang tertentu.

Seperti biasa, harta yang perlu dizakat mestilah cukup haulnya iaitu setahun dan cukup nisabnya iaitu barsamaan RM11000 seperti yang telah diumum oleh MAIK baru-baru ini. Kadar zakat pula adalah 2.5% daripada jumlah harta yang perlu dikenakan zakat.

Sekian..



Tuesday 16 August 2011

Nuzul Quran

Alhamdulillah, hari ini sudah pun17 Ramadhan iaitu hari sambutan nuzul quran. Sempena Nuzul Quran jugalah, kerajaan negeri Kelantan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 100 kali bersama Dr Asri Zainal Abidin semalam di Qaryah Ramadhan. Saya sendiri pun tak pernah pun berterawikh di situ sebelum ini, tapi alang-alang emak dah ajak, ikut jugaklah untuk sama-sama berterawih disana. Dan sampai-sampai kat sana, mak aii, ramai betul orang, penuh sampai ke luar khemah qaryah. Nasib baik la petugas-petugas qaryah yang terdiri daripada remaja-remaja tu cepat je buat kerja hamparkan tikar untuk para jemaah, dapat la solat kat situ. Macam biasa, solat diimami oleh seorang syeikh mesir, bacaannya sedap sangat, walaupun agak panjang, ditambah dengan keadaan yang sedikit hangat kat luar khemah, bacaannya membuatkan jemaah tidak terasa sangat ketidakselesaan itu.

                                           -gambar hiasan-

Kehadiran jemaah semalam boleh dianggarkan seramai 5000 orang dengan khemah utama mampu memuatkan lebik kurang 1600 jemaah untuk solat ataupun sehingga 3000 orang sekiranya duduknya rapat seperti untuk mendengar ceramah. Maknanya semalam, lebih kurang 3000 orang jugalah yang solat diluar khemah. Usai 8 rakaat terawih, majlis semalam diikuti majlis khatam alquran sebanyak 100 kali. Cara pelaksanaannya ialah setiap seorang membaca 1 juzuk, so 30 juzuk x 100 kali, memrlukan 3000 orang untuk melaksanakan misi malam tersebut. Sebanyak 3000 alquran juga diedar kepada jemaah dengan setiap alquran telah ditulis juzu yang perlu dibaca oleh pemegang alquran tersebut.Tapi alhamdulillah, kehadiran jemaah yang ramai berjaya juga untuk membantu penganjur melaksanakan misi tersebut. Majlis juga diserikan dengan kehadiran pelawat atau pelancong daripada Pahang dan Singapura yang diurus oleh Tourism Malaysia Kelantan.

Majlis kemudian diikuti dengan sedikit ceramah daripada Dr Asri dengan tajuk Indahnya Alquran. Menurut beliau, ulama berbeza pendapat tentang bila tarikh sebenar turunnya al-quran. Pendapat yang pertama adalah seperti yang kita sambutlah, iaitu 17 ramadan iaitu hari nuzul quran. Pendapat yang kedua adalah pada mana-mana 10 malam terakhir ramadhan menggunakan dalil surah al-qadr iaitu disebutkan sesungguhnya Allah menurunkan Al-Quran pada lailatul Qadr dalam ayat pertama surah tersebut, dan juga menjadi ijma ulama juga lailatul qadar itu berlaku dalam sepuluh malam terakhir ramadhan seperti yang disebut dalam hadis sohih. Maka inilah hujah yang mengatakan turunnya alquran dalam 10 malam terakhir ramadhan, dan ini juga lah pendapat yang lebih disukai untuk ditarjih oleh Dr Asri.

                                              -gambar hiasan-

Walaupun begitu, persoalan bila tarikh sebenar nuzul quran bukanlah persoalan yang besar sehingga kita melupakan persoalan yang lebih besar, adakah kita sebenarnya telah melaksanakan tuntutan-tuntutan dalam alquran dengan sebenar-benarnya. Tepuk dada, tanya iman. Wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts