Itulah, walaupun dalam keadaan sakit, saya masih dapat dengar beberapa point-point penting dan bernas dari kedua-dua ahli panel. Kedua-dua mereka dilihat sebagai cukup profesional bagi menyatakan pandangan yang membina lebih-lebih lagi mengambil stand sebagai ahli akademik. Tak kurang banyak juga teguran-teguran membina yang dibuat ke atas kerajaan yang dilihat tidaklah keterlaluan, bahkan ianya adalah realiti yang sudah cukup diketahui umum bahawa banyak yang kerajaan Malaysia perlu perbetulkan demi mengutamakan maslahah untuk rakyat jelata. Namun, lagi profesional, mereka juga tidaklah pula menidakkan serba sedikit kejayaan yang telah dilakar oleh kerajaan seperti dalam bidang perbankan Islam. Tidak pula memuji-muji sampai jadi kaki bodek. Jadi, orang-orang seperti inilah yang kita mahukan yang bercakap dan berjuang demi maslahah ummah, tidak kisah dari parti mana, dari PAS ke, UMNO ke, berpolitik biarlah jangan sampai memudharatkan.
Bagi yang belum menonton rancangan ini, disini saya kongsikan video tersebut. Ambillah mutiara ilmu dari 2 orang tokoh ilmuwan secara positif ye. Selamat menonton.
p/s: video kredit kepada pemilik...
No comments:
Post a Comment