Wow.. Tajuk yang menarik ni. Mula-mula dengar ni dari mulut seorang ustaz yang mengajar di sebuah masjid, mindaku terus terfikir, ada kaitan ke antara kedua-dua ni? Macam mana boleh sifat zuhud mempengaruhi keadaan ekonomi semasa? Erm, curiosity increased....
So, jawapannya ialah.... Sebelum tu, meh saya terangkan dulu tentang tiga tahap keperluan manusia yang saya pelajari dalam konsep muamalah. (ni subjek yang saya baru exam pagi tadi...)
Humans' needs form Islamic perspectives:
- Dharuriyyah - basic needs such as foods, clothings and housings.
- Haajiyyat - when a society fulfilled the basic needs, the next needs is related to the better food, clothing etc and middle class people usually can afford to satisfy this need.
- Tahsiniyyat - needs for wealth and perfectness
Seperti yang difahami, orang yang zuhud biasanya akan menjauhi dirinya daripada perkara haajiyyat apatah lagi perkara tahsiniyyat.
Berbalik kepada sistem ekonomi yang agak tenat baru-baru ini, kita dikejutkan dengan hutang U.S sebanyak USD14trillion yang cukup mustahil untuk dilangsaikan. Krisis kewangan Greece juga semakin memuncak apabila diisytihar sebagai muflis sehingga tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan kerajaan, keadaan kewangan yang cukup tenat ekoran bebanan hutang yang melampau tinggi ditambah dengan keengganan Bank Dunia dan Kesatuan Eropah untuk menyalurkan dana untuk menstabilkan keadaan kewangan semasa di sana.
Apa yang dapat kita lihat, sistem ekonomi dunia menjadi tenat akibat daripada hutang. Ya, HUTANG!! Walaupun pada hakikatnya hutang tidak dapat dielakkan dan amat penting juga untuk membangunkan ekonomi, ianya mestilah pada kadar yang tidak terlalu tinggi kerana apabila sudah terlalu tinggi, gawat dik oii..
So, kerana apa orang berhutang? Ask yourself.. Tidak lain tidak kerana hendak memenuhi keperluan tahsiniyyat yang akhirnya menyebabkan kita berbelanja melebihi keperluan. Negara-negara dunia ini pula semuanya berlumba-lumba membina pelbagai binaan-binaan yang moden yang sudah pasti memerlukan dana yang besar termasuklah bangunan pencakar langitnya, dan lain-lain struktur binaan yang mahal. Asyik dok kejar pembangunan fizikal. Bangunan semua tinggi-tinggi, besar-besar dll. Contohnya di Malaysia juga. Kalau di sebuah negeri itu tiada pembangunan, terus dituduh sebagai mundur dsb. Tahu berapa hutang negara sekarang? RM500 billion beb. Banyak tuu. Semuanya akibat hutang dan juga ketirisan dan penyelewangan projek kerajaan.
Gambar Hiasan |
Namun ketahuilah, negeri yang dikatakan miskin itulah yang sebenarnya betul2 telah mengamalkan Islam. Walaupun Kelantan agak mundur dari segi pembangunan fizikal, ianya adalah selaras dengan basic needs yang mampu ditanggungnya. Dengan usaha kerajaan negeri yang berusaha melangsaikan hutang lapuk kerajaan BN, saya cukup yakin SEKIRANYA Malaysia mengalami krisis kewangan hingga hampir muflis, Kelantan pasti tidak akan mengalami nasib yang sama. Ditambah dengan ura2 usaha kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang lapuk PTPTN rakyat negeri, rakyat Kelantan haruslah bersyukur bahawa anda mempunyai sebuah kerajaan yang cukup menjaga kebajikan rakyat and this is what we call Welfare State!!
p/s: Kepada guru2 atau lecturer2 yang mengajar subjek muamalah atau ekoonomi dan yg sama waktu dengannya, jgn lupa selitkan pkara2 sebegini.. Because i didnt get this from a lecture hall but from a prayer hall!!
No comments:
Post a Comment