MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday 31 May 2013

Dividen itu untung?

Memandangkan Public Mutual baru saja mengumumkan dividen bagi 7 dananya semalam, mood saya untuk bercerita tentang amanah saham juga semakin meningkat. Apapun, mari saya teruskan dengan sedikit perbincangan yang bermula dengan satu soalan.

Dividen itu untung?

Satu persoalan yang bagi saya perlu diajukan kepada para pembaca. Tentulah bagi semua orang, dividen merupakan sesuatu yang baik kerana kita diganjarkan dengan ganjaran wang. Namun, bukan semua dividen itu mencerminkan keuntungan. Benarkah? Jawab saya, ya.

Sebenarnya, perkara paling pertama yang perlu dilihat ialah nature pelaburan kita. Pelaburan yang berbeza mempunyai cara yang berbeza untuk kita mendapatkan keuntungannya. Contohnya, main saham cara dapatkan untungnya berbeza dengan untung dari pelaburan emas yang juga berbeza dari pelaburan saham koperasi, pelaburan hartanah dan lain-lain. 

Justeru, pada kali ini suka saya berkongsi mengenai keuntungan dalam pelaburan amanah saham. Dalam amanah saham ini sendiri pun sebenarnya terdapat beberapa cara mendapatkan untung yang berbeza bergantung kepada objektif pelaburan pelabur dan juga objektif dana tersebut.



Berbalik kepada persoalan kita, dividen itu untung ke? Tidak. Kerana dividen yang diagihkan akan menyebabkan harga dana tersebut susut. 
Contoh: Harga dana (NAV) sebelum dividen diagihkan ialah RM1.00. Kemudian, selepas diumumkan dividen sebanyak 10 sen bakal diagihkan kepada pelabur, harga dana(NAV) sebenarnya akan jatuh  kepada RM0.90 sen sejurus selepas agihan dividen dibuat.

Justeru apakah kesan kepada pelabur?
Jom kita buat study case.

Ahmad melabur dalam dana ini pada harga RM1.00 iaitu sebelum dividen diumumkan dengan nilai sebanyak RM1000. Dengan amaun sebanyak ini, Ahmad akan mendapat sebanyak 1000 unit. Kemudian, apabila diumumkan dividen sebanyak 10 sen, nilai pelaburan Ahmad turun kepada RM900 kerana harga dana telah turun kepada RM0.90 sen seunit (Ahmad ada 1000 unit). Dividen yang ahmad akan dapat pula ialah sebanyak RM100 iaitu (RM0.10 x 1000 unit). Jadi, nilai terkumpul pelaburan ahmad tetap pada RM1000. Tiada keuntungan pun sebenarnya.

Cuma, apa yang menjadi kelebihan kepada Ahmad ialah Ahmad dapat buat reinvestment menggunakan dividen yang diberikan pada harga yang lebih rendah. Menggunakan RM100 itu tadi, Ahmad akan mendapat sebanyak kira-kira 111 unit tambahan (RM100 bahagi RM0.90). Akhirnya, unit terkumpul pelaburan Ahmad ialah sebanyak 1111 unit pada harga RM0.90 iaitu masih pada RM 1000. 

Namun, walaupun nilai pelaburan masih pada RM1000, tapi unit yang dipegang sudah berbeza. Jika sebelum dividen diagihkan Ahmad hanya mempunyai sebanyak 1000 unit, selepas dividen diagihkan Ahmad mempunyai sebanyak 1111 unit. 

Kesan daripada ini ialah satu sen kenaikan harga dana selepas agihan dividen memberikan keuntungan yang lebih besar berbanding satu sen kenaikan sebelum agihan dividen. Iaitu bagi setiap satu(1) sen kenaikan sebelum tarikh agihan, Ahmad akan mendapat untung RM10 (RM0.01 x 1000 unit) walhal selepas tarikh tersebut, satu sen kenaikan memberikan untung sebanyak RM11.11 (RM0.01 x 1111 unit).

Bagaimanakah pula kalau dividen yang diberikan melebihi 10 sen? Jom kita andaikan dividen yang diagihkan sebanyak 15 sen. Dividen 15 sen seunit menghasilkan jumlah dividen sebanyak RM150 yang kemudian jika dibuat reinvestment pada harga RM0.85 memberikan tambahan unit sebanyak 176 unit (RM150 bahagi RM0.85). Unit terkumpul yang bakal dipegang Ahmad selepas agihan ialah sebanyak 1176 unit. Jadi, 1 sen kenaikan harga dana selepas agihan memberikan keuntungan sebanyak RM11.76.

Oleh yang demikian, semakin besar dividen yang diberikan memberikan kesan yang lebih besar kepada setiap satu sen kenaikan harga dana (NAV) selepas dari agihan dividen diberikan.Namun begitu, kesan ini tidak sahaja terhad kepada kenaikan harga dana. Ia juga tertakluk sama terhadap penurunan harga dana. Namun, apa yang hendak ditegaskan sekali lagi ialah dividen tidak memberi keuntungan secara nominal terhadap nilai pelaburan namun ianya memberi kesan terhadap keuntungan/kerugian hasil daripada pergerakan harga NAV selepas dari agihan dividen dilakukan dengan syarat pelabur melakukan reinvestment.


Dividen Public Ittikal (2013) 5 sen seunit

Semalam, Public Mutual telah mengumumkan agihan dividen untuk 7 dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2013. Antara lain dana yang menjadi perhatian saya tentulah Public Ittikal di mana bakal membuat agihan sebanyak 5 sen seunit bagi para pelaburnya.

Bagi lain-lain dana yang turut sama diumumkan agihan dividennya semalam, anda boleh lihat dividen dana-dana tersebut pada gambar di bawah.


Dividen 7 dana yang diumumkan semalam

Buat pengetahuan anda, dividen dana Public Ittikal pada tahun ini sedikit menurun berbanding tahun lepas (2012) iaitu sebanyak 5.25 sen seunit. Namun, jika dibandingkan pada tahun 2011 dan sebelumnya, dividen dua(2) tahun kebelakangan ini jauh lebih rendah di mana pada tahun 2011 dividen yang diagih adalah sebanyak 8 sen seunit.

Apa yang aneh ialah agihan yang dibuat sebanyak 5 sen seunit ini dilihat tidak selari dengan performance dana ini bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2013 dimana prestasi dana mencatatkan kenaikan sebanyak lebih kurang 18%. 

Ianya dikira berdasarkan harga dana tahun ini berbanding harga tahun pada tahun lalu iaitu pada 1 Jun 2012 harga dana (baca NAV) ialah RM0.81 manakala pada 30 Mei 2013 harganya ialah RM0.96. Jadi kenaikan ialah sebanyak 18% (0.15/0.81 x100%).

Kenaikan sebanyak 18% ini sebenarnya prestasi yang amat memberangsangkan bagi satu-satu dana. Apa yang menyumbang kepada kejayaan ini tentulah faktor pasaran semasa yang dilihat agak kukuh walaupun disaat ketidaktentuan pasaran diwaktu pilihanraya umum yang lepas. Bahkan, indeks pasaran (KLCI) juga sebenarnya berjaya mencatatkan indeks tertingginya dalam sejarahnya baru-baru ini iaitu sejurus selepas pilihanraya yang diadakan 5 Mei lalu.

P/s: Ruginya saya keluarkan duit saya dari dana ini tahun lepas.

Tuesday 21 May 2013

Bagaimana nak print dalam MS Excel?

Bismillah.

Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas dan senang bagi apa jua dokumen contohnya MS Word,  MS Access dan MS Powerpoint, namun mungkin tidak begitu mudah bagi sesiapa yang tidak biasa untuk print dokumen MS Excel.

Mungkin bagi anda yang mempunyai pengetahuan yang minima dalam MS Excel ni, cara yang paling simple yang akan anda ambil apabila anda perlu print dokumen Excel anda ialah dengan:
1) Klik butang Microsoft Office.













2) Klik print













3) Pilih 'print preview'. Kemudian, anda akan dapati contoh bagaimana dokumen akan dicetak dalam bentuk 'hardcopy'. Jadi, kalau saya ikut step-step seperti diatas, dokumen saya akan kelihatan seperti berikut:



Kalau diperhatikan, dokumen saya semuanya ada 11 muka dan hanya empat muka di atas sahaja yang tidak kosong. Jadi, bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?

Caranya ialah dengan membuat 'selection' keatas 'cell' yang anda hendak cetak sahaja, jangan biarkan MS Excel yang tentukan bahagian mana dari dokumen anda yang akan dicetak. Hal ini kerana bahagian yang akan dicetak itu biasanya akan ditetapkan secara default oleh Excel setiap kali anda mahu print.

Jadi bagaimanakah pula cara untuk anda sendiri pilih bahagian mana dari dokumen tersebut yang anda mahu cetak? Caranya ialah seperti berikut (sebagai contoh):

1) Pilih cell yang anda mahu cetak sambil tekan 'Ctrl' untuk bahagian pertama.

2) Pilih cell bagi bahagian kedua yang ingin dicetak juga serentak tekan 'Ctrl'

3) Tekan 'page layout'

4) Tekan 'set print area'. 

5) Kemudian anda akan notis yang kawasan yang anda pilih tadi sudah berada dalam kotak yang dilingkungi garis putus-putus seperti dalam gambar.

6) Kemudian ikut langkah untuk dapatkan print preview seperti diatas. Maka hasil yang akan dapat ialah:



Memandangkan hanya dua bahagian sahaja yang saya set, maka helaian yang akan dicetak pun hanyalah dua helai saja. Setiap bahagian yang dipilih juga akan dicetak di dalam helaian yang berlainan.

Sekian dulu dari saya.

Insyaallah ada kesempatan lagi saya kongsikan lagi lain-lain perkara berkenaan Excel ni.

Monday 13 May 2013

Jadual Kuliah Surau Bank Islam

Bismillah.

Berikut adalah jadual kuliah di Surau Wakaf Ahmad Dawjee Menara Bank Islam sepanjang bulan Mei.




Saturday 11 May 2013

Berapa agaknya dividen Public Ittikal 2013?


Bismillah,

Lama betul x buat entry baru kerana kesuntukan masa dan sebagainya. Saya mungkin akan peruntukan lebih masa untuk blog ini bermula 22 Mei nanti. Insyaallah.

Apapun, Mei tahun ini tidak segirang Mei sebelum-sebelum ini kerana hati biasanya pasti tertunggu-tunggu tarikh 31 Mei, hari dimana diumumkan dividen Public Ittikal.Ini kerana saya telah keluarkan semua simpanan saya tahun lepas atas beberapa sebab.

Namun begitu, ini tidak bermaksud saya tidak akan lepaskan perhatian saya kepada dana ini begitu saja. Ini hanyalah untuk menilai balik apakah tindakan saya waktu itu tepat atau sebaliknya. Kalaulah performance tahun ni lebih baik rugilah jawabnya saya keluarkan duit saya tahun lepas.

Walaubagaimanapun, hati saya tidaklah akan begitu sedih memandang waktu pada ketika itu yang agak mendesak.. Hehe.

Anyway, semoga para pelabur yang masih bertahan hold dana ini beroleh dividen yang memuaskan pada tahun ini. Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts