Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buktinya boleh dilihat pada kejayaan bank koperasi terbesar di Malaysia iaitu Bank Rakyat yang mampu memberikan pulangan setinggi 15% kepada para pemegang saham koperasi hampir pada setiap tahun. Disebabkan dividen yang konsisten dan hampir boleh dipastikan sebanyak 15% setiap tahun, maka pelaburan dalam koperasi Bank Rakyat ini termasuk dalam kategori pelaburan yang berisiko rendah dan cukup selamat.
Namun begitu, seperti yang semua sedia maklum, pelaburan dalam Bank Rakyat telahpun ditutup. Ianya bukan sahaja ditutup kepada pelabur baru bahkan juga kepada pelabur sedia ada untuk menambah pelaburan masing-masing.
Oleh itu, bagi yang terlepas untuk melanggan saham koperasi bank rakyat, anda masih lagi berpeluang untuk melabur dalam saham koperasi yang tidak kurang hebatnya iaitu Bank Persatuan. Dan mengikut laman web Bank Persatuan yang terkini, jumlah pelaburan yang dibenarkan kepada mana-mana pemegang syer sekarang ini adalah tanpa had maksimum.
Pindaan ini merupakan suatu pindaan yang beru berkuatkuasa tahun ini dimana sebelum ini had maksimum jumlah syer yang boleh dilabur hanya RM2000 sebelum dinaikkan kepada RM20000. Anda boleh rujuk entri saya yang terdahulu yang saya tulis lebih kurang setahun yang lepas. Pelaburan Bank Persatuan. Dan yang terbaru, pelaburan saham bank persatuan sekarang ini adalah terbuka kepada semua tanpa ada had maksimum. Cukup menarik. Anda boleh rujuk di laman web bank persatuan sendiri.
Memang benar, dividen yang ditawarkan tidaklah setinggi dividen Bank Rakyat, namun bandingan seperti ini tidaklah adil, membandingkan gergasi dengan semut ataupun boleh dikatakan membandingkan seorang guru dengan muridnya, bandingan seperti ini tentulah tidak adil. Namun apa yang boleh dikongsi ini ialah prospek Bank Persatuan adalah cukup tinggi. Jangan pula bila sampai peluang pelaburan dalam saham koperasi Bank Persatuan ini ditutup seperti Bank Rakyat, dan pada ketika itu pula prestasinya menyamai Bank Rakyat, pada ketika itulah kita tergesa-gesa berlumba-lumba mendapatkan sahamnya. Dan inilah tabiat biasa orang kita yang tidak memandang jauh ke depan. Namun ini hanyalah pandangan peribadi, boleh jadi betul dan boleh jadi tidak. Boleh jadi Bank Persatuan akan mampu mengejar mentornya Bank Rakyat, dan boleh juga tidak. Semuanya terpulang kepada anda!
p/s: Mesej utamanya ialah pelaburan Bank Persatuan tiada had maksimum. Banyak pula goreng-gorengnya.
No comments:
Post a Comment