MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday, 23 September 2011

Ustaz Rashidy Jamil

Salam..

Pernahkah anda mendengar nama ustaz ini? Beliau merupakan salah seorang ustaz yang amat saya sanjungi yang juga anak saudara kepada penceramah bebas yang terkenal lagi alim serta tawadhuk iaitu Dr Zulkifli Al-Bakri. Ustaz Rashidy mempunyai gaya penyampaian yang lebih kurang sama dengan Dr Zul terutama dengan loghat Terengganunya, namun ia tetap mampu difahami bahkan isi penyampaiannya nyata bernas dan menarik. Kedua-dua ustaz ini cukup saya hormati bukan kerana ketinggian ilmunya sahaja, bahkan dengan akhlaknya yang baik, ia cukup lembut untuk menyentuh hati masyarakat. Kedua-duanya cukup ramah dan merendah diri. Yang menarik tentang Ustaz Rashidy ialah apabila bersalaman dengannya selepas majlis ilmu, dia sentiasa bertanya khabar kepada sesiapa sahaja yang bersalam dengannya beserta dengan senyuman yang melirik di wajahnya, membuatkan kita merasa segan dengan sikap tawaduknya itu. Bahkan, dia juga sentiasa memberi salam kepada sesiapa jua, seperti yang saya alami semalam, semasa berborak dengan seorang kawan di atas motor di tempat parking, tiba-tiba Ustaz memberi salam dengan suara yang jelas, "Assalamualaikum". Ini bukan kali pertama yang saya diberi salam oleh seorang yang lagi mulia daripada saya, ini adalah yang kali kedua, bahkan yang pertama kali juga adalah di tempat sama selepas solat jumaat tak berapa lama dahulu.

Tulisan ini bukannya ingin membandingkan antara kedua ustaz kita yang cukup kita sayangi ini, bahkan kedua-duanya terkenal kerana mempunyai ilmu dalam dua bidang yang berbeza, Dr Zul dengan ilmu tasawufnya, yang terpancar pada akhlaknya, manakala Ustaz Rashidy dengan ilmu perbandingan agama, perbahasan tentang bible dan lain-lain hujah orang kristian, semuanya beliau tahu untuk menangkis setiap serangan itu. Ringkasnya, beliau bagus dalam bidang akidah.

Semalam. sempat sekali lagi mendengar kuliah agama daripada beliau. Kerana hadir sedikit lewat, saya masih dapat sesuatu yang berharga dimana sesi soal jawab yang cukup menarik. Soalan daripada seorang ahli jemaah tentang syiah. Orang berfahaman syiah selalu mendakwa hadis-hadis yang diriwayatkan oleh mereka semuanya daripada ahlul-bait seperti Saidatina Aishah, Saidina Jaafar dan lain-lain, maka tentulah hujah mereka lebih kuat berbanding hujah Sunni yang lebih banyak meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah dan para sahabat yang lain. Logiknya memang macam tu. Cerita daripada seorang ahli keluarga tentulah lebih kuat daripada cerita seorang kawan. Namun dijawab Ustaz Rashidy, mana mungkin Ahlul Bait menghina para sahabat seperti yang biasa dilakukan oleh orang Syiah. Bahkan Saidina Jaafar tidak mungkin menghina dan mencaci para sahabat, seperti yang didakwa oleh Syiah. Syiah ni sememangnya cukup terkenal dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor termasuklah menghina para sahabat.

Anda kenal Ayatollah Khomeini? Iaitu ulama syiah di Iran yang cukup tekenal, tapi juga pernah mengeluarkan fatwa yang cukup memesongkan dan kotor. Pertama, seorang muslim boleh menyewakan isterinya kepada mana-mana tetamu yang hadir ke rumahnya dengan alasan untuk memuliakan tetamu. Ni apa kes? Kedua, muslim juga boleh melepaskan syahwat, tapi  bukanlah bermaksud setubuh, kepada anak-anak mereka dan sesiapa yang mereka miliki, sehinggakan meletakkan kemaluan pada pangkal paha seorang bayi yang baru lahir. Astaghfirullah. Inilah kata-kata dusta yang cukup parah dan kotor yang Ustaz Rashidy rasa malu nak cakap di depan jemaah.

Sidang pembaca, fahaman syiah cukup-cukup berbahaya kepada umat Islam terutama bagi kita di Malaysia yang nampaknya semakin menular terutama di IPT-IPT. Kalau tak silap yang saya dengar dari Ustaz Rashidy, menurut Imam Syafie, tidak ada dusta yang paling teruk di dalam kalangan umat Islam melainkan dusta ulama Syiah.

By the way, hari ini saya cuma ingin memperkenalkan kepada anda semua seorang ustaz yang saya hormati. Sekarang beliau masih lagi berkhidmat di Jakim. Tak tahulah, persepsi masyarakat terhadap Jakim cukup serong, sedangkan mereka mempunyai ustaz-ustaz yang tak kurang hebatnya, berbanding kita ni yang sekadar orang awam. Kita kena juga sedar di mana kedudukan kita. Anyway, berkenal-kenallah dengan Ustaz Rashidy di laman blog beliau disini.

Wassalam.

update: Ustaz Rashidy Jamil ada memberi kuliah Jumaat di Masjid Shah Alam setiap minggu ketiga (kalau tak silap) berkenaan Sirah Nabi Muhammad S.A.W. Ikuti rakaman kuliah beliau disini, mudah-mudahan dengan perkongsian ini kita akan lebih mengenali insan yang paling sayang akan kita iaitu Rasulullah S.A.W. Moga-moga cinta baginda akan berbalas oleh setiap jiwa muslim di dunia ini.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts