MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday 23 September 2011

Ustaz Rashidy Jamil

Salam..

Pernahkah anda mendengar nama ustaz ini? Beliau merupakan salah seorang ustaz yang amat saya sanjungi yang juga anak saudara kepada penceramah bebas yang terkenal lagi alim serta tawadhuk iaitu Dr Zulkifli Al-Bakri. Ustaz Rashidy mempunyai gaya penyampaian yang lebih kurang sama dengan Dr Zul terutama dengan loghat Terengganunya, namun ia tetap mampu difahami bahkan isi penyampaiannya nyata bernas dan menarik. Kedua-dua ustaz ini cukup saya hormati bukan kerana ketinggian ilmunya sahaja, bahkan dengan akhlaknya yang baik, ia cukup lembut untuk menyentuh hati masyarakat. Kedua-duanya cukup ramah dan merendah diri. Yang menarik tentang Ustaz Rashidy ialah apabila bersalaman dengannya selepas majlis ilmu, dia sentiasa bertanya khabar kepada sesiapa sahaja yang bersalam dengannya beserta dengan senyuman yang melirik di wajahnya, membuatkan kita merasa segan dengan sikap tawaduknya itu. Bahkan, dia juga sentiasa memberi salam kepada sesiapa jua, seperti yang saya alami semalam, semasa berborak dengan seorang kawan di atas motor di tempat parking, tiba-tiba Ustaz memberi salam dengan suara yang jelas, "Assalamualaikum". Ini bukan kali pertama yang saya diberi salam oleh seorang yang lagi mulia daripada saya, ini adalah yang kali kedua, bahkan yang pertama kali juga adalah di tempat sama selepas solat jumaat tak berapa lama dahulu.

Tulisan ini bukannya ingin membandingkan antara kedua ustaz kita yang cukup kita sayangi ini, bahkan kedua-duanya terkenal kerana mempunyai ilmu dalam dua bidang yang berbeza, Dr Zul dengan ilmu tasawufnya, yang terpancar pada akhlaknya, manakala Ustaz Rashidy dengan ilmu perbandingan agama, perbahasan tentang bible dan lain-lain hujah orang kristian, semuanya beliau tahu untuk menangkis setiap serangan itu. Ringkasnya, beliau bagus dalam bidang akidah.

Semalam. sempat sekali lagi mendengar kuliah agama daripada beliau. Kerana hadir sedikit lewat, saya masih dapat sesuatu yang berharga dimana sesi soal jawab yang cukup menarik. Soalan daripada seorang ahli jemaah tentang syiah. Orang berfahaman syiah selalu mendakwa hadis-hadis yang diriwayatkan oleh mereka semuanya daripada ahlul-bait seperti Saidatina Aishah, Saidina Jaafar dan lain-lain, maka tentulah hujah mereka lebih kuat berbanding hujah Sunni yang lebih banyak meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah dan para sahabat yang lain. Logiknya memang macam tu. Cerita daripada seorang ahli keluarga tentulah lebih kuat daripada cerita seorang kawan. Namun dijawab Ustaz Rashidy, mana mungkin Ahlul Bait menghina para sahabat seperti yang biasa dilakukan oleh orang Syiah. Bahkan Saidina Jaafar tidak mungkin menghina dan mencaci para sahabat, seperti yang didakwa oleh Syiah. Syiah ni sememangnya cukup terkenal dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor termasuklah menghina para sahabat.

Anda kenal Ayatollah Khomeini? Iaitu ulama syiah di Iran yang cukup tekenal, tapi juga pernah mengeluarkan fatwa yang cukup memesongkan dan kotor. Pertama, seorang muslim boleh menyewakan isterinya kepada mana-mana tetamu yang hadir ke rumahnya dengan alasan untuk memuliakan tetamu. Ni apa kes? Kedua, muslim juga boleh melepaskan syahwat, tapi  bukanlah bermaksud setubuh, kepada anak-anak mereka dan sesiapa yang mereka miliki, sehinggakan meletakkan kemaluan pada pangkal paha seorang bayi yang baru lahir. Astaghfirullah. Inilah kata-kata dusta yang cukup parah dan kotor yang Ustaz Rashidy rasa malu nak cakap di depan jemaah.

Sidang pembaca, fahaman syiah cukup-cukup berbahaya kepada umat Islam terutama bagi kita di Malaysia yang nampaknya semakin menular terutama di IPT-IPT. Kalau tak silap yang saya dengar dari Ustaz Rashidy, menurut Imam Syafie, tidak ada dusta yang paling teruk di dalam kalangan umat Islam melainkan dusta ulama Syiah.

By the way, hari ini saya cuma ingin memperkenalkan kepada anda semua seorang ustaz yang saya hormati. Sekarang beliau masih lagi berkhidmat di Jakim. Tak tahulah, persepsi masyarakat terhadap Jakim cukup serong, sedangkan mereka mempunyai ustaz-ustaz yang tak kurang hebatnya, berbanding kita ni yang sekadar orang awam. Kita kena juga sedar di mana kedudukan kita. Anyway, berkenal-kenallah dengan Ustaz Rashidy di laman blog beliau disini.

Wassalam.

update: Ustaz Rashidy Jamil ada memberi kuliah Jumaat di Masjid Shah Alam setiap minggu ketiga (kalau tak silap) berkenaan Sirah Nabi Muhammad S.A.W. Ikuti rakaman kuliah beliau disini, mudah-mudahan dengan perkongsian ini kita akan lebih mengenali insan yang paling sayang akan kita iaitu Rasulullah S.A.W. Moga-moga cinta baginda akan berbalas oleh setiap jiwa muslim di dunia ini.

Thursday 22 September 2011

Dividen AS1M 6.5 Sen Seunit

Menurut laporan di berita harian online yang saya baca kejap tadi, ASNB telah mengumumkan dividen untuk AS1M sebanyak 6.5 seunit berbanding 6,38 sen seunit pada tahun lepas. Rasanya ramai student IPTA yang mendaftar tahun satu pada sesi 2009/2010 telah mendapat 100 unit percuma seorang daripada kerajaan. Dengan harga unit dana atau NAV yang tidak berubah, pengiraan untuk keuntungan adalah lagi mudah berbanding dana amanah dalam syarikat yang lain seperti public mutual yang harganya turun naik mengikut performance bursa saham. Kesannya, risiko pelabur adalah lebih rendah kerana tiada kemungkinan capital loss daripada sudut naik turun harga. Al-maklum, ini adalah dana yang disokong oleh kerajaan. Secara mudah, jumlah terkini tabung anda ialah RM100 x(1+0.063)x(1+0.065) iaitu grossly RM113.29. 

Wednesday 21 September 2011

[Iklan]E-book Panduan Pelaburan Silver


Harga:RM80 untuk 100 orang pertama
*Boleh dapatkan preview secara percuma sebelum pembelian.

10 Soalan lazim pembeli baru bullion perak

1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook "Silver Lot Shop"
Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook "Silver Lot Shop" kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 - 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik 'slow & steady' tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih renda peratusan berbanding silver

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan

Tuesday 20 September 2011

Jokes from an ustaz

Salam..

Alhamdulillah, semalam dapat juga menghadiri kuliah maghrib di masjid. Setelah agak lama tak ikut majlis ilmu, dek kerana kesibukan belajar dan sebagainya, ikut jugak majlis semalam. Pesanan saya kepada anda ye wahai para pelajar, sesibuk manapun anda dengan kelas ke, program ke, ikut lah juga majlis ilmu di masjid. Jangan bagi alasan tidak lapang, kerana dalam sesetengah keadaan, kita yang menyibukkan diri kita dengan sesuatu, dan    kita tidak boleh sebenarnya hanya pergi ke masjid bila lapang, kita yang harus melapangkan waktu kita dengan program agama seperti ini.

Majlis ilmu di masjid boleh la diumpamakan universiti terbuka untuk kita mendalami ilmu agama. Sebenarnya tiada alasan lagi untuk diri kita terus membiarkan kejahilan membelenggu diri kita. Apabila ada sesuatu isu atau, ada seseorang bertanyakan tentang masalah agama kepada kita, cuba kita renungkan apa jawapan biasa orang kita. "Entahlah, saya tak tahu, saya bukannya seorang pelajar aliran agama pun." Dan ada lagi beberapa lagi jawapan biasa yang kita dengar. Memang benar, jika kita tidak mengetahui sesuatu, eloklah jawab tidak tahu, jangan kita bagi jugak jawapan yang tidak betul kepada si penanya ni tadi, sebab ini adalah salah satu adab dalam menuntut ilmu. Itulah sebaiknya. Namun begitu, kita perlu muhasabah diri kita, kerana kejahilan diri kita tidak boleh tamat disitu sahaja, perlu ada tindakan susulannya iaitu dengan menuntut ilmu. Sudah tidak ada alasan untuk kita terus dalam keadaan jahil kerana banyak masjid-masjid di tempat kita ini yang ada majlis ilmu. Dengan sering melazimi menghadiri majlis ilmu, barulah kita akan terbuka sedikit minda kita. Sebenarnya, banyak perkara dalam hidup kita ni kita buat salah, dengan mengikuti majlis ilmu, baru kita tahu, apa yang kita buat tu tak betul. Dan salah satu sebab juga yang menarik saya ke majlis ilmu di masjid,  mendengar celoteh para ustaz, walaupun perkara ni agak pelik, ialah seronok dapat bergelak ketawa dengan ustaz dan para jemaah masjid. Bagi saya, tahap humour para ustaz ni sebenarnya boleh tahan. Mereka pandai membuat lucu dan lawak jenaka, tapi penuh dengan mesej. Kalau ada yang terkena pedihnya kerana sindiran dalam lawak jenaka itu tadi, saya rasa itu adalah sesuatu yang positif. Sebab kengkadang, kita ni susah hendak berubah bila berada dalam keadaan selesa. Bila sekali kena sindir, barulah diri terasa malu dan ingin berubah. Kan bagus begitu, jangan pulak tak nak datang masjid sebab tak tahan selalu kena sindir dengan penceramah, kerana apa yang ustaz tu cerita tu adalah betul, dan mereka berkata secara umum, bukannya dia tahu secara spesifik apa yang kita buat silap.

By the way, jokes yang saya dengar semalam oalah berkenaan dengan cerita seorang professor dengan seorang pemandunya. Ustaz cakap, kita ni kalau hendak menjadi orang berilmu, hendaklah sentiasa berkawan dengan orang alim. Sekiranya, berkawan dengan seorang penjual minyak wangi, kita pun akan turut sama berbau wangi, kalau sentiasa berjumpa dengan orang alim, insyaallah, tempias ilmunya tetap terkena kepada diri kita. So, begitulah juga dengan pemandu professor itu tadi. Setelah lebih 10 tahun menjadi pemandu professor itu tadi, sudah menjadi kebiasaan baginya selalu menghantar prof itu tadi ke mana-mana seminar dan pembentangan kertas kerja oleh prof itu tadi. So, dia pun turut sama mendengar apa jua pembentangan oleh prof itu tadi.
Apabila dah sampai 10 tahun lebih ia menjadi rutin hidupnya, banyak jugalah ilmu yang dia dapat. Nak dijadikan cerita, satu hari prof itu tetiba mengadu sakit dan letih, lantas ingin excuse daripada menghadiri suatu seminar. Jadi, dia pun suruhlah pemandu dia untuk menggantikan tempatnya sebagai pembentang seminar itu. Dai bagitau pemandunya, tidak usah khuatir, berkat mendengar syarahannya itu selama bertahun-tahun, dia yakin pemandunya boleh menggantikannya. Jadi, plan prof itu tadi, dalam perjalanan ke tempat seminar itu, kali ini prof itu akan bertukat tempat duduk dengan pemandunya, dia duduk depan, drive, pemandunya duduk belakang. Sampai di tempat seminar, plan prof itu berjaya, tiada seorang pun yang ragu dengan kehadiran "penceramah" kali ini, sampai je, pemandu itu terus disambut oleh seorang penyambut, dan membawanya ke bilik seminar. Prof itu pun terus ke ruang parkir untuk park kereta tu.
 Dan, seperti yang dirancang, pemandu tu akhirnya berjaya membuat pembentangan, dengan bantuan slides dan alat yang lain. Memang, ceramahnya itu berjaya mencuri tumpuan hadirin dan ramai kagum dengan ceramahnya itu. Seperti biasa, kemudian tibalah sesi QnA. Mase tu, pemandu itu tadi cukup berdebar, soalan apakah yang bakal ditanya oleh para hadirin yang rata-rata juga adalah prof-prof. Setelah diajukan soalan, anda tahu apa jawapan pemandu itu? Dia jawab, oh, soalan ni cukup simple la, saya ingat soalan dari prof ni masti susah, tapi soalan ni simple sangat lah, kalau tanya pemandu saya, dia pun boleh jawab. Cuba tanya dia.. Hahaha, trick yang cukup berjaya,kan? Kerana tentulah pemandunya itu dapat jawab kerana dialah penceramah yang sebenar... Kui3..

Monday 19 September 2011

OSKIC trial period

Salam..

Nampaknya, hari ni 19/9, Oskic sudah pun mula dibuka.. Rasenya sudah ramai student2 ipt yang tahu pertandingan ni. Ini adalah pertandingan antara pelajar universiti untuk merasai pengalaman untuk bermain saham secara virtual. Bagus sangat pertandingan ni, at least sebelum kita betul-betul terjun dalam bidang pelaburan bursa saham ni, elok juga kita cuba-cuba invest secara virtual, sebab langsung tiada risiko. Kalau rugi pun masa main, tak kena bayar pun. Tahun lepas dah main dah, mula-mula dapat la untung sikit, tapi game saya tu tetap berakhir dengan kerugian. Redha jelah, sebab tak kena bayar pun. Tapi mase tu rasa terkejut sangat tengok pemenang utama dapat untung lebih 200% dalam tempoh pertandingan. Macam manalah diorang labur, hebat betul. Yang pasti, pemenang tu tentulah daripada kaum cina.

So, pertandingan untuk tahun ni akan bermula pada awal oktober nanti. Kepada mana-mana pelajar yang masih belum mendaftar, cepat-cepat lah daftar sebab tahun ni hadiah dia boleh tahan grandnya. Untuk trial period pun ada hadiah, apa lagi masa pertandingan sebenar, ditambah dengan pelbagai kategori dipertandingkan, peluang untuk menangi hadiah semakin besar. Hope dapat la menang apa-apa tahun ni. By the way, trial period baru je start ari ni.

Nak tahu lebih lanjut, sila ke oskic.com.

Sunday 18 September 2011

3 sebab utama menyimpan bullion perak

Kalau kita tanya 10 orang, "Mengapa anda perlu melabur bullion perak?", anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza - dan saya jamin kebanyakan mereka yang anda mungkin akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.

Kebanyakan pelabur tidak memahami motivasi untuk menyimpan bullion perak. Pada masa yang sama, pelabur juga tak boleh tutup sebelah mata apabila melihat kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan. Sejak 6 bulan lepas, harga perak telah melonjak lebih dari 40 peratus, dan banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang lebih tinggi untuk akhir tahun ini. Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan bullion perak di dalam portfolio pelaburan amda.

1) Inflasi:
Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion preak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai "Penyimpan Nilai". Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.

2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:
44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil lombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.

3) Kemunculan China dan India. Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak - terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.

E-book pelaburan silver klik sini..

Sunday 11 September 2011

Pelaburan Bank Persatuan

Salam..

Semua mesti sudah tahu, selain Bank Rakyat, Bank Persatuan adalah antara bank koperasi yang cukup menarik untuk dijadikan salah satu portfolio pelaburan masing-masing. Selain dividen yang menarik yang telah berjaya diberi iaitu hampir setiap tahun 10%, Bank Persatuan juga adalah mentee kepada jaguh bank koperasi Malaysia iaitu Bank Rakyat. Maka, tidak mustahil, dividen yang akan diberikan juga mampu menyamai sifunya itu yang konsisten memberikan dividen sebanyak 15% setahun.

Dan menurut pembacaan saya di sebuah blog sebentar tadi, Bank Persatuan kembali menaikkan had maksima pelaburan kepada RM20000 daripada hanya Rm2000 sebelum ini. Jika dikatakan dividen yang diberi mampu mencapai 10% setahun, 10% daripada RM20000 ialah Rm2000 iaitu menyamai gaji seorang pegawai kerajaan!! So, inilah peluang untuk anda menjana pendapatan pasif yang menarik, ianya seolah-olah anda mendapat 13 kali gaji dalam masa setahun sekiranya anda seorang pegawai kerajaan, berbanding orang lain yang hanya mendapat 12 kali gaji. Menarik bukan?

Apa yang lebihnya saham bank persatuan ini berbanding pelaburan emas. Ya, tentu saja dari segi risiko pelaburan. Keuntungan pelaburan emas adalah bergantung kepada turun naik harga emas, sedang dividen yang dijanjikan bank persatuan tentulah konsisten. Maksudnya, jarang kita tengok sesebuah syarikat memberikan dividen terbaru mereka lebih rendah daripada dividen yang lepas kerana jika ianya berlaku, ia menggambarkan bagaimana prestasi syarikat tersebut yang mungkin akan digembar-gemburkan oleh media sebagai prestasi yang tidak konsisten. Bahkan, memberikan dividen yang lagi rendah sebenarnya satu langkah yang cukup berisiko oleh sesebuah syarikat kerana ia mengurangkan tarikan umum untuk melabur di dalam syarikat tersebut selain juga mengurang tarikan untuk umum berurusan dengan syarikat tersebut. Pendek kata, saham bank persatuan ini lebih sesuai kepada pelabur yang ingin mengelakkan risiko atau risk-averse investor.

Sekian dulu celoteh hari ini, 
salam.

Dari Lubuk Hati Ibu

Salam..

Promosi buku terbaru dari adikbijak.com. Bukunya ialah Lubuk Hati Dari Ibu..

Buku ini adalah luahan harapan dan nasihat daripada seorang ibu buat is buah hati yang tersayang. Para ibu dan ayah, bacalah buku ini terlebih dahulu sebelum menghadiahkannya kepada anak-anak.

Kita adalah insan yang paling utama untuk menghayati segala kandungan yang terdapat di dalam buku ini. Hayatilah luahan ini, semoga akan lahir aura dari diri kalian yang akan mengalir ke sanubari anak-anak kita.

Buat anak-anak yang menatap buku ini, anggaplah ia sebagai hadiah daripada ibu bapa kalian. Luahan yang barangkali tidak terluah dengan sempurna... tetapi inilah yang selalu terzahir pada leteran dan bebelan ibu dan ayah di rumah, bukan?

Dapatkan disini..


Tuesday 6 September 2011

Panduan Produk Digital

Bismillahirrahmanirrahim..

Em, rasanya dah agak lama tak update blog ni. Bukan apa, hari tu, masa mula-mula buat blog ni tu masa ramadhan, rasa sangat banyak perkara yang nak dikongsi dengan semua orang, dari pengisian yang saya dapat menerusi majlis-majlis ilmu seperti Tanyalah Ustaz Ramadhan, recording majlis ilmu ikim yang saya dapat daripada page fb majlis ilmu dan juga tazkirah-tazkirah ramadhan di masjid-masjid. Alhamdulillah, rasa terisi juga hati dengan mengikuti majlis zikir ni, majlis mengingati Allah.

Tak kurang juga masa tu, ingin rasanya berkongsi dengan pembaca berkenaan dengan dinar ni, al-maklum masa tu secara bidan terjunnya menjadi aktivis ataupun sukarelawan Dinar dan Dirham syarikat Kelantan Golden Trade, dan masa tu jugak dapat tahu yang US mengalami krisis hutang, jadi kerap juga lah duk update harga emas dunia masa(sekarang dah USD1900 seauns). Semua tahu yang sekiranya US gagal menyelesaikan hutangnya, global ekonomi mungkin akan sekali lagi berdepan kegawatan, kerana panik dengan situasi ekonomi di US tu. So, panik-panik ni menyebabkan banyak negara mahukan emas sebagai rizab negara masing-masing, negara yang berhutang pun tak nak jual emas masing-masing kerana mahu menyimpan komoditi yang berharga ni, sebab tu ramai economist yang menjangkakan harga emas akan menjengah USD2000 seauns by this oktober dan maybe USD2400 pada tahum depan disebabkan permintaan berterusan.


Ups, dah jauh menyimpang daripada tajuk ni, panjang betul intronya. Jadi sekarang, nak tahu apa saya buat? Sekarang ni banyak baca artikel-artikel tentang menjadi usahawan internet. Dan sekarang, at the time I'm writing this entry, komuniti usahawan internet Malaysia sedang sibuk mempromosikan sebuah e-book terbaru yang akan dilancarkan tak lama lagi. Jadi, sebagai usaha promosi, penulis buku dengan murah hatinya bersedia memberikannya secara percuma hanya kepada subscriber dalam tempoh promosi sahaja. Dan bila dah sampai masa, e-book ni akan dijual pada harga RM40. Sebenarnya, e-book tersebut dinamakan Panduan Produk Digital. Apa lebihnya e-book ni? Secara ringkasnya, ia memberi tips kepada kita bagaimana hendak membuat sebuah e-book sendiri dan kemudian menjualnya di alam maya. Turut diajar ialah tentang bagaimana mahu membuat marketing produk kita tu. Senang cerita, diajar kepada kita cara untuk menjadi usahawan internet, sama macam apa yang penulis itu lakukan sendiri. 

Haa, kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan internet, bolehlak klik di link di bawah ataupun di banner panduan produk digital di ruangan iklan di sebelah. Ingat, e-book percuma ni hanya diberikan dalam tempoh terdekat sahaja.

Setakat ini dahulu entry saya, sekian wassalam dan selamat mencuba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts