MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Thursday 20 September 2018

Socar akhirnya tawarkan diskaun kepada pelanggan setia Rockstar dan Superstar

Selepas hampir 6 bulan saya menggunakan perkhidmatan kereta sewa online menerusi Socar, akhirnya sekarang barulah pihak Socar memperkenalkan skim ganjaran (baca diskaun) kepada pelanggan setia.

Terkini, pihak Socar memperkenalkan dua peringkat keahlian iaitu:
1) Rockstar - pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Socar selama 20 jam dalam 2 booking diberikan diskaun sebanyak 25% untuk 5 booking seterusnya.

2) Superstar - pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Socar selama 40 jam dan 4 booking diberikan diskaun sebanyak 50% untuk 5 booking seterusnya

Baru semalam saya diberikan keahlian Rockstar. Alhamdulillah, adalah juga insentif untuk terus menggunakan Socar walaupun dah hampir nak memiliki kereta sendiri.

Wednesday 25 July 2018

Sewa kereta murah di KL - vios/civic serendah RM17 sehari

Hari ini saya mahu berkongsi dengan pembaca tentang servis sewa kereta termurah di KL. Serendah RM17 sehari sahaja untuk kereta vios di KL.

Tak percaya? Takpe, teruskan membaca.

Begini, saya adalah antara pelanggan tetap perkhidmatan sewa kereta mobile Socar.

Buat pengetahuan tuan-tuan, syarikat Socar ni berasal dari Korea dan telah banyak menawarkan servis sewa kereta di banyak negara terpilih.

Apa menariknya sewa kereta menerusi Socar?
◆ Murah - Sewa murah ikut jam dan maksimum caj sehari hanyalah 10 jam sahaja
◆ Mudah - Hanya gunakan aplikasi  mobile apps sahaja untuk booking, ambik, kunci dan pulangkan kereta tanpa perlu berjumpa dengan Sesiapa
◆ Petrol percuma - Setiap booking akan disertakan dengan petrol percuma 30km/sejam

Oleh kerana servisnya yang murah dan mudah, saya telah menggunakan Socar selama 5 bulan Sejak dari bulan Mac 2018 lagi.

Menariknya lagi, baru - baru ini Socar telah buat promosi terbaru. Harga sewa kereta (bagi weekdays sahaja) adalah seperti berikut:
◆ Axia/Myvi serendah RM6 sejam @ RM60 sehari
◆ Honda Civic/Toyota Vios serendah RM7 sejam @ RM70 sehari

Pulak dah. Tadi cakap Civic/Vios RM17 je sehari, sekarang dah RM70 sehari?

Sabar tuan, jangan marah dulu. Mari saya ceritakan.

Baru-baru ini, saya book toyota Vios hanya RM17 sahaja sehari. Betul, tak tipu. Begini ceritanya:
1. Saya tempah vios untuk tempoh 24 jam. Maka, caj maksimum hanyalah untuk 10 jam sahaja iaitu RM70 untuk sehari beserta 300km.
2. Menggunakan diskaun promosi RM20 untuk zon Socar  baharu, caj harian saya berkurang sebanyak RM20 kepada RM50 sahaja.
3. Apabila saya mulakan pemanduan, saya dapati mileage kereta baru 900km (woohoo dapat naik kereta Vios baru!!!!). Saya gunakan kereta ini untuk jemput ibu ayah saya dari stesen bas TBS seawal 5 pg (Sebab tu book kereta malam sebelumnya lagi) dan balik ke damansara. Kemudian petangnya hantar mereka ke KLIA2 dan pulang kembali ke damansara. Jumlah jarak perjalanan saya sebanyak 240km (Fuhh lega tak lebih dari 300km. Kalau tak, ada surcaj lain ye untuk lebih dari had petrol percuma tu).
4. Saya singgah ke Petronas dan membuat isian penuh menggunakan kad bayaran yang disediakan Socar (kad disediakan di tempat driver). Untuk isian penuh, kos petrol adalah sebanyak RM33 untuk 15 liter (RM2.20/liter RON95).
5. Secara efektif, kos sewa kereta berkurang lagi sebanyak RM33 kepada RM17 sahaja!!!

Sepanjang saya gunakan Socar , ini adalah caj termurah yang pernah saya dapat kerana promosi ini. Sebelum ini, harga Axia adalah RM90/sehari manakala Vios RM110/sehari (untuk weekend tambah lagi RM20/sehari). Saya tidak pasti sampai bila promosi ni akan berlangsung (mudah-mudahan lama la ye).

Apa yang menariknya, jika anda tak pernah gunakan Socar sebelum ini, ini adalah masanya untuk anda mencuba servis Socar ini. Sekarang, Socar Socar sediakan diskaun sebanyak RM30 bagi user baru untuk Cuba perkhidmatan Socar ini. Silap-Silap dapat naik kereta secara percuma ni weii... hehe

Untuk pendaftaran, anda bolehlah:
1. Download app Socar di sini
2. Mulakan langkah pendaftaran dengan isi detail anda dan upload lesen memandu anda.
3. Tunggu sekejap sehingga pendaftaran diluluskan

Untuk booking,
1. Cari Socar zone yang berdekatan dengan Lokasi anda (Pastikan zone itu adalah Zon Socar baru untuk dapatkan diskaun RM20 dan kereta baru. Jangan lupa untuk download coupon terlebih dahulu untuk diskaun ini.
2. Tetapkan masa booking anda
3. Pilih kereta pilihan anda.

Untuk memandu,
1. Sila ke zon SOCAR anda
2. Buka app dan upload gambar kereta untuk tujuan keselamatan
3. Unlock kereta menggunakan apps tersebut (kereta ni tiada kunci ya nak)
4. Mula memandu

Untuk pulangkan kereta
1. Pastikan minyak petrol tidak kurang 50% dengan isian di Petronas (tak sangka dispenser tu Mintak mileage kereta sekarang, mana aku ingat.. letak je la rough figure, kalau salah tak reject pun)
2. Pulangkan kad Smartpay Petronas di tempat asal (damn, dah 2x kad tu tertinggal dalam poket aku)
3. Parkir kereta di tempat parkir yang dikhaskan.
4. Upload gambar kereta untuk tujuan keselamatan.
5. Lock kereta gunakan apps dan pulangkan sekarang.

Anda teruja dengan perkhidmatan SOCAR? Kongsikan tulisan ini kepada kawan anda yang memerlukan...

Selepas guna SOCAR, jangan lupa tinggal komen sikit kat bawah ye

Wasalam..

Saturday 3 February 2018

Peluang pekerjaan bagi graduan Sains Aktuari USIM

Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM.

Walaupun ada beberapa program sudah outdated, kebanyakannya masih lagi relevan. Sayang pula kalau disimpan sahaja dalam peti emel dan tidak dikongsi di blog ini.

Semoga ada kebaikan hendaknya.

Assalamualaikum,

Tujuan emel ini adalah untuk memberi sedikit pendedahan kepada pelajar ASRM 6th Batch tentang perbincangan arah tuju karier mengikut kaca mata dan pandangan saya (kalau ada tambahan dari senior lain dialukan).

Menurut maklumat yang saya perolehi, setakat 3 Disember 2013, alumni ASRM USIM berada dalam pelbagai bidang dan antara yang terbesar ialah seperti berikut:
1) Pendidikan - post-graduate studies, lecturer and teacher
2) Bekerja sendiri
3) Eksekutif bank/syarikat korporat - accounting, auditing, human resource, pegawai tadbir, risk management, actuarial department
4) Capital market-dealer representatives, financial planner, corporate finance
5) Broker insurance

Bidang Pilihan
Tanpa ada niat untuk membanding-bandingkan karier lepasan ASRM USIM, disini ingin saya bincangkan beberapa pilihan haluan kerjaya yang boleh anda pertimbangkan.

1) bidang aktuari - seperti yang semua maklum, antara kelayakan yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya berjaya lulus dua kertas peperiksaan SOA iaitu Probability dan Financial Management. Walaupun amat sedikit lepasan ASRM yang masih berada dalam bidang ini, usaha mestilah terus dipergiatkan supaya ada dari graduan ASRM USIM akan berjaya menjadi qualified actuary pada masa akan datang, selaras dengan matlamat utama kursus ASRM di USIM.

2) bidang pengurusan risiko - alumni USIM lebih cenderung untuk bekerja dalam Risk Management memandangkan akses untuk ke bidang ini sedikit mudah berbanding aktuari. Secara peribadi pun, saya lihat ini adalah antara peluang ataupun "lubuk" untuk graduan USIM untuk menembusi pasaran kerja nanti.

3) pasaran modal (capital market @ investment) - saya rasa bidang ini antara yang paling sedikit pendedahan diberikan kepada pelajar. Umumnya juga ia lebih dekat kepada pelajar Financial Mathematics (FM) berbanding actuary. Capital market ini melingkupi pekerjaan di Investment Banking, Stockbroking Company dan Financial and Wealth Management (mutual fund). Pekerjaan di bidang ini adalah dibawah seliaan Securities Commission (SC) yang kebiasaannya memerlukan anda menduduki peperiksaan dibawah seliaan mereka, sedangkan bank dan industri insurans pula adalah di bawah pantauan Bank Negara. Antara subjek-subjek yang berkaitan dengan bidang ini ialah subjek-subjek yang diajar Madam Karmila (contoh Financial Management, Financial Risk Management, Investment Portfolio). Maksudnya, secara umumnya sekiranya anda suka belajar subjek-subjek tersebut kenapa tidak anda bekerja dalam bidang ini. Namun, bekerja dalam bidang ini biasanya dikaitkan dengan stress dan masa kerja yang panjang kerana kerja yang sangat banyak, namun masih sangat mendapat perhatian kerana gaji yang tinggi sebagai imbalan kepada kerja tersebut. Selain itu, antara department yang menarik ialah di bahagian corporate finance (bahagian yang uruskan IPO, investment analysis NPV,IRR dll, capital structure, capital budgeting etc). Peluang pekerjaan lain ialah sebagai equities analyst (company analysis, industry analysis etc), dealer representatives, investment advisor, financial planner, dan compliance officer. Antara yang merketable juga ialah compliance officer kerana bilangannya yang agak sedikit di Malaysia. Itulah antara pekerjaan di Investment Banking dan stockbroking company. Selain itu, untuk berjaya dalam bidang investment, antara exam yang bagus untuk diambil ialah CFA (chartered financial analyst). Umumnya, CFA mempersiapkan anda untuk menjadi seorang analyst sehinggalah menjadi seorang Fund Manager.

4) Bidang OSHA (Occupational Safety and Health Administration). Kalau tak silap, OSHA ni sangatlah market kerana bilangan specialist dalam bidang ini sangat terhad. Ianya juga ada peperiksaan yang tersendiri dan anda boleh buat carian sendiri di google sekiranya berminat.

Peluang pekerjaan
Menurut nasihat seorang senior, anda hendaklah memulakan langkah mencari kerja seawal anda masih sedang menjalani latihan praktikal lagi sekiranya anda ingin memulakan kerja seawal tamat praktikal.Mungkin dalam 2 bulan sebelum tamat, anda sudah boleh mula membuat carian kerja kosong di jobstreet mahupun laman-laman web syarikat-syarikat yang berkaitan.

Selain itu, antara peluang yang terbuka luas ialah:
1) Menjadi dealer representative melalui program GRP1000. Ianya adalah suatu inisiatif kerajaan dan program ini berjalan selama 3 tahun untuk merekrut tenaga kerja profesional dalam capital market. Butiran lanjut boleh anda dapati di laman web www.grp1000.com.my
2) Selain itu, anda juga berpeluang untuk bekerja di dalam financial industry (banking and insurance) menerusi FSTEP. Maklumat lanjut boleh dapati di www.fstep.org.my. Pengambilan biasanya adalah sebanyak dua kali setahun.
3) Skim Felo Siswazah USIM. Ini adalah skim untuk memberi peluang kepada pelajar USIM untukk menyambung pelajaran di peringkat post-graduate. Antara syarat penting skim ini ialah calon dikehendaki untuk menamatkan pengajian sehingga ke peringkat PhD seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah di USIM. Saya lihat ini adalah sangat bagus untuk kita meningkatkan bilangan pensyarah ASRM di USIM yang melalui proses PnP mengikut acuan dan budaya USIM sendiri.
4) Management trainee. Kebanyakan bank-bank termasuklah investment bank ada program management trainee yang mana akan melatih peserta untuk menjadi future management level employee di syarikat masing-masing.

Hukum kerja di bank konvensional
Antara dilema lain yang akan dihadapi lepasan USIM ialah tentang status hukum bekerja di bank ataupun syarikat yang mengamalkan sistem konvensional. Terdapat beberapa perbincangan ulama temporari tentang hukum tersebut dan salah satunya anda boleh rujuk di laman web Ustaz Zaharuddin Ab Rahman. http://zaharuddin.net/kerjaya/240-hukum-kerja-di-bank-a-insuran-konvensional.html

Penutup
Kesimpulannya, tulisan ini hanyalah sekadar perkongsian ringkas hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. Anda boleh buat carian sendiri untuk mendapatkan lebih info berkenaan haluan kerjaya, dan saya yakin senior lain juga mempunyai lebih banyak info tentang peluang-peluang lain, tetapi tidak ada platform untuk berkongsi. Akhirnya, walau apapun kerja dan karier kita, jadikanlah ia satu peluang untuk kita berbakti kepada masyarakat dan ummah. Insyaallah.

p/s: Sebarang respon boleh diemelkan kepada saya di ar.azimfaris@yahoo.com

Yang benar,
Azim Faris Bin Ab Rahim

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts