MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Saturday, 19 January 2013

Bagaimana nak pelbagaikan nombor mukasurat dalam Microsoft Word (Update bergambar)

Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah:
i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasurat pada muka depan iaitu pada halaman cover thesis saya.

ii) Bagaimana hendak buat dua nombor mukasurat yang berbeza. Contohnya, pada daftar isi kandungan, saya mahu nomborkan muka surat bahagian ini dengan nombor roman (eg i, ii, iii, iv and so on), manakala pada bahagian content pula saya hendak nomborkan muka surat itu dengan nombor biasa pula (1, 2, 3 dan seterusnya)

iii) Bagaimana hendak buat dua kali pengiraan untuk muka surat bagi file tersebut. Contohnya, jika pada bahagian daftar isi kandungan berakhir dengan muka surat v (5), bagaimanakah untuk mulakan balik pengiraan pada bahagian content tersebut bermula nombor 1.

Masalah ini saya atasi dengan cara berikut:
i) Bahagikan file word kita yang panjangnya berpuluh-puluh muka surat itu kepada beberapa section yang kita kehendaki. Contohnya, saya jadikan halaman cover thesis saya itu sebagai satu seksyen, bahagian daftar kandungan satu seksyen dan bahagian content atau isi karangan saya itu satu seksyen yang lain menjadikan kesemuanya tiga seksyen.

ii) Untuk bahagikankan file word kita kepada beberapa seksyen yang dikehendaki:
1- Gerakkan cursor anda pada tempat bahagian yang anda mahu pecahkan kepada seksyen berlainan dan klik di tempat tersebut.
2- Tekan kekotak page layout yang ada terdapat pada bahagian atas microsoft word tersebut. Kemudian klik breaks dan pilih next page.



3- Selesai langkah (2) diatas, anda sudah berjaya bina dua seksyen dalam file tersebut. Untuk check sama ada betul atau tidak, klik pada kekotak insert, klik header dan kemudian pilih edit header



Sekiranya apa yang anda telah lakukan betul, maka anda akan dapati pada bahagian bawah mukasurat terakhir seksyen pertama akan tertera Footer -Section 1- manakala pada bahagian atas mukasurat terawal seksyen kedua tertera Header -Section 2-. 



4- Tekan Link to Previous untuk menyahfungsikan fungsi tersebut yang memang sedia ada dalam keadaan default. Jangan lupa lakukan yang sama juga untuk footer anda! 

iii) Disebabkan saya tidak mahu letakkan nombor pada halaman cover thesis saya, maka saya tidak lakukan apa-apa perubahan pada footer muka surat tersebut.

iv) Masukkan nombor muka surat pada seksyen kedua (bahagian daftar kandungan):
1- Klik kekotak insert--> footer---> edit footer.



2- Klik pada footer muka surat pertama seksyen kedua.
3- Klik page number---> Format page number...--->pilih format nombor yang dikehendaki--> pilih page numbering start at 1.






4- Pilih jenis bahagian mana anda mahu letakkan muka surat file anda.



v) Kemudian, saya masukkan pula nombor muka surat pada seksyen ketiga (bahagian isi karangan) menggunakan langkah yang sama seperti (iv) di atas.

vi) Selesai, tahniah!

vii) Ucap Alhamdulillah.

viii) Jumpa lagi, moga berjaya!





69 comments:

  1. Ya Allah, semoga Kau memberi rahmat kepada orang yang mengongsikan ilmunya ini..amin..
    terima kasih ats info yg amat berguna ini..memang tercari2 ni..
    mohon guna yer..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa yang amat bernilai itu.
      Mohon maaf sekiranya penulisan saya ini agak sukar difahami.
      Maklumlah tiada gambar dsb, hanya tulisan semata.

      Delete
    2. terima kasih, sangat berguna. semoga sentiasa dipermudahkan urusan

      Delete
    3. terima kasih, sangat berguna. semoga sentiasa dipermudahkan urusa

      Delete
  2. tq... info yg sgt berguna.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Nanti kongsikan pula dengan rakan2 yang lain ye.

      Delete
  3. terima kasih ya.. banyak sgt membantu. jazakallah

    ReplyDelete
  4. Thanks for the info. Sangat2 membantu. Semoga Allah membalas jasa kamu :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih & semoga dirahmati Allah ke atas kamu. saye hampir give up bile xtau. terima kasih sangat2 :D

    ReplyDelete
  6. Terima kasih untuk info yang sangat berguna ini. Mohon share yer

    ReplyDelete
  7. tutorial yang sangat bagus untuk panduan saya . Tq for this tutorial .

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ilmu,.... sangat2 membantu... Moga Allah sentiasa permudahkan urusan mu... Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. terima kasih kembali atas doanya

      Delete
  9. Terima kasih daun keladi... saya sangat menghargainya..

    ReplyDelete
  10. betul ke kalau dokumen yang di taip pada microsoft word 2010 kalau di buka pada pc yg gunakan word 2007 format dia akan lari?contohnye xde space...betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga, tak pasti.. sebelum ni tak pernah ambil kesah pun pakai word 2007/2010 dan tak pernah pula hadapi masalah format dia lari..

      Delete
  11. thank youuu!!!!sangat membantu..pening mcmna nak buat..finally..tengkiu!!

    ReplyDelete
  12. bagaimana cara kita nak hilangkan saction yang telah kita buat. Dah cuba ikut step2 yg diberi...problemnye dah terlebih section

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, saya dah lama tinggalkan ni, kena check balik ni.. hehe

      Delete
  13. Berbanyak terima kasih. Ia amat membantu dalam menyiapkan tesis saya. Beberapa hari saya cuba membuatnya tapi tak berjaya. Akhirnya jumpa blog anda...tqvm

    ReplyDelete
  14. TERIMA KASIH DI ATAS PENGKONGSIAN ILMU INI.... SEMOGA HIDUP ANDA LEBIH DI RAHMATI... AMIN...

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas perkongsian yang sungguh bermanfaat ni. Hehe...dah sampai peringkat sarjana baru dapat ilmu ni. Semoga Allah sahaja membalasnya.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  17. terima kasih ya.. banyak sgt membantu. jazakallah

    ReplyDelete
  18. Terimakasih....Alhamdulillah, puas mencuba...akhirnya nota ini sgt membantu.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. salam..macam mana kita nak hilangkan page kosong yang muncul selepas buat page break?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. maaf ye saya dah lupa sebab dah lama tak buat benda ni.. tulisan di atas pun saya tulis sebab saya takut lupa..

      Delete
  21. salam nak tanya.. memang kena asingkan kepada 3 peringkat ke? kalau dalam satu word trus buat 2 style numbering xleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. maaf ye saya dah lupa sebab dah lama tak buat benda ni.. tulisan di atas pun saya tulis sebab saya takut lupa..

      Delete
  22. alhamdulillah membantu sgt. terima kasih ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama puan Fauliza.. gembira dapat membantu anda..

      Delete
  23. Saya tak berjaya kosongkan nombor dari muka surat pertama. Please help. :(

    ReplyDelete
  24. sangat membantu..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira dapat membantu anda.. nampaknya teknik di atas masih berkesan la ye.. saya dah lama tinggalkan ni..

      Delete
  25. salam terima kasih. membantu sangat-sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira dapat membantu anda.. nampaknya teknik di atas masih berkesan la ye.. saya dah lama tinggalkan ni..

      Delete
  26. Salam, terima kasih diatas ilmu yang dikongsi, semoga Allah merahmati tuan sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira dapat membantu anda.. nampaknya teknik di atas masih berkesan la ye.. saya dah lama tinggalkan ni..

      Delete
  27. Terbaik bos, bnde ni ssh nk buat kalo xtahu tq atas perkongsian ilmunya

    ReplyDelete
  28. macam mana kalau dah tekan dekat layout tu tapi takleh tekan dekat breaks?

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah... Terima kasih. Sangat membantu. Semoga Allah jua yang membalasnya

    ReplyDelete
  30. Thanks very much dear. Its help me a lot!

    ReplyDelete
  31. Dah lama cari, baru ni jumpa. THANK YOUU

    ReplyDelete
  32. emmmmm terime kaseh sangat2 yang tak terhinggaaaaaaaaaaa.. tq kgsi ilmu disaat genting niiiiii.. tq . moge allah balas jase anda!

    ReplyDelete
  33. Terima kasih sangat2..ya Allah semoga engkau permudahkan insan yang membantu ku ini aamiin ya rabb

    ReplyDelete
  34. TERIMA KASIH.. SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN AWAK.

    ReplyDelete
  35. Thankyou awak. Urusan saya dah dipermudahkan, semoga berbalik juga buat awak dan keluarga. Aamiin. :)

    ReplyDelete
  36. Terima kasih sgt2 atas ilmu awak...sgt membantu sy...moga dirahmati selalu

    ReplyDelete
  37. Alhamdulilah.. terima kasihh atas ilmu ini.. Thankyou awak. Urusan saya dah dipermudahkan, semoga berbalik juga buat awak dan keluarga. Aamiin. :)

    ReplyDelete
  38. TQ for sharing the tips.. sya hampir give up bila taktau..Tuhan Memberkati anda dan keluarga:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts