MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Thursday 20 February 2014

Rejected?

Her: Saya ingat lepas exam ni nak kerja dulu la. Kerja dalam setahun lepas tu nak kahwin.
Me: Hm, nak kahwin? Dah ada calon?
Her: Belum.
Me: Kalau macam tu, nak kenal senior saya tak? Dia pun '88.
Her: Eh, awak berapa?
Me: Saya '90.
Her: Lar, '90. Ingatkan sebaya. Sorry ye awak!
Me: Eh? !?#@&/\*^

Tuesday 18 February 2014

Assignment

Mr Farhan: What do you think about today's topic?
Me: Basically i'm interested at when you explained the islamic principles are reflected in both the bursa rules and CMSA.
Mr Farhan: Since you are interested, why don't you prepare for us 10 islamic teaching applicable behind those rules.
Me: #@;@&…"'*\#

Thursday 13 February 2014

Alamak! Kena format pendrive!

Bismillah

Tadi pendrive saya diserang virus semasa hendak print di sebuah kedai fotostat. Itulah risikonya apabila cucuk USB pendrive kat komputer yang diguna oleh ramai orang. Akibat virus itu, pendrive saya kena format! Teruk betul, dahla tak boleh print research report yang kena hantar hari esok, lain-lain maklumat dan dokumen yang penting pun hilang.

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama, jangan bimbang! Anda boleh selamatkan fail anda, walaupun mungkin tak semua, dengan cara berikut:
1) Format pendrive anda! Langkah ini perlu jua dilakukan walaupun agak berisiko.Saya pun pada mula bimbang untuk format kerana tak mahu kehilangan semua fail-fail dalam pendrive itu, namun, kita kena juga format kerana kalau tak format pendrive disk itu adalah RAW dan anda tidak boleh recover balik fail-fail anda menggunakan software lain kerana software tersebut tidak boleh mengenal apa format pendrive tersebut. (tertera ayat seperti "unrecognized system" apabila anda cuba recover)
2) Download software untuk recover fail-fail anda. Software yang anda boleh gunakan ialah seperti berikut:
      i) Easy US Recovery. Malangnya, fail-fail anda hanya boleh dicari sahaja menggunakan software ini,
         kalau nak dapatkan balik anda kena bayar dahulu!
      ii) ICare Data Recovery. Software ini boleh recover sehingga 1GB sahaja secara percuma.
          Download disini.

Kalau anda ada cara lebih baik, kongsi-kongsikan ye!
   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts