MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday 23 March 2012

"High risk, high return"


Rasanya, ramai yang pernah dengar ayat ni.. Inilah suatu konsep yang basic dalam investment. Namun begitu, ramai juga dikalangan mereka, termasuk pelajar2 dalam bidang ini sendiri yang tersalah faham dengan ayat itu sendiri.

Ada antara mereka yang faham bahawa risiko yang tinggi akan menjamin pulangan yang tinggi, walau pada hakikat risiko yang tinggi bukanlah jaminan pulangan yang tinggi dari sesuatu pelaburan.

Sebenarnya, fahaman yang betul dari ayat ini ialah setiap pelaburan yang dilakukan, pulangannya mestilah berbaloi dengan kadar risiko yang diambil. Semakin tinggi risiko yang diambil dari sebuah pelaburan, kita sepatutnya mendapat pulangan yang lebih tinggi. Jika sekiranya pelaburan yang dirancang tidak mampu untuk memberikan pulangan yang sepatutnya dan bersesuaian dengan kadar risiko yang tinggi, pelaburan tersebut mestilah dielakkan.

Senang cerita, sekiranya ada unit trust (yang memang biasanya) mampu menawarkan kadar pulangan sehingga 6% setahun, sekiranya anda tiba-tiba ingin melabur secara langsung di pasaran saham (yang sudah tentu lagi berisiko) , pulangan yang anda perlu dapat ialah sepatutnya lebih tinggi dari 6%, mengikut suatu formula yang telah ditetapkan. Jika sekiranya anda gagal untuk mendapat pulangan melebihi 6%, atau sekadar sama dengan 6% dari pelaburan dalam pasaran saham, ini bermakna pelaburan anda gagal. Anda sepatutnya awal2 lagi melabur sahaja dalam mutual fund!!

Lagi mengejutkan, jom tengok apa yang cpteh tulis dalam blog beliau tentang untung investor dalam pasaran saham:
"Believe me, not losing money(in long run), you are the top 20% in the market. Profitting 5-10% in market consistently annually, you are the top 10%. If as retailers we could profit 20% and above, we could be the top 5% traders/investors."

So, even top 10% investor dalam pasaran saham pun sepatutnya hanya patut labur kat unit trust je, kan? Tp, tu pun kalau investment dalam mutual fund tu betul2 dapat 6% annually, lah.. Even my investment in Public Ittikal until now still doesn't give return as being expected, mainly due to euro economic crisis last year...: (

Kesimpulan: Makna "high risk high return" ialah syarat pelaburan berisiko tinggi yang berbaloi ialah pulangan yang tinggi, bukannya sekadar bermaksud pelaburan berisiko tinggi boleh memberi pulangan yang tinggi....

Sekian...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts