MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Tuesday 30 August 2011

The What Is An Actuary Song

Lagu ni dah jumpa lame dulu masa share orang lain punya link kat fb.. Jumpa balik lepas tengok wall post 6 bulan yang lepas dan rasanya bagus untuk share sekali lagi kat blog ni, senang nak cari, tak payah cari older post sampai 6 bulan yg lepas lagi..



Lepas tu, mase cari lagu tu kat youtube, jumpa lagu ni, so hope you enjoy this song ok..




Saturday 27 August 2011

Apa yang anda perlu tahu sebelum beli Dinar?

Dinar sejak kebelakangan ini sudah menjadi perkara yang biasa dikalangan masyarakat, namun tak kurang juga yang hanya tahu ianya baik untuk masa panjang. That's it, that's all and I want to get it too. Boleh ke macam tu? Sepatutnya anda perlu tahu lebih dari itu, ini juga bukan bermakna saya tahu banyak tentang dinar ni, cuma adalah something that I can share with you all.


Umumnya, dinar yang saya ketahui ialah Dinar Kelantan dan Dinar Public Gold. Apa beza kedua-dua dinar ni? First of all, ia berbeza dari segi ketulenan emas, iaitu Dinar Kelantan mempunyai ketulenan emas 917 manakala Dinar Public Gold ialah emas 916. So, tidak hairanlah harga Dinar Kelantan lebih tinggi sedikit daripada Dinar Public Gold. Reka bentuknya juga bagi saya lagi cantik daripada Dinar Public Gold seperti yang ada di sebelah.


Kedua, dinar ni dan apa jua emas biasanya mempunyai spread iaitu beza harga yang dijual agen/penjual dan harga yang dia beli balik daripada anda sekiranya anda menjualnya balik sejurus selepas itu. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah:


Perhatikan pada harga 1 Dinar. Pada 15/6/2012, PG(Public Gold) jual 1 dinar kepada anda dengan harga RM733.00. Katakanlah setelah anda membeli dari PG 1 dinar pada paginya, dan tiba-tiba anda memerlukan wang kecemasan pada petangnya, maka anda hanya dapat menjual balik pada harga RM689.00 kepada PG. So, rugi anda adalah sebanyak lebih kurang 6%(RM 44/RM733). So, 6% inilah yang dinamakan sebagai spread.

Spread ini adalah merupakan kos yang perlu ditanggung oleh pembeli, jadi sekiranya anda membeli pada harga RM733(sama seperti contoh di atas) dan apabila harga sudah naik kepada RM800, jangan sangka anda boleh menjualnya dengan mengambil untung sebanyak RM67, harga yang anda jual sebenarnya adalah akan dirujuk kepada harga beli yang agen tersebut tetapkan pula. Seeloknya, selesai anda membeli dinar tersebut pada harga RM733 itu, harga yang perlu anda fokuskan kemudian adalah harga "PG Buy". Pastikan harga itu melebihi RM733 dahulu, barulah anda boleh memikirkan untuk menjualnya dengan keuntungan. Dan mengikut perkiraan saya, sekiranya harga "PG Sell" menaik daripada RM733 kepada RM800, maka harga "PG Buy" akan menokok dari RM689 kepada RM752(94% x RM800). So, untung anda sekarang hanyalah sebanyak 2.6%(RM19) sahaja.

Setahu saya, spread harga Dinar Kelantan adalah 10% daripada harga beli manakala bagi Dinar Public Gold adalah 6%. Jadi, anda mungkin alami kerugian jika terus menjualnya, sebab itu emas ni adalah baik bagi long-term investment. Namun begitu, anda mungkin boleh mengelakkan daripada menanggung kos spread itu dengan tidak menjual kepada agen, sebaliknya cari pembeli yang baru yang memang berminat dengan dinar. Cara yang paling baik ialah juallah pada harga rendah sedikit daripada harga pasaran/harga beli dengan agen sebab ia memanfaatkan kepada kedua-dua pihak iaitu anda dan pembeli baru itu. Anda dapat harga yang lagi tinggi daripada jual kepada agen, pembeli baru pula dapat membeli pada harga yang lagi rendah daripada membeli daripada agen, terpulang kepada keredhaan kedua-dua belah pihak. Ia juga boleh menarik pembeli baru untuk membeli dengan anda berbanding membeli dengan agen. Mengambil kira contoh tadi, menjual kepada potential baru pada harga RM711 (harga tengah antara RM689 dengan RM733) bakal memanfaatkan kedua-dua pihak iaitu anda dan pembeli baru. Hal ini kerana anda dapat menjual harga pada harga yg lagi tinggi daripada harga "PG Buy", manakala pembeli baru pula dapat membeli pada harga yang sedikit murah daripada "PG Sell". Walaubagaimanapun, harga RM711 itu tadi masih bergantung kepada nego di antara anda dan potential customer itu tadi. Harga itu sekadar contoh sahaja. Kalau tak silap saya juga, ini juga antara salah satu kaedah yang ditekankan dalam e-book silver tukar ganda. (maafkan saya kalau tersilap)


Seterusnya, ada tak terfikir kenapa spread Dinar kelantan lagi tinggi daripada spread Dinar Public? Adakah sebab kerajaan negeri Kelantan sebenarnya mahu mengambil untung yang banyak daripada dinar yang mereka perkenalkan itu? Jawabnya, ini adalah kesan daripada objektif pengenalan Dinar tersebut. Menurut maklumat yang saya dapat, Kerajaan Kelantan sebenarnya mahu dinar ini circulate dikalangan masyarakat, dengan menggunakan dinar ni sebagai matawang dalam transaksi jual-beli masyarakat disana, sebab tu spreadnya tinggi, bagi mengelakkan ia dijual balik kepada syarikat, betul ke tak wallahua'lam. Adakah ia sekadar alasan? Entah. Tapi yang pasti, Public Dinar memang berobjektifkan sebagai instrumen pelaburan kepada pembeli. 

Tapi sebelum anda membeli Public Dinar, anda harus tahu juga anda akan disertakan dengan sijil pemilikan/certificate dengan setiap pembelian dinar tersebut. Certificate ni anda harus jaga betul-betul, kerana ia akan diperlukan sekiranya anda mahu menjualnya kepada agen tersebut. Contoh certificate adalah seperti dalam gambar di atas. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, agen sebaliknya akan membeli balik Dinar Public itu pada harga yang jauh lagi rendah daripada 6%!! So, kena hati-hatilah ye.

Sekian dululah, lain-lain cerita insyaallah dalam entry yang akan datang.

Salam Aidilfitri 1432. Maaf Zahir dan Batin.

p/s: entry ini adalah edited punya.. asalnya ditulis sewaktu raya tahun lepas... huhu..









Thursday 25 August 2011

RM27.64

Apa cerita pulak ni dengan RMxx.xx ni? Nilah sebenarnya duit dividen yang saya terima melalui simpanan akaun GIRO BSN tu. Haa, kan elok bunyinya tu, dividen, atau nama kasarnya yang sebenar ialah riba/interest. Itulah hakikatnya. Ni adalah jumlah interest yang diterima hasil simpanan selama 14 tahun dalam akaun berkenaan. Tak banyakpun jika nak dibandingkan dengan dividen yang diterima dalam pelaburan unit trust saya yang walaupun hanya baru 2 tahun, dividen dah dekat RM250. Halal pula tu, tapi kena ingat dividen tu masih bergantung dengan prinsipal nilai pelaburan kita. Prinsipal saya yang dalam unit trust tu adalah RM1600, dapatnya RM250 iaitu kira-kira 15% atau 7.8% setahun, boleh tahan banyak juga bagi kita ni yang invest kecil-kecilan. itu

Berbalik kepada cerita riba tu tadi, walaupun nilainya taklah besar sangat, tapi itulah nilai yang sangat tinggi kalau nak ditebus ganti di akhirat kelak. Ingat kata ustaz, dosa riba itu jauh lagi besar daripada berzina, maksudnya berzina itu lagi baik daripada makan riba. ??? Tak juga, dua-dua kalau buat masuk neraka, pedihnya azab neraka menjadikan tiada satu perkara maksiat itu lagi elok daripada satu maksiat yang lain, kerana hasil akhirnya tetap azab yang sangat sakit. Ustaz kata, cuba fikirkan satu azab yang paling sakit boleh kita lalui di dunia, kalau nak dibandingkannya dengan azab di akhirat tetap tak boleh dibandingkan. Senang kata, apa segala azab yang boleh difikir manusia, itu bukan lagi azab neraka. Nauzubillah...

Berbalik kepada cerita akaun BSN tadi, lepas update buku BSN hari ahad lepas, terkejut tengok duit yang ada dalam akaun, yang ada cume RM14.27, bermakna sudah RM13juga duit riba yang saya telah gunakan, astaghfirullah. Tapi alhamdulillah, telah pun saya bersihkan dosa riba itu tadi dengan sedekah, itu menurut kata ustaz zaharudin. Semua hasil faedah yang diterima daripada bank konvensional kenalah didermakan, dengan prinsipal yang disimpan itu boleh diambil semula untuk kegunaan kita. Jadi, kepada sesiapa yang masih menggunakan bank konvensional, tutuplah akaun tersebut, ubahlah kepada bank yang islamik, tak kisahlah Bank Islam ke, Maybank Islamik ke, Bank Rakyat ke, kena tukar! Orang bukan Islam pun guna perbankan Islam, kita ni yang Islam kena malu pada diri sendiri dan pada agama kita. Perbankan Islam bukan hanya meliputi duit simpanan, tapi juga urusan pinjaman/pembiayaan, bertukarlah segera kepada perbankan Islam.

Akhirnya, jom sama-sama dengarkan tazkirah Ustaz Zaharudin yang bertajuk, Ramadhan dan Takwa dalam  Bab Harta.

Klik sini


Monday 22 August 2011

Apa itu sistem affiliate online?


Apa itu sistem affiliate online?

Affiliate online bermaksud satu system bagi melantik agen pengiklan oleh syarikat-syarikat online, tidak kiralah jual jersi ke, buku ke atau apa-apa saja. Agen yang berjaya merekodkan jualan hasil daripada iklan yang dihasilkan akan diberikan komisyen daripada syarikat atau penjual tersebut. So, inilah cara yang senang untuk kita mencari duit poket, Cuma iklankan produk orang lain, tak payah nak susah-susah cari modal nak buka bisnes sendiri. Iklan pun boleh guna pelbagai medium sekarang ini, seperti facebook mahupun blog-blog dan website. Penjual online pula tak kurang banyaknya sekarang ni seiring kemajuan teknologi maklumat. Mereka ni sangat-sangat memerlukan agen bagi memasarkan produk mereka.

Apa pula hukumnya? Halal ke? Tentulah halal, seperti mana agen takaful atau insuran mencari pelanggan mereka, dan mendapat komisyen hasil jualan polisi insurans mereka,begitu jugalah system affiliate ni. Tapi tak kurang (baca ramai) orang yang tak percaya kita ni boleh menjana duit melalui internet. Pendek kata, inilah system yang biasa diguna untuk menjana duit poket melalui internet. Pernahkah anda terjumpa iklan-iklan yang ingin menawarkan kerja part-time melaliu internet sebagai jurutaip, ataupun buat kerja data entry dan yang seumpama dengannya, saya percaya tugas kerjanya pun tak lari daripada system affiliate ni. Modul yang disediakan pasti berkisar dengan system ni. Saya juga memohon maaf terlebih dahulu sekiranya apa yang dinyatakan ni salah, mungkin dek kerana kurangnya ilmu saya.

Bagaimanapula ingin menjadi usahawan yang berjaya? Sesiapa yang pernah menyertainya pasti bersetuju bahawa bukan senang untuk mendapatkan jualan melalui internet.Tapi tak kurang juga yang berjaya merekodkan jualan yang banyak, bahkan mampu mencapai ribuan ringgit. Tentulah mereka ada rahsia masing-masing, walaupun menggunakan system affiliate yang lebih kurang sama, tapi teknik promosi yang digunakan masing-masing itulah yang membezakan antara usahawan yang berjaya denganyang kurang bernasib baik. Antara yang berjaya yang saya tahu adalah Amirul Hafiz dan Jason Tan.

-printscreen dari salah satu laman affiliate-


Sekiranya anda ingin tahu rahsia teknik Amirul Hafiz, tekan disini. Dia sudi berkongsi rahsia dengan anda. Yang menarik daripada Amirul Hafiz adalah, modul yang disediakannya adalah daripada case-study yang dilakukannya sendiri selama 6 bulan. Saya pun ada subscribe e-mail daripadanya, dan memang daripada e-mail tersebut saya dapati agak berkesan juga caranya untuk menambat hati saya untuk terus menunggu update daripadanya. Sekiranya anda rasa tak cukup dengan teknik yang digunakanya, cubalah teknik yang dipakai Jason Tan pula, klik disini.

p/s: Artikel ini saya tulis just untuk berkongsi panduan kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu affiliate online, kepada yang sudah tahu tapi masih tak berjaya, cuba pula kaedah dua orang yang saya nyatakan tadi. Kepada yang berminat tapi selalu sibuk, saya nasihatkan fokus jelah kepada kerja anda yang asal, berubah kepada bidang yang baru mungkin akan mengambil masa anda. Tapi, ia masih terpulang kepada anda sekiranya anda ingin mencuba.



Sunday 21 August 2011

Internet Download Manager 6.0.7



Internet Download Manager adalah antara salah satu software yang cukup digemari oleh para pengguna internet terutama untuk memuat turun video. Antara sebabnya adalah kelajuan download yang laju sehingga boleh mencapai 200kbps, berbeza dengan download secara biasa. Namun, ramai juga yang sudahpun mempunyai IDM namun tidak mahu menggunakan versi yang latest, dengan alasan kalau kita update, nanti tak boleh guna terus. Benar, pengalaman saya pun memang macam tu, tapi sebenarnya kita boleh cari dia punya crack and patch very easy by browsing using google.

Setakat ini, saya telah menggunakan 3 versi berbeza. Yang pertama versi 5.18, ni mase mula-mula diperkenalkan oleh kawan. Katenye, IDM ni memang laju kalau nak download. Tapi, lepas tu tukar versi 6.05 sebab yang 5.18 tu tak boleh guna pakai google chrome ni, boleh untuk IE dan Mozilla firefox je. Then, lpas pakai yang tu, agak puas hati jugak la sebab tak yah da nak pakai mozilla kalau nak download video. Tapi, lepas lama pakai yang ni, ade satu dua perkara yang saya tak suka, sebab kalau download serve guna chrome, nanti tajuk file/video yang kita download tak keluar, instead dia keluar macam kod yang penuh huruf memanjang. So, nanti kalau nak buka balik video tu kena cari balik, kena bukak satu-satu, takpun kena rename balik la. Memang berbeza kalau pakai mozilla, tajuk failnya memang keluar yang betul.

So, beberapa ari lepas, tukar lagi ke versi 6.0.7, dan masalah nama fail telahpun dapat diatasi menggunakan IDM versi  ni. Memang bagus. Nak link dia?

Tekan sini...

Bagi yang dah ada versi terdahulu, kalau nak pakai 6.0.7 ni, anda kenalah uninstall versi yang lama, kemudian restart komputer untuk boot computer kemudian barulah install balik IDM 6.0.7 yang anda download dekat link kat atas tadi...

Selamat mencuba....


Wednesday 17 August 2011

Bayar zakat harta dengan dinar dan dirham di kelantan

Adalah dijemput hadirin hadirat ke Majlis Pembayaran dan Pengagihan Zakat serta Berbuka Puasa. Butiran program adalah seperti berikut:
Hari       :Khamis
Tarikh    :25 Ogos 2011/ 25 Ramadhan 1432
Masa     :3.00 petang- 7.30 petang
Tempat  :Kelantan Trade Centre(KTC) bersebelahan Stadium Sultan Muhammad IV.
Anjuran : Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd dan World Islamic Mint dengan kerjasama Majlis Agama Islam                                               Kelantan

Muslimin/muslimat dijemput hadir untuk membayar zakat harta masing-masing. Pembayaran zakat akan menggunakan dinar dan dirham dan juga pengagihan zakat kepada asnaf zakat yang telah dikenalpasti juga menggunakan dinar dan dirham. Muslimin/muslimat yang mahu membayar zakat tetapi tidak mempunyai dinar atau dirham tidak perlu khuatir kerana anda boleh menukar wang ringgit anda kepada dinar dan dirham di tempat kejadian.

Muslimin/muslimat juga dijemput untuk menyaksikan upacara bersejarah ini sekiranya anda telah pun menjelaskan zakat harta masing-masing.

Di samping itu juga pihak penganjur memohon maaf kerana tempat yang dicadangkan sebelum ini iaitu Masjid Telipot, Kota Bharu telah ditukar ke KTC diatas sebab-sebab yang tertentu.

Seperti biasa, harta yang perlu dizakat mestilah cukup haulnya iaitu setahun dan cukup nisabnya iaitu barsamaan RM11000 seperti yang telah diumum oleh MAIK baru-baru ini. Kadar zakat pula adalah 2.5% daripada jumlah harta yang perlu dikenakan zakat.

Sekian..



Tuesday 16 August 2011

Nuzul Quran

Alhamdulillah, hari ini sudah pun17 Ramadhan iaitu hari sambutan nuzul quran. Sempena Nuzul Quran jugalah, kerajaan negeri Kelantan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 100 kali bersama Dr Asri Zainal Abidin semalam di Qaryah Ramadhan. Saya sendiri pun tak pernah pun berterawikh di situ sebelum ini, tapi alang-alang emak dah ajak, ikut jugaklah untuk sama-sama berterawih disana. Dan sampai-sampai kat sana, mak aii, ramai betul orang, penuh sampai ke luar khemah qaryah. Nasib baik la petugas-petugas qaryah yang terdiri daripada remaja-remaja tu cepat je buat kerja hamparkan tikar untuk para jemaah, dapat la solat kat situ. Macam biasa, solat diimami oleh seorang syeikh mesir, bacaannya sedap sangat, walaupun agak panjang, ditambah dengan keadaan yang sedikit hangat kat luar khemah, bacaannya membuatkan jemaah tidak terasa sangat ketidakselesaan itu.

                                           -gambar hiasan-

Kehadiran jemaah semalam boleh dianggarkan seramai 5000 orang dengan khemah utama mampu memuatkan lebik kurang 1600 jemaah untuk solat ataupun sehingga 3000 orang sekiranya duduknya rapat seperti untuk mendengar ceramah. Maknanya semalam, lebih kurang 3000 orang jugalah yang solat diluar khemah. Usai 8 rakaat terawih, majlis semalam diikuti majlis khatam alquran sebanyak 100 kali. Cara pelaksanaannya ialah setiap seorang membaca 1 juzuk, so 30 juzuk x 100 kali, memrlukan 3000 orang untuk melaksanakan misi malam tersebut. Sebanyak 3000 alquran juga diedar kepada jemaah dengan setiap alquran telah ditulis juzu yang perlu dibaca oleh pemegang alquran tersebut.Tapi alhamdulillah, kehadiran jemaah yang ramai berjaya juga untuk membantu penganjur melaksanakan misi tersebut. Majlis juga diserikan dengan kehadiran pelawat atau pelancong daripada Pahang dan Singapura yang diurus oleh Tourism Malaysia Kelantan.

Majlis kemudian diikuti dengan sedikit ceramah daripada Dr Asri dengan tajuk Indahnya Alquran. Menurut beliau, ulama berbeza pendapat tentang bila tarikh sebenar turunnya al-quran. Pendapat yang pertama adalah seperti yang kita sambutlah, iaitu 17 ramadan iaitu hari nuzul quran. Pendapat yang kedua adalah pada mana-mana 10 malam terakhir ramadhan menggunakan dalil surah al-qadr iaitu disebutkan sesungguhnya Allah menurunkan Al-Quran pada lailatul Qadr dalam ayat pertama surah tersebut, dan juga menjadi ijma ulama juga lailatul qadar itu berlaku dalam sepuluh malam terakhir ramadhan seperti yang disebut dalam hadis sohih. Maka inilah hujah yang mengatakan turunnya alquran dalam 10 malam terakhir ramadhan, dan ini juga lah pendapat yang lebih disukai untuk ditarjih oleh Dr Asri.

                                              -gambar hiasan-

Walaupun begitu, persoalan bila tarikh sebenar nuzul quran bukanlah persoalan yang besar sehingga kita melupakan persoalan yang lebih besar, adakah kita sebenarnya telah melaksanakan tuntutan-tuntutan dalam alquran dengan sebenar-benarnya. Tepuk dada, tanya iman. Wallahua'lam.

Saturday 13 August 2011

Inilah kisahku

Salam semua,

Tajuk entry hari ini berkisar Inilah Kisahku, namun jangan tersalah anggap, bukanlah entry ini berkenaan kisah hidup saya, tapi berkenaan program tv Inilah Kisahku yang ke udara di TV9 setiap hari rabu dan khamis jam 6.30 petang(kalau x silap, sebab yang saya tengok adalah siaran ulangan jam 1.00 pagi malamnya). Setakat ini ianya telah bersiaran sebanyak empat episod yang mana setiap episodnya mengisahkan kisah hidup dan pengalaman empat selebriti tanah air yang telah pun melakukan penghijrahan. Dalam setiap episod tersebut, selebriti berkenaan akan mendedahkan bagaimana dan apa yang telah berlaku ke atas diri mereka yang menyebabkan mereka berubah daripada seorang artis yang kurang memberi perhatian kepada agama menjadi lebih baik dan menjaga batas syariat walaupun mereka masih lagi bergelar seorang artis. Dalam episod pertama, IK menampilkan Catriona Ross berkongsi pengalaman hijrahnya disusuli dengan, Sham Kamikaze, Wardina Safiyyah dan Amer Munawer dalam episod-episod seterusnya. Siaran tv ini saya kira amat baik untuk ditonton dan penuh dengan ibrah pengajaran yang boleh diambil buat penonton terutama bagi mereka yang ingin berubah namun sentiasa gagal untuk berubah yang biasanya disebabkan faktor persekitaran yang tidak membantu hijrah kita. Lebih-lebih lagi kita masih dalam bulan Ramadhan al-Mubarak, luangkanlah sedikit masa anda untuk menonton program ini.






Di sini saya hanya sempat bawakan satu episod sahaja, lain-lain episod boleh lah anda cari di youtube ataupun di tonton.
Sekian..

Dinihari dinar

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini telah berlangsungnya program Dinihari Dinar bertempat di pekarangan Pasar Besar Siti Khadijah. Pernah dengar ke program ni? Program ini adalah program anjuran Kelantan Golden Trade Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat kerajaan kelantan untuk memberi penerangan kepada masyarakat rakyat kelantan tentang kelebihan dinar dan dirham. Program penerangan seperti ini telah diadakan di tempat pengajianku di USIM sebelum ini dan  telah mendapat sambutan yang hangat daripada mahasiswa dan juga masyarakat setempat. Namun, kehadiran peserta program pagi tadi agak mengecewakan kerana kurangnya publisiti daripada pihak penganjur, walaupun sebenarnya ini adalah kali kedua diadakan. Program yang kali pertama telah diadakan sabtu lalu dan program ini akan diadakan sekali lagi pada hari sabtu minggu hadapan. Harapnya, penganjur dapat memperbaiki kelemahan tadi kerana program minggu depan itu adalah yang terakhir diadakan sebelum diadakan pula Majlis Pungutan dan Pengagihan Zakat di Masjid Telipot, Kota Bharu Kelantan pada 25 Ogos ini.

Program Dinihari Dinar ini sebenarnya turut mensasarkan kehadiran para pekedai dimana KGT di dalam usaha untuk menambah semaksimum mungkin bilangan kedai di kelantan umumnya untuk bersedia menerima dinar dan dirham sebagai salah satu matawang dalam transaksi urusniaga kedai berkenaan. Dan pada hemat saya, tiada ruginya pun untuk mereka menerima dnd ini kerana umum sedia maklum akan sifat matawang ini yang mempunyai intrinsic value dan tidak mudah jatuh berbanding currency duit fiat yang lain yang terdedah kepada inflasi. Oleh itu, para peniaga hendaklah tidak melepaskan peluang ini untuk bersama-sama sekali lagi untuk mendengar penerangan dnd ini yang sebenarnya disampaikan oleh ustaz-ustaz yang dijemput oleh penganjur pada minggu depan.

Butiran program Dinihari Dinar:
Tarikh: 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432
Masa :10.00 pagi
Tempat: Perkarangan Pasar Besar Siti Khadijah

Buat pengetahuan umum, majoriti peniaga di Pasar Besar Siti Khadija pun telah menerima dnd ini. Untuk senarai penuh pekedai, sila klik di sini.. Jadi, jom ramai-ramai kita hadiri program Dinihari Dinar ini pada minggu depan..

Maklumat lanjut dapatkan di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts