MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Tuesday 23 August 2016

Ingin melakukan ibadah korban tapi tak mampu, ini caranya

Pada asalnya, hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muakkad bagi muslim yang telah aqil baligh dan berkemampuan untuk melakukannya.

Namun begitu, ada segelintir dalam masyarakat kita hari ini yang dengan sengaja meninggalkan ibadah korban ini walaupun berkemampuan. Mereka hendaklah sedar bahawa sekiranya Rasulullah S.A.W masih hidup, sudah tentu rasulullah akan menegur mereka supaya melakukan ibadah korban, sepertimana ancaman atau teguran rasulullah kepada para sahabat dulu.

Dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: " Barang siapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami." [HR Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah].

Lebih-lebih lagi dalam kehidupan moden hari ini yang mana manusia sering memenuhi keinginan nafsu mereka, "kemampuan" ini sudah menjadi sesuatu yang relatif kepada gaya hidup seseorang.

Boleh jadi seseorang yang merasakan dirinya tidak mampu untuk berkorban, tetapi hakikatnya dia adalah seorang yang berkemampuan disisi syara', gara-gara gaya hidup dan perbelanjaannya yang tidak cermat.

Boleh jadi juga kerana gaya hidupnya yang selalu berbelanja melebihi pendapatan mereka, ianya dijadikan alasan sebagai "ketidakmampuan" mereka untuk berkorban.

Saya tertarik dengan idea Pakdi berkenaan dengan kayu ukur "kemampuan" berkorban. Menurut beliau, golongan yang berkemampuan untuk berkorban termasuklah:

  • Orang yang melanggan Astro di rumah
  • Orang yang mempunyai komitmen ansuran kereta
  • Orang yang mampu pergi bercuti
  • Orang yang melabur dalam saham, hartanah, emas dan seumpamanya
Menurut beliau, golongan-golongan seperti ini sebenarnya diuji oleh Allah samada mereka ikhlas ingin korbankan sedikit daripada harta mereka dan keinginan nafsu mereka semata-mata ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Pada tahun 2016 ini, harga untuk melakukan korban adalah sekitar RM500-RM700 bergantung kepada tempat dan jenis korban. Bagi golongan ini yang merasakan dirinya betul-betul tidak mampu untuk membelanjakan duit sebanyak itu untuk korban, ada 2 opsyen untuk melakukan ibadah korban pada harga yang lebih murah:
  • Melakukan korban di negara luar yang lebih memerlukan seperti di Kemboja. Menerusi pakej korban yang dilakukan oleh eQurban, harga korban di Kemboja ialah RM350 sahaja.
  • Berkongsi satu bahagian korban yang berharga RM600 dengan 2-3 orang adik beradik yang lain, dan niatkan pahala untuk seisi keluarga yang lainnya (Mufti Wilayah Persekutuan).
p/s: Bagi yang sangat berkemampuan untuk melakukan ibadah korban, tingkatkan nilaian korban anda sebagai korban wajib. Korban menjadi wajib apabila anda ingin melakukan nazar ataupun telah mewajibkan ke atas diri anda untuk berkorban. Korban wajib sudah tentu pahalanya lebih besar dari korban sunat, apatah lagi kerana daging korban wajib ini hendaklah diagihkan kesemuanya dan haram dimakan oleh orang yang berkorban itu sendiri. Cara yang terbaik untuk melakukan korban wajib ini ialah dengan melakukan korban di Kemboja menerusi eQurban, apatah lagi mereka di sana sangat berhajat kepada daging kerana hanya berpeluang untuk memakan daging setahun sekali sahaja iaitu apabila raya Haji.

Wallahu aklam.

Sumber:
1) golongan yang sebenarnya mampu untuk berkorban (Pakdi)- www.pakdi.net/sekiranya-mampu-bayar-duit-kereta-maka-sembelihlah-lembu-atau-kambing/
2) keharusan berkongsi satu bahagian korban (Mufti Wilayah Persekutuan)- muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/al-kafili-al-fatawi/1114-al-kafi-351-berkongsi-satu-bahagian-korban
3) sekitar hukum dan hikmah berkorban (Dr Abu Anas Madani) -http://www.abuanasmadani.com/1720/


Monday 22 August 2016

Laporan terkini prestasi Kenanga Syariah Growth Fund

Berikut adalah beberapa pemerhatian penting daripada prospektus tahunan Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) setakat 31 Mei 2016:

1) Dalam tempoh setahun bermula 31 May 2015 hingga 31 May 2016, KSGF mencatatkan kerugian sebanyak -0.47%. Walaupun begitu, prestasi KSGF boleh diterima memandangkan pasaran saham secara keseluruhannya adalah sedikit menurun, sepertimana diwakili oleh benchmark FBM Syariah Index (FBMS) yang mengalami penurunan sebanyak -5.2%. Begitu juga dalam setiap tahun dalam 5 tahun terakhir, KSGF mencatatkan pulangan yang lebih baik daripada FBMS. Ini menunjukkan pengurus dana KSGF telah berjaya untuk mendapatkan pulangan pelaburan lebih baik daripada pasaran keseluruhannya manakala para pelabur boleh meneruskan pelaburan mereka dalam KSGF walaupun mencatatkan sedikit kerugian.



2) Pengurus dana telah mengurangkan peratusan pegangan dalam pelaburan saham iaitu daripada 80.1% kepada 74.4% daripada keseluruhan modal pelabur dengan menjual saham-saham untuk mengambil keuntungan dan kemudiannya menunggu peluang untuk masuk kembali apabila pasaran menunjukkan tanda-tanda pemulihan.


3) Hasil jualan saham tersebut, pengurus dana telah mengumumkan agihan sebanyak 10.11 seunit walaupun pulangan KSGF adalah negatif. Hampir keseluruhan agihan yang diumumkan telah dilaburkan kembali ke dalam KSGF dan akan dilaburkan kembali dalam pasaran saham.



4) Semakin ramai pelabur runcit yang mula melabur ke dalam KSGF walaupun ianya mencatatkan kerugian. Hal ini didorong oleh prestasi dana yang memberangsangkan dan stabil dalam 10 tahun terakhir sehingga memenangi anugerah oleh FSM baru-baru ini. Ini seterusnya telah membesarkan lagi dana modal KSGF kepada RM240 juta. Lebih menarik, walaupun keadaan ekonomi negara dikatakan agak perlahan, para pelabur masih terus mengamalkan kewangan berdisiplin dan berjaya untuk terus menyimpan wang walaupun dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meninggi. 




5) Manager’s fee yang dikenakan masih lagi pada maksimum 1.5% seperti yang dibenarkan dalam Klaus 13.1. Oleh kerana modal dana semakin besar hasil suntikan pelabur baru, yuran pengurus juga melonjak kepada RM2.8 juta, pertambahan sebanyak RM1 juta yang seterusnya mengurangkan keuntungan langsung KSGF.




6. Pengurus dana mengurangkan jual beli saham berbanding tahun sebelumnya dan agak pasif dikala pasaran saham yang tidak menentu. Ini boleh dibaca daripada ratio PTR seperti di dalam gambar. Dengan mengurangkan aktiviti jual beli saham, pengurus dana boleh mengurangkan kemungkinan melakukan kesilapan dalam memilih saham dan cuba "timing" market.

Wednesday 27 July 2016

Panduan Menyertai Investment-linked Takaful

1. Ketahui berapa banyakkah dari jumlah sumbangan bulanan anda yang dikhususkan untuk simpanan. Salah faham yang ketara dalam kalangan peserta takaful ialah menganggap keseluruhan sumbangan itu sebagai simpanan peserta, sedangkan sebahagian besar darinya telahpun disumbangkan ke dalam tabung risiko (dikenali sebagai caj tabarru’)
2. Fahami apa itu cash value polisi anda. Cash value ialah simpanan yang menjadi milik peserta yang berhak dikeluarkan pada bila-bila masa. Ianya adalah jumlah nilai sumbangan yang dibayar selepas ditolak caj perkhidmatan kepada syarikat pengendali takaful, caj tabarru’ ke dalam tabung risiko dan lain-lain caj. Caj-caj ini biasanya adalah tetap melainkan caj tabarru’ yang biasanya akan meningkat selaras dengan meningkatnya usia peserta. Oleh itu, selagi jumlah keseluruhan caj-caj ini (termasuk caj tabarru’ yang meningkat) ini tidak melebihi jumlah bayaran bulanan anda, nilai cash value polisi anda sepatutnya semakin bertambah dari tahun ke tahun, bergantung kepada hasil pulangan pelaburan yang dijana oleh operator syarikat takaful bagi pihak anda.
3. Pastikan anda tidak "miss" bayaran bulanan anda kerana apabila anda "miss" bayaran bulanan anda, cash value polisi anda akan digunakan sebagai ganti kepada bayaran bulanan untuk memastikan polisi anda kekal aktif, namun menyebabkan cash value polisi anda akan berkurang dengan cepat.
4. Fahami bahawa investment-linked takaful adalah suatu komitmen kewangan jangka panjang iaitu tidak sepatutnya kurang dari 6 tahun. Hal Ini adalah kerana kos pengurusan operator takaful untuk polisi baru adalah paling tinggi dalam tempoh 6 tahun pertama iaitu meliputi kos agihan ataupun komisyen yang dibayar kepada ejen. Oleh sebab itu, anda tidak digalakkan untuk menukar polisi lama anda dengan polisi yang baru tanpa ada keperluan (p/s: Menjadi suatu kewajipan bagi seorang muslim untuk menukarkan produk konvensional dengan produk yang patuh syariah)
5. Ketahui bahawa manfaat asas bagi kebanyakan produk investment-linked takaful ialah manfaat kematian dan TPD. Manfaat lain seperti penyakit kritikal, kad perubatan dan waiver adalah manfaat tambahan (rider). Harus diingat semakin banyak rider yang diambil maka semakin banyaklah caj tabarru’ yang dikenakan dan semakin kuranglah cash value anda. Namun begitu, ketiga-tiga rider yang disebutkan di atas adalah penting dan sepatutnya menjadi keutamaan berbanding rider-rider yang lain, mengikut keperluan anda.
6. Ketahui bahawa diantara kesemua manfaat yang dipilih (asas dan tambahan), hanya manfaat kematian yang sudah pasti boleh dituntut kerana risiko untuk menghidapi penyakit kritikal dan menanggung kos perubatan yang semakin mahal itu hanyalah kemungkinan sahaja sedangkan kematian itu suatu yang pasti. Maka, manfaat asas (kematian dan TPD) itu haruslah dimaksimakan untuk melindungi ahli keluarga dan tanggungan anda daripada jatuh miskin!

Untuk dapatkan khidmat nasihat/quotation takaful (saya ejen Takaful Malaysia) secara percuma, boleh tinggalkan komen atau isi borang ini http://goo.gl/forms/YRHe2tyD5CYp3X8F3)
Apakah kelebihan untuk menyertai investment-linked takaful di Takaful Malaysia melalui saya?
1. Anda akan diberikan penjelasan tentang pecahan jumlah sumbangan yang diberikan bagi setiap manfaat yang diambil, iaitu berapa banyakkah dari bayaran bulanan anda akan digunakan untuk manfaat asas dan manfaat rider dan berapa pula dikhususkan untuk simpanan
2. Anda akan diberikan jangkaan cash value polisi anda dalam tahun-tahun akan datang, bergantung kepada jangkaan hasil pelaburan.
3. Anda akan diberikan jangkaan caj tabarru’ yang meningkat pada tahun-tahun mendatang supaya anda dapat mengetahui berapa banyak yang sumbangan yang anda beri kepada ahli-ahli lain yang membuat tuntutan.
4. Anda akan diberitahu berapa banyak kos agihan yang ditolak daripada bayaran sumbangan anda sebagai komisyen dan overriding komisyen kepada ejen-ejen dalam 6 tahun pertama polisi anda aktif.
Sekian.

Wednesday 13 January 2016

Catatan Kursus Penulisan Kritis bersama Tuan Hasbie Muda

Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri Kursus Penulisan Kritis yang dikelola oleh Tuan Hasbie Muda. Di sana, beliau menceritakan sendiri pengalaman beliau dalam menghasilkan buku beliau dan bagaimana kali pertama tercetusnya idea untuk menghasilkan buku.

Kreatif vs Kritis

Kursus tersebut dimulakan dengan penjelasan mengapa beliau menamakan seminar beliau sebagai penulisan kritis berbanding memilih untuk bercerita mengenai penulisan kreatif. Sebagai perbandingan, penulisan kreatif adalah berupa penulisan-penulisan kesasteraan seperti puisi, syair, sajak, pantun dan sebagainya, manakala penulisan kritis pula merupakan penulisan yang lebih berat dan kritikal.

Penulisan kritis itu mempunyai ciri-ciri berikut iaitu ianya mestilah berdasarkan fakta yang tepat dan ianya adalah hasil analisis yang kritis oleh penulis terhadap fakta tersebut. Dengan membaca isi buku Kemenangan Yang Tertangguh hasil tulisan beliau sendiri, secara tidak langsung dapat difahami bagaimana penulisan kritis itu berbeza dengan penulisan kreatif.

Penulisan kritis juga termasuklah penulisan berkenaan penemuan baru seperti yang dihasilkan oleh para graduan di university di mana mereka mengambil sikap kritikal pada hasil penemuan tersebut. Beliau ada menyebutkan, sebagai contoh kepada penemuan baru ini ialah isu yang timbul tidak berapa lama dulu iaitu isu sama ada Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan ataupun tidak. Melalui hasil penemuan tersendiri, penulis yang kritis akan cuba untuk mencabar fakta yang sedia ada diterima umum sebagai sebaliknya.

Walaubagaimanapun, sesuatu penulisan itu tidak hanya terbahagi kepada dua jenis sahaja iaitu sama ada kreatif atau kritis sahaja, tetapi juga boleh tergabung dalam kedua-dua bentuk. Sebagai contoh karya-karya Pak Latif Talib yang cuba menceritakan fakta sejarah (kritis) secara kreatif. Namun, tidak saya katakan bahawa penulisan sebegitu bagus kerana telahpun saya fahami bahawa tulisan begini agak berbahaya kepada umum kerana pada akhirnya ianya boleh menokok tambah kepada fakta sejarah itu sendiri.

Penulisan kritis membentuk pemikiran masyarakat
Antara tujuan kepada penulisan kritis pula ialah ianya bertujuan untuk menetapkan sikap masyarakat terhadap sesuatu topik. Di sinilah pentingnya akan keperluan hadirnya penulis-penulis Islamis kerana idea-idea yang akan dibawakannya akan hidup dan dibawa bersama oleh arus pemikiran masyarakat. Sekiranya banyak pandangan akan sesuatu topic yang dipersembahkan kepada masyarakat adalah hasil pemikiran yang songsang, maka begitulah masyarakat akan dipengaruhi oleh idea-idea songsang itu.

Selain itu, penulisan yang kritis juga berguna untuk memperkenalkan dan mempromosikan idea baru. Dengan menggunakan media sosial sebagai medium penulisan baharu, idea-idea ini lebih senang untuk dipromosikan. Sebagai contoh baru-baru ini media sosial digunakan oleh begitu ramai penulis aktivis untuk membawa idea anti-vaksin. Sekiranya kurangnya aktivis pro-vaksin hadir untuk menangkis dan mencabar idea itu melalui penulisan-penulisan, maka kita akan lihat bagaimana akhirnya masyarakat mengambil sikap untuk condong kepada idea anti-vaksin juga.

Genre buku di pasaran
Buku-buku yang dijual di pasaran datang dalam tiga genre iaitu buku popular, buku akademik dan buku semi akademik. Biasanya, buku popular ini ialah buku bestseller yang sangat laku di pasaran. Walaupun begitu, buku-buku popular ini biasanya lebih beremosi dan bias mengikut sudut pandang penulis menjadikan ianya sukar untuk dijadikan rujukan dalam dewan kuliah. Tajuk buku pula lebih catchy,isinya berkait dengan peristiwa semasa, tidak mempunyai rujukan dan biasanya lebih berdasarkan pengalaman peribadi.

Sebaliknya, buku yang boleh dijadikan rujukan dalam dewan kuliah ialah buku-buku akademik iaitu penulisan hasil kajian yang mendalam tentang sesuatu isu. Contohnya ialah buku-buku hasil adaptasi daripada tesis kajian graduan di university. Namun kerana ianya agak berat, maka ianya lebih susah untuk dijual di pasaran.

Di antara buku popular dan buku akademik, maka datangnya satu lagi genre buku di pertengahannya iaitu buku semi akademik, yang mempunyai kelebihan berupa isi yang ilmiah tetapi lebih senang untuk dijual di pasaran. Buku semi akademik ini biasanya mempunyai tajuk yang menarik tetapi tidaklah keterlaluan, mempunyai summber rujukan tetapi tidak lengkap dan isinya mungkin neutral dan mungkin juga bias.

Tips penulisan buku

1. Banyakkan membaca.
  •          Apabila ditanya kepada Pak Samad, Sasterawan Negara berkenaan bagaimana beliau menulis, jawapan beliau ialah “Baca, baca dan baca, kemudian menulis”

2. Membaca secara pantas (“Speed reading”)
  • Tujuan: Ini adalah skil yang kritikal dalam usaha menambah sumber rujukan dalam hasil karya kita
  • Langkah:
-          Pertama, kita kena tahu dan faham apa tujuan buku tersebut. Sebagai permulaan ianya boleh didapati dari ringkasan di belakang buku dan juga dan memerhati bahagian Isi kandungan buku.
-          Kedua, tidak perlu untuk habiskan keseluruhan buku tersebut, memadai dengan pergi terus kepada muka surat dan isi yang dikehendaki dari buku tersebut
-     Dua langkah ini sahaja sudah cukup untuk kita letakkan buku tersebut dalam rujukan buku yang kita hasilkan

3. Kenali latar belakang dan kepakaran penulis buku
  • Tujuan: Ini adalah untuk memastikan rujukan yang diberikan adalah berautoriti dan berpengaruh
  • Salah satu caranya adalah dengan menyemak CV penulis di Google, termasuklah boleh didapati CV para pensyarah di laman web university masing-masing, contohnya UM Expert

4. Tulis sesuatu topic yang sedang hangat di arus perdana (trending)
  • Tujuan: Untuk mudah dijual di pasaran
  • Biasanya isu yang hangat di media massa perlukan kepada solusi dan panduan, maka disitu wujudnya permintaan kepada buku-buku kritikal. Contoh yang paling relevan ialah terbitnya buku Kemenangan Yang Tertangguh dalam masa yang pendek sejurus sahaja PRU13.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts