tag:blogger.com,1999:blog-26416372101037208492024-03-18T21:55:45.314-07:00Ini Fikrah KuBicara kewangan, agama, dan soal fikirInsan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.comBlogger186125tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-56875203600629332582024-01-08T07:39:00.000-08:002024-01-08T07:39:53.496-08:00Pengalaman Beli Rumah Pertama Dari Developer
Walaupun telah memiliki rumah, aku masih tiada pengalaman beli rumah dari developer.
Yang paling ketara perbezaannya ialah lawatan ke showhouse, sambil bawak isteri.
Ada la feeling2 shopping rumah ye dak?
Kalau rumah subsale, kita terus tengok rumah dah siap, tahu keadaannya.
Rumah showhouse ni susah sikit nak imagine keadaannya sebab developer dah hias banyak benda, walhal nanti dapat rumah yang bare je.
Lepas tu nak kena pilih unit mana yang berkenan.
Nak yang menghadap matahari ke? View KLCC ke? Unit floor rendah dekat dengan parking ke? Atau nak unit floor atas? sebab orang cakap unit atas sepatut harga lagi mahal dari unit bawah bila nak jual nanti. Dan sebagainya.
Banyak jugak nak kena consider.
Alih-alih lepas dah pilih unit, aku bagitau ejen nak unit yang ada 2 parking.
Dia bagitau kalau 2 parking tak boleh pilih unit, itu semua kena cabut undi. Unit-unit tu dah reserve, tapi unit yang bukan "hot" macam KLCC view.
No wonder la masa nak pilih unit tengok macam dah nak fully taken, rupanya belum. Itu semua termasuk unit dah reserve untuk 2 parking. Nampak je gempak hehehe.
Yang paling tak boleh lupa ialah masa deal dengan ejen rumah.
Macam-macam songeh pulak, tanya kita macam takde duit tak mampu beli rumah.
"Abang cukup duit tak bayar deposit ni?"
"Rumah RM300k, kena standby RM30k sebagai deposit sebab dah ada rumah kan?"
"Eh abang nak beli lot parking kedua, kena tambah lagi RM18k standby masa sign S&P nanti ni. Cukup ke duit?"
Walaupun memang kita takde duit, tapi tak perlu la nak takut2kan dengan deposit segala bagai.
Tak nak tunjuk yang kita takde duit, aku iyakan aje ada duit, boleh aku cari RM48k cash untuk beli rumah tu, walaupun garu kepala jugak la fikir mana nak cekau.
Akhirnya, bila deal dengan peguam developer, aku akhirnya tak perlu pun bayar deposit sebab pakai facility staff bank dapat full financing. Alhamdulillah.
Lagi syukur, RM18k untuk parking kedua pun boleh masuk dalam SPA purchase consideration. Maksudnya, full loan RM318k.
Apa yang ejen rumah tu cakap semua meleset. Maunya aku giveup cakap takde duit nak sediakan deposit, tak ke melepas peluang aku dapat unit tu?
Sebab tu kadang-kadang kena membabi buta je kalau nak sesuatu, jangan layankan sangat kata orang tu, sampailah kita dah konfem betul-betul dengan semua orang.
Lepas tu ada salah faham lagi, ejen mintak aku terus mintak loan dengan bank, lepas dapat letter offer baru pergi sign SPA.
Tapi, HR bank pulak cakap sila sign SPA dulu, dah cukup semua dokumen baru submit untuk dapat letter offer.
Yang kelakor, boleh pulak developer mintak supaya HR bank yang emel dorang untuk arrange SPA signing ni, maknanya dia tak layan emel dari individual purchaser.
Dah satu hal nak mintak HR yang tulis emel. Dah kalau dia tak buat tak ke tertangguh urusan tu?
Jawabnya memang aku bior je la.
Tau-tau dapat last warning letter dari developer untuk execute SPA.
Terus aku submit ke HR, dan2 HR terus reply email tu 😂.
Akhirnya, boleh juga proceed dengan SPA.
Tapi, kalau ada satu tips yang penting untuk beli rumah yang boleh aku kongsikan ialah jangan lupa buat istikharah mudahkan urusan.
Alhamdulillah, macam2 cabaran akhirnya boleh selesai kalau betul dah tertulis qada qadarnya kita dapat beli unit tu.
Ni pun belum dapat offer letter, moga2 berjalan lancar lah urusan ke depan. Amin.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-10994168249014775822023-11-05T06:06:00.001-08:002023-11-05T06:06:12.021-08:00Phone Realme 11 sudah sampai
Akhirnya terpaksa juga beli phone baru gara-gara phone lama Oppo A5s dah tak support banyak apps banking.
Apps banking perlukan minima android 9 sedangkan phone lama pakai android 8 je.
Padahal baru beli tahun 2020 tu, dah kena tukar juga.
Jadi, sama seperti dulu, phone baru mestilah nak kena ada bateri yang tahan lama.
Memandangkan sekarang dah zaman 5G, beli yang ada feature 5G terus supaya tak kena tukar lagi nanti.
Cari punya cari, tak banyak choice telefon 5G yang harga bawah RM1,000.
Antara phone yang saya survey ialah Honor X9b (baru launch beberapa hari lepas), Honor 90 Lite, Samsung M34 dan Realmi 11.
Akhirnya Realme 11 juga jadi pilihan
Phone ini dilancarkan pada Ogos 2023 pada harga RM1,200 macam tu kot, lepas 3 bulan dapat beli RM1,000 je kira ok la kan.
Antara kekurangan Realme 11 ialah,
1. Tiada skrin Amoled (membantu skrin kelihatan jelas walaupun bawah pancaran matahari)
2. Sound audio Mono sahaja bukan stereo.
3. Kamera tiada ultra wide, so kalau nak gambar yang luas kita kena undur ke belakang.
Tetapi ini semua tak penting bagi aku sbb aku lebih pentingkan bateri yang tahan lama atau ciri-ciri fast charging daripada features lain.
Tapi walaupun kapasiti bateri besar, itu kurang bermakna kerana phone 5G banyak makan bateri.
Sebab itu dia perlukan cip yang lebih efisyen supaya dapat jimatkan power consumption.
Phone realme 11 ni menggunakan cip pemprosesan 6nm. Walaupun taklah begitu canggih kerana cip paling power sekarang 2-3nm sahaja, tapi kira oklah kan.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-35494792618829169602020-11-10T11:06:00.003-08:002020-12-01T02:50:48.608-08:00Cara subscribe rights issue di Bursa Malaysia
Rights issue adalah salah satu cara syarikat di Bursa Malaysia mendapatkan dana dari pelabur, selain private placement dan IPO.
Dalam tempoh Covid-19 melanda, banyak syarikat yang cuba dapatkan dana untuk kejar new business opportunities dan sebagainya.
Salah satunya ialah Key Alliance Group yang cuba untuk menjadi distributor RT-PCR rapid test kit untuk buat test Covid-19.
Ini adalah kali kedua saya subscribe rights issue. Kalau boleh saya katakan, tak lengkap pengalaman anda jadi investor kalau tak pernah subscribe rights issue.
Bagi kebanyakan traders, mereka tidak akan subscribe rights issue ni kerana prosesnya agak renyah.
Dan disebabkan itu, tak banyak content online yang berkongsi mengenai rights issue, betul tak?
Kira ni rare punya content lah, tak gitu? Haha
Jadi, jom saya ceritakan langkah-langkah untuk subscribe rights issue:
1. Dapatkan borang rights issue. Borang ni sebenarnya ada di hantar melalui pos oleh share registrar company kepada pelabur. Tapi, boleh juga anda download dari bursa dan print out.
2. Isi borang rights issue siap-siap.
3. Pergi pejabat pos untuk buat money order (kiriman wang) mengikut nilai yang kita hendak subscribe. Anda juga boleh untuk subscribe melebihi kuota rights issue anda mana tahu ada pelabur lain yang tidak subscribe.
4. Untuk pelaburan tambahan, isi pada maklumat excess rights issue. Dan jangan lupa, untuk buat money order untuk excess application ni, buat secara berasingan ye. Maksudnya, kena isi 2 borang money order mengikut amaun yang dikehendaki.
5. Bayaran money order hendaklah dibuat ke atas akaun "Nama syarikat_rights issue account" atau "Nama syarikat excess rights issue account". Boleh rujuk nama akaun pada belakang form rights issue tu.
6. Kemudian, bayar setem hasil RM10. Setem hasil (revenue stamp) boleh dibayar di pejabat pos, sebab tu saya suka terus ke sana boleh buat dua urusan sekali gus (money order dan setem hasil).
7. Selain money order, boleh juga buat postal order. Bezanya, kalau postal order anda tak perlu specify nama akaun yang hendak dibayar tu.
8. Ingat, nama akaun tu mesti nama syarikat yang kita nak labur, bukannya nama syarikat share registrar tu, walaupun nanti borang dan wang pos ini akan dihantar kepada share registrar yang akan memproses application ini. Ini adalah kesilapan yang saya lakukan semasa nak isi borang money order tempoh hari.
9. Sign borang rights issue tu sebelum hantar kepada share registrar. Boleh hantar by hand atau pos kepada mereka.
10. Kalau nak cepat by hand la, sebab ada cut off date share registrar nk terima permohonan ni. Kalau by pos, kadang bimbang takut lambat sampai.
11. Untuk pastikan borang dah sampai, anda boleh call syarikat share registrar untuk buat query status application anda. Nombor share registrar ada di depan borang rights issue.
12. Status permohonan untuk excess application akan diketahui dalam tempoh seminggu selepas cut off date permohonan, manakala new subscribed shares akan mula trading di bursa seminggu selepas itu.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-78597122071893327072020-07-07T09:25:00.001-07:002020-07-07T09:25:30.866-07:00Terjebak dengan sales 7/7: Panduan beli phone
Tadi dah terbeli phone Oppo A5s sebab katanya ni antara phone terbaik bagi harga bawah RM500.
Dah sebab ada sales sempena 7/7, cepat-cepat aku sambar phone tuh.
Lepas beli baru menyesal, sebab dapat beli harga RM430, jimat dalam RM70 je pun. Duhh!
Anyway, sebab phone sekarang rosak dan perlukan phone baru punn. Cuma lain kali tak perlu tergesa sangat kalau jimat sekadar berpuluh ringgek.
Lainlah kalau dapat jimat banyak.
Antaranya phone Nokia 6.1 plus dulu masa dilancarkan pada 3Q 2019 harga RM1,200, hari ni boleh dapat RM500 ja. Spec dia 4GB ram + 64GB rom.
Cuma slack dia bateri 3000mah je, cam kecik la kan. Yela, walaupun ada fast charging USB-C.
Selain tu, Oppo A9 pun dijual pada harga RM800. Spec power kot: 8GB ram, 128GB rom.
Yang ni tak tau harga asal berapa. Kalau ikut situ, turun dari RM1000 ke RM800. Tapi masa lancar dulu pun RM1200, ye dak? Banyak juga jimat tu.
So, kesimpulannya, faktor pemilihan phone bagi diri aku, mengikut ranking ialah:
1. Harga - nak yang paling murah. Kalau amik A9 tu macam puas hati, tapi phone ni berapa lama sangat boleh tahan kan? So, baik amik A5s, boleh beli 2x kalau compare harga A9. Haha
2. RAM memori - kalau boleh at least 4GB, tapi terambik juga yang 3GB, hopefully tak jauh beza la noh. Aku pun bukam gamers pun. Ok kot noh.
3. Storan ROM - A9 ada 128gb, besau gila. Tapi kalau nak besar sangat why not tambah mikro SD je?
4. Bateri - ni faktor kenapa aku tolak Nokia 6.1 plus, padahal obviously RAM dan ROM dua-dua lagi besar dari A5s dan beza harga RM100 je pun. Damn, ni dah mula menyesal. Haha
5. Dual-sim. Mostly dual-sim je kan.
Ok, thats all. Thanks for reading.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-72592324559239035712019-11-06T12:59:00.001-08:002019-11-06T12:59:54.486-08:00Ikhlas dalam amalan
"Adakah seseorang yang buat Ibadah kerana mahukan pahala dikira tidak ikhlas?"
Isu ni adalah isu lama dan akan selalu dikitar semula.
Ringkasnya, buat Ibadah kerana mahukan pahala adalah tanda kesempurnaan iman kerana percaya kepada perkara ghaib dan janji Allah.
Maka, dakwaan bahawa buat Ibadah kerana pahala adalah tanda tidak ikhlas adalah jauh sekali meleset, tidak benar dan sesat.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-47308975111646027962019-09-09T05:15:00.001-07:002019-09-09T05:15:38.958-07:00Renew road tax Damansara damai
Baru sahaja selesai renew Roadtax di kiosk JPJ Damansara Damai petang tadi.
Alhamdulillah rumah apartmen permai ni sebelah je dengan kiosk JPJ ni, yang berada di stesen bas Damansara damai.
Walaupun lokasinya Dekat, ada beberapa perkara yang kurang bagus:
1. Cas ejen rm20 kalau renew insurans/takaful kat Situ. Kalau renew road tax sahaja tanpa insurans/takaful jadi rm30.
2. Untuk takaful kereta, hanya ada Etiqa takaful sahaja. Yang dicari Takaful Malaysia tak ada.
3. Walaupun Etiqa Takaful ada ditawarkan, tapi hanya untuk kereta sahaja. Tiada plan untuk takaful Motosikal.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-6312880331022012682019-08-02T19:47:00.001-07:002019-08-02T19:47:09.488-07:00Bagaimana nak kira markah game bowling
Bagi setiap game ada 10 frame kesemuanya. Jadi, markah bagi game adalah jumlah kepada markah setiap frame.
Markah bagi setiap frame pula bergantung kepada hasil jatuhan pin. Menariknya, markah gandaan akan diberikan kepada setiap strike/spare yang dilakukan.
Bagi setiap strike, markah frame tersebut akan digandakan dengan 2 balingan seterusnya.
Strike = 10 + (2 balingan seterusnya)
Bagi setiap spare pula, markah frame tersebut akan digandakan dengan 1 balingan seterusnya.
Spare = 10 + (1 balingan seterusnya)
Sebagai contoh, jika strike dilakukan pada frame pertama diikuti strike di frame kedua dan ketiga, maka marah frame pertama ialah 30.
Frame satu = 10 (strike frame 1) + 10 (strike frame 2) + 10 (strike frame 3)
Bagi frame kedua pula, markah akan ditentukan oleh balingan frame ke4.
Jika frame ke4 pun strike, maka markah frame ke2 ialah 30 juga, seperti frame pertama.
Jika frame ke4 jatuh 9 pin sahaja, maka markah frame ke2 ialah 29. Kemudian, balingan ke2 diberikan untuk selesaikan frame ke4.
Jika berjaya dapat spare untuk frame ke4, maka markah frame ke3 ialah 20.
Frame3 = 10 (strike frame3) + 10 (2 balingan frame4 dapat spare)
Jika frame ke5 jatuhkan 7 pin seterusnya dapat spare, maka markah frame ke4 ialah 17.
Frame4 = 10 (spare frame4) + 7 (1 balingan frame5)
Markah frame 5 pula bergantung kepada balingan pertama frame ke6.
Kesimpulannya, markah maksimum bagi setiap frame ialah 30, dengan andaian 3 strike berturut.
Manakala bagi frame dengan spare, markah maksimum ialah 20, dengan andaian spare diikuti strike ataupun strike diikuti spare.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-19378018511662979142019-02-19T09:25:00.001-08:002019-02-19T09:29:41.962-08:00HelloGold app memudahkan anda membeli emas menggunakan telefon pintar
◆Cepat!!! Harga emas telah mencecah ke paras tertinggi dalam tempoh 1 tahun.
◆Pada 19/2/2019, harga emas telah mencecah RM175/g.
◆Di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, harga emas dijangka akan terus melonjak!!!
TUJUH KELEBIHAN MEMBELI EMAS MENERUSI HELLO GOLD
√ Modal rendah - pembelian emas bermula serendah RM1 sahaja
√ Percuma - percuma emas bernilai RM5 dengan pembelian emas bernilai RM50 (rujuk caranya pada perenggan terakhir di bawah)
√ Mudah - boleh membeli emas menerusi aplikasi di telefon pintar
√ Selamat - Emas fizikal disimpan dalam peti keselamatan di Singapura dan dilindungi oleh insurans
√ Murah - Caj belian serendah 0.79%
√ Terkini - boleh dapatkan akses graf harga emas 24/7 (rujuk gambar)
√ Halal - Disahkan Patuh Syariah oleh Amanie Advisor, sebuah syarikat dipengerusikan oleh Dr Daud Bakar merangkap Pengerusi Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Muat turun aplikasi HelloGold sekarang. Buat pembelian emas sebanyak RM50 dan dapatkan rebat RM5 dengan serta-merta! - Gunakan kod promosi [AZIM00Z3] atau klik di sini untuk maklumat lanjut: https://referral.hellogold.com/?ref=AZIM00Z3
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-17809902355033938372018-09-20T21:30:00.001-07:002018-09-20T21:30:37.373-07:00Socar akhirnya tawarkan diskaun kepada pelanggan setia Rockstar dan Superstar
Selepas hampir 6 bulan saya menggunakan perkhidmatan kereta sewa online menerusi Socar, akhirnya sekarang barulah pihak Socar memperkenalkan skim ganjaran (baca diskaun) kepada pelanggan setia.
Terkini, pihak Socar memperkenalkan dua peringkat keahlian iaitu:
1) Rockstar - pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Socar selama 20 jam dalam 2 booking diberikan diskaun sebanyak 25% untuk 5 booking seterusnya.
2) Superstar - pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Socar selama 40 jam dan 4 booking diberikan diskaun sebanyak 50% untuk 5 booking seterusnya
Baru semalam saya diberikan keahlian Rockstar. Alhamdulillah, adalah juga insentif untuk terus menggunakan Socar walaupun dah hampir nak memiliki kereta sendiri.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-86752448421880906142018-07-25T08:50:00.000-07:002018-07-25T09:10:43.298-07:00Sewa kereta murah di KL - vios/civic serendah RM17 sehariHari ini saya mahu berkongsi dengan pembaca tentang servis sewa kereta termurah di KL. Serendah RM17 sehari sahaja untuk kereta vios di KL.
Tak percaya? Takpe, teruskan membaca.
Begini, saya adalah antara pelanggan tetap perkhidmatan sewa kereta mobile Socar.
Buat pengetahuan tuan-tuan, syarikat Socar ni berasal dari Korea dan telah banyak menawarkan servis sewa kereta di banyak negara terpilih.
Apa menariknya sewa kereta menerusi Socar?
◆ Murah - Sewa murah ikut jam dan maksimum caj sehari hanyalah 10 jam sahaja
◆ Mudah - Hanya gunakan aplikasi mobile apps sahaja untuk booking, ambik, kunci dan pulangkan kereta tanpa perlu berjumpa dengan Sesiapa
◆ Petrol percuma - Setiap booking akan disertakan dengan petrol percuma 30km/sejam
Oleh kerana servisnya yang murah dan mudah, saya telah menggunakan Socar selama 5 bulan Sejak dari bulan Mac 2018 lagi.
Menariknya lagi, baru - baru ini Socar telah buat promosi terbaru. Harga sewa kereta (bagi weekdays sahaja) adalah seperti berikut:
◆ Axia/Myvi serendah RM6 sejam @ RM60 sehari
◆ Honda Civic/Toyota Vios serendah RM7 sejam @ RM70 sehari
Pulak dah. Tadi cakap Civic/Vios RM17 je sehari, sekarang dah RM70 sehari?
Sabar tuan, jangan marah dulu. Mari saya ceritakan.
Baru-baru ini, saya book toyota Vios hanya RM17 sahaja sehari. Betul, tak tipu. Begini ceritanya:
1. Saya tempah vios untuk tempoh 24 jam. Maka, caj maksimum hanyalah untuk 10 jam sahaja iaitu RM70 untuk sehari beserta 300km.
2. Menggunakan diskaun promosi RM20 untuk zon Socar baharu, caj harian saya berkurang sebanyak RM20 kepada RM50 sahaja.
3. Apabila saya mulakan pemanduan, saya dapati mileage kereta baru 900km (woohoo dapat naik kereta Vios baru!!!!). Saya gunakan kereta ini untuk jemput ibu ayah saya dari stesen bas TBS seawal 5 pg (Sebab tu book kereta malam sebelumnya lagi) dan balik ke damansara. Kemudian petangnya hantar mereka ke KLIA2 dan pulang kembali ke damansara. Jumlah jarak perjalanan saya sebanyak 240km (Fuhh lega tak lebih dari 300km. Kalau tak, ada surcaj lain ye untuk lebih dari had petrol percuma tu).
4. Saya singgah ke Petronas dan membuat isian penuh menggunakan kad bayaran yang disediakan Socar (kad disediakan di tempat driver). Untuk isian penuh, kos petrol adalah sebanyak RM33 untuk 15 liter (RM2.20/liter RON95).
5. Secara efektif, kos sewa kereta berkurang lagi sebanyak RM33 kepada RM17 sahaja!!!
Sepanjang saya gunakan Socar , ini adalah caj termurah yang pernah saya dapat kerana promosi ini. Sebelum ini, harga Axia adalah RM90/sehari manakala Vios RM110/sehari (untuk weekend tambah lagi RM20/sehari). Saya tidak pasti sampai bila promosi ni akan berlangsung (mudah-mudahan lama la ye).
Apa yang menariknya, jika anda tak pernah gunakan Socar sebelum ini, ini adalah masanya untuk anda mencuba servis Socar ini. Sekarang, Socar Socar sediakan diskaun sebanyak RM30 bagi user baru untuk Cuba perkhidmatan Socar ini. Silap-Silap dapat naik kereta secara percuma ni weii... hehe
Untuk pendaftaran, anda bolehlah:
1. Download app Socar di sini
2. Mulakan langkah pendaftaran dengan isi detail anda dan upload lesen memandu anda.
3. Tunggu sekejap sehingga pendaftaran diluluskan
Untuk booking,
1. Cari Socar zone yang berdekatan dengan Lokasi anda (Pastikan zone itu adalah Zon Socar baru untuk dapatkan diskaun RM20 dan kereta baru. Jangan lupa untuk download coupon terlebih dahulu untuk diskaun ini.
2. Tetapkan masa booking anda
3. Pilih kereta pilihan anda.
Untuk memandu,
1. Sila ke zon SOCAR anda
2. Buka app dan upload gambar kereta untuk tujuan keselamatan
3. Unlock kereta menggunakan apps tersebut (kereta ni tiada kunci ya nak)
4. Mula memandu
Untuk pulangkan kereta
1. Pastikan minyak petrol tidak kurang 50% dengan isian di Petronas (tak sangka dispenser tu Mintak mileage kereta sekarang, mana aku ingat.. letak je la rough figure, kalau salah tak reject pun)
2. Pulangkan kad Smartpay Petronas di tempat asal (damn, dah 2x kad tu tertinggal dalam poket aku)
3. Parkir kereta di tempat parkir yang dikhaskan.
4. Upload gambar kereta untuk tujuan keselamatan.
5. Lock kereta gunakan apps dan pulangkan sekarang.
Anda teruja dengan perkhidmatan SOCAR? Kongsikan tulisan ini kepada kawan anda yang memerlukan...
Selepas guna SOCAR, jangan lupa tinggal komen sikit kat bawah ye
Wasalam..
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-40866963721744988042018-02-03T07:35:00.001-08:002018-02-03T07:35:26.251-08:00Peluang pekerjaan bagi graduan Sains Aktuari USIMDi bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM.
Walaupun ada beberapa program sudah outdated, kebanyakannya masih lagi relevan. Sayang pula kalau disimpan sahaja dalam peti emel dan tidak dikongsi di blog ini.
Semoga ada kebaikan hendaknya.
Assalamualaikum,
Tujuan emel ini adalah untuk memberi sedikit pendedahan kepada pelajar ASRM 6th Batch tentang perbincangan arah tuju karier mengikut kaca mata dan pandangan saya (kalau ada tambahan dari senior lain dialukan).
Menurut maklumat yang saya perolehi, setakat 3 Disember 2013, alumni ASRM USIM berada dalam pelbagai bidang dan antara yang terbesar ialah seperti berikut:
1) Pendidikan - post-graduate studies, lecturer and teacher
2) Bekerja sendiri
3) Eksekutif bank/syarikat korporat - accounting, auditing, human resource, pegawai tadbir, risk management, actuarial department
4) Capital market-dealer representatives, financial planner, corporate finance
5) Broker insurance
Bidang Pilihan
Tanpa ada niat untuk membanding-bandingkan karier lepasan ASRM USIM, disini ingin saya bincangkan beberapa pilihan haluan kerjaya yang boleh anda pertimbangkan.
1) bidang aktuari - seperti yang semua maklum, antara kelayakan yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya berjaya lulus dua kertas peperiksaan SOA iaitu Probability dan Financial Management. Walaupun amat sedikit lepasan ASRM yang masih berada dalam bidang ini, usaha mestilah terus dipergiatkan supaya ada dari graduan ASRM USIM akan berjaya menjadi qualified actuary pada masa akan datang, selaras dengan matlamat utama kursus ASRM di USIM.
2) bidang pengurusan risiko - alumni USIM lebih cenderung untuk bekerja dalam Risk Management memandangkan akses untuk ke bidang ini sedikit mudah berbanding aktuari. Secara peribadi pun, saya lihat ini adalah antara peluang ataupun "lubuk" untuk graduan USIM untuk menembusi pasaran kerja nanti.
3) pasaran modal (capital market @ investment) - saya rasa bidang ini antara yang paling sedikit pendedahan diberikan kepada pelajar. Umumnya juga ia lebih dekat kepada pelajar Financial Mathematics (FM) berbanding actuary. Capital market ini melingkupi pekerjaan di Investment Banking, Stockbroking Company dan Financial and Wealth Management (mutual fund). Pekerjaan di bidang ini adalah dibawah seliaan Securities Commission (SC) yang kebiasaannya memerlukan anda menduduki peperiksaan dibawah seliaan mereka, sedangkan bank dan industri insurans pula adalah di bawah pantauan Bank Negara. Antara subjek-subjek yang berkaitan dengan bidang ini ialah subjek-subjek yang diajar Madam Karmila (contoh Financial Management, Financial Risk Management, Investment Portfolio). Maksudnya, secara umumnya sekiranya anda suka belajar subjek-subjek tersebut kenapa tidak anda bekerja dalam bidang ini. Namun, bekerja dalam bidang ini biasanya dikaitkan dengan stress dan masa kerja yang panjang kerana kerja yang sangat banyak, namun masih sangat mendapat perhatian kerana gaji yang tinggi sebagai imbalan kepada kerja tersebut. Selain itu, antara department yang menarik ialah di bahagian corporate finance (bahagian yang uruskan IPO, investment analysis NPV,IRR dll, capital structure, capital budgeting etc). Peluang pekerjaan lain ialah sebagai equities analyst (company analysis, industry analysis etc), dealer representatives, investment advisor, financial planner, dan compliance officer. Antara yang merketable juga ialah compliance officer kerana bilangannya yang agak sedikit di Malaysia. Itulah antara pekerjaan di Investment Banking dan stockbroking company. Selain itu, untuk berjaya dalam bidang investment, antara exam yang bagus untuk diambil ialah CFA (chartered financial analyst). Umumnya, CFA mempersiapkan anda untuk menjadi seorang analyst sehinggalah menjadi seorang Fund Manager.
4) Bidang OSHA (Occupational Safety and Health Administration). Kalau tak silap, OSHA ni sangatlah market kerana bilangan specialist dalam bidang ini sangat terhad. Ianya juga ada peperiksaan yang tersendiri dan anda boleh buat carian sendiri di google sekiranya berminat.
Peluang pekerjaan
Menurut nasihat seorang senior, anda hendaklah memulakan langkah mencari kerja seawal anda masih sedang menjalani latihan praktikal lagi sekiranya anda ingin memulakan kerja seawal tamat praktikal.Mungkin dalam 2 bulan sebelum tamat, anda sudah boleh mula membuat carian kerja kosong di jobstreet mahupun laman-laman web syarikat-syarikat yang berkaitan.
Selain itu, antara peluang yang terbuka luas ialah:
1) Menjadi dealer representative melalui program GRP1000. Ianya adalah suatu inisiatif kerajaan dan program ini berjalan selama 3 tahun untuk merekrut tenaga kerja profesional dalam capital market. Butiran lanjut boleh anda dapati di laman web www.grp1000.com.my
2) Selain itu, anda juga berpeluang untuk bekerja di dalam financial industry (banking and insurance) menerusi FSTEP. Maklumat lanjut boleh dapati di www.fstep.org.my. Pengambilan biasanya adalah sebanyak dua kali setahun.
3) Skim Felo Siswazah USIM. Ini adalah skim untuk memberi peluang kepada pelajar USIM untukk menyambung pelajaran di peringkat post-graduate. Antara syarat penting skim ini ialah calon dikehendaki untuk menamatkan pengajian sehingga ke peringkat PhD seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah di USIM. Saya lihat ini adalah sangat bagus untuk kita meningkatkan bilangan pensyarah ASRM di USIM yang melalui proses PnP mengikut acuan dan budaya USIM sendiri.
4) Management trainee. Kebanyakan bank-bank termasuklah investment bank ada program management trainee yang mana akan melatih peserta untuk menjadi future management level employee di syarikat masing-masing.
Hukum kerja di bank konvensional
Antara dilema lain yang akan dihadapi lepasan USIM ialah tentang status hukum bekerja di bank ataupun syarikat yang mengamalkan sistem konvensional. Terdapat beberapa perbincangan ulama temporari tentang hukum tersebut dan salah satunya anda boleh rujuk di laman web Ustaz Zaharuddin Ab Rahman. http://zaharuddin.net/kerjaya/240-hukum-kerja-di-bank-a-insuran-konvensional.html
Penutup
Kesimpulannya, tulisan ini hanyalah sekadar perkongsian ringkas hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. Anda boleh buat carian sendiri untuk mendapatkan lebih info berkenaan haluan kerjaya, dan saya yakin senior lain juga mempunyai lebih banyak info tentang peluang-peluang lain, tetapi tidak ada platform untuk berkongsi. Akhirnya, walau apapun kerja dan karier kita, jadikanlah ia satu peluang untuk kita berbakti kepada masyarakat dan ummah. Insyaallah.
p/s: Sebarang respon boleh diemelkan kepada saya di ar.azimfaris@yahoo.com
Yang benar,
Pulangan pasaran (market return) biasanya diukur mengikut benchmark yang ditetapkan. Biasanya, dana ekuiti konvensional menggunakan FBMKLCI sebagai benchmark manakala dana ekuiti islamic menggunakan FBM EMAS Syariah Indeks.
Stail ETF pula ialah pelaburan pasif ataupun indexing. Dengan indexing, bukanlah tugas pengurus dana untuk memberikan pulangan pelaburan melebihi pulangan pasaran, sebaliknya memberikan pulangan mengikut prestasi pasaran itu sendiri. Kalau pasaran saham jatuh, negatiflah pulangan yang diberikan kepada pelabur. Kalau pasaran saham naik, positiflah.
Ini dilakukan oleh pengurus dana dengan membeli saham yang termasuk dalam komponen indeks sahaja, sekaligus menjimatkan kos yang berkaitan (contoh:kos mengupah analyst mencari saham yang undervalued).
Selain itu, transaksi jual beli saham juga berkurangan kerana semakan komponen indeks dilakukan secara berkala sahaja, biasanya dua kali setahun. Selagi syarikat itu tidak digugurkan daripada komponen indeks dan ditukarkan dengan syarikat lain, maka tiada keperluan untuk pengurus dana melakukan transaksi dan ini juga menjimatkan kos brokeraj.
TIP PENTING MEMILIH UNIT TRUST: PILIH DANA YANG SENTIASA MEMBERIKAN PULANGAN MELEBIHI BENCHMARK
Dengan memilih untuk melabur dalam unit trust, anda sebenarnya inginkan pulangan yang melebihi market return. Oleh itu, jika anda ingin melabur dalam unit trust, pastikan dana itu sentiasa memberikan pulangan melebihi benchmark nya.
Ini dapat disemak melalui prospektus unit trust masing-masing (contoh seperti dalam gambar). Adalah lebih baik jika anda melabur dalam ETF dan mendapatkan market return berbanding melabur dalam unit trust yang memberikan pulangan di bawah market return.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-49585409490836468962016-08-23T22:04:00.000-07:002016-08-23T22:11:47.023-07:00Ingin melakukan ibadah korban tapi tak mampu, ini caranyaPada asalnya, hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muakkad bagi muslim yang telah aqil baligh dan berkemampuan untuk melakukannya.
Namun begitu, ada segelintir dalam masyarakat kita hari ini yang dengan sengaja meninggalkan ibadah korban ini walaupun berkemampuan. Mereka hendaklah sedar bahawa sekiranya Rasulullah S.A.W masih hidup, sudah tentu rasulullah akan menegur mereka supaya melakukan ibadah korban, sepertimana ancaman atau teguran rasulullah kepada para sahabat dulu.
Dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: " Barang siapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami." [HR Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah].
Lebih-lebih lagi dalam kehidupan moden hari ini yang mana manusia sering memenuhi keinginan nafsu mereka, "kemampuan" ini sudah menjadi sesuatu yang relatif kepada gaya hidup seseorang.
Boleh jadi seseorang yang merasakan dirinya tidak mampu untuk berkorban, tetapi hakikatnya dia adalah seorang yang berkemampuan disisi syara', gara-gara gaya hidup dan perbelanjaannya yang tidak cermat.
Boleh jadi juga kerana gaya hidupnya yang selalu berbelanja melebihi pendapatan mereka, ianya dijadikan alasan sebagai "ketidakmampuan" mereka untuk berkorban.
Saya tertarik dengan idea Pakdi berkenaan dengan kayu ukur "kemampuan" berkorban. Menurut beliau, golongan yang berkemampuan untuk berkorban termasuklah:
Orang yang melanggan Astro di rumah
Orang yang mempunyai komitmen ansuran kereta
Orang yang mampu pergi bercuti
Orang yang melabur dalam saham, hartanah, emas dan seumpamanya
Menurut beliau, golongan-golongan seperti ini sebenarnya diuji oleh Allah samada mereka ikhlas ingin korbankan sedikit daripada harta mereka dan keinginan nafsu mereka semata-mata ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Pada tahun 2016 ini, harga untuk melakukan korban adalah sekitar RM500-RM700 bergantung kepada tempat dan jenis korban. Bagi golongan ini yang merasakan dirinya betul-betul tidak mampu untuk membelanjakan duit sebanyak itu untuk korban, ada 2 opsyen untuk melakukan ibadah korban pada harga yang lebih murah:
Melakukan korban di negara luar yang lebih memerlukan seperti di Kemboja. Menerusi pakej korban yang dilakukan oleh eQurban, harga korban di Kemboja ialah RM350 sahaja.
Berkongsi satu bahagian korban yang berharga RM600 dengan 2-3 orang adik beradik yang lain, dan niatkan pahala untuk seisi keluarga yang lainnya (Mufti Wilayah Persekutuan).
p/s: Bagi yang sangat berkemampuan untuk melakukan ibadah korban, tingkatkan nilaian korban anda sebagai korban wajib. Korban menjadi wajib apabila anda ingin melakukan nazar ataupun telah mewajibkan ke atas diri anda untuk berkorban. Korban wajib sudah tentu pahalanya lebih besar dari korban sunat, apatah lagi kerana daging korban wajib ini hendaklah diagihkan kesemuanya dan haram dimakan oleh orang yang berkorban itu sendiri. Cara yang terbaik untuk melakukan korban wajib ini ialah dengan melakukan korban di Kemboja menerusi eQurban, apatah lagi mereka di sana sangat berhajat kepada daging kerana hanya berpeluang untuk memakan daging setahun sekali sahaja iaitu apabila raya Haji.
Wallahu aklam.
Sumber:
1) golongan yang sebenarnya mampu untuk berkorban (Pakdi)- www.pakdi.net/sekiranya-mampu-bayar-duit-kereta-maka-sembelihlah-lembu-atau-kambing/
2) keharusan berkongsi satu bahagian korban (Mufti Wilayah Persekutuan)- muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/al-kafili-al-fatawi/1114-al-kafi-351-berkongsi-satu-bahagian-korban
3) sekitar hukum dan hikmah berkorban (Dr Abu Anas Madani) -http://www.abuanasmadani.com/1720/
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-29653066937410012272016-08-22T02:44:00.001-07:002016-08-22T02:47:35.756-07:00Laporan terkini prestasi Kenanga Syariah Growth Fund
Berikut adalah beberapa pemerhatian penting daripada prospektus tahunan Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) setakat 31 Mei 2016:
1) Dalam tempoh setahun bermula 31 May 2015 hingga
31 May 2016, KSGF mencatatkan kerugian sebanyak -0.47%. Walaupun begitu,
prestasi KSGF boleh diterima memandangkan pasaran saham secara keseluruhannya adalah
sedikit menurun, sepertimana diwakili oleh benchmark FBM Syariah Index (FBMS) yang
mengalami penurunan sebanyak -5.2%. Begitu juga dalam setiap tahun dalam 5
tahun terakhir, KSGF mencatatkan pulangan yang lebih baik daripada FBMS. Ini
menunjukkan pengurus dana KSGF telah berjaya untuk mendapatkan pulangan pelaburan
lebih baik daripada pasaran keseluruhannya manakala para pelabur boleh
meneruskan pelaburan mereka dalam KSGF walaupun mencatatkan sedikit kerugian.<o:p></o:p>
2) Pengurus dana telah mengurangkan peratusan pegangan
dalam pelaburan saham iaitu daripada 80.1% kepada 74.4% daripada keseluruhan
modal pelabur dengan menjual saham-saham untuk mengambil keuntungan dan
kemudiannya menunggu peluang untuk masuk kembali apabila pasaran menunjukkan
tanda-tanda pemulihan.<o:p></o:p>
3) Hasil jualan saham tersebut, pengurus dana
telah mengumumkan agihan sebanyak 10.11 seunit walaupun pulangan KSGF adalah
negatif. Hampir keseluruhan agihan yang diumumkan telah dilaburkan kembali ke
dalam KSGF dan akan dilaburkan kembali dalam pasaran saham.<o:p></o:p>
4) Semakin ramai pelabur runcit yang mula melabur
ke dalam KSGF walaupun ianya mencatatkan kerugian. Hal ini didorong oleh prestasi
dana yang memberangsangkan dan stabil dalam 10 tahun terakhir sehingga memenangi
anugerah oleh FSM baru-baru ini. Ini seterusnya telah membesarkan lagi dana
modal KSGF kepada RM240 juta. Lebih menarik, walaupun keadaan ekonomi negara dikatakan agak perlahan, para pelabur masih terus mengamalkan kewangan berdisiplin dan berjaya untuk terus menyimpan wang walaupun dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meninggi. <o:p></o:p>
5) Manager’s fee yang dikenakan masih lagi pada
maksimum 1.5% seperti yang dibenarkan dalam Klaus 13.1. Oleh kerana modal dana
semakin besar hasil suntikan pelabur baru, yuran pengurus juga melonjak kepada
RM2.8 juta, pertambahan sebanyak RM1 juta yang seterusnya mengurangkan
keuntungan langsung KSGF.<o:p></o:p>
6. Pengurus dana mengurangkan jual beli saham berbanding tahun sebelumnya dan agak pasif dikala pasaran saham yang tidak menentu. Ini boleh dibaca daripada ratio PTR seperti di dalam gambar. Dengan mengurangkan aktiviti jual beli saham, pengurus dana boleh mengurangkan kemungkinan melakukan kesilapan dalam memilih saham dan cuba "timing" market.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-39646095079902251662016-07-27T08:21:00.000-07:002016-07-27T08:21:19.072-07:00Panduan Menyertai Investment-linked Takaful
1. Ketahui berapa banyakkah dari jumlah sumbangan bulanan anda yang dikhususkan untuk simpanan. Salah faham yang ketara dalam kalangan peserta takaful ialah menganggap keseluruhan sumbangan itu sebagai simpanan peserta, sedangkan sebahagian besar darinya telahpun disumbangkan ke dalam tabung risiko (dikenali sebagai caj tabarru’)
2. Fahami apa itu cash value polisi anda. Cash value ialah simpanan yang menjadi milik peserta yang berhak dikeluarkan pada bila-bila masa. Ianya adalah jumlah nilai sumbangan yang dibayar selepas ditolak caj perkhidmatan kepada syarikat pengendali takaful, caj tabarru’ ke dalam tabung risiko dan lain-lain caj. Caj-caj ini biasanya adalah tetap melainkan caj tabarru’ yang biasanya akan meningkat selaras dengan meningkatnya usia peserta. Oleh itu, selagi jumlah keseluruhan caj-caj ini (termasuk caj tabarru’ yang meningkat) ini tidak melebihi jumlah bayaran bulanan anda, nilai cash value polisi anda sepatutnya semakin bertambah dari tahun ke tahun, bergantung kepada hasil pulangan pelaburan yang dijana oleh operator syarikat takaful bagi pihak anda.
3. Pastikan anda tidak "miss" bayaran bulanan anda kerana apabila anda "miss" bayaran bulanan anda, cash value polisi anda akan digunakan sebagai ganti kepada bayaran bulanan untuk memastikan polisi anda kekal aktif, namun menyebabkan cash value polisi anda akan berkurang dengan cepat.
4. Fahami bahawa investment-linked takaful adalah suatu komitmen kewangan jangka panjang iaitu tidak sepatutnya kurang dari 6 tahun. Hal Ini adalah kerana kos pengurusan operator takaful untuk polisi baru adalah paling tinggi dalam tempoh 6 tahun pertama iaitu meliputi kos agihan ataupun komisyen yang dibayar kepada ejen. Oleh sebab itu, anda tidak digalakkan untuk menukar polisi lama anda dengan polisi yang baru tanpa ada keperluan (p/s: Menjadi suatu kewajipan bagi seorang muslim untuk menukarkan produk konvensional dengan produk yang patuh syariah)
5. Ketahui bahawa manfaat asas bagi kebanyakan produk investment-linked takaful ialah manfaat kematian dan TPD. Manfaat lain seperti penyakit kritikal, kad perubatan dan waiver adalah manfaat tambahan (rider). Harus diingat semakin banyak rider yang diambil maka semakin banyaklah caj tabarru’ yang dikenakan dan semakin kuranglah cash value anda. Namun begitu, ketiga-tiga rider yang disebutkan di atas adalah penting dan sepatutnya menjadi keutamaan berbanding rider-rider yang lain, mengikut keperluan anda.
6. Ketahui bahawa diantara kesemua manfaat yang dipilih (asas dan tambahan), hanya manfaat kematian yang sudah pasti boleh dituntut kerana risiko untuk menghidapi penyakit kritikal dan menanggung kos perubatan yang semakin mahal itu hanyalah kemungkinan sahaja sedangkan kematian itu suatu yang pasti. Maka, manfaat asas (kematian dan TPD) itu haruslah dimaksimakan untuk melindungi ahli keluarga dan tanggungan anda daripada jatuh miskin!
Untuk dapatkan khidmat nasihat/quotation takaful (saya ejen Takaful Malaysia) secara percuma, boleh tinggalkan komen atau isi borang ini http://goo.gl/forms/YRHe2tyD5CYp3X8F3)
Apakah kelebihan untuk menyertai investment-linked takaful di Takaful Malaysia melalui saya?
1. Anda akan diberikan penjelasan tentang pecahan jumlah sumbangan yang diberikan bagi setiap manfaat yang diambil, iaitu berapa banyakkah dari bayaran bulanan anda akan digunakan untuk manfaat asas dan manfaat rider dan berapa pula dikhususkan untuk simpanan
2. Anda akan diberikan jangkaan cash value polisi anda dalam tahun-tahun akan datang, bergantung kepada jangkaan hasil pelaburan.
3. Anda akan diberikan jangkaan caj tabarru’ yang meningkat pada tahun-tahun mendatang supaya anda dapat mengetahui berapa banyak yang sumbangan yang anda beri kepada ahli-ahli lain yang membuat tuntutan.
4. Anda akan diberitahu berapa banyak kos agihan yang ditolak daripada bayaran sumbangan anda sebagai komisyen dan overriding komisyen kepada ejen-ejen dalam 6 tahun pertama polisi anda aktif.
Sekian.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-19843346410753686222016-01-13T19:33:00.001-08:002016-01-13T19:33:06.882-08:00Catatan Kursus Penulisan Kritis bersama Tuan Hasbie Muda
Dua minggu
lepas saya berkesempatan untuk menghadiri Kursus Penulisan Kritis yang dikelola
oleh Tuan Hasbie Muda. Di sana, beliau menceritakan sendiri pengalaman beliau
dalam menghasilkan buku beliau dan bagaimana kali pertama tercetusnya idea
untuk menghasilkan buku.
Kreatif vs
Kritis<o:p></o:p>
Kursus
tersebut dimulakan dengan penjelasan mengapa beliau menamakan seminar beliau
sebagai penulisan kritis berbanding memilih untuk bercerita mengenai penulisan
kreatif. Sebagai perbandingan, penulisan kreatif adalah berupa
penulisan-penulisan kesasteraan seperti puisi, syair, sajak, pantun dan
sebagainya, manakala penulisan kritis pula merupakan penulisan yang lebih berat
dan kritikal. <o:p></o:p>
Penulisan
kritis itu mempunyai ciri-ciri berikut iaitu ianya mestilah berdasarkan fakta
yang tepat dan ianya adalah hasil analisis yang kritis oleh penulis terhadap
fakta tersebut. Dengan membaca isi buku Kemenangan Yang Tertangguh hasil
tulisan beliau sendiri, secara tidak langsung dapat difahami bagaimana
penulisan kritis itu berbeza dengan penulisan kreatif.<o:p></o:p>
Penulisan
kritis juga termasuklah penulisan berkenaan penemuan baru seperti yang
dihasilkan oleh para graduan di university di mana mereka mengambil sikap
kritikal pada hasil penemuan tersebut. Beliau ada menyebutkan, sebagai contoh
kepada penemuan baru ini ialah isu yang timbul tidak berapa lama dulu iaitu isu
sama ada Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan ataupun tidak. Melalui hasil
penemuan tersendiri, penulis yang kritis akan cuba untuk mencabar fakta yang
sedia ada diterima umum sebagai sebaliknya.<o:p></o:p>
Walaubagaimanapun,
sesuatu penulisan itu tidak hanya terbahagi kepada dua jenis sahaja iaitu sama
ada kreatif atau kritis sahaja, tetapi juga boleh tergabung dalam kedua-dua
bentuk. Sebagai contoh karya-karya Pak Latif Talib yang cuba menceritakan fakta
sejarah (kritis) secara kreatif. Namun, tidak saya katakan bahawa penulisan
sebegitu bagus kerana telahpun saya fahami bahawa tulisan begini agak berbahaya
kepada umum kerana pada akhirnya ianya boleh menokok tambah kepada fakta
sejarah itu sendiri.<o:p></o:p>
Penulisan
kritis membentuk pemikiran masyarakat<o:p></o:p>
Antara
tujuan kepada penulisan kritis pula ialah ianya bertujuan untuk menetapkan
sikap masyarakat terhadap sesuatu topik. Di sinilah pentingnya akan keperluan
hadirnya penulis-penulis Islamis kerana idea-idea yang akan dibawakannya akan
hidup dan dibawa bersama oleh arus pemikiran masyarakat. Sekiranya banyak
pandangan akan sesuatu topic yang dipersembahkan kepada masyarakat adalah hasil
pemikiran yang songsang, maka begitulah masyarakat akan dipengaruhi oleh
idea-idea songsang itu.<o:p></o:p>
Selain itu,
penulisan yang kritis juga berguna untuk memperkenalkan dan mempromosikan idea
baru. Dengan menggunakan media sosial sebagai medium penulisan baharu,
idea-idea ini lebih senang untuk dipromosikan. Sebagai contoh baru-baru ini
media sosial digunakan oleh begitu ramai penulis aktivis untuk membawa idea
anti-vaksin. Sekiranya kurangnya aktivis pro-vaksin hadir untuk menangkis dan
mencabar idea itu melalui penulisan-penulisan, maka kita akan lihat bagaimana
akhirnya masyarakat mengambil sikap untuk condong kepada idea anti-vaksin juga.<o:p></o:p>
Genre buku
di pasaran<o:p></o:p>
Buku-buku
yang dijual di pasaran datang dalam tiga genre iaitu buku popular, buku
akademik dan buku semi akademik. Biasanya, buku popular ini ialah buku bestseller
yang sangat laku di pasaran. Walaupun begitu, buku-buku popular ini biasanya
lebih beremosi dan bias mengikut sudut pandang penulis menjadikan ianya sukar
untuk dijadikan rujukan dalam dewan kuliah. Tajuk buku pula lebih catchy,isinya
berkait dengan peristiwa semasa, tidak mempunyai rujukan dan biasanya lebih
berdasarkan pengalaman peribadi.<o:p></o:p>
Sebaliknya,
buku yang boleh dijadikan rujukan dalam dewan kuliah ialah buku-buku akademik
iaitu penulisan hasil kajian yang mendalam tentang sesuatu isu. Contohnya ialah
buku-buku hasil adaptasi daripada tesis kajian graduan di university. Namun
kerana ianya agak berat, maka ianya lebih susah untuk dijual di pasaran.<o:p></o:p>
Di antara
buku popular dan buku akademik, maka datangnya satu lagi genre buku di pertengahannya
iaitu buku semi akademik, yang mempunyai kelebihan berupa isi yang ilmiah
tetapi lebih senang untuk dijual di pasaran. Buku semi akademik ini biasanya
mempunyai tajuk yang menarik tetapi tidaklah keterlaluan, mempunyai summber
rujukan tetapi tidak lengkap dan isinya mungkin neutral dan mungkin juga bias.<o:p></o:p>
Tips
penulisan buku<o:p></o:p>
1. Banyakkan membaca.
Apabila ditanya kepada Pak Samad, Sasterawan
Negara berkenaan bagaimana beliau menulis, jawapan beliau ialah “Baca, baca dan
baca, kemudian menulis”
2. Membaca secara pantas (“Speed reading”)
Tujuan: Ini adalah skil yang kritikal dalam
usaha menambah sumber rujukan dalam hasil karya kita
Langkah:
buku tersebut. Sebagai permulaan ianya boleh didapati dari ringkasan di
belakang buku dan juga dan memerhati bahagian Isi kandungan buku.<o:p></o:p>
buku tersebut, memadai dengan pergi terus kepada muka surat dan isi yang
dikehendaki dari buku tersebut
- Dua langkah ini sahaja sudah cukup untuk kita
letakkan buku tersebut dalam rujukan buku yang kita hasilkan
3. Kenali
latar belakang dan kepakaran penulis buku
Tujuan: Ini adalah untuk memastikan rujukan
yang diberikan adalah berautoriti dan berpengaruh
Salah satu caranya adalah dengan menyemak CV
penulis di Google, termasuklah boleh didapati CV para pensyarah di laman web university
masing-masing, contohnya UM Expert
4. Tulis
sesuatu topic yang sedang hangat di arus perdana (trending)
Tujuan: Untuk mudah dijual di pasaran
Biasanya isu yang hangat di media massa perlukan
kepada solusi dan panduan, maka disitu wujudnya permintaan kepada buku-buku
kritikal. Contoh yang paling relevan ialah terbitnya buku Kemenangan Yang
Tertangguh dalam masa yang pendek sejurus sahaja PRU13.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-67409708752083354242015-09-27T17:15:00.001-07:002015-09-27T17:15:18.164-07:00Persiapan percutian bajet ke PerthHari ini dah masuk 28 September, bermakna dalam tempoh sebulan lagi kami bertiga akan ke Perth, Australia selama 4 hari 4 malam.
Sejujurnya, persiapan kami setakat ini amatlah kurang walaupun telah menempah tiket sudah lama.
Setakat ini, apa yang kami telah lakukan adalah menempah tiket penerbangan dan selesai membuat visa ke Australia. Itu sahaja. Hotel belum tempah, itinerary pun belum tentukan untuk ke mana.
Untuk tiket penerbangan, tiket yang kami tempah pada 23 Mac lalu cukup murah, harganya adalah RM347 sahaja untuk penerbangan pergi dan balik seorang, merangkumi harga tiket sebanyak RM26 manakala selebihnya adalah untuk airport tax dan lain-lain, tidak termasuk harga bagasi yang belum kami tempah.
Untuk visa pula, kami baru sahaja buat bayaran melalui laman web easyeta.com iaitu sebanyak 12 SG dollar seorang dan ianya masih dalam proses pengesahan oleh pihak imigresen Australia dan masih lagi belum mendapat pengesahan.
Basis of IPO allotment
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-34854529159411281072015-07-10T18:55:00.000-07:002015-07-10T19:13:21.098-07:00Peluang buat duit dari rumah sebagai freelance coder!Bekerja dari rumah bukan lagi suatu yang asing pada era teknologi ini.
Ada yang buat duit dengan join program affiliate, ada yang jual produk melalui blog, facebook mahupun instagram.
Ada juga yang menawarkan pelbagai servis seperti copywriting, design grafik dan pelbagai servis lagi menerusi internet dan ianya memang boleh menghasilkan pulangan jika dibuat dengan cara yang betul.
Jadi hari ini saya ingin berkongsi pula tentang peluang jana duit sebagai freelance coder.
Apa tu freelance coder? Freelance coder ialah seorang yang menawarkan service coding/programming kepada mana-mana syarikat IT yang memerlukan khidmat ini, berasaskan kepada project-basis.
Dengan kata lain, kerja sebagai freelance coder ini bukan suatu kerja tetap, dah namanya pun freelance sahaja.
Oleh itu, bagaimanakah untuk menjadi freelance coder ini?
Sudah tentu anda memerlukan ilmu dan skill yang betul membuat kerja programming seperti ini.
Jika sebelum ini anda mungkin perlu kepada satu degree dalam sains komputer untuk mendapatkan skill programming, kini tidak lagi.
Mari saya bagi tahu anda satu program fast track untuk mendapatkan skill programming.
Code Division Academy, sebuah akademi yang menawarkan khidmat latihan dalam bidang IT dengan kerjasama MaGIC menawarkan sebuah kursus selama 9 minggu untuk menyiapkan para peserta dengan skill yang betul untuk menjadi seorang programmer.
Dengan menyertai kursus ini, anda akan:
Mempunyai pengetahuan untuk membina sebuah apps mobile mengikut idea inovasi anda
Beroleh peluang pekerjaan di syarikat-syarikat IT dan startup company
Sudah tentu, boleh menggunakan skill programming untuk bekerja sebagai freelance coder dari rumah!!!
Menurut lamanweb Code Division, 99% lepasan kursus mereka ini berjaya memulakan syarikat teknologi sendiri ataupun diupah sebagai software developer bagi syarikat teknologi.
Untuk menyertai kursus ini, sudah tentu anda akan dikenakan bayaran seperti mana kursus-kursus lain juga. Berapakah bayarannya?
RM9,000 sahaja.
Ya, RM9,000. Tapi ini adalah harga beberapa bulan lepas.
Kini, sebagai tawaran untuk masa terhad kepada rakyat Malaysia, yuran penyertaan sudah dikurangkan kepada RM1,000 sahaja.
Diskaun sebanyak RM8,000. Banyak tu. Tapi tawaran ini untuk masa yang terhad sahaja.
Sila daftarkan diri anda di sini.
Code Division MaGIC Bootcamp
p/s: Anda rasa kursus ini berguna dan peluang baik untuk menjadi usahawan IT? Kongsikan artikel ini kepada orang terdekat sekeliling anda dan kawan anda, ia mungkin bakal mengubah idea inovasi mereka kepada sebuah syarikat IT gergasi dunia!Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-91053348698635557322015-06-21T01:11:00.000-07:002015-06-21T01:11:10.731-07:00Bagaimana nak bezakan madu asli atau tidak?Madu merupakan makanan yang popular diyakini baik untuk kesihatan. Bahkan di dalam Al-Quran disebutkan bahawa madu itu diciptakan Allah sebagai penyembuh kepada pelbagai penyakit.
Namun, oleh kerana ianya sudah menjadi produk komersil di pasaran, ramai di kalangan kita yang ragu sama ada madu yang beli itu 100% asli ataupun telah dicampur dengan sesuatu yang menjejaskan keasliannya.
Saranan yang paling biasa dicadangkan untuk mengetahui sama ada madu itu asli atau tidak ialah dengan melihat sama ada semut akan mengerumuni madu itu atau tidak apabila ia diletakkan di tempat yang terbuka.
Jika ianya madu asli, semut tidak akan datang kepadanya. Tetapi jika madu itu sudah ditambah dengan gula, sudah tentu semut akan datang mengerumuninya.
Biasa kan dengar cara ini?
Malangnya, menurut ramai penternak lebah, semut ini tidak kenal sama ada madu itu asli atau tidak. Semua madu bahkan apa jua yang manis pasti akan didatangi semut. Maka cara yang dicadangkan tadi adalah tidak tepat.
Selain cara ini, sebenarnya ada beberapa lagi cara yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti keaslian madu.
Namun, di sebalik setiap uji kaji yang dilakukan itu, kita hendaklah tahu bahawa semuanya itu tidaklah 100% tepat dan hanyalah sebagai rujukan sahaja.
Antara uji kaji yang boleh dilakukan ialah:
1) Uji kaji campuran sirap gula dalam madu.
Curahkan sedikit madu ke dalam segelas air yang suam. Perhatikan bagaimana madu itu terlarut ke dalam air suam itu. Madu yang asli bila mana dicampur ke dalam air akan mendap ke dasar air dan kemudiannya secara perlahan-lahan akan larut ke dalam air. Namun, jika madu itu larut serta merta di dalam air, madu itu berkemungkinan telah dicampur dengan sirap gula.
2) Uji kaji campuran air dalam madu
Basahkan putik kapas (cotton bud) dengan madu. Kemudian, cuba nyalakan api pada putik kapas itu. Jika madu itu asli, putik kapas itu akan terbakar namun sebaliknya jika terdapat unsur air dalam madu itu, air akan menghalang dari putik kapas itu terbakar.
Saya ada jumpa satu video dekat Youtube yang buat uji kaji ini.
Jom kita saksikan. Sekian.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-19802630260344458432015-03-12T08:31:00.000-07:002015-03-12T08:35:46.767-07:00Hukum pelaksanaan GST di MalaysiaHukum pelaksanaan GST di Malaysia merupakan topik yang hangat dibincangkan oleh rakyat Malaysia waktu ini. Dengan hanya beberapa hari sahaja lagi menjelang pelaksanaannya, rakyat mula merasa bimbang dan gusar dengan ketidak tentuan kesan daripada pelaksanaan GST nanti.
Asas perbincangan hukum GST ini adalah pada hukum adakah dibenarkan cukai dikenakan keatas rakyat pada pandangan Islam. Hal ini kerana GST ini adalah hanya salah satu daripada lain-lain cukai yang telah dilaksanakan di Malaysia seperti cukai tanah dan cukai pendapatan, bahkan ia juga adalah sebagai ganti kepada Sales and Services Tax (SST) yang bakal dimansuhkan nanti.
Lalu, apakah Islam mengharamkan cukai dikenakan ke atas rakyat? Oleh kerana tiada dalil qat'ie yang menunjukkan haram cukai ke atas rakyat, maka jawapannya tidaklah semudah ABC kerana dalam disiplin ilmu usul fiqh dan maqasid syariah, sesuatu hukum itu tergantung kepada prinsip mencari maslahah dan menolak kemudharatan.
Oleh yang demikian, sebagai orang awam, eloklah kita rujuk sahaja fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Antaranya ialah fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menghukumkan harus GST dengan syarat (boleh rujuk link ini):
i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan setempat
Pun begitu, saya TIDAK MENYOKONG usaha kerajaan untuk menambahkan pendapatan negara melalui GST memandangkan kerajaan masih boleh menambahkan pendapatan negara dengan mengurangkan ketirisan dan melakukan perbelanjaan berhemat.
Berkenaan isu ini juga, elok kiranya kita mendengar pandangan dari Ustaz Zaharuddin Ab Rahman, Presiden Murshid tentang pro dan kontra pelaksanaan GST di Malaysia menerusi video di bawah.
Selesai menonton video ini, beberapa pengajaran yang boleh dipelajari ialah:
1) Sebelum kita mengambil pendirian dalam satu-satu isu, seeloknya kita mengambil kira hujah dari kedua-dua belah pihak. Jangan hanya kerana kita menyokong satu parti, apa jua yang baik dari parti lawan semuanya kita tolak. Perkara ini boleh diamalkan dalam semua perkara, termasuklah pertikaian dalam isu bid'ah dan sebagainya.
2) Saya menyanjungi usaha dari UZAR kerana walaupun latar belakang pengajian beliau adalah pelajar agama, beliau masih lagi berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memahami bidang-bidang teknikal seperti cukai, ekonomi dan lain-lain. Sungguh saya tak dapat membayangkan bagaimanakah cara beliau menggunakan masa-masa beliau untuk menjadi pakar dalam bidang syariah, bahkan pakar juga dalam kewangan Islam dan ekonomi secara umumnya.
3) Saya kagum dengan segala fakta-fakta yang dibawakannya dalam video ini, menunjukkan betapa sesuatu homework perlu dibuat sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan dalam sesuatu isu.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-73471669774146750032015-01-28T06:33:00.000-08:002015-01-28T06:33:02.015-08:00Harga emas di Malaysia naik 20% dalam tempoh sebulan Bismillah
Lama betul tak update tentang harga emas sampai tak sedar yang harga emas di Malaysia dah melonjak melebihi 20% dalam tempoh tak sampai sebulan.
Kalau ikutkan chart di bawah, harga tertinggi yang pernah dicatat adalah pada tahun 2011 iaitu pada harga RM181/gram kemudian terus merudum ke paras RM124/gram.
Dalam tempoh yang sama, harga emas di US jatuh dari $1,889/auns ke paras $1,140/auns.
Ketika catatan ini ditulis, harga emas di Malaysia ialah RM150/gram manakala di US ialah $1290 seauns.
Itu bermakna harga emas di Malaysia telah melonjak sebanyak RM26/gram (20%) dari paras terendah sedangkan di US hanya melonjak sebanyak $150/auns (13%).
Yang demikian adalah kerana nilai ringgit yang semakin lemah menyebabkan nilai emas di Malaysia lebih berharga berbanding dengan ringgit. Dengan kata lain, pelabur di Malaysia cenderung untuk menukar aset mereka daripada tunai kepada emas kerana nilai ringgit yang menyusut yang mengakibatkan permintaan kepada emas di Malaysia menjadi lebih tinggi.
Oleh yang demikian, pelabur emas di Malaysia bukan sekadar perlu peka dengan harga emas yang didagang di US tetapi juga perlu peka dengan kadar tukaran USD/MYR.
Setakat hari ini, harga emas KFH adalah seperti berikut:
Ini bermaksud kos melabur dengan KFH adalah sebanyak 5.5%. (tinggi nyer!)
Sekian.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-46129979969630912542014-11-25T07:42:00.000-08:002014-11-25T07:51:05.252-08:00Keyboard trick yang WAJIB anda tahuBekerja sebagai budak pejabat memerlukan beberapa skill yang boleh membantu anda menyiapkan kerja pejabat anda dengan cepat. Berikut adalah beberapa keyboard shortcut yang boleh membantu anda menyiapkan kerja anda dengan cepat, walaupun TANPA sebuah tetikus!!!
1) Beralih dari satu aplikasi ke satu aplikasi lain.
Sebagai contoh beralih dari google chrome ke microsoft excel mahupun ke desktop.
Dengan hold "Alt" + "Tab" anda akan dapat beralih dari satu aplikasi ke satu aplikasi lain dengan mudah dan pantas.
2) Right-click
Tahukah anda yang anda tidak perlukan sebuah tetikus untuk perform tugas right-click?
Butang untuk right-click sebenarnya ada di tengah-tengah antara butang "Alt" dan "Ctrl" di sebelah kanan keyboad anda.
3) Beralih dari satu tab ke satu tab yang lain
Ketika melayari internet menggunakan mana-mana internet browser, sudah menjadi kebiasaan untuk kita membuka beberapa tabs pada suatu masa. Multi-tasking la katakan.
Untuk berpindah dari satu tabs ke tabs seterusnya, tekan "Ctrl" + "Pg Dn"
Untuk berpindah dari satu tabs ke tabs sebelumnya, tekan "Ctrl" + "Pg Up"
4) Menutup tabs
Untuk menutup mana-mana tabs pada browser anda, tekan "Ctrl" + "w"
5) Membuka tabs baru
Untuk membuka satu tabs baru pada browser anda, tekan "Ctrl" + "t"
6) Save as file
Untuk save as file anda kepada suatu file baru, cukup dengan tekan "F12"Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-13723870708142426672014-11-25T07:21:00.002-08:002014-11-25T07:21:56.447-08:00Macam mana nak transpose data dalam Microsoft ExcelTranspose data bermaksud menukar data yang tersusun secara memanjang ke bawah kepada memanjang ke kanan dalam file excel atau sebaliknya.
Caranya ialah:
1) Select data yang ingin dilakukan fungsi transpose ke atasnya
2) Copy (Ctrl + c)
3) Right-click
4) Paste-special
5) Transpose
Cara Bergambar
1)
2) Right click dan pilih paste special
3)Pilih transpose
4) Siap
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2641637210103720849.post-18873062121787271302014-11-22T06:27:00.001-08:002014-11-22T06:31:54.452-08:002015 Economy OutlookBerikut adalah catatan ringkas saya sepanjang menghadiri seminar Economy Outlook 2015 yang dianjurkan oleh TheEdgeMarkets.com baru-baru ini.
Sebelum daripada berlakunya krisis ekonomi pada tahun 2009, kita boleh dapati adanya hubungan langsung antara prestasi pasaran saham global dengan aktiviti ekonomi dunia iaitu apabila meningkatnya ekonomi dunia seperti yang ditunjukkan menerusi peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ataupun Gross Domestic Product (GDP) bagi keseluruhan negara secara global, ianya akhirnya diterjemahkan oleh peningkatan dalam prestasi pasaran saham global. Ini memberikan maksud bahawa pelabur memberikan reaksi positif terhadap perkembangan ekonomi dengan melabur dalam pasaran saham dan menyokong kenaikan harga saham syarikat-syarikat global secara umumnya.
Tetapi selepas berlakunya krisis tersebut, hubungan tersebut dilihat tidak lagi berkekalan kerana bermula tahun 2010 sehingga ke saat ini, perkembangan ekonomi dunia secara umumnya dilihat agak terbantut dan mendatar sahaja sedangkan pasaran saham global masih meneruskan momentum kenaikan dan lonjakan prestasi.
Secara umumnya, perkembangan ekonomi dunia dilihat tidak sekata pada masa ini. Ekonomi US dilihat semakin mengukuh dengan mencatatkan peningkatan GDP, manakala ekonomi Asia (selain Jepun) masih lagi berkembang namun pada kadar yang statik. Namun begitu, ekonomi Asia lebih menarik dan berpotensi berbanding ekonomi Eropah dan ekonomi Jepun yang diancam kelembapan ekonomi dengan kenaikan GDP tidak lebih 1%. Disebabkan itu, kedua-dua ekonomi besar itu iaitu jepun dan eropah masing-masing dilihat masih memerlukan bantuan sokongan dari kerajaan masing-masing menerusi suntikan modal dan polisi fiskal untuk merangsang ekonomi masing-masing.
Hasil dari pengukuhan ekonomi US, negara Asia selain Jepun dilihat mendapat manfaat sama dari pemulihan ekonomi US terutama yang mempunyai hubungan dagang secara langsung dengan US. Oleh yang demikian, ekonomi dunia dilihat masih lagi bergantung dengan pemulihan ekonomi US yang mempunyai hubungan dagang yang besar dengan negara-negara lain.
Ekonomi US
Ekonomi US sendiri pula pengukuhannya disokong oleh perbelanjaan domestik. Rakyat di US dilihat semakin stabil berbanding sebelum krisis kewangan dahulu dengan berkurangnya paras hutang dan dijangkakan akan terus berbelanja untuk menyokong pertumbuhan ekonomi US. Selain itu ekonomi US juga dipacu oleh pendapatan daripada aktiviti mengeksport shale oil. US dilihat sebagai sebuah negara yang cukup dinamik kerana dari menjadi negara pengimport minyak sekarang telah mengubah posisinya selaku negara pengeksport minyak yang akhirnya menyebabkan penawaran (supply) minyak kepada pasaran dunia melebihi permintaannya dan akhirnya mengakibatkan penurunan harga minyak seperti yang kita sedia maklum baru-baru ini.
Ekonomi Eropah
Penganalisis ekonomi dilihat masih lagi optimistik terhadap pemulihan ekonomi di Eropah walaupun masih lagi berterusan memerhatikan dan berjaga-jaga dengan segala apa kemungkinan krisis di eropah yang mungkin akan menggugat ekonomi sejagat. Dua kebimbangan utama mereka ialah berkenaan kadar inflasi yang semakin menurun dan berisiko untuk menghadapi deflasi seperti Jepun dan juga berkenaan kadar pengangguran yang masih tinggi. Optimistiknya penganalisis terhadap ekonomi eropah adalah kerana adanya sokongan dan kemahuan politik daripada kerajaan eropah yang mahukan pemulihan ekonomi. Hal ini kerana, perkara yang menyebabkan masalah ekonomi di Eropah sebelum ini ialah kerana kerajaan telah berbelanja melebihi pendapatan (overspending) dengan membuat hutang yang sangat banyak dengan bank. Kerajaan boleh berbuat demikian kerana interest rate di eropah sangat rendah seterusnya memberikan kemudahan kepada kerajaan di Eropah untuk pinjaman dalam skala yang besar. Oleh yang demikian, kerajaan dilihat tidak lagi mampu berhutang untuk memberikan suntikan modal untuk merangsang aktiviti ekonomi di Eropah.
Insan Biasahttp://www.blogger.com/profile/07140856999767904844noreply@blogger.com0