MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Thursday 26 June 2014

Mencari ketenangan dalam solat

Kita selalu mengadu walau berapa banyak solat yang dilakukan sekalipun tetap juga hidup kita tidak tenang. Bukan setakat hidup tak tenang, masa solat itu pun kita tak dapat bagi perhatian. Tidak khusyuk.

Khusyuk bukanlah suatu perkara yang senang untuk dilakukan. Bahkan para asatizah dan ulama' sekalipun pasti akan mengakui bahawa mereka sendiri sukar untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.

Sedangkan kita semua tahu kepentingan untuk khusyuk dalam solat. Bukankah dalam Surah Al-Ma'un dalam juzu 30 itu Allah memberi ancaman kepada orang yang solat. Allah berfirman "Celakalah orang yang solat! Iaitu orang yang dalam solat mereka lalai!"

Selain itu,para pentazkirah juga selalu diduga dengan soalan seperti "Ustaz, kami tak pernah tinggalkan solat tapi kenapakah kami masih melakukan maksiat sedangkan di dalam Al-Quran Allah nyatakan sesungguhnya solat itu boleh mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Kenapa?!"

Lalu dijawapnya yang ditanya "Kerana dalam solat itu kita tidak khusyuk"
Maka tahulah kita pentingnya untuk khusyuk dalam solat.

Solusi
Rupanya, kalau kita selidik dan muhasabah solat kita, kita akan dapati bahawa kita sebenarnya bersolat dalam keadaan yang sangat bising walaupun tiada seorang pun di sekeliling. Bahkan tiada juga suara-suara mahupun bunyi-bunyian dari sesuatu yang external.

Mana datangnya kebisingan itu?

Jawapnya dari internal. Iaitu dari diri kita yang asyik sangat bercakap dengan inner self kita. Cakap-cakap itulah apa yang terlintas dari hati dan minda. Sebab itu ada orang badannya di masjid tapi fikirannya di tempat lain. 

Dirinya hanyut dibawa oleh inner self sendiri. Sibuk berbual sendirian sehinggakan keadaan semasa solat sangat bising dengan cakap-cakap itu. Sama seperti kebisingan dari luar boleh mengganggu tumpuan solat, begitu jugalah kebisingan dari dalam itu mengganggu solat kita lantas hilangnya ketenangan dalam solat.

Maka perlu kita tahu untuk berasa tenang dalam solat, kita hendaklah berhenti bercakap dengan diri sendiri. Hentikanlah apa jua fikiran. Sebaliknya, kita perlu mula berbicara dengan tuhan melalui bait zikir yang dilafazkan sepanjang solat.

Wallahu aklam.

Thursday 12 June 2014

Cuci telinga

Beberapa minggu lepas saya menghadapi masalah pendengaran dan selepas bertemu doktor ternyata ada wax tersumbat di dalam telinga kerana cara cuci telinga yang tidak betul. Wax tersebut adalah old wax yang tersumbat kerana cara cuci saya bukannya mengeluarkan wax tersebut namun sebaliknya menolak wax tersebut masuk kedalam. Natijahnya, pendengaran jadi kurang jelas seolah-olah saya sedang menutup telinga dalam keadaan normal.

Jadi sebelum rawatan, doktor memberikan sedikit cecair untuk dikenakan ke dalam telinga untuk melembutkan sedikit old wax kerana kalau sudah keras telinga akan berasa sakit ketika wax tersebut dikeluarkan dalam rawatan akan datang.

Semasa rawatan di Hospital Al-Islam Kampung Baru itu, doktor yang bertugas ialah Dr Zainal. Rawatan yang dijalankan agak saya takjub kerana Dr menggunakan kamera yang dimasukkan ke dalam lubang telinga untuk melihat bahagian dalam telinga dan ianya dipancarkan di skrin sebesar skrin tv. Itulah kali pertama saya dapat lihat bahagian dalam telinga saya dan menyaksikan sendiri bagaimana doktor menggunakan alat penyedut itu untuk menyedut wax tersebut. 

Selesai semua wax disedut keluar, doktor menunjukkan bagaimana keadaan telinga yang sudah bersih dan saya juga nampak akan perbezaan tersebut. Dengan jelas dapat dilihat gegendang telinga yang sepertinya bewarna putih yang telah terlindung oleh wax sebelum rawatan dijalankan.

Tempoh rawatan mengambil masa lebih kurang 10-20 minit sahaja. Saya berasa agak kagum melihat kemahiran doktor yang mampu menjalankan tugas dengan baik. Rasanya agak sukar untuk mengagak kedudukan sesuatu yang kecil dalam lubang yang kecil.

Alhamdulillah, sepanjang rawatan saya tidak berasa sakit yang amat mahupun pening-pening yang biasanya akan terjadi selepas rawatan. Kos rawatan semua lebih kurang RM200.

Antara nasihat doktor ialah:

  • wax sebenarnya terbentuk hanyalah di bahagian 1/3 luar telinga yang mana terdapat sedikit roma di bahagian tersebut. Roma tersebutlah yang memerangkap wax dari masuk kedalam. ternyata old wax dalam telinga saya sudah masuk ke dalam hingga dekat dengan gegendang telinga.
  • untuk mencuci, sebaiknya gunakan putik kapas yang bersaiz kecil untuk kegunaan kanak-kanak kerana yang bersaiz besar kurang sesuai dan dibimbangi akan menolak wax masuk ke dalam.
  • juga, jangan mencuci dengan cara yang kasar. caranya ialah dengan pusing putik kapas itu sahaja, sekiranya betul ada wax dalam telinga wax tersebut dengan senang akan melekat pada putik kapas tersebut.
Itulah "RM200 worth experience".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts