MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Tuesday 28 August 2012

Tip OSKIC: Cara tengok harga saham

Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa dengan pasaran saham tentang beberapa tip-tip ringkas untuk main saham. Mudah-mudahan tulisan saya ini mampu memberi serba sedikit input dan ilmu berguna buat anda.

Buat kali ini, kita belajar dulu macam mana nak tengok harga saham. So, bila nak start main nanti, anda akan tengok platform harga saham yang akan disediakan oleh OSK. Platform yang anda gunakan dan tengok itu sebenarnya sama sahaja dengan yang para pelabur saham sebenar yang berurusan di bawah OSK gunakan untuk buat sebarang transaksi pelaburan. Tengok gambar dibawah untuk melihat platform tersebut.

-platform saham -
Dalam gambar diatas, kita boleh lihat pada bahagian atas gambar tersebut ada banyak butang-butang yang anda boleh tekan. Butang-butang ini boleh saya bahagikan kepada dua:

i) Butang pada barisan pertama di atas sekali itu seperti "get", "alert", "research" dan seterusnya. Butang-butang ini hanya akan berfungsi sekiranya anda terlebih dahulu klik pada mana-mana kaunter syarikat pada platform ini. Kaunter yang diklik akan dihighlight dengan 2 garisan berwarna kuning dimana dalam gambar di atas kauter saham yang saya klik ialah JCY yang berkod 5161. Selepas klik nama syarikat yang dikehendaki barulah anda boleh klik butang-butang ini. Butang yang biasa anda akan tekan ialah "research" untuk mendapatkan info tentang syarikat-syarikat ini,  :news", "chart" pula untuk melihat historical price syarikat ini dan juga boleh digunakan untuk membuat analisis teknikal tentang syarikat ini melalui graf, "tracker" untuk melihat order-order saham syarikat ini dipasaran dan lain-lain butang.

ii) Butang pada dua barisan bawah tersebut seperti butang "all", "favourite", "KLCI", "main", "top volume", "top gainer", "top loser" dan lain-lain butang. Butang-butang ini boleh anda explore sendirilah sebab tiada apa yang kompleks pun. Secara ringkas, untuk melihat syarikat-syarikat yang tersenarai dalam indeks KLCI, tekan butang "KLCI", untuk melihat senarai syarikat-syarikat dalam indeks ACE tekan butang "ACE" dan seterusnya. Setelah keluar semua senarai tersebut, anda boleh lihat syarikat mana yang mencatat untung paling besar dengan klik pada "top gainer" atau kaunter yang paling rugi dengan klik "top loser". Selepas klik pada butang-butang ini, ia akan susun atau "sort" kaunter-kaunter tersebut mengikut apa yang anda klik. Sebagai contoh, dalam gambar diatas, ia memaparkan kaunter-kaunter yang berada dalam indeks Syariah dan ianya disusun mengikut volume. Kaunter yang paling banyak volume berada di kedudukan paling atas iaitu kaunter SAAG dengan kod 9652. Jika dilihat, butang yang dihighlight dengan warna biru ialah "syariah" dan "top volume", iaitu dua butang yang saya tekan tadi.

Penerangan tentang butang-butang tadi sebenarnya belum masuk tajuk lagi. Itu baru mukadimahnya. Apa yang saya ingin sampaikan pada hari ini ialah mengenai bagaimana hendak tengok harga saham.

Jika anda perhatikan pada gambar diatas, pada kedudukan dibawah butang (ii) yang saya terangkan tadi, ada label-label seperti "code", "N", "currency" dan seterusnya.

Mari saya terangkan macam mana nak baca semua ini. Dalam gambar diatas, kaunter yang saya klik ialah JCY. Maklumatnya adalah seperti berikut:
  • Code: 5161
  • Name: JCY
  • Ref: 1.12. -----"Ref" adalah singkatan kepada reference iaitu harga rujukan ataupun harga semalam. Maksudnya, transaksi jual beli terakhir syarikat ini dalam pasaran sebelum market ditutup semalam ialah pada harga RM1.12 seunit. Harus diingat market ditutup pada pukul 5.00 petang setiap hari.
  • Open: 1.12. ---- "Open" ialah harga pembukaan hari ini. Ini bermaksud transaksi jual beli terawal hari ini untuk kaunter ini ialah pada harga RM1.12 seunit iaitu harga yang sama dengan harga ditutup semalam. Setiap hari market dibuka pada jam 9.00 pagi.
  • High: 1.13 ----"High" bermaksud harga tertinggi pada hari ini.
  • Low: 1.08 ----"Low" bermaksud harga terendah pada hari ini.

graf harga hari ini
Gambar diatas adalah untuk graf untuk harga hari ini. Melalui gambar tersebut dengan senang kita dapat lihat harga "open", "high" dan "low" kaunter JCY pada hari ini. JCY dibuka pada harga RM1.12 seunit, kemudian jatuh pada harga terendah pada RM1.08 seunit sebelum naik kembali pada harga tertinggi pada RM1.13 seunit dan terus lagi fluctuate mengikut pasaran saham. Untuk dapat graf ini, tekan pada butang "Tracker" pada butang (i) yang saya terangkan tadi.

  • B/Qty: 6433; Buy:1.10. ---- Pada masa tersebut, ada 6433 lot (1 lot = 100 unit) sedang menunggu untuk membeli pada harga RM1.10 seunit.
  • S/Qty: 8765; Sell: 1.11. ----Pada masa tersebut, ada 8765 lot  (1 lot = 100 unit) saham hendak dijual pada harga RM1.11 seunit.
  • Last: 1.11; L.vol:90. ---- Harga semasa ataupun harga transaksi terakhir jual beli saham kaunter tersebut ialah pada harga RM1.11 iaitu sebanyak 90 lot. (1 lot=100 unit)
Jadi, pada waktu tersebut, sekiranya anda ingin membeli saham kaunter ini, anda boleh beli pada harga RM1.11 seunit kerana sudah ada ready seller pada waktu itu dan anda boleh terus dapatkan saham ini pada harga tersebut, sebanyak mana lot saham yang anda inginkan tetapi terhad kepada 8765 lot sahaja. Jika melebihi bilangan lot ini, anda harus menunggu penjual lain yang mahu jual pada harga yang sama.

Anda juga boleh membeli pada harga lagi murah iaitu dengan membuat buy order pada RM1.10 seunit, tapi anda harus tunggu dahulu 6433 lot saham buy order sebelum anda dipadankan dengan sell order barulah buy order anda akan dimatchkan. Makin rendah harga saham yang anda buat buy order maka makin lambatlah anda dapat beli saham yang anda mahukan.

Sama juga jika anda mahu menjual saham kaunter JCY yang anda telah ada, sekiranya nak jual dengan cepat bolehlah jual pada harga RM1.10 seunit kerana sudah ada ready buyer, ataupun boleh juga dibuat sell order pada harga yang lebih tinggi tapi perlulah tunggu sedikit masa untuk sell order anda dipadankan dengan buy order dari pelabur lain yang sanggup membeli pada harga yang tinggi. 

Perlu difahami juga bahawa harga last price itulah harga pasaran sekarang. Membuat buy order pada harga yang lagi tinggi dari harga pasaran membuatkan order anda akan dipadankan dengan lebih cepat manakala menbuat sell order pada harga yang lebih rendah juga mempercepatkan transaksi anda untuk dipadankan.


  • Chg(%): -0.90.---- ini ialah "percentage change" iaitu peratus perubahan harga semasa berbanding harga semalam. Negatif bermakna harga harga semasa adalah lebih rendah manakala positif bermaksud sebaliknya.
  • Chg: -0.010.---- harga semasa ialah 1 sen (RM0.010) lebih rendah dari harga semalam.
  • Volume: 86025----- Sebanyak 86025 lot saham telah diperdagangkan sehingga ke saat tersebut. Semakin tinggi volume bermaksud semakin cair (liquid) saham kaunter tersebut dan semakin cepat harga saham berubah.
Sekian dahulu dari saya, diharap anda dapat memahami apa yang hendak saya sampaikan dan sebarang persoalan atau komen boleh diajukan diruangan komen.


40 comments:

  1. kalau saham ni kena faham betul2 sebab risikonya lebih tinggi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Saya pun belum mahir gunakan teknikal analisis ni, cume tahu la beberapa petunjuk teknikal seperti RSI, Moving Average, boilinger band..

      Delete
  3. br skrg sy jmpa blog yg ada terangkan pasal tajuk ni dan istilahnya. TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  4. Thanks...sy memang nak tahu sangat pasal buy and sell dalam saham..memang sangat berguna..!!..skarang dah faham..bookmark this page for future use..hehehe =)

    ReplyDelete
  5. tq atas penerangan yg jelas dan detail... insyallah anda kaya dan beriman.. aminn..

    ReplyDelete
  6. minta kebenaran share dlm blog saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tuan takde masalah, nanti bagi la link ke blog tuan boleh saya singgah bila free nanti... =)

      Delete
  7. terima kasih tuan ats perkongsian bermanfaat. puas sy google tntg istilah kaunter shm..جزاكم الله خيرالجزاء

    ReplyDelete
  8. terima kasih tuan atas info ni..sangat berguna untuk yang baru menceburi saham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sma.. sebenarnya benda ni semua boleh dipelajari secara percuma dari mana2 broker saham, dgn syarat anda buka akaun cds dengan mereka... lagi satu mungkin boleh dicari broker yg muda, broker yg agak berusia mgkin dah malas nak layan asas2 macam ni...

      Delete
  9. Tuan,
    ada user guide untuk guna platform trading ni tak?
    Klau ada sudilah kiranya untuk share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada pulak, lagipun kalau user osk dah migrate ke platform baru di rhbtradesmart.com..

      apa-apa persoalan boleh terus diajukan kepada remisier masing-masing ye

      Delete
  10. ye, tradesmart saya pun konvensional juga.. saya pun trade kaunter syariah saja, cuma saya tak pasti sama ada pernah dapat interest atau tak.. kalau dapat memang haramlah.. tapi biasanya syarikat broker ni tak suka bagi interest, depa ambik kat depa..

    ReplyDelete
  11. Salam tuan..sy bru je dlm saham ni.. bru jk berjinak2 hehe.. yg kat bawah tu ada tulis warning: shortselling is prohibited.. mksud die camne tu tuan.. t.kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makdsudnya kalau tak ada saham FGV (Contohnya), tak boleh jual dulu... kena beli dulu saham FGV, dah ada baru boleh jual... kalau pakai RHBTradesmart dia automatik akan reject order shortselling ni.. hari tu pernah tersalah tekan nak jual kaunter saham yang tak ada pastu dia reject terus.. hihi

      Delete
  12. rhbtradesmart.com ni salah satu broker saham la kan..apa beza dengan maybank investment atau broker-broker lain? Saya nak share dalam blog saya entry ni ye..

    ReplyDelete
  13. rhbtradesmart.com ni salah satu broker saham la kan..apa beza dengan maybank investment atau broker-broker lain? Saya nak share dalam blog saya entry ni ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rhbtradesmart ni trading platform yang disediakan oleh rhb investment bank... maybank dan broker saham lain ada diorang punya trading platform masing-masing..

      Delete
  14. Saya da share dalam blog saya dan dah credit url blog inifikrahku ni..tq

    http://unittrustqiya.blogspot.my/2016/07/tip-oskic-cara-tengok-harga-saham.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde masalah.. terima kasih atas pemberitahuan...

      Delete
  15. Tiap kali nak beli saham jgn lupa set auto stop lost jadi andai kita salah buat pilihan x laa menyesal kemudian nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpaham.la...Explen pd sy tuan.tq

      Delete
    2. setiap trader kena ada exit strategy masing-masing.. exit strategy tu sama penting dengan entry strategy jugak.. biasanya trader akan masuk suatu kaunter bila ada signal, tapi tak semua signal tu adalah signal yang betul.. signal yang tak betul juga dikenali sebagai false signal.. so kalau dah termasuk sebab false signal, boleh jadi harga naik kejap je, belum sampai profit taking target kita harga jatuh balik.. jatuh pulak mungkin akan jatuh menjunam.. sebab tu kena letak stop loss order.. stop loss order akan direct jual saham tu bila harga dia cecah harga yang kita set.. harap faham la noh..

      Delete
    3. terima kasih tuan..banyak2 saya dah google, blog tuan ini juga yang amat membantu terangkan term2 saham ni. Maklumla baru belajar..huu
      Tuan, nak set stop loss order tu cane oo?

      Delete
    4. alamak, tak pernah buat jugak ni.. tapi tuan boleh cuba contact dealer yang jaga tuan tu camne nak letak stop order.. tanya ni tak perlu bayar pun.. hihi

      Delete
  16. assalam tuan...waktu ssuai nak entry>???pagi or petang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaallah tuan.. saya masuk je tak kira pagi atau petang, janji ada signal.. haha

      Delete
    2. Haha.. masuk je pagi or petang.. mana2 boleh. Yang penting kaunter pilihan betul

      Delete
  17. Sya bru open akaun cds itu pun setelah nmpk peluang menjana pendapatan dlm saham patuh syariah, cuma sekarang ni istilah2 dalam chart dan cara nk jual beli saham kurang faham.. boleh tak tuan bg no contact utk share ilmu kepada saya? Semoga dgn ilmu tuan bertambah rezeki lagi berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata tuan bg nombor phone tuan kat sini, ataupun emel ke azimfaris@bimbsec.com.my... nanti kita boleh bincang apa yang patut... =)

      Delete
  18. Blh tak ajar mcm mana nak scan kaunter yg ok sblm kita nak beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua cara sama ada menerusi analisa teknikal maupun fundamental.. untuk keterangan lanjut boleh whatsapp 01140148170.. nanti boleh bincang lagi Camne..

      Delete
  19. Saya baru nak berjinak dgn saham jd saya perlukan petunjuk.

    ReplyDelete
  20. assalam tuan,bleh share x cmne tuan kaji kaunter saham dgn TA/FA..sy bru nk start join saham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik boleh whatsapp 01140148170.. nanti saya boleh padankan encik dengan orang yang sesuai mengajar encik.. hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts