MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Tuesday 28 February 2012

FB Status : "Jangan takut tukar kerajaan..."

Memetik ucapan Dr M dalam Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme semalam, ketaatan kepada negara dan ketaatan kepada parti pemerintah adalah dua perkara yang berbeza di dalam sebuah negara demokrasi. Sekiranya kita ingin menjatuhkan sesebuah kerajaan sedia ada dengan menggantikan sebuah kerajaan yang lebih baik untuk maslahat negara, bukankah ini juga adalah simbol ketaatan kepada negara dan juga sikap patriotik yg harus dilakukan oleh seorang rakyat yg mencintai negaranya? Pertukaran kerajaan adalah dibenarkan di dalam sebuah demokrasi. Namun, dalam menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, jangan pula kita bersekongkol dengan kuasa asing yang belum diketahui apa niat disebalik pertolongan mereka utk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Komen saya : ini adalah satu pandangan yang cukup neutral oleh seorang negarawan, namun haruslah kita sbg mahasiswa mgkaji sedalam-dalamnya pihak manakah yang bersekongkol dengan kuasa asing, parti pemerintahkah? Parti pembangkangkah? Disinilah kita memerlukan satu medium maklumat yang neutral dan tidak bias supaya kita dapat mengadili dengan seadilnya.

Wednesday 15 February 2012

Airasia lawan balik... BIG SALE...

Akhirnya, Airasia pun turut same menawarkan promosi tambang murah. Harus diingat,
1) Booking period: 15-19 Feb 2012 (5 days only)
2)Travel period : 11 Sept 2012 -31 Jan 2013

So, for those who already planned to go for a holiday end of this year, hopefully you managed your holiday properly and book your flights earlier.. It is a cost-cutting measure, u know.. Huhu..

List of full destination, press on the image...


Tuesday 14 February 2012

Alhamdulillah... Akhirnya layak mengundi..

Alhamdulillah.. Hari ini pergi check daftar pemilih kat website spr, akhirnya daftar pemilih sudah disahkan.. Tahu berapa lame sy tunggu, 6 BULAN!!! Lame, kan?

Entah la, tak tahu kenapa, kalau yang sebelum ni tertulis kat situ "mendapat bantahan di parlimen".. Tak tahu kenapa, agaknya sebab ade pertindihan name kot..

Apa2 pun, syukur kerana da boley mengundi.. Aritu bimbang gila sebab takut terlepas PRU kali ni, kalau terlepas jawabnya tunggu 5 tahun lg la.. Bapak lame...

Td, terbaca kat tv ade lg 3.7 juta pengundi yang layak mengundi belum mdaftar.. Come on la, especially owg melayu muda mudi kat luar sane tu, pergila cepat2 daftar.. Ni tanggungjawab besar ni memilih pemimpin.. Malu betul kat cina india kat luar sane tu...

Monday 13 February 2012

Konfem, RM19 all-in-price

Merujuk entry yang sebelum ni, hari ni bermulalah promosi tambang murah dari fireflyz. So, pergilah saje2 check harga tambang, and it is really great to know that it is only Rm19 all-in-price for flight from subang-kb.

Excited sgt nk beli, murah ni. Cuma, masalahnya ialah lokasi yang agak jauh dan sistem pengangkutan yang begitu terhad.

Lepas search dalam google, cara yang boleh anda gunakan ialah
1) naik LRT dan turun kat Pasar Seni
2) kemudian naik bas Rapid KL U81 sehinggalah kat Subang Airport

Yang masalahnya, kalau dari rumah kat nilai tu, nak kena brape kali naik bas dan tren la baru sampai kat subang sane tu. Cukup tidak effective,kan sistem pengangkutan kita ni? Hahaha.

Senang2 naik teksi je. Tp mahal la sket, x silap kalo dari KTM Subang Jaya pon ade RM20.. Hmmm. Nampaknya, naik LCCT jugak la yg paling senang.

Friday 10 February 2012

Firefly lawan Airasia... RM19? Wowww!!!

Ni apa kes? Nak lawan sape lg murah? Nak lawan, lawanlah, yg untung passenger!!

Anyway, yg mesti anda alert ialah:
1) booking period: 13-19Feb 2012 sahaja
2)travel period : 19 Mar-27 Oct 2012...

Let's grab this opportunity!!!

Airasia pon dah jarang bagi murah cmni..

Pon begitu, yg masih belum jelas ialah berapa airport tax and admin fee.. Arap2, overall price is lower than that had been offered by airasia...

Kalaulah betul all-in-price is just RM19, mmg heaven la...

p/s: yg ni belum dipaparkan di laman web firefly sendiri, ianya hanya dihantar melalui emel kepada subscriber  newsletter web tersebut....

Thursday 9 February 2012

Jangan bersangka buruk, tapi....

Sangkaan ada dua macam, husnuzhon (bersangka baik) dan su'uzhon (bersangka buruk). Apakah yang dimaksudkan dengan sangkaan buruk? Sangkaan buruk ialah sangkaan yang hanya sebuah sangkaan tanpa didasari hujah atau bukti. Ia adalah salah satu pintu untuk syaitan memasuki diri seseorang.

Kalau tak silap, sangkaan buruk juga dipanggil sebagai ghibtoh iaitu satu jenis mengumpat. MENGUMPAT??? Ya, dengan bersangka buruk, kita sebenarnya sedang mengumpat tapi hanyalah dengan diri sendiri, tanpa ada orang lain yang mendengar apa yang diumpatkan itu.

Dalam Sirah Nabawiyyah, pernah baginda nabi Muhammad S.A.W berada di sebuah masjid bersama dengan seorang isterinya. Kemudian, datang dua orang sahabat melalui sebelah masjid itu. Lalu, kedua-duanya ternampak baginda beserta dengan seorang wanita yang tidak diketahui mereka dan kemudian mereka cepat-cepat hendak beredar dari situ kerana tidak mahu bersangka buruk kepada insan yang paling mulia itu. (Walaupun sebenarnya mereka telahpun berbuat demikian)

Kemudian, datang rasulullah bertanyakan kepada mereka berdua kenapa mereka tiba-tiba ingin bergegas ke tempat lain. Lalu, dijelaskan oleh kedua sahabat itu tentang hal sangkaan mereka tadi. Akhirnya, rasulullah pun menjelaskan bahawa wanita itu adalah isterinya. (Maaf kerana lupa nama isteri nabi ini dan apa sebab dia berjumpa rasulullah di masjid)

Pengajaran dari sirah ini ialah kita boleh dapati bahawa syaitan boleh menguasai dan memperdaya diri seseorang hamba Allah dengan begitu cepat terutama melalui pintu sangkaan buruk ini. Itu sahabat, inikan  pula kita yang hidup di zaman yang jauh cukup berbeza dari zaman rasulullah. Kalau tiba-tiba ternampak seorang ustaz menaiki motor dengan seorang perempuan muda dah tentu terdetik di hati kita macam-macam padahal kita tak tahu siapa sebenarnya perempuan itu. Boleh jadi perempuan anak saudaranya ke? Boleh jadi isteri mudanya ke? Yang kita tak tahu mengenainya.

Apa yang lagi menarik ialah sangkaan buruk ini tidak boleh dilakukan kepada orang yang baik tanpa bukti, TAPI boleh kepada orang fasik (AHLUL-FISKI) iaitu orang sudah selalu kita lihat berbuat dosa secara terang-terangan. 

Biar betul? Betulll. Buktinya, sekiranya anda adalah seorang penjual pisau, kemudian datang seorang lelaki ingin membeli pisau dari anda yang telah anda ketahui bahawa dia ialah seorang samseng dan kaki pukul dsb, haram anda jual pisau kepadanya. Dalam keadaan ini, anda telah membuat sangkaan bahawa lelaki ini boleh mengancam keselamatan orang awam dengan menggunakan pisau yang ingin dibelinya itu. Maka, sangkaan ini dibolehkan.



Wednesday 1 February 2012

Safee Sali akhirnya kekal di Pelita Jaya

Gambar Ihsan SafeeSali_10 Official

Safee Sali hari ini telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Pelita Jaya. Pengurusnya,Zakaria Rahim mengumumkan bahawa kontrak itu termasuk pakej bernilai lebih RM2juta untuk selama 2 tahun termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.

Safee juga akan menerima pakej tambahan 'image rights' dimana pihak kelab akan mengusahakan untuk Safee mendapat 'commercial endorsement' bagi pelbagai product di seluruh Indonesia ini. Kelab Pelita Jaya juga akan mendapatkan syarikat- syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran. Safee juga akan diberi peluang untuk bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara- negara tersebut.


Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay. Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti 5 kelab di liga Brazil yang antaranya adalah Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda yang antaranya ialah Ajax Amsterdam FC. Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya disana.

Namun, mereka masih lagi mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya disana. Safee juga di lantik sebagai Duta Sekolah Sepakbola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan disamping itu juga, di Akademi Sepakbola milik Pelita Jaya, pengurusan Safee Sali sedang berbincang untuk diberikan saham pemilikan akademi tersebut untuk masadepan Safee. Akademi ini sudahpun mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia untuk membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan karier professionalnya nanti. Keputusan yang dibuat oleh Safee Sali untuk terus bermain dengan Pelita Jaya adalah satu keputusan yang telah diteliti semasak-masaknya dan setelah mengambil kira pelbagai aspek dan risiko. Selain Pelita Jaya, Safee juga ada mendapat beberapa tawaran lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand, 4 pasukan dari Malaysia antaranya Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, JohorFC dan Johor FA selain pasukan Selangor FA yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali kepangkuan mereka.


Safee juga mendapat tawaran dari pemilik Cardiff City FC untuk bermain disana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempuh sekurang-kurangnya 1 tahun dulu. Safee juga pernah mendapat tawaran untuk menjalani ujian bersama 5 kelab di German antaranya Eintract Frankfurt, SG Dynamo Dresden. Namun, atas faktor kecederaan dan mengutamakan persiapan pasukan kebangsaan untuk memulakan kempen Pra Piala Dunia 2011 waktu itu, maka Safee terpaksa melupakan peluang keemasan tersebut, namun masih tetap menaruh cita-cita untuk bersama salah satu kelab di Eropah satu hari nanti. Selain di German, nama Safee Sali juga pernah dikaitkan dengan beberapa kelab lain seperti Galatasaray dan PSG, namun tiada sebarang tawaran atau risikian rasmi yang dibuat oleh kelab2 tersebut seperti kelab-kelab yang disebut diatas. Nama Safee juga bermain di kalangan pemilik kelab di liga India, Vietnam dan Qatar. Safee juga telah ditawarkan untuk bersama Harimau Muda yang bermain di Liga Singapura.

Safee lebih mengambil sikap ingin bermain daripada ingin bersama. Mengetahui factor umur yang menjadi kayu pengukur kebanyakan kelab, terpaksa Safee lebih mengutamakan peluang bermain untuk meningkatkan lagi tahap permainannya daripada peluang bersama kelab yang belum menjamin tempat untuknya malahan mungkin lebih memanaskan bangku simpanan atau lebih buruk lagi, diletakkan di pasukan liga simpanan kelab. Di Pelita Jaya, selain pakej pendapatan dan kemudahan, Safee akan dapat lebih peluang bermain di setiap perlawanan yang mengandungi 10 pemain asing di atas padang (Liga Indonesia benarkan 5 pemain asing tiap pasukan) dari pelbagai Negara dan kebanyakan mereka adalah bekas atau masih pemain negara masing- masing.

Safee juga adalah kapten kelab Pelita Jaya yang mana ia lebih jelas memberi peluang untuk Safee beraksi di setiap perlawanan. Safee merancang selagi diperlukan, beliau ingin berkelana dengan kerjaya bolasepaknya di luar Malaysia selama sekurang-kurangnya 5tahun. Hanya selepas itu, barulah Safee akan memikirkan untuk kembali bersama pasukan di Malaysia, itupun jika masih diperlukan lagi. Ini semua adalah pengorbanan yang dibuatnya demi membantu pasukan negara dan demi menaikkan semangat anak- anak muda yang ingin berkerjaya di bidang bolasepak secara sepenuhmasa dan professional. Kedatangan bekas jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan lebih menyakinkan Safee untuk bersama kelab Pelita Jaya ini disamping digandingkan dengan penyerang sensasi Indonesia, Greg Nwongkolo dan bekas penyerang kebangsaan Montenegro, Alex Bajevski yang pernah beraksi di UEFA Champions League, kapten pasukan bawah 23 Indonesia, Egi Mergiansyah.


Walaubagaimanapun, Safee ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama media Malaysia dan FAM yang perihatin dengan kedudukannya disini lantaran permasalahan yang berlaku diantara PSSI dengan Liga Super Indonesia. Safee amat hargai segala pandangan dan kritikan serta saranan yang diberikan. Zakaria Rahim berkata: "Safee juga ucapkan terima kasih kepada semua pasukan Liga Super di Malaysia yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan memohon maaf tidak dapat memenuhi tawaran mereka untuk kali ini. "Namun, jika diberikan umur yang panjang dan murah rezeki, Safee akan pertimbangkan sebarang tawaran dari mana-mana pasukan dari Malaysia dimasa hadapan." Menurut Zakaria lagi "Ini bukan bererti pintu untuk Safee kembali ke Malaysia sudah tertutup terus kerana dalam sukan professional, segalanya berkemungkinan dan Safee bersedia untuk bersama mereka jika keadaan memerlukan nanti. "Juga terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan warga Malaysia di Jakarta dan seluruh Indonesia yang sentiasa menemaninya dan memberikan dorongan kepadanya untuk terus berjaya. Paling utama, terima kasih kepada pengurusan Pelita Jaya FC atas keyakinan mereka untuk meneruskan khidmatnya bersama kelab ini untuk selama 2 tahun lagi." Safee juga memohon agar didoakan kejayaannya bersama Pelita Jaya FC dan akan pulang untuk bersama skuad Harimau Malaysia selagi tenaganya diperlukan oleh negara.

Sumber: Facebook


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts