MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Thursday 27 October 2011

OSKIC: Hari Terakhir


Hari ini adalah hari terakhir pertandingan pelaburan saham secara maya anjuran OSK ini. Banyak juga pelajaran yang dapat daripada pertandingan ini. Walaupun keputusannya belum lagi muktamad sehinggalah market ditutup petang ini, pemenangnya sudah boleh dijangka dgn pemenang utama dijangka bakal mengakhiri pertandingan dengan mendapat capital gain sebanyak lebih kurang RM37000, iaitu 37% hanya dalam masa 1 bulan pertandingan. Cuba anda bayangkan sekiranya keuntungan yang didapati itu adalah keuntungan sebenar, banyak kan?

Rasanya sudah boleh untuk saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang yang majoriti daripada top 20 adalah dari chinese student, memang salute habislah dengan diorg. Walhasil untuk mereka, grand winner mendapat hadiah berupa cash RM25000, dan apa yang menarik juga ialah peluang untuk top 20 untuk membuat practical atau internship di OSK Investment Bank. Memang melepaslah. Apa yang boleh membuatkan diri ini tersenyum hanyalah kejayaan mendaki ranking daripd ke ranking ke 17000 minggu lepas kepada ke 4000 hari ini, dengan untung  RM8000 dalam mase lebih kurang 2 minggu. First 2 minggu tu tak banyak untung, bukan, sebenarnya rugi RM2000 dan main pun risk-averse je. Tapi, ok jugak lah, setelah banyak mengikuti perkembangan ekonomi dunia, banyak baca berita ekonomi di thestar dan baca juga research report yang disediakan OSK di laman web tersebut, ia nyata banyak membantu untuk menaikkan nilai portfolio kepada lebih kurang RM106000 daripada initial investment value iaitu RM100000. Namun, target untung RM10000 gagal dicapai, hanya kejayaan menaikkan ranking jelah penyedap hati. Huhu..

Thursday 20 October 2011

Kenapa Orang Kelantan Assobiah

                    
Orang Kelantan cukup unik. Semua tentu maklum bahawa ke mana tempat pun, ada sahaja orang kelantan. Bukan itu sahaja, mereka juga lebih senang hidup dalam kelompok mereka sahaja. Mereka jadi senang mesra antara satu sama lain, walaupun baru pertama kali jumpa, mesranya mereka boleh menyebabkan orang lain tersalah anggap yang mereka adalah kawan lama. Dek kerana mereka lebih senang dengan golongan mereka sahaja, ada juga yang melontarkan persepsi negatif kepada mereka yang dianggap mengamalkan semangat assobiyah dan sebagainya.

Saya juga hairan, kenapakah semangat kenegerian orang kelantan ini cukup menebal berbanding negeri lain. Terfikir juga apa sebabnya? Mungkin, satu perkara yang orang lain tak tahu ialah, orang kelantan ini sebenarnya 'diasuh' untuk taksub atau semangat dengan negeri mereka ialah sejak dari sekolah lagi. Betul ke tak wallahua'lam. Ini cume pengamatan dan pandangan saya sahaja, saya tidak tahu adakah ia juga berlaku kepada rakyat negeri lain. 

Pengalaman saya, mereka sebenarnya sejak dari bangku sekolah lagi bercerita tentang kelebihan 'kaum' mereka dan sebagainya. Antara ceritanya ialah, kalau kat KL ni, yang paling jahat ialah orang kelantan, tapi yang baik juga adalah orang kelantan, Maksudnya yang gangster-gangster tu, orang kelantan lah tu, datang tempat orang buat hal, mereka tak takut sebab mereka hidup dalam satu geng. Lepas tu kalau jumpa imam-imam ke, orang masjid ke, cuba tanya dari mana, ramai saja ustaz-ustaz dan imam-imam adalah orang dari kelantan. 

Lepas tu ada juga cerita yang orang yang paling pandai berniaga adalah orang kelantan. Cuba pergi kat mana pun, ada saja kedai-kedai warung-warung yang diusahakan orang kelantan. Businessman yang berjaya di KL ni pun ramai dari kelantan. Inilah antara cerita yang kita dengar masa bangku sekolah dahulu. Walaupun faktanya belum tentu lagi kesahihannya, tapi cerita ini masih lagi menjadi bahan bualan budak-budak sekolah.

Cerita orang kelantan ni bijak-bijak belaka pun ada. Cube pergi universiti-universiti, tengok ramai tak ramai orang kelantan. Tulisan ini bukanlah untuk memupuk semangat kenegerian, cuma sekadar tulisan yang tidak membawa maksud apap-apa. Janganlah ingat saya hendak memuji-muji rakyat kelantan, kita sedar ramai juga imam-imam, ustaz-ustaz dari negeri lain, peniaga yang berjaya dari negeri lain, dan lain-lain. Yang saya nak kongsikan hanyalah bagaimana rakyat kelantan boleh jadi begitu bersemangat kenegerian, dan ia adalah kerana mereka dari sekolah lagi asyik bercerita kehebatan orang kelantan.

Dan salah satu sebab lain yang saya fikirkan sebenarnya menjadi faktor yang kuat menyebabkan semangat kenegerian orang kelantan kuat ialah faktor pemerintahan kerajaan kelantan yang berbeza dari kerajaan negeri yang lain. Kelantan berbeza dengan negeri lain kerana menjadi satu-satunya diperintah pas seawal 1990 berbanding Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang yang baru sahaja diperintah pembangkang selepas PRU yang lepas. Selama berbelas tahun dipegang pembangkang, rakyat kelantan terfikir seolah-olah negeri lain cukup selesa dengan pemerintahan BN, seolah-olah Kelantan ini cukup unik dan bersendirian dalam semua hal. Ditambah lagi dengan pelbagai sekatan oleh Kerajaan BN keatas Kerajaan PAS kelantan, memaksa mereka independent dalam segenap segi, dari bidang ekonomi mahupun pendidikan. Kemudian, ada lagi tohmahan buruk daripada kerajaan pusat ke atas rakyat kelantan, seperti rakyatnya miskin, negeri kotor,negeri mundur, kaum wanita dipinggirkan dan sebagainya, menambahkan lagi benci rakyat kelantan kepada kerajaan Malaysia dan juga ke atas rakyat negeri lain. Ini yang menyebabkan sikap kekitaan yang tinggi dalam rakyat kelantan. 

Biasalah, sekiranya kita asyik 'psiko' seseorang, seseorang itu tentulah akan responsif apabila tidak tahan dengan 'psiko' tersebut. Dan respon tersebut biasanya berlaku jauh dari jangkaan kita, pelbagai perkara yang pelik boleh dia lakukan akibat tertekan. Begitu juga dengan rakyat kelantan, dengan pelbagai imej buruk yang dilemparkan kepada mereka, mereka responsif dengan mengambil tindakan dengan mengangkat-angkat imej negeri sendiri. Inilah inferens yang saya buat, betul ke tidak wallahua'lam, namun janganlah diperbesarkan isu semangat kenegerian kerana kesatuan umat itu lagi penting daripada perkara lain. Ini hanyalah coretan santai daripada saya.

Apa yang bagus dalam Bajet 2012?

Bismillahirrahmanirrahim...

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan salah satu tool yang digunakan untuk mengkaji sejauh mana economic performance dalam sesebuah negara. Hal ini kerana ia merujuk kepada sejauh mana berdaya majunya sebuah negara dalam menghasilkan produk-produk dan barangan. Semakin banyak barangan dijual, semakin tinggi pengaliran wang kalangan rakyat seterusnya menjadi indikator baiknya ekonomi sebuah negara. Negara yang ekonomi maju adalah negara yang kaya. Jom kita tengok formula untuk mengira KDNK:
           
               Y = C + I + NX + G ;
   di mana Y= KDNK
                C= Consumer spending @ perbelanjaan rakyat
                 I= Investment @ pelaburan
               NX= Net export @ nilai eksport melebihi nilai import
                G= Government spending

Ringkasnya, negara yang maju dalam ekonomi adalah :
1) consumer spendingnya tinggi-rakyatnya kaya dan mampu membeli serta mempunyai kuasa membeli yang tinggi,
2) nilai Investment yang tinggi- hanya orang yang kaya mempunyai lebihan hasil untuk dibuat pelaburan 
3) nilai eksport melebihi nilai import- negara mempunyai kemahiran dalam mengeluarkan hasil barangan dan komoditi termasuk bahan makanan dan pakaian rakyatnya, dan mempunyai lebihan hasil untuk dijual kepada negara lain. Ini juga menandakan keupayaan sesebuah negara untuk tidak bergantung kepada negara lain untuk memenuhi keperluan harian rakyatnya
4) government spending digunakan dengan melakukan projek ekonomi 


                                    

Refleksi kepada bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini, ramai yang mempertikaikan kenapa banyak sangat wang disalurkan kepada golongan pertengahan seperti elaun buku untuk pelajar, bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam, bantuan kepada pesara, juga kepada polis dan tentera, dan skim kenaikan gaji yang baru kepada guru. Adakah semata-mata kerana kerajaan mahu memancing undi kerana PRU yang dikhabarkan akan menjelma tidak lama lagi? Wallahu aklam. Namun, secara positifnya, menurut pembelajaran saya, developed nation @ negara maju sebenarnya mempunyai rakyat yang status sosioekonominya tidak begitu jauh antara satu sama lain, means beza taraf hidup orang miskin dalam negara tersebut dengan orang kaya tidak jauh. Boleh juga dikatakan sifar miskin dalam negara maju. Oleh yang demikian, demi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai developed nation menjelang 2020, taraf sosioekonomi rakyat harus ditingkatkan seperti indikator tadi, dengan kata lain ingin menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Realitinya kita harus sedar, taraf sosioekonomi rakyat malaysia cukup membimbangkan kerana menurut satu kajian :
1) Golongan kaya- Rakyat yang berpendapatan RM10000 keatas di Malaysia adalah 10% daripada jumlah rakyat Malaysia.
2) Golongan pertengahan-Rakyat yang berpendapatan RM3000-RM10000  di Malaysia adalah 50% daripada jumlah rakyat Malaysia.
3) Golongan miskin- Rakyat yang berpendapatan RM3000 kebawah di Malaysia adalah 40% daripada jumlah rakyat Malaysia.

Dsini dapat dilihat beza jumlah rakyat daripada golongan sederhana dan golongan miskin berbanding golongan kaya amat jauh. Boleh dikatakan, kekayaan negara hanya berlegar di kalangan golongan tertentu dan teratas sahaja, bukan di'distribute' sama rata oleh semua golongan rakyat negara ini. Status sosioekonomi golongan kaya dan miskin cukup jauh, dan lebih mengejutkan orang yang bergaji RM8000-10000 adalah dikategorikan golongan pertengahan, sedangkan ini adalah gaji para pensyarah dan gaji kebanyakan golongan atasan pegawai kerajaan.

Oleh yang demikian, menjawab persoalan tadi, kerajaan sebenarnya dalam bajet kali ini lebih menumpukan kepada meningkatkan pendapatan golongan miskin dan sederhana iaitu langkah ke arah menjadi high-income nation tadi. Ini sekaligus untuk mengurangkan jurang perbezaan antara orang kaya dan miskin dalam negara kita. Pentingnya menjadi high-income nation adalah ia meningkatkan bahagian C=consumer spending dalam equation GDP itu tadi.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa kerajaan juga tidak memfokuskan kepada sektor swasta dalam bajet kali ini? Hal ini tidak menjadi persoalan sebenarnya kerana dalam bajet-bajet yang lepas memang telah difokuskan kepada perkara ini. Lihat saja bajet tahun lepas yang mana banyak langkah-langkah liberalisasi yang dilakukan, di mana langkah liberalisasi atau langkah keterbukaan ini dilakukan sebenarnya adalah untuk menarik Foreign Direct Investment (FDI) ke dalam negara, sekaligus meningkatkan bahagian I=investment dalam equation GDP itu tadi.

Manakala, dalam bajet beberapa tahun lepas juga, kerajaan melancarkan beberapa projek pembangunan seperti ECER, NCER, Wilayah Pembangunan Iskandar dan sebagainya, ini adalah salah satu langkah untuk meningkatkan KDNK negara iaitu melibatkan G=government Spending. Kesemua langkah ini seharusnya dan logiknya memang penting untuk meningkatkan KDNK negara, so langkah-langkah ini seharusnya juga dipuji dan tidak dipandang enteng. Namun, seperti yang kita tahu, kita sebenarnya gusar juga kerana kerajaan masih lagi terlepas pandang dalam beberapa hal dalam membentangkan bajet dan polisi negara, kerana perkara tersebutlah yang menahan dan mengurangkan kesan baik dan faedah projek dan bajet tersebut sehinggakan seolah-olah ianya kurang dirasai rakyat dan tidak nampak kesan yang ketara. 

Kesimpulannya, langkah yang kerajaan telah ambil terutama menerusi bajet tersebut untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju adalah baik, namun main factor untuk ke arah itu tidak difokuskan oleh kerajaan. Apakah faktor lain yang turut mempengaruhi ability kita untuk menjadi developed nation itu? Insyaallah akan saya kongsi dalam entry akan datang.

Wallahua'lam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts