Salam..
Semua mesti sudah tahu, selain Bank Rakyat, Bank Persatuan adalah antara bank koperasi yang cukup menarik untuk dijadikan salah satu portfolio pelaburan masing-masing. Selain dividen yang menarik yang telah berjaya diberi iaitu hampir setiap tahun 10%, Bank Persatuan juga adalah mentee kepada jaguh bank koperasi Malaysia iaitu Bank Rakyat. Maka, tidak mustahil, dividen yang akan diberikan juga mampu menyamai sifunya itu yang konsisten memberikan dividen sebanyak 15% setahun.
Dan menurut pembacaan saya di sebuah blog sebentar tadi, Bank Persatuan kembali menaikkan had maksima pelaburan kepada RM20000 daripada hanya Rm2000 sebelum ini. Jika dikatakan dividen yang diberi mampu mencapai 10% setahun, 10% daripada RM20000 ialah Rm2000 iaitu menyamai gaji seorang pegawai kerajaan!! So, inilah peluang untuk anda menjana pendapatan pasif yang menarik, ianya seolah-olah anda mendapat 13 kali gaji dalam masa setahun sekiranya anda seorang pegawai kerajaan, berbanding orang lain yang hanya mendapat 12 kali gaji. Menarik bukan?
Apa yang lebihnya saham bank persatuan ini berbanding pelaburan emas. Ya, tentu saja dari segi risiko pelaburan. Keuntungan pelaburan emas adalah bergantung kepada turun naik harga emas, sedang dividen yang dijanjikan bank persatuan tentulah konsisten. Maksudnya, jarang kita tengok sesebuah syarikat memberikan dividen terbaru mereka lebih rendah daripada dividen yang lepas kerana jika ianya berlaku, ia menggambarkan bagaimana prestasi syarikat tersebut yang mungkin akan digembar-gemburkan oleh media sebagai prestasi yang tidak konsisten. Bahkan, memberikan dividen yang lagi rendah sebenarnya satu langkah yang cukup berisiko oleh sesebuah syarikat kerana ia mengurangkan tarikan umum untuk melabur di dalam syarikat tersebut selain juga mengurang tarikan untuk umum berurusan dengan syarikat tersebut. Pendek kata, saham bank persatuan ini lebih sesuai kepada pelabur yang ingin mengelakkan risiko atau risk-averse investor.
Sekian dulu celoteh hari ini,
salam.
No comments:
Post a Comment