Bismillahirrahmanirrahim..
Salah satu prinsip hukum syariah dalam Islam ialah Syura. Prinsip yang dimaksudkan ialah bagaimana Islam mengeluarkan sesuatu hukum. Syura pula bermaksud bermesyuarat, mengambil dalil dari Al-Quranul Karim daripada kalimah "wasyawirhum fil-amr". Kelebihan syura ini ialah apabila sesuatu perkara baru yang tidak ada nas khusus dalam Al-Quran dan As-sunnah tentang hukumnya, kemudian setelah berkumpulnya para ulama' untuk mengeluarkan sesuatu fatwa dan ijtihad, dengan berkat syura ini insyaallah Allah akan melindungi mereka daripada kesilapan dalam mengeluarkan sesuatu hukum.Di samping itu, Allah akan mengikat hubungan antara ahli-ahli yang bermesyuarat dengan ikatan yang lebih kukuh.
Syura ini ada dalam pelbagai peringkat apabila mengambil makna dari segi bahasa iaitu bermesyuarat. Di peringkat kerajaan pun ada syura, di peringkat jawatan kuasa kampung pun ada syura, diperingkat keluarga pun ada syura, cuma yang berbeza adalah dari segi pelaksanaan dan ruang lingkup yang dibincangkan. Apa yang menarik, sesuatu yang diperbincangkan bersama biasanya lebih senang untuk dicapai, seperti dalam urusan sesuatu keluarga, si suami perlu berbincang dengan si isteri tentang apa2 perancangan aktiviti untuk diisi untuk anak2. Kadang2, tanpa kehadiran si isterinya, susahlah untuk sesuatu perancangan dicapai. Cuma, jangan pula sesekali berbincang ttg nak tambah isteri dgn si isteri yg pertama tu! Ni nak cari pasal ke apa? Haha..
Adapun begitu, contoh syura dalam sirah nabawiyyah adalah semasa berlakunya perang uhud. Pada waktu itu, Nabi Muhammad s.a.w menanyakan para sahabat ttg tempat yang sesuai untuk berlakunya perang tersebut, maka golongan sahabat terbahagi kepada dua; golongan tua dan golongan muda. Dan sebenarnya, pertentangan dua golongan ini sentiasa saja ada dalam setiap umat. Adapun dalam kisah ini, golongan tua cenderung untuk berperang dalam kota, manakala golongan muda mahukan perang di luar kota. Hujah kaum tua ialah sekiranya berperang dalam kota, banyak kemudahan boleh didapati, manakala hujah kaum muda ialah tidak "jantan" kalau berperang dalam situasi yang mempunyai kelebihan sebegitu. Lagi adil kalau ditempat yang lapang yang kedua-dua pasukan tiada apa2 kelebihan. Memang gaya orang muda,kan?
Oleh kerana pada waktu itu kaum muda adalah lagi ramai dari kaum tua, dalam "pilihanraya" antara nak berperang dalam kota atau luar kota, keputusannya dimenangi oleh kaum muda, walaupun pada hakikatnya Nabi sendiri pun lebih cenderung untuk berperang dalam kota. Oleh kerana pungutan suara tadi telah dilakukan, Nabi dengan lapang dada mengikut suara majoriti.
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita s...
-
Bismillah. Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas ...
-
Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM. ...
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...
No comments:
Post a Comment