MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Thursday 25 August 2011

RM27.64

Apa cerita pulak ni dengan RMxx.xx ni? Nilah sebenarnya duit dividen yang saya terima melalui simpanan akaun GIRO BSN tu. Haa, kan elok bunyinya tu, dividen, atau nama kasarnya yang sebenar ialah riba/interest. Itulah hakikatnya. Ni adalah jumlah interest yang diterima hasil simpanan selama 14 tahun dalam akaun berkenaan. Tak banyakpun jika nak dibandingkan dengan dividen yang diterima dalam pelaburan unit trust saya yang walaupun hanya baru 2 tahun, dividen dah dekat RM250. Halal pula tu, tapi kena ingat dividen tu masih bergantung dengan prinsipal nilai pelaburan kita. Prinsipal saya yang dalam unit trust tu adalah RM1600, dapatnya RM250 iaitu kira-kira 15% atau 7.8% setahun, boleh tahan banyak juga bagi kita ni yang invest kecil-kecilan. itu

Berbalik kepada cerita riba tu tadi, walaupun nilainya taklah besar sangat, tapi itulah nilai yang sangat tinggi kalau nak ditebus ganti di akhirat kelak. Ingat kata ustaz, dosa riba itu jauh lagi besar daripada berzina, maksudnya berzina itu lagi baik daripada makan riba. ??? Tak juga, dua-dua kalau buat masuk neraka, pedihnya azab neraka menjadikan tiada satu perkara maksiat itu lagi elok daripada satu maksiat yang lain, kerana hasil akhirnya tetap azab yang sangat sakit. Ustaz kata, cuba fikirkan satu azab yang paling sakit boleh kita lalui di dunia, kalau nak dibandingkannya dengan azab di akhirat tetap tak boleh dibandingkan. Senang kata, apa segala azab yang boleh difikir manusia, itu bukan lagi azab neraka. Nauzubillah...

Berbalik kepada cerita akaun BSN tadi, lepas update buku BSN hari ahad lepas, terkejut tengok duit yang ada dalam akaun, yang ada cume RM14.27, bermakna sudah RM13juga duit riba yang saya telah gunakan, astaghfirullah. Tapi alhamdulillah, telah pun saya bersihkan dosa riba itu tadi dengan sedekah, itu menurut kata ustaz zaharudin. Semua hasil faedah yang diterima daripada bank konvensional kenalah didermakan, dengan prinsipal yang disimpan itu boleh diambil semula untuk kegunaan kita. Jadi, kepada sesiapa yang masih menggunakan bank konvensional, tutuplah akaun tersebut, ubahlah kepada bank yang islamik, tak kisahlah Bank Islam ke, Maybank Islamik ke, Bank Rakyat ke, kena tukar! Orang bukan Islam pun guna perbankan Islam, kita ni yang Islam kena malu pada diri sendiri dan pada agama kita. Perbankan Islam bukan hanya meliputi duit simpanan, tapi juga urusan pinjaman/pembiayaan, bertukarlah segera kepada perbankan Islam.

Akhirnya, jom sama-sama dengarkan tazkirah Ustaz Zaharudin yang bertajuk, Ramadhan dan Takwa dalam  Bab Harta.

Klik sini


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts