MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Thursday, 20 October 2011

Kenapa Orang Kelantan Assobiah

                    
Orang Kelantan cukup unik. Semua tentu maklum bahawa ke mana tempat pun, ada sahaja orang kelantan. Bukan itu sahaja, mereka juga lebih senang hidup dalam kelompok mereka sahaja. Mereka jadi senang mesra antara satu sama lain, walaupun baru pertama kali jumpa, mesranya mereka boleh menyebabkan orang lain tersalah anggap yang mereka adalah kawan lama. Dek kerana mereka lebih senang dengan golongan mereka sahaja, ada juga yang melontarkan persepsi negatif kepada mereka yang dianggap mengamalkan semangat assobiyah dan sebagainya.

Saya juga hairan, kenapakah semangat kenegerian orang kelantan ini cukup menebal berbanding negeri lain. Terfikir juga apa sebabnya? Mungkin, satu perkara yang orang lain tak tahu ialah, orang kelantan ini sebenarnya 'diasuh' untuk taksub atau semangat dengan negeri mereka ialah sejak dari sekolah lagi. Betul ke tak wallahua'lam. Ini cume pengamatan dan pandangan saya sahaja, saya tidak tahu adakah ia juga berlaku kepada rakyat negeri lain. 

Pengalaman saya, mereka sebenarnya sejak dari bangku sekolah lagi bercerita tentang kelebihan 'kaum' mereka dan sebagainya. Antara ceritanya ialah, kalau kat KL ni, yang paling jahat ialah orang kelantan, tapi yang baik juga adalah orang kelantan, Maksudnya yang gangster-gangster tu, orang kelantan lah tu, datang tempat orang buat hal, mereka tak takut sebab mereka hidup dalam satu geng. Lepas tu kalau jumpa imam-imam ke, orang masjid ke, cuba tanya dari mana, ramai saja ustaz-ustaz dan imam-imam adalah orang dari kelantan. 

Lepas tu ada juga cerita yang orang yang paling pandai berniaga adalah orang kelantan. Cuba pergi kat mana pun, ada saja kedai-kedai warung-warung yang diusahakan orang kelantan. Businessman yang berjaya di KL ni pun ramai dari kelantan. Inilah antara cerita yang kita dengar masa bangku sekolah dahulu. Walaupun faktanya belum tentu lagi kesahihannya, tapi cerita ini masih lagi menjadi bahan bualan budak-budak sekolah.

Cerita orang kelantan ni bijak-bijak belaka pun ada. Cube pergi universiti-universiti, tengok ramai tak ramai orang kelantan. Tulisan ini bukanlah untuk memupuk semangat kenegerian, cuma sekadar tulisan yang tidak membawa maksud apap-apa. Janganlah ingat saya hendak memuji-muji rakyat kelantan, kita sedar ramai juga imam-imam, ustaz-ustaz dari negeri lain, peniaga yang berjaya dari negeri lain, dan lain-lain. Yang saya nak kongsikan hanyalah bagaimana rakyat kelantan boleh jadi begitu bersemangat kenegerian, dan ia adalah kerana mereka dari sekolah lagi asyik bercerita kehebatan orang kelantan.

Dan salah satu sebab lain yang saya fikirkan sebenarnya menjadi faktor yang kuat menyebabkan semangat kenegerian orang kelantan kuat ialah faktor pemerintahan kerajaan kelantan yang berbeza dari kerajaan negeri yang lain. Kelantan berbeza dengan negeri lain kerana menjadi satu-satunya diperintah pas seawal 1990 berbanding Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang yang baru sahaja diperintah pembangkang selepas PRU yang lepas. Selama berbelas tahun dipegang pembangkang, rakyat kelantan terfikir seolah-olah negeri lain cukup selesa dengan pemerintahan BN, seolah-olah Kelantan ini cukup unik dan bersendirian dalam semua hal. Ditambah lagi dengan pelbagai sekatan oleh Kerajaan BN keatas Kerajaan PAS kelantan, memaksa mereka independent dalam segenap segi, dari bidang ekonomi mahupun pendidikan. Kemudian, ada lagi tohmahan buruk daripada kerajaan pusat ke atas rakyat kelantan, seperti rakyatnya miskin, negeri kotor,negeri mundur, kaum wanita dipinggirkan dan sebagainya, menambahkan lagi benci rakyat kelantan kepada kerajaan Malaysia dan juga ke atas rakyat negeri lain. Ini yang menyebabkan sikap kekitaan yang tinggi dalam rakyat kelantan. 

Biasalah, sekiranya kita asyik 'psiko' seseorang, seseorang itu tentulah akan responsif apabila tidak tahan dengan 'psiko' tersebut. Dan respon tersebut biasanya berlaku jauh dari jangkaan kita, pelbagai perkara yang pelik boleh dia lakukan akibat tertekan. Begitu juga dengan rakyat kelantan, dengan pelbagai imej buruk yang dilemparkan kepada mereka, mereka responsif dengan mengambil tindakan dengan mengangkat-angkat imej negeri sendiri. Inilah inferens yang saya buat, betul ke tidak wallahua'lam, namun janganlah diperbesarkan isu semangat kenegerian kerana kesatuan umat itu lagi penting daripada perkara lain. Ini hanyalah coretan santai daripada saya.

2 comments:

  1. Assalmualaikum.. Sebenarnya org kelantan kuat semangat asobiah bukan apa, ini kerana kelainan loghat mereka meyebabkan sukar untuk berkomunikasi dengan negeri2 lain.. Mereka lebih selesa bercakap dlm lograt mereka yg nyata berlainan dari segi intonansi dan mempunyai seni yg tersendiri.. Lebih puas bercakap.dlm.lograt mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar... saya pun sama masa mula-mula di luar kelantan dahulu... cukup segan nak bergaul dengan orang dari negeri lain...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts