Adalah dijemput hadirin hadirat ke Majlis Pembayaran dan Pengagihan Zakat serta Berbuka Puasa. Butiran program adalah seperti berikut:
Hari :Khamis
Tarikh :25 Ogos 2011/ 25 Ramadhan 1432
Masa :3.00 petang- 7.30 petang
Tempat :Kelantan Trade Centre(KTC) bersebelahan Stadium Sultan Muhammad IV.
Anjuran : Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd dan World Islamic Mint dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan
Muslimin/muslimat dijemput hadir untuk membayar zakat harta masing-masing. Pembayaran zakat akan menggunakan dinar dan dirham dan juga pengagihan zakat kepada asnaf zakat yang telah dikenalpasti juga menggunakan dinar dan dirham. Muslimin/muslimat yang mahu membayar zakat tetapi tidak mempunyai dinar atau dirham tidak perlu khuatir kerana anda boleh menukar wang ringgit anda kepada dinar dan dirham di tempat kejadian.
Muslimin/muslimat juga dijemput untuk menyaksikan upacara bersejarah ini sekiranya anda telah pun menjelaskan zakat harta masing-masing.
Di samping itu juga pihak penganjur memohon maaf kerana tempat yang dicadangkan sebelum ini iaitu Masjid Telipot, Kota Bharu telah ditukar ke KTC diatas sebab-sebab yang tertentu.
Seperti biasa, harta yang perlu dizakat mestilah cukup haulnya iaitu setahun dan cukup nisabnya iaitu barsamaan RM11000 seperti yang telah diumum oleh MAIK baru-baru ini. Kadar zakat pula adalah 2.5% daripada jumlah harta yang perlu dikenakan zakat.
Sekian..
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Showing posts with label Zakat. Show all posts
Showing posts with label Zakat. Show all posts
Wednesday, 17 August 2011
Saturday, 13 August 2011
Dinihari dinar
Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini telah berlangsungnya program Dinihari Dinar bertempat di pekarangan Pasar Besar Siti Khadijah. Pernah dengar ke program ni? Program ini adalah program anjuran Kelantan Golden Trade Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat kerajaan kelantan untuk memberi penerangan kepada masyarakat rakyat kelantan tentang kelebihan dinar dan dirham. Program penerangan seperti ini telah diadakan di tempat pengajianku di USIM sebelum ini dan telah mendapat sambutan yang hangat daripada mahasiswa dan juga masyarakat setempat. Namun, kehadiran peserta program pagi tadi agak mengecewakan kerana kurangnya publisiti daripada pihak penganjur, walaupun sebenarnya ini adalah kali kedua diadakan. Program yang kali pertama telah diadakan sabtu lalu dan program ini akan diadakan sekali lagi pada hari sabtu minggu hadapan. Harapnya, penganjur dapat memperbaiki kelemahan tadi kerana program minggu depan itu adalah yang terakhir diadakan sebelum diadakan pula Majlis Pungutan dan Pengagihan Zakat di Masjid Telipot, Kota Bharu Kelantan pada 25 Ogos ini.
Program Dinihari Dinar ini sebenarnya turut mensasarkan kehadiran para pekedai dimana KGT di dalam usaha untuk menambah semaksimum mungkin bilangan kedai di kelantan umumnya untuk bersedia menerima dinar dan dirham sebagai salah satu matawang dalam transaksi urusniaga kedai berkenaan. Dan pada hemat saya, tiada ruginya pun untuk mereka menerima dnd ini kerana umum sedia maklum akan sifat matawang ini yang mempunyai intrinsic value dan tidak mudah jatuh berbanding currency duit fiat yang lain yang terdedah kepada inflasi. Oleh itu, para peniaga hendaklah tidak melepaskan peluang ini untuk bersama-sama sekali lagi untuk mendengar penerangan dnd ini yang sebenarnya disampaikan oleh ustaz-ustaz yang dijemput oleh penganjur pada minggu depan.

Butiran program Dinihari Dinar:
Tarikh: 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432
Masa :10.00 pagi
Tempat: Perkarangan Pasar Besar Siti Khadijah
Buat pengetahuan umum, majoriti peniaga di Pasar Besar Siti Khadija pun telah menerima dnd ini. Untuk senarai penuh pekedai, sila klik di sini.. Jadi, jom ramai-ramai kita hadiri program Dinihari Dinar ini pada minggu depan..
Maklumat lanjut dapatkan di sini

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita s...
-
Bismillah. Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas ...
-
Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM. ...
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...