MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Showing posts with label majlis. Show all posts
Showing posts with label majlis. Show all posts

Tuesday, 20 September 2011

Jokes from an ustaz

Salam..

Alhamdulillah, semalam dapat juga menghadiri kuliah maghrib di masjid. Setelah agak lama tak ikut majlis ilmu, dek kerana kesibukan belajar dan sebagainya, ikut jugak majlis semalam. Pesanan saya kepada anda ye wahai para pelajar, sesibuk manapun anda dengan kelas ke, program ke, ikut lah juga majlis ilmu di masjid. Jangan bagi alasan tidak lapang, kerana dalam sesetengah keadaan, kita yang menyibukkan diri kita dengan sesuatu, dan    kita tidak boleh sebenarnya hanya pergi ke masjid bila lapang, kita yang harus melapangkan waktu kita dengan program agama seperti ini.

Majlis ilmu di masjid boleh la diumpamakan universiti terbuka untuk kita mendalami ilmu agama. Sebenarnya tiada alasan lagi untuk diri kita terus membiarkan kejahilan membelenggu diri kita. Apabila ada sesuatu isu atau, ada seseorang bertanyakan tentang masalah agama kepada kita, cuba kita renungkan apa jawapan biasa orang kita. "Entahlah, saya tak tahu, saya bukannya seorang pelajar aliran agama pun." Dan ada lagi beberapa lagi jawapan biasa yang kita dengar. Memang benar, jika kita tidak mengetahui sesuatu, eloklah jawab tidak tahu, jangan kita bagi jugak jawapan yang tidak betul kepada si penanya ni tadi, sebab ini adalah salah satu adab dalam menuntut ilmu. Itulah sebaiknya. Namun begitu, kita perlu muhasabah diri kita, kerana kejahilan diri kita tidak boleh tamat disitu sahaja, perlu ada tindakan susulannya iaitu dengan menuntut ilmu. Sudah tidak ada alasan untuk kita terus dalam keadaan jahil kerana banyak masjid-masjid di tempat kita ini yang ada majlis ilmu. Dengan sering melazimi menghadiri majlis ilmu, barulah kita akan terbuka sedikit minda kita. Sebenarnya, banyak perkara dalam hidup kita ni kita buat salah, dengan mengikuti majlis ilmu, baru kita tahu, apa yang kita buat tu tak betul. Dan salah satu sebab juga yang menarik saya ke majlis ilmu di masjid,  mendengar celoteh para ustaz, walaupun perkara ni agak pelik, ialah seronok dapat bergelak ketawa dengan ustaz dan para jemaah masjid. Bagi saya, tahap humour para ustaz ni sebenarnya boleh tahan. Mereka pandai membuat lucu dan lawak jenaka, tapi penuh dengan mesej. Kalau ada yang terkena pedihnya kerana sindiran dalam lawak jenaka itu tadi, saya rasa itu adalah sesuatu yang positif. Sebab kengkadang, kita ni susah hendak berubah bila berada dalam keadaan selesa. Bila sekali kena sindir, barulah diri terasa malu dan ingin berubah. Kan bagus begitu, jangan pulak tak nak datang masjid sebab tak tahan selalu kena sindir dengan penceramah, kerana apa yang ustaz tu cerita tu adalah betul, dan mereka berkata secara umum, bukannya dia tahu secara spesifik apa yang kita buat silap.

By the way, jokes yang saya dengar semalam oalah berkenaan dengan cerita seorang professor dengan seorang pemandunya. Ustaz cakap, kita ni kalau hendak menjadi orang berilmu, hendaklah sentiasa berkawan dengan orang alim. Sekiranya, berkawan dengan seorang penjual minyak wangi, kita pun akan turut sama berbau wangi, kalau sentiasa berjumpa dengan orang alim, insyaallah, tempias ilmunya tetap terkena kepada diri kita. So, begitulah juga dengan pemandu professor itu tadi. Setelah lebih 10 tahun menjadi pemandu professor itu tadi, sudah menjadi kebiasaan baginya selalu menghantar prof itu tadi ke mana-mana seminar dan pembentangan kertas kerja oleh prof itu tadi. So, dia pun turut sama mendengar apa jua pembentangan oleh prof itu tadi.
Apabila dah sampai 10 tahun lebih ia menjadi rutin hidupnya, banyak jugalah ilmu yang dia dapat. Nak dijadikan cerita, satu hari prof itu tetiba mengadu sakit dan letih, lantas ingin excuse daripada menghadiri suatu seminar. Jadi, dia pun suruhlah pemandu dia untuk menggantikan tempatnya sebagai pembentang seminar itu. Dai bagitau pemandunya, tidak usah khuatir, berkat mendengar syarahannya itu selama bertahun-tahun, dia yakin pemandunya boleh menggantikannya. Jadi, plan prof itu tadi, dalam perjalanan ke tempat seminar itu, kali ini prof itu akan bertukat tempat duduk dengan pemandunya, dia duduk depan, drive, pemandunya duduk belakang. Sampai di tempat seminar, plan prof itu berjaya, tiada seorang pun yang ragu dengan kehadiran "penceramah" kali ini, sampai je, pemandu itu terus disambut oleh seorang penyambut, dan membawanya ke bilik seminar. Prof itu pun terus ke ruang parkir untuk park kereta tu.
 Dan, seperti yang dirancang, pemandu tu akhirnya berjaya membuat pembentangan, dengan bantuan slides dan alat yang lain. Memang, ceramahnya itu berjaya mencuri tumpuan hadirin dan ramai kagum dengan ceramahnya itu. Seperti biasa, kemudian tibalah sesi QnA. Mase tu, pemandu itu tadi cukup berdebar, soalan apakah yang bakal ditanya oleh para hadirin yang rata-rata juga adalah prof-prof. Setelah diajukan soalan, anda tahu apa jawapan pemandu itu? Dia jawab, oh, soalan ni cukup simple la, saya ingat soalan dari prof ni masti susah, tapi soalan ni simple sangat lah, kalau tanya pemandu saya, dia pun boleh jawab. Cuba tanya dia.. Hahaha, trick yang cukup berjaya,kan? Kerana tentulah pemandunya itu dapat jawab kerana dialah penceramah yang sebenar... Kui3..

Tuesday, 16 August 2011

Nuzul Quran

Alhamdulillah, hari ini sudah pun17 Ramadhan iaitu hari sambutan nuzul quran. Sempena Nuzul Quran jugalah, kerajaan negeri Kelantan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 100 kali bersama Dr Asri Zainal Abidin semalam di Qaryah Ramadhan. Saya sendiri pun tak pernah pun berterawikh di situ sebelum ini, tapi alang-alang emak dah ajak, ikut jugaklah untuk sama-sama berterawih disana. Dan sampai-sampai kat sana, mak aii, ramai betul orang, penuh sampai ke luar khemah qaryah. Nasib baik la petugas-petugas qaryah yang terdiri daripada remaja-remaja tu cepat je buat kerja hamparkan tikar untuk para jemaah, dapat la solat kat situ. Macam biasa, solat diimami oleh seorang syeikh mesir, bacaannya sedap sangat, walaupun agak panjang, ditambah dengan keadaan yang sedikit hangat kat luar khemah, bacaannya membuatkan jemaah tidak terasa sangat ketidakselesaan itu.

                                           -gambar hiasan-

Kehadiran jemaah semalam boleh dianggarkan seramai 5000 orang dengan khemah utama mampu memuatkan lebik kurang 1600 jemaah untuk solat ataupun sehingga 3000 orang sekiranya duduknya rapat seperti untuk mendengar ceramah. Maknanya semalam, lebih kurang 3000 orang jugalah yang solat diluar khemah. Usai 8 rakaat terawih, majlis semalam diikuti majlis khatam alquran sebanyak 100 kali. Cara pelaksanaannya ialah setiap seorang membaca 1 juzuk, so 30 juzuk x 100 kali, memrlukan 3000 orang untuk melaksanakan misi malam tersebut. Sebanyak 3000 alquran juga diedar kepada jemaah dengan setiap alquran telah ditulis juzu yang perlu dibaca oleh pemegang alquran tersebut.Tapi alhamdulillah, kehadiran jemaah yang ramai berjaya juga untuk membantu penganjur melaksanakan misi tersebut. Majlis juga diserikan dengan kehadiran pelawat atau pelancong daripada Pahang dan Singapura yang diurus oleh Tourism Malaysia Kelantan.

Majlis kemudian diikuti dengan sedikit ceramah daripada Dr Asri dengan tajuk Indahnya Alquran. Menurut beliau, ulama berbeza pendapat tentang bila tarikh sebenar turunnya al-quran. Pendapat yang pertama adalah seperti yang kita sambutlah, iaitu 17 ramadan iaitu hari nuzul quran. Pendapat yang kedua adalah pada mana-mana 10 malam terakhir ramadhan menggunakan dalil surah al-qadr iaitu disebutkan sesungguhnya Allah menurunkan Al-Quran pada lailatul Qadr dalam ayat pertama surah tersebut, dan juga menjadi ijma ulama juga lailatul qadar itu berlaku dalam sepuluh malam terakhir ramadhan seperti yang disebut dalam hadis sohih. Maka inilah hujah yang mengatakan turunnya alquran dalam 10 malam terakhir ramadhan, dan ini juga lah pendapat yang lebih disukai untuk ditarjih oleh Dr Asri.

                                              -gambar hiasan-

Walaupun begitu, persoalan bila tarikh sebenar nuzul quran bukanlah persoalan yang besar sehingga kita melupakan persoalan yang lebih besar, adakah kita sebenarnya telah melaksanakan tuntutan-tuntutan dalam alquran dengan sebenar-benarnya. Tepuk dada, tanya iman. Wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts