MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Tuesday, 16 August 2011

Nuzul Quran

Alhamdulillah, hari ini sudah pun17 Ramadhan iaitu hari sambutan nuzul quran. Sempena Nuzul Quran jugalah, kerajaan negeri Kelantan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 100 kali bersama Dr Asri Zainal Abidin semalam di Qaryah Ramadhan. Saya sendiri pun tak pernah pun berterawikh di situ sebelum ini, tapi alang-alang emak dah ajak, ikut jugaklah untuk sama-sama berterawih disana. Dan sampai-sampai kat sana, mak aii, ramai betul orang, penuh sampai ke luar khemah qaryah. Nasib baik la petugas-petugas qaryah yang terdiri daripada remaja-remaja tu cepat je buat kerja hamparkan tikar untuk para jemaah, dapat la solat kat situ. Macam biasa, solat diimami oleh seorang syeikh mesir, bacaannya sedap sangat, walaupun agak panjang, ditambah dengan keadaan yang sedikit hangat kat luar khemah, bacaannya membuatkan jemaah tidak terasa sangat ketidakselesaan itu.

                                           -gambar hiasan-

Kehadiran jemaah semalam boleh dianggarkan seramai 5000 orang dengan khemah utama mampu memuatkan lebik kurang 1600 jemaah untuk solat ataupun sehingga 3000 orang sekiranya duduknya rapat seperti untuk mendengar ceramah. Maknanya semalam, lebih kurang 3000 orang jugalah yang solat diluar khemah. Usai 8 rakaat terawih, majlis semalam diikuti majlis khatam alquran sebanyak 100 kali. Cara pelaksanaannya ialah setiap seorang membaca 1 juzuk, so 30 juzuk x 100 kali, memrlukan 3000 orang untuk melaksanakan misi malam tersebut. Sebanyak 3000 alquran juga diedar kepada jemaah dengan setiap alquran telah ditulis juzu yang perlu dibaca oleh pemegang alquran tersebut.Tapi alhamdulillah, kehadiran jemaah yang ramai berjaya juga untuk membantu penganjur melaksanakan misi tersebut. Majlis juga diserikan dengan kehadiran pelawat atau pelancong daripada Pahang dan Singapura yang diurus oleh Tourism Malaysia Kelantan.

Majlis kemudian diikuti dengan sedikit ceramah daripada Dr Asri dengan tajuk Indahnya Alquran. Menurut beliau, ulama berbeza pendapat tentang bila tarikh sebenar turunnya al-quran. Pendapat yang pertama adalah seperti yang kita sambutlah, iaitu 17 ramadan iaitu hari nuzul quran. Pendapat yang kedua adalah pada mana-mana 10 malam terakhir ramadhan menggunakan dalil surah al-qadr iaitu disebutkan sesungguhnya Allah menurunkan Al-Quran pada lailatul Qadr dalam ayat pertama surah tersebut, dan juga menjadi ijma ulama juga lailatul qadar itu berlaku dalam sepuluh malam terakhir ramadhan seperti yang disebut dalam hadis sohih. Maka inilah hujah yang mengatakan turunnya alquran dalam 10 malam terakhir ramadhan, dan ini juga lah pendapat yang lebih disukai untuk ditarjih oleh Dr Asri.

                                              -gambar hiasan-

Walaupun begitu, persoalan bila tarikh sebenar nuzul quran bukanlah persoalan yang besar sehingga kita melupakan persoalan yang lebih besar, adakah kita sebenarnya telah melaksanakan tuntutan-tuntutan dalam alquran dengan sebenar-benarnya. Tepuk dada, tanya iman. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts