MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Showing posts with label USIM. Show all posts
Showing posts with label USIM. Show all posts

Sunday, 4 December 2011

Unsur Perjudian dalam Pertandingan

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak update blog. Rase sibuk sangat-sangat. Jadi, dalam kesempitan waktu ni, rasenye elok juga  berkongsi tentang sesuatu yang simple tapi ramai yang tak tahu. 

Sekiranya anda merupakan badan pelajar yang ingin mengadakan sesuatu pertandingan yang biasanya semestinya memerlukan yuran penyertaan sebagai syarat menyertai pertandingan tersebut, ada sesuatu yang perlu anda alert. Bukan kepada pelajar sahaja, tetapi semua orang Islam yang menjadi penganjur sesuatu pertandingan. Antara syarat yang anda sebagai penganjur harus patuhi bagi menjadikan pertandingan yang dianjurkan baik di sisi syariah Islam ialah anda harus mengasingkan wang penyertaan daripada para peserta daripada dijadikan sebagai hadiah kepada para pemenang kerana ia adalah satu unsur PERJUDIAN dalam sesuatu pertandingan. 

Sebelum ni, ingat benda ni ada khilaf kerana ia mungkin membebankan penganjur. Terfikir juga, bagaimana pula pertandingan2 yang dianjurkan di tempat saya pelajar yang berlatar belakangkan Islam yakni USIM? Adakah kami juga terlepas pandang syarat ni? 

At last, Alhamdulillah, baru-baru ni saya mendapat suatu jawapan yang cukup meyakinkan daripada mulut pegawai pusat sukan USIM sendiri. Dia sendiri yang menasihatkan kami pelajar untuk berbuat demikian sekiranya menganjurkan apa jua pertandingan, dengan hadiah2 hendaklah datang dari penaja, bukan dari duit penyertaan. Dalam hati, fikir bagus2 juga pegawai sukan di USIM ni kerana memang sebelum ni saya agak skeptikal dengan mereka. Pandangan sebegitu rasanya bukan dimiliki saya seorang sahaja, ramai juga yang berpandangan serong terhadap orang yang menceburi bidang sukan ni. Jahil agama. Tak menjaga batas pergaulan. ETC. Tapi alhamdulillah, at least sekarang saya sudah mula menghormati mereka dan tahu mereka juga ada basic agama. Berkat kerje di USIM kot, wallahu aklam.

P/s: Jauhilah bersangka buruk dengan orang lain selagi kita tidak kenal mereka. Pandangan skeptikal penulis adalah suatu sifat mazmumah pada diri penulis yang patut dijadikan tauladan oleh pembaca lain.


Saturday, 13 August 2011

Dinihari dinar

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini telah berlangsungnya program Dinihari Dinar bertempat di pekarangan Pasar Besar Siti Khadijah. Pernah dengar ke program ni? Program ini adalah program anjuran Kelantan Golden Trade Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat kerajaan kelantan untuk memberi penerangan kepada masyarakat rakyat kelantan tentang kelebihan dinar dan dirham. Program penerangan seperti ini telah diadakan di tempat pengajianku di USIM sebelum ini dan  telah mendapat sambutan yang hangat daripada mahasiswa dan juga masyarakat setempat. Namun, kehadiran peserta program pagi tadi agak mengecewakan kerana kurangnya publisiti daripada pihak penganjur, walaupun sebenarnya ini adalah kali kedua diadakan. Program yang kali pertama telah diadakan sabtu lalu dan program ini akan diadakan sekali lagi pada hari sabtu minggu hadapan. Harapnya, penganjur dapat memperbaiki kelemahan tadi kerana program minggu depan itu adalah yang terakhir diadakan sebelum diadakan pula Majlis Pungutan dan Pengagihan Zakat di Masjid Telipot, Kota Bharu Kelantan pada 25 Ogos ini.

Program Dinihari Dinar ini sebenarnya turut mensasarkan kehadiran para pekedai dimana KGT di dalam usaha untuk menambah semaksimum mungkin bilangan kedai di kelantan umumnya untuk bersedia menerima dinar dan dirham sebagai salah satu matawang dalam transaksi urusniaga kedai berkenaan. Dan pada hemat saya, tiada ruginya pun untuk mereka menerima dnd ini kerana umum sedia maklum akan sifat matawang ini yang mempunyai intrinsic value dan tidak mudah jatuh berbanding currency duit fiat yang lain yang terdedah kepada inflasi. Oleh itu, para peniaga hendaklah tidak melepaskan peluang ini untuk bersama-sama sekali lagi untuk mendengar penerangan dnd ini yang sebenarnya disampaikan oleh ustaz-ustaz yang dijemput oleh penganjur pada minggu depan.

Butiran program Dinihari Dinar:
Tarikh: 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432
Masa :10.00 pagi
Tempat: Perkarangan Pasar Besar Siti Khadijah

Buat pengetahuan umum, majoriti peniaga di Pasar Besar Siti Khadija pun telah menerima dnd ini. Untuk senarai penuh pekedai, sila klik di sini.. Jadi, jom ramai-ramai kita hadiri program Dinihari Dinar ini pada minggu depan..

Maklumat lanjut dapatkan di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts