Tajuk entry hari ini berkisar Inilah Kisahku, namun jangan tersalah anggap, bukanlah entry ini berkenaan kisah hidup saya, tapi berkenaan program tv Inilah Kisahku yang ke udara di TV9 setiap hari rabu dan khamis jam 6.30 petang(kalau x silap, sebab yang saya tengok adalah siaran ulangan jam 1.00 pagi malamnya). Setakat ini ianya telah bersiaran sebanyak empat episod yang mana setiap episodnya mengisahkan kisah hidup dan pengalaman empat selebriti tanah air yang telah pun melakukan penghijrahan. Dalam setiap episod tersebut, selebriti berkenaan akan mendedahkan bagaimana dan apa yang telah berlaku ke atas diri mereka yang menyebabkan mereka berubah daripada seorang artis yang kurang memberi perhatian kepada agama menjadi lebih baik dan menjaga batas syariat walaupun mereka masih lagi bergelar seorang artis. Dalam episod pertama, IK menampilkan Catriona Ross berkongsi pengalaman hijrahnya disusuli dengan, Sham Kamikaze, Wardina Safiyyah dan Amer Munawer dalam episod-episod seterusnya. Siaran tv ini saya kira amat baik untuk ditonton dan penuh dengan ibrah pengajaran yang boleh diambil buat penonton terutama bagi mereka yang ingin berubah namun sentiasa gagal untuk berubah yang biasanya disebabkan faktor persekitaran yang tidak membantu hijrah kita. Lebih-lebih lagi kita masih dalam bulan Ramadhan al-Mubarak, luangkanlah sedikit masa anda untuk menonton program ini.
Di sini saya hanya sempat bawakan satu episod sahaja, lain-lain episod boleh lah anda cari di youtube ataupun di tonton.
Sekian..
No comments:
Post a Comment