MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Saturday, 13 August 2011

Dinihari dinar

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini telah berlangsungnya program Dinihari Dinar bertempat di pekarangan Pasar Besar Siti Khadijah. Pernah dengar ke program ni? Program ini adalah program anjuran Kelantan Golden Trade Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat kerajaan kelantan untuk memberi penerangan kepada masyarakat rakyat kelantan tentang kelebihan dinar dan dirham. Program penerangan seperti ini telah diadakan di tempat pengajianku di USIM sebelum ini dan  telah mendapat sambutan yang hangat daripada mahasiswa dan juga masyarakat setempat. Namun, kehadiran peserta program pagi tadi agak mengecewakan kerana kurangnya publisiti daripada pihak penganjur, walaupun sebenarnya ini adalah kali kedua diadakan. Program yang kali pertama telah diadakan sabtu lalu dan program ini akan diadakan sekali lagi pada hari sabtu minggu hadapan. Harapnya, penganjur dapat memperbaiki kelemahan tadi kerana program minggu depan itu adalah yang terakhir diadakan sebelum diadakan pula Majlis Pungutan dan Pengagihan Zakat di Masjid Telipot, Kota Bharu Kelantan pada 25 Ogos ini.

Program Dinihari Dinar ini sebenarnya turut mensasarkan kehadiran para pekedai dimana KGT di dalam usaha untuk menambah semaksimum mungkin bilangan kedai di kelantan umumnya untuk bersedia menerima dinar dan dirham sebagai salah satu matawang dalam transaksi urusniaga kedai berkenaan. Dan pada hemat saya, tiada ruginya pun untuk mereka menerima dnd ini kerana umum sedia maklum akan sifat matawang ini yang mempunyai intrinsic value dan tidak mudah jatuh berbanding currency duit fiat yang lain yang terdedah kepada inflasi. Oleh itu, para peniaga hendaklah tidak melepaskan peluang ini untuk bersama-sama sekali lagi untuk mendengar penerangan dnd ini yang sebenarnya disampaikan oleh ustaz-ustaz yang dijemput oleh penganjur pada minggu depan.

Butiran program Dinihari Dinar:
Tarikh: 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432
Masa :10.00 pagi
Tempat: Perkarangan Pasar Besar Siti Khadijah

Buat pengetahuan umum, majoriti peniaga di Pasar Besar Siti Khadija pun telah menerima dnd ini. Untuk senarai penuh pekedai, sila klik di sini.. Jadi, jom ramai-ramai kita hadiri program Dinihari Dinar ini pada minggu depan..

Maklumat lanjut dapatkan di sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts