MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Showing posts with label dividen. Show all posts
Showing posts with label dividen. Show all posts

Friday, 31 May 2013

Dividen itu untung?

Memandangkan Public Mutual baru saja mengumumkan dividen bagi 7 dananya semalam, mood saya untuk bercerita tentang amanah saham juga semakin meningkat. Apapun, mari saya teruskan dengan sedikit perbincangan yang bermula dengan satu soalan.

Dividen itu untung?

Satu persoalan yang bagi saya perlu diajukan kepada para pembaca. Tentulah bagi semua orang, dividen merupakan sesuatu yang baik kerana kita diganjarkan dengan ganjaran wang. Namun, bukan semua dividen itu mencerminkan keuntungan. Benarkah? Jawab saya, ya.

Sebenarnya, perkara paling pertama yang perlu dilihat ialah nature pelaburan kita. Pelaburan yang berbeza mempunyai cara yang berbeza untuk kita mendapatkan keuntungannya. Contohnya, main saham cara dapatkan untungnya berbeza dengan untung dari pelaburan emas yang juga berbeza dari pelaburan saham koperasi, pelaburan hartanah dan lain-lain. 

Justeru, pada kali ini suka saya berkongsi mengenai keuntungan dalam pelaburan amanah saham. Dalam amanah saham ini sendiri pun sebenarnya terdapat beberapa cara mendapatkan untung yang berbeza bergantung kepada objektif pelaburan pelabur dan juga objektif dana tersebut.



Berbalik kepada persoalan kita, dividen itu untung ke? Tidak. Kerana dividen yang diagihkan akan menyebabkan harga dana tersebut susut. 
Contoh: Harga dana (NAV) sebelum dividen diagihkan ialah RM1.00. Kemudian, selepas diumumkan dividen sebanyak 10 sen bakal diagihkan kepada pelabur, harga dana(NAV) sebenarnya akan jatuh  kepada RM0.90 sen sejurus selepas agihan dividen dibuat.

Justeru apakah kesan kepada pelabur?
Jom kita buat study case.

Ahmad melabur dalam dana ini pada harga RM1.00 iaitu sebelum dividen diumumkan dengan nilai sebanyak RM1000. Dengan amaun sebanyak ini, Ahmad akan mendapat sebanyak 1000 unit. Kemudian, apabila diumumkan dividen sebanyak 10 sen, nilai pelaburan Ahmad turun kepada RM900 kerana harga dana telah turun kepada RM0.90 sen seunit (Ahmad ada 1000 unit). Dividen yang ahmad akan dapat pula ialah sebanyak RM100 iaitu (RM0.10 x 1000 unit). Jadi, nilai terkumpul pelaburan ahmad tetap pada RM1000. Tiada keuntungan pun sebenarnya.

Cuma, apa yang menjadi kelebihan kepada Ahmad ialah Ahmad dapat buat reinvestment menggunakan dividen yang diberikan pada harga yang lebih rendah. Menggunakan RM100 itu tadi, Ahmad akan mendapat sebanyak kira-kira 111 unit tambahan (RM100 bahagi RM0.90). Akhirnya, unit terkumpul pelaburan Ahmad ialah sebanyak 1111 unit pada harga RM0.90 iaitu masih pada RM 1000. 

Namun, walaupun nilai pelaburan masih pada RM1000, tapi unit yang dipegang sudah berbeza. Jika sebelum dividen diagihkan Ahmad hanya mempunyai sebanyak 1000 unit, selepas dividen diagihkan Ahmad mempunyai sebanyak 1111 unit. 

Kesan daripada ini ialah satu sen kenaikan harga dana selepas agihan dividen memberikan keuntungan yang lebih besar berbanding satu sen kenaikan sebelum agihan dividen. Iaitu bagi setiap satu(1) sen kenaikan sebelum tarikh agihan, Ahmad akan mendapat untung RM10 (RM0.01 x 1000 unit) walhal selepas tarikh tersebut, satu sen kenaikan memberikan untung sebanyak RM11.11 (RM0.01 x 1111 unit).

Bagaimanakah pula kalau dividen yang diberikan melebihi 10 sen? Jom kita andaikan dividen yang diagihkan sebanyak 15 sen. Dividen 15 sen seunit menghasilkan jumlah dividen sebanyak RM150 yang kemudian jika dibuat reinvestment pada harga RM0.85 memberikan tambahan unit sebanyak 176 unit (RM150 bahagi RM0.85). Unit terkumpul yang bakal dipegang Ahmad selepas agihan ialah sebanyak 1176 unit. Jadi, 1 sen kenaikan harga dana selepas agihan memberikan keuntungan sebanyak RM11.76.

Oleh yang demikian, semakin besar dividen yang diberikan memberikan kesan yang lebih besar kepada setiap satu sen kenaikan harga dana (NAV) selepas dari agihan dividen diberikan.Namun begitu, kesan ini tidak sahaja terhad kepada kenaikan harga dana. Ia juga tertakluk sama terhadap penurunan harga dana. Namun, apa yang hendak ditegaskan sekali lagi ialah dividen tidak memberi keuntungan secara nominal terhadap nilai pelaburan namun ianya memberi kesan terhadap keuntungan/kerugian hasil daripada pergerakan harga NAV selepas dari agihan dividen dilakukan dengan syarat pelabur melakukan reinvestment.


Dividen Public Ittikal (2013) 5 sen seunit

Semalam, Public Mutual telah mengumumkan agihan dividen untuk 7 dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2013. Antara lain dana yang menjadi perhatian saya tentulah Public Ittikal di mana bakal membuat agihan sebanyak 5 sen seunit bagi para pelaburnya.

Bagi lain-lain dana yang turut sama diumumkan agihan dividennya semalam, anda boleh lihat dividen dana-dana tersebut pada gambar di bawah.


Dividen 7 dana yang diumumkan semalam

Buat pengetahuan anda, dividen dana Public Ittikal pada tahun ini sedikit menurun berbanding tahun lepas (2012) iaitu sebanyak 5.25 sen seunit. Namun, jika dibandingkan pada tahun 2011 dan sebelumnya, dividen dua(2) tahun kebelakangan ini jauh lebih rendah di mana pada tahun 2011 dividen yang diagih adalah sebanyak 8 sen seunit.

Apa yang aneh ialah agihan yang dibuat sebanyak 5 sen seunit ini dilihat tidak selari dengan performance dana ini bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2013 dimana prestasi dana mencatatkan kenaikan sebanyak lebih kurang 18%. 

Ianya dikira berdasarkan harga dana tahun ini berbanding harga tahun pada tahun lalu iaitu pada 1 Jun 2012 harga dana (baca NAV) ialah RM0.81 manakala pada 30 Mei 2013 harganya ialah RM0.96. Jadi kenaikan ialah sebanyak 18% (0.15/0.81 x100%).

Kenaikan sebanyak 18% ini sebenarnya prestasi yang amat memberangsangkan bagi satu-satu dana. Apa yang menyumbang kepada kejayaan ini tentulah faktor pasaran semasa yang dilihat agak kukuh walaupun disaat ketidaktentuan pasaran diwaktu pilihanraya umum yang lepas. Bahkan, indeks pasaran (KLCI) juga sebenarnya berjaya mencatatkan indeks tertingginya dalam sejarahnya baru-baru ini iaitu sejurus selepas pilihanraya yang diadakan 5 Mei lalu.

P/s: Ruginya saya keluarkan duit saya dari dana ini tahun lepas.

Thursday, 31 May 2012

Dividen Public Ittikal 5.25 sen

Siang tadi Public Mutual telah mengisytiharkan dividen untuk 7 dananya seperti yang berikut..

So, nampaknya betullah dividen public ittikal tahun ini adalah lagi rendah dari yang tahun lepas, seperti yang diramal.. Iaitu sekadar 5.25 sen seunit.. 

Apakah sebab2 prestasi public Ittikal bagi 2 tahun kebelakangan ini agak merosot? Anda tahu? Kongsikan pengetahuan anda dengan saya di ruangan komen ye...

p/s: Sedang berkira2 ingin mengeluarkan investment saya dari dana ini... Ingin beli saham di share market la pulak.. Dengan serba sedikit ilmu yang ada, rasanya boleh saja saya dptkan return yg lg tinggi dari return investment saya dalam public ittikal ni dengan melabur dalam saham... Walaupun risikonya agak tinggi, tp itulah jiwa anak muda.. huhu... risk taker... Sebab nak beralih angin ke dalam pasaran saham ialah kerana selepas 2 tahun setengah bersama public ittikal, return yg saya dpt agak kurang memuaskan... Mungkin kne tunggu lama lagi kot...  but i think i can't wait any longer... huhu... (jgn jd tamak, pliz...)

Wednesday, 30 May 2012

Berapa pula dividen public ittikal 2012?

Esok 31 Mei, biasanya public mutual akan mengisytiharkan dividen untuk beberapa dananya termasuklah Public Ittikal. Seperti tahun2 sebelumnya, diharapkan dividen bagi dana Public Ittikal bagi tahun ini masih lagi tinggi.

Pun begitu, saya dapat merasakan dividen bagi tahunan akan sedikit rendah berbanding tahun lepas, mungkin 6 sen seunit berbanding 8 sen pada 2 tahun sebelum ini. Walaupun terkenal sebagai dana yang memberikan pulangan dividen yang tinggi, prestasi bagi dana ini 2 tahun kebelakangan ini agak suram. Tengok sahajalah NAV dana ini, masih lagi berlegar pada RM0.82-RM0.85 seunit bagi tempoh yang cukup panjang.

Apa2 pun, kita tunggu sahajalah pengumumannya esok.

p/s: Nak tengok prestasi semasa public Ittikal, tekan sini. Terkejut juga sbnanya ni, rsenya dalam 2 minggu lepas check NAV nya RM0.82 seunit, cepat pula dia naik kepada RM0.85 seunit pada 29 Mei...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts