Memandangkan Public Mutual baru saja mengumumkan dividen bagi 7 dananya semalam, mood saya untuk bercerita tentang amanah saham juga semakin meningkat. Apapun, mari saya teruskan dengan sedikit perbincangan yang bermula dengan satu soalan.
Dividen itu untung?
Satu persoalan yang bagi saya perlu diajukan kepada para pembaca. Tentulah bagi semua orang, dividen merupakan sesuatu yang baik kerana kita diganjarkan dengan ganjaran wang. Namun, bukan semua dividen itu mencerminkan keuntungan. Benarkah? Jawab saya, ya.
Sebenarnya, perkara paling pertama yang perlu dilihat ialah nature pelaburan kita. Pelaburan yang berbeza mempunyai cara yang berbeza untuk kita mendapatkan keuntungannya. Contohnya, main saham cara dapatkan untungnya berbeza dengan untung dari pelaburan emas yang juga berbeza dari pelaburan saham koperasi, pelaburan hartanah dan lain-lain.
Justeru, pada kali ini suka saya berkongsi mengenai keuntungan dalam pelaburan amanah saham. Dalam amanah saham ini sendiri pun sebenarnya terdapat beberapa cara mendapatkan untung yang berbeza bergantung kepada objektif pelaburan pelabur dan juga objektif dana tersebut.
Berbalik kepada persoalan kita, dividen itu untung ke? Tidak. Kerana dividen yang diagihkan akan menyebabkan harga dana tersebut susut.
Contoh: Harga dana (NAV) sebelum dividen diagihkan ialah RM1.00. Kemudian, selepas diumumkan dividen sebanyak 10 sen bakal diagihkan kepada pelabur, harga dana(NAV) sebenarnya akan jatuh kepada RM0.90 sen sejurus selepas agihan dividen dibuat.
Justeru apakah kesan kepada pelabur?
Jom kita buat study case.
Ahmad melabur dalam dana ini pada harga RM1.00 iaitu sebelum dividen diumumkan dengan nilai sebanyak RM1000. Dengan amaun sebanyak ini, Ahmad akan mendapat sebanyak 1000 unit. Kemudian, apabila diumumkan dividen sebanyak 10 sen, nilai pelaburan Ahmad turun kepada RM900 kerana harga dana telah turun kepada RM0.90 sen seunit (Ahmad ada 1000 unit). Dividen yang ahmad akan dapat pula ialah sebanyak RM100 iaitu (RM0.10 x 1000 unit). Jadi, nilai terkumpul pelaburan ahmad tetap pada RM1000. Tiada keuntungan pun sebenarnya.
Cuma, apa yang menjadi kelebihan kepada Ahmad ialah Ahmad dapat buat reinvestment menggunakan dividen yang diberikan pada harga yang lebih rendah. Menggunakan RM100 itu tadi, Ahmad akan mendapat sebanyak kira-kira 111 unit tambahan (RM100 bahagi RM0.90). Akhirnya, unit terkumpul pelaburan Ahmad ialah sebanyak 1111 unit pada harga RM0.90 iaitu masih pada RM 1000.
Namun, walaupun nilai pelaburan masih pada RM1000, tapi unit yang dipegang sudah berbeza. Jika sebelum dividen diagihkan Ahmad hanya mempunyai sebanyak 1000 unit, selepas dividen diagihkan Ahmad mempunyai sebanyak 1111 unit.
Kesan daripada ini ialah satu sen kenaikan harga dana selepas agihan dividen memberikan keuntungan yang lebih besar berbanding satu sen kenaikan sebelum agihan dividen. Iaitu bagi setiap satu(1) sen kenaikan sebelum tarikh agihan, Ahmad akan mendapat untung RM10 (RM0.01 x 1000 unit) walhal selepas tarikh tersebut, satu sen kenaikan memberikan untung sebanyak RM11.11 (RM0.01 x 1111 unit).
Bagaimanakah pula kalau dividen yang diberikan melebihi 10 sen? Jom kita andaikan dividen yang diagihkan sebanyak 15 sen. Dividen 15 sen seunit menghasilkan jumlah dividen sebanyak RM150 yang kemudian jika dibuat reinvestment pada harga RM0.85 memberikan tambahan unit sebanyak 176 unit (RM150 bahagi RM0.85). Unit terkumpul yang bakal dipegang Ahmad selepas agihan ialah sebanyak 1176 unit. Jadi, 1 sen kenaikan harga dana selepas agihan memberikan keuntungan sebanyak RM11.76.
Oleh yang demikian, semakin besar dividen yang diberikan memberikan kesan yang lebih besar kepada setiap satu sen kenaikan harga dana (NAV) selepas dari agihan dividen diberikan.Namun begitu, kesan ini tidak sahaja terhad kepada kenaikan harga dana. Ia juga tertakluk sama terhadap penurunan harga dana. Namun, apa yang hendak ditegaskan sekali lagi ialah dividen tidak memberi keuntungan secara nominal terhadap nilai pelaburan namun ianya memberi kesan terhadap keuntungan/kerugian hasil daripada pergerakan harga NAV selepas dari agihan dividen dilakukan dengan syarat pelabur melakukan reinvestment.
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Friday, 31 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita s...
-
Bismillah. Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas ...
-
Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM. ...
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...
Terima kasih atas blog post yg sabgat informatif ini. Saya banyak belajar dari blog awak
ReplyDeletesama-sama.. terima kasih kembali kerana sudi membaca tulisan saya.. =)
DeleteTerima kasih atas penjelasan dan contoh yang jelas.saya dalam perancangan untuk masuk melalui duit KWSP
ReplyDeletesama-sama.. kalau guna KWSP kena berhati-hati sikit sebab ada fund yang sebenarnya bagi return lagi rendah dari KWSP.. apapun, 8 ogos ni jangan lupa tukar akaun KWSP ke akaun KWSP islamik ye..
Delete