MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Wednesday, 30 May 2012

Berapa pula dividen public ittikal 2012?

Esok 31 Mei, biasanya public mutual akan mengisytiharkan dividen untuk beberapa dananya termasuklah Public Ittikal. Seperti tahun2 sebelumnya, diharapkan dividen bagi dana Public Ittikal bagi tahun ini masih lagi tinggi.

Pun begitu, saya dapat merasakan dividen bagi tahunan akan sedikit rendah berbanding tahun lepas, mungkin 6 sen seunit berbanding 8 sen pada 2 tahun sebelum ini. Walaupun terkenal sebagai dana yang memberikan pulangan dividen yang tinggi, prestasi bagi dana ini 2 tahun kebelakangan ini agak suram. Tengok sahajalah NAV dana ini, masih lagi berlegar pada RM0.82-RM0.85 seunit bagi tempoh yang cukup panjang.

Apa2 pun, kita tunggu sahajalah pengumumannya esok.

p/s: Nak tengok prestasi semasa public Ittikal, tekan sini. Terkejut juga sbnanya ni, rsenya dalam 2 minggu lepas check NAV nya RM0.82 seunit, cepat pula dia naik kepada RM0.85 seunit pada 29 Mei...

2 comments:

  1. salam, saudari UTC Public Mutual ke?

    ittikal ni mmg bagus...sape invest dr dulu lagi untung berbaloi2..ada takaful coverage lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya adalah saudara, bukan saudari.
      Saya juga bukan ejen unit trust. Tulisan ini masa saya mula-mula melabur dalam unit trust dan Public Ittikal adalah fund pertama yang saya invest.. tapi sekarang dah jual sebab nak pakai duit tu...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts