MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday 9 November 2012

Tukar screen laptop RM250 (Lowyat)

Setelah berapa lama menggunakan netbook dell dengan skrinnya yang pecah, akhirnya berkesempatan menukarnya dengan yang baru. Kebetulan ada housemate yang ingin ke Low Yat sabtu lepas, terus dikirimkan netbook ini untuk ditukar gantikan skrinnya.

Skrin netbook tersebut telah pecah agak lama. Kesannya agak teruk di mana hampir 1/3 bahagian di sebelah kiri skrin ini kabur. Memang kalau ada tulisan kat bahagian ini sukar dibaca. Tapi pelik. Kenapa baru sekarang tukar?

Masa.

Tiada kesempatan ke Low Yat (untuk dapat harga murah) dan kerana semester ini memang sibuk dengan tesis dan juga pelajaran subjek Actuarial yang banyak menggunakan komputer. Contohnya dalam Actuarial Model banyak simulation yang perlu dibuat menggunakan perisian Visual Basic beserta Microsoft Excel.

Sekarang, tiada lagi masalah. Skrin telah ditukar baru. Netbook kembali kepada sediakala.

RM250 pun telah bertukar tangan. Ianya untuk menukar skrin netbook yang lebarnya 11 inci ni. Kalau 14 inci yang standard biasa tu kalau tak silap dalam RM300. Mahal kan? Harga netbook Dell ini pun RM1250 sahaja semasa aku beli dahulu. Maksudnya, harga skrin sahaja sudah 20% dari harga sebuah netbook.

Ku bertepuk dahi memikirkan perkara ini.....

2 comments:

  1. Salam 1 malaysia. Saya Gigahertz dari selayang. Ada menawarkan khidmat membaiki dan membekalkan lcd laptop screen pada harga yang berpatutan. Anda boleh dapatkan pelbagai model dan size daripada saya antarannya 14.0slim led , 14.0 led , 10.1 led slim dan pelbagai model lagi. Screen saya 100% fit dan compatible dengan brand laptop seperti acer compaq dell asus lenovo.....setiap pemasangan dan perkhidmatan akan diberikan waranti 3 bulan

    berminat boleh hubungi saya di 0163149620 - Gigahertz. whatsapp atau sms pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perrhhh...hebatnye parents ekau bg nme Gigahertz kt ekau..mesti dorg ni peminat subjek fizik ni..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts