Fakta ringkas tentang pelaburan emas:
1) Emas telah mencatatkan keuntungan tahunan selama 12 tahun berturut-turut sebelum ini dengan jumlah pulangan sebanyak 515.4% (naik dari US$272.5 kepada US$1675.35) bagi tempoh tersebut, ataupun sebanyak 16.35% setahun. Namun, pada tahun ini sahaja, emas mencatatkan penurunan sebanyak 25.7% kepada US$1243.97 seauns dan ianya juga satu-satunya instrument pelaburan aset yang rugi pada tahun ini berbanding saham, bond, dan lain-lain.
2) Harga emas pernah merudum sebanyak 50% iaitu dari tahun 1974 hingga 1976 iaitu dari US$200 kepada US$100 seauns. Tetapi selepas itu, emas kembali melonjak kepada US$860 seauns pada tahun 1980, iaitu peningkatan melebihi 800%.
3) Dalam tempoh kejatuhan harga pasaran emas kebelakangan ini, Wall Street sebaliknya berada dalam keadaan 'bullish' bagi 56 bulan sudah dan prestasi ini jauh mengatasi keadaan pasaran yang 'bullish' pada tahun 2000 dan 2007 yang lepas.
4) Dalam keadaan pasaran emas yang tidak menentu ini, bank-bank pusat (central banks) telah secara konsisten menjadi net buyer kepada komoditi emas.
5) Lebihan emas di pasaran telah memuncak dan mencapai paras tertinggi sejak 2005 iaitu dengan jumlah sebanyak 289 tan emas. Ianya disokong oleh kenaikan tawaran sebanyak 3% y-o-y dan penurunan permintaan sebanyak 24% y-o-y.
6) Negara pengguna emas tertinggi dunia, India dijangka akan mengurangkan import emasnya kepada sekadar 73 tan emas pada suku keempat tahun ini di atas kawalan ketat dari Kerajaan India. Ini bakal menyaksikan negara China dengan mudahnya akan merampas kedudukan India sebagai negara pengguna emas tertinggi di dunia.
Pasaran emas tempatan:
1) Disebalik penurunan harga emas, minat belian kepada komoditi mewah ini masih tinggi dikalangan rakyat tempatan. Semasa keadaan memuncak, 35,000 pelabur telah melabur sebanyak hampir Rm10 billion dalam skim emas yang ditawarkan Genneva Malaysia Sdn Bhd tidak berapa lama dahulu yang sekarang telah pun diharamkan oleh Bank Negara Malaysia.
2) Jualan emas tahun ini juga meningkat berbanding tahun lepas. Menurut CEO Nusantara Bullion Exchange Sdn Bhd, hasil jualan emas syarikat tahun lepas adalah sebanyak RM42juta namun pada tahun ini sudah mencapai kepada RM73juta, iaitu hampir dua kali ganda jualan tahun lepas.
3) Menurut beliau lagi, harga sekarang sudah mendekati kos pengeluaran emas. Ini bermaksud harga emas sudah mendekati paras yang paling bawah penurunan harga dan telah ada beberapa syarikat pelombong emas yang terpaksa gulung tikar kerana sudah tidak mampu untuk menampung kos pengeluaran emas.
Ulasan:
1) Harga emas global jatuh kerana permintaan global kepada emas merudum. Hal ini kerana para pelabur terpaksa berpindah dari emas kepada aset pelaburan yang lain seperti saham kerana 'bullish factor' dalam pasaran saham. Mereka terpaksa mengikut trend ini bagi mengekalkan untung pelaburan mereka disamping bagi mendapatkan dividen dalam pelaburan saham berbanding pelaburan emas yang tidak menghasilkan sebarang pulangan.
2) Disebalik ketentuan pasaran, dan dengan kejatuhan harga emas yang mencecah hampir 1/3 dari harga tertinggi, pelabur emas sudah mula boleh mengintai peluang dan masa yang tepat untuk kembali masuk dalam pelaburan emas dari pelaburan saham. Saya percaya, seperti yang disebutkan tadi, penurunan harga emas sekarang adalah sekadar 'correction' yang panjang gara-gara permintaan yang melampau sewaktu masa puncak kenaikan harga emas.
3) Dengan pasaran saham yang sudah agak terlalu baik dan 'over-priced', pasaran saham bila-bila masa akan jatuh kembali mengikut kepada trend cyclic period dalam ekonomi. Ditambah lagi dengan indeks FBMKLCI sendiri pun sudah mencatatkan all-time new high dalam market siang tadi yang ditutup sekitar 1826.
p/s: Tulisan ini adalah terjemahan dan diedit daripada analisis daripada theedge malaysia.
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Friday, 6 December 2013
Monday, 25 November 2013
Siri Pengajian Sirah oleh Ustaz Rashidy Jamil
Bismillah
Alhamdulillah, hari ini saya selesai mengumpulkan video-video siri pengajian sirah oleh Ustaz Rashidy Jamil yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Video ini adalah hasil rakaman sepenuhnya oleh akaun Youtube Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), apa yang saya buat hanyalah mengumpulkan siri rakaman tersebut ke dalam satu playlist. Saya namakan playlist tersebut sebagai Pengajian Sirah dengan Ustaz Rashidy Jamil dan anda boleh klik disini untuk mainkan playlist tersebut. Insyaallah, sekiranya ada lagi siri pengajian sirah oleh Ustaz Rashidy di masjid tersebut, saya akan update dalam playlist tersebut.
Tujuan saya mengumpulkan video-video tersebut adalah kerana saya dapati bilangan views oleh penonton yang amat rendah, ditambah pula dengan bilangan video yang dimuat naik oleh akaun Youtube MSSAAS tersebut sangatlah banyak dengan siri kuliah dari ramai asatizah. Jadi, dengan adanya playlist tersebut, mudah-mudahan dapatlah pencinta ilmu lebih-lebih lagi kepada yang selalu mengikuti pengajian Ustaz Rashidy dapat mencari video-video tersebut dengan mudah.
Mudah-mudahan, dengan sedikit usaha ini membuahkan pencen kubur yang besar kepada saya kelak. Amin.

Sunday, 24 November 2013
"Terima kasih, Ustaz Ramadhan Fitri"
"Terima kasih, Ustaz!"
Itulah lafaz yang tak terluah dikala tadi aku meminta nasihat dari Ustaz Ramadhan Fitri.
Sebenarnya, banyak persoalan yang tersimpan di benakku. Ada yang aku dapat jawapannya, ada yang tidak. Ada yang aku catatkannya untuk ditanyakan kepada ustaz apabila tiba masanya, ada juga yang sekadar singgah di minda.
Banyak-banyak soalan itu, ada satu soalan yang betul-betul mengganggu fikiranku. "Ustaz, apa hukumnya bekerja di bank konvensional?"
Inilah antara soalan tipikal yang akan berlayar di fikiran pelajar aliran financial seperti kami lagi-lagi kami belajar sains aktuari. Suatu bidang yang cukup asing.
Soalan seperti itu bukannya tiada di internet. Google sahaja insyaallah dapatlah jawapannya. Dalam laman web UZAR sendiri pun ada. Tapi entah kenapa aku ingin sangat utarakan soalan ini kepada para asatizah.
Aku pun bukannya tiada peluang untuk bertanya kepada mereka sebelum ini. Banyak sahaja peluang untuk aku bertanya kepada asatizah termasuklah ketika Seminar Hala Tuju Kerjaya yang diadakan di UIA tak berapa lama dulu dan juga semasa Majlis Berbuka Puasa bersama asatizah Mursyid yang diadakan semasa bulan Ramadhan yang lepas di masjid di Taman Melati.
Namun, entah apa sebab selalu sahaja aku gagal untuk bertanyakan soalan itu. Tiap kali itu juga aku akan down. Lemahnya aku. Mungkin bagi orang lain tiada apa yang perlu dikesalkan, namun tidak bagi aku.
Walau apa pun, sebentar tadi sudah aku dapatkan nasihat daripada Ustaz Ramadhan Fitri. Mudah-mudahan nasihat tersebut dapat memandu aku untuk memberi jawapan kepada tawaran kerja dari sebuah syarikat kewangan yang tidak patuh syariah itu. Esok hari terakhir untuk beri jawapan. Adakah ini yang terbaik buatku? Wallahu aklam.
Usai nasihat dari Ustaz tadi, mungkin agaknya sebab gaya aku yang sedikit blurr, Ustaz terus pergi menyapa ahli jemaah masjid yang lain. Perbualan kami tergantung begitu sahaja tanpa sempat aku ucapkan terima kasih kepadanya.
"Terima kasih ustaz. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati ustaz sekeluarga. Tiada yang dapat aku balas, moga Allah membalasnya di akhirat. Amin!"

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita s...
-
Bismillah. Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas ...
-
Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM. ...
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...