"Terima kasih, Ustaz!"
Itulah lafaz yang tak terluah dikala tadi aku meminta nasihat dari Ustaz Ramadhan Fitri.
Sebenarnya, banyak persoalan yang tersimpan di benakku. Ada yang aku dapat jawapannya, ada yang tidak. Ada yang aku catatkannya untuk ditanyakan kepada ustaz apabila tiba masanya, ada juga yang sekadar singgah di minda.
Banyak-banyak soalan itu, ada satu soalan yang betul-betul mengganggu fikiranku. "Ustaz, apa hukumnya bekerja di bank konvensional?"
Inilah antara soalan tipikal yang akan berlayar di fikiran pelajar aliran financial seperti kami lagi-lagi kami belajar sains aktuari. Suatu bidang yang cukup asing.
Soalan seperti itu bukannya tiada di internet. Google sahaja insyaallah dapatlah jawapannya. Dalam laman web UZAR sendiri pun ada. Tapi entah kenapa aku ingin sangat utarakan soalan ini kepada para asatizah.
Aku pun bukannya tiada peluang untuk bertanya kepada mereka sebelum ini. Banyak sahaja peluang untuk aku bertanya kepada asatizah termasuklah ketika Seminar Hala Tuju Kerjaya yang diadakan di UIA tak berapa lama dulu dan juga semasa Majlis Berbuka Puasa bersama asatizah Mursyid yang diadakan semasa bulan Ramadhan yang lepas di masjid di Taman Melati.
Namun, entah apa sebab selalu sahaja aku gagal untuk bertanyakan soalan itu. Tiap kali itu juga aku akan down. Lemahnya aku. Mungkin bagi orang lain tiada apa yang perlu dikesalkan, namun tidak bagi aku.
Walau apa pun, sebentar tadi sudah aku dapatkan nasihat daripada Ustaz Ramadhan Fitri. Mudah-mudahan nasihat tersebut dapat memandu aku untuk memberi jawapan kepada tawaran kerja dari sebuah syarikat kewangan yang tidak patuh syariah itu. Esok hari terakhir untuk beri jawapan. Adakah ini yang terbaik buatku? Wallahu aklam.
Usai nasihat dari Ustaz tadi, mungkin agaknya sebab gaya aku yang sedikit blurr, Ustaz terus pergi menyapa ahli jemaah masjid yang lain. Perbualan kami tergantung begitu sahaja tanpa sempat aku ucapkan terima kasih kepadanya.
"Terima kasih ustaz. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati ustaz sekeluarga. Tiada yang dapat aku balas, moga Allah membalasnya di akhirat. Amin!"
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Sunday, 24 November 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita s...
-
Bismillah. Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas ...
-
Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM. ...
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...
No comments:
Post a Comment