Sekarang aku ada kelas hampir setiap hari. Betapa besarnya nikmat belajar. Aku suka belajar. Cuma yang dikesali ialah aku tak punya kekuatan untuk mengingati segala ilmu yang dipelajari. Sebab itu aku akan cuba kongsikan dalam blog ini ilmu yang dipelajari untuk aku rakamkan segala ilmu setakat yang termampu.
Antara point yang menarik dalam kelas 20 Feb ialah:
1) Market cap bagi bond/sukuk sangat besar berbanding equity market. Rationya lebih kurang 90:10. Ini adalah merujuk kepada market cap bagi sukuk/bond yang dilancarkan setiap tahun berbanding market cap bagi IPO setiap tahun. Patutlah sebelum ini Umair cakap specialist dalam sukuk dibayar gaji sangat mahal, tak hairan sebab bilangan specialist yang sedikit berbanding market cap yang besar. Cuba bayangkan suatu sukuk yang dilancarkan sebanyak RM500 juta, manakala bond issuer advisor dibayar sebanyak hanya 1%, ini bermakna advisor tersebut mendapat hasil sebanyak hampir RM500k bagi satu sukuk yang diterbitkan. Mr Ooi ada sebutkan bahawa ada satu syarikat yang specialist dalam advisory penerbitan bond/sukuk ni biasanya hanya menggunakan khidmat satu pasukan pekerja yang hanya memegang CFA level 1, tapi sudah mampu menjana hasil yang sangat besar kepada syarikat. Sebelum ini aku pernah dengar Corporate Finance yang terlibat dalam IPO pun sudah bergaji besar, ini apakan pula yang bekerja dalam Debt Capital Market. $$$. Duit... Duit... Apapun, sebagai muslim, duit bukanlah segalanya, Allah itulah yang utama. Itulah selalu aku nasihatkan diriku yang sangat gilakan duit ini. Pahrol Juoi pun ada menyebut, "tak salah menjadi kaya asalkan kekayaan itu tidak menjadikan orang lain menjadi sangat miskin". Insyaallah akan aku pegang kata-kata ini.
2) Ringkasnya, bond ialah satu sijil yang memberikan pulangan tetap kepada pelabur secara tahunan dan pulangan balik modal apabila sijil sudah matang. Pulangan itu disebut coupon rate. Modal itu dipanggil principal value atau face value atau par value.
3) Biasanya, pihak yang akan isu bond ialah kerajaan, syarikat korporat dan juga personal bond. Biasanya pulangan tetap bond adalah bergantung kepada credit rating pihak penerbit yang biasa ditentukan oleh RAM agency ataupun MARC. Lagi baik credit rating bermaksud lagi rendah coupon rate yang akan diberikan kerana pihak penerbit ini dikira rendah risiko untuk default iaitu untuk tidak mampu memulangkan face value kepada pelabur. Sebaliknya, sekiranya credit rating rendah, issuer adalah sangat tinggi risiko maka hendaklah issuer membayar coupon yang tingggi kepada pelabur.
4) Di Malaysia, sekiranya issuer dikira sebagai credit rating yang rendah, dia masih boleh menerbitkan bond atau sukuk dengan credit rating yang tinggi dengan berurusan dengan DanaJamin. Semua bond yang diterbitkan secara bersama dengan DanaJamin diberi gred AAA, lantas mengurangkan kos kepada penerbit kerana coupon rate yang rendah yang perlu dibayar kepada pelabur, namun penerbit akan dikenakan fee yang perlu dibayar kepada Dana Jamin.
5) Bon ada yang bayar fixed coupon rate dan ada yang bayar floating rate. Sekiranya interest rate sesebuah negara dijangka akan naik, sebagai pelabur, yang manakah yang anda pilih? Fixed rate or floating rate. Sekiranya interest rate naik, coupon rate bagi floating bon juga akan naik, maka jika anda memilih fixed bon, anda akan rugi.
6) Coupon rate dengan yield rate berbeza. Walaupun bond tersebut membayar RM50 setahun( assume coupon rate 5% for a RM1000 face value bond), yield rate anda tak semestinya 5%. Yield rate anda akan bergantung kepada berapa harga beli bon tersebut, kerana harga bon pun ada turun naiknya bergantung kepada interest rate. Sekiranya interest rate naik, harga bon akan turun lantas akan menaikkan yield rate anda. Contoh, anda beli pada harga RM950 dan pada masa bon matang, anda dibayar RM1050( RM50 dividen + Rm1000 par value), maka yield rate anda ialah RM100/RM950(10.9%). Sekiranya anda beli pada RM1000, maka yield anda ialah 5%(RM50/RM1000).
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Monday, 20 January 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita s...
-
Bismillah. Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas ...
-
Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM. ...
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...
Thanks for sharing.
ReplyDeleteI thought yield rate is only 5.26% dan bukannya 10.9% sebab ianya dikira (RM50/RM950)*100
My assumption is one year bond. thus, i just use simple logic that his profit will be RM50 for dividend plus another RM50 for capital gain. Actually i dont really know and you might be correct as well since the yield rate wont be too far from its coupon rate isn't it? never mind, i'll try to ask tomorrow.. hehe.. btw, thanks for commenting...
Delete