MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Wednesday 5 June 2013

Macam mana nak tahu status syariah compliance IPO?

Bismillah.

Dalam pelaburan saham, faktor yang paling penting untuk diberi perhatian oleh pelabur muslim tentulah status syariah compliance sesuatu syarikat yang ingin dilaburkan. Tentunya kita tidak mahu rezeki yang kita dapat adalah dari sumber yang haram. Alhamdulillah, dengan kewujudan dan usaha Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, para pelabur di Malaysia boleh mengetahui sama ada satu-satu syarikat itu patuh syariah atau tidak dengan senang.

Buat pengetahuan semua juga, senarai terbaru untuk saham patuh syariah dan yang telah patuh syariah tapi dikategorikan semula sebagai tidak patuh syariah telah dikeluarkan oleh SC 31 Mei 2013 yang lepas. Anda boleh ke link ini untuk menyemak status saham yang anda pegang. 2013 List of Syariah Compliant Securities.

Itu boleh dikatakan very straight forward. Cukup senang. Namun, bagaimana pula untuk mengetahui status patuh syariah bagi IPO? Hal ini kerana kebiasaannya untuk mengetahui status patuh syariah sesuatu syarikat itu mengambil masa yang agak lama dan boleh memakan masa selama beberapa bulan. Maksud saya, pengumuman yang dibuat oleh SC tentang status ini kebiasaannya adalah selepas daripada tarikh penyenaraian IPO tersebut.

Perkara ini akhirnya merumitkan pelabur Muslim memandangkan IPO merupakan salah satu kaedah yang popular untuk mendapat untung dari pelaburan lebih-lebih lagi jika yang disenaraikan itu adalah syarikat yang mempunyai prestasi yang bagus.

Menurut blogger kewangan pakdi, panduan untuk mengetahui status patuh syariah IPO antara lain ialah dengan:
i) Membuat penyelidikan ke atas prospektus IPO tersebut  yang mungkin ada disebutkan di dalam prospektus tersebut perihal syariah compliance. Prospektus IPO ini biasanya tidaklah begitu sukar untuk mendapatkannya kerana pelabur boleh mendapatkannya secara online sahaja.
ii) Sekiranya tidak dinyatakan di dalam prospektus tersebut, pelabur boleh merujuk kepada syarikat broker seperti BIMBSEC.
iii) Kalau masih tidak pasti juga, beliau menyarankan pelabur untuk menangguhkan dahulu untuk melabur dalam IPO tersebut.

Sebagai tambahan, untuk mendapatkan status syariah IPO daripada BIMBSEC, anda boleh terus lawati page facebook BIMBSEC. Berikut antara screenshot yang saya dapati berkenaan pengumuman mengenai status syariah IPO:




Sebenarnya, inilah pertama kali saya menyedari kewujudan BIMBSEC ini. Kebiasaannya saya lebih familiar dengan OSK188, Jupiter, Maybank, Kenanga Investment dan lain-lain. Sebelum ini pernah juga terfikir tiadakah stockbroker yang beroperasi secara Islamik, yang boleh memandu pelanggannya untuk melabur secara halal. Bukanlah maksud untuk merendahkan stockbroker lain, tetapi andai wujud stockbroker yang mengambil berat akan bagaimana pelaburnya boleh melabur secara halal dan beretika, kan bagus? 

Yang menyedihkan ialah tidak ramai yang menyedari kewujudan mereka, apatah lagi melanggan khidmat nasihat dari mereka. Page facebook mereka pun mempunyai berapa kerat sahaja liker. Cukup sadis, bukan?


4 comments:

  1. boleh tunjuk kan cara untuk check samada pelaburan tu tersenarai atau tidak sbb jenuh saya search dlm sruhanjaya sekuriti tu tpi tada nama pelaburan yang sy cari sdangkan mereka beritahu pelaburan itu patuh syariah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rujuk kat sini untuk syarikat yang sudah tersenarai.. kalau IPO belum masuk tau.. https://www.sc.com.my/data-statistics/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council/

      Delete
    2. saya tau tentang list itu.. sudah download byk kali.. cuma saya tak tahu apa yg perlu di semak dalam list tu..
      contoh nya AHB - Amanah hartanah berhad,
      Fund Manager - Maybank Asset Management Sdn. Bhd.
      Trustee - AmanahRaya Trustees Berhad

      tak stu pon term yg saya jumpa dlm list sc.. sedangkan dalam fund sheet AHB ada beritahu tentang shariah compliance.. bagaimana nak tau apa sekuriti untuk stiap fund.. dimana perlu saya cari.. n bole tuan beri stu contoh? nama fund n nama sekuriti yg bertanggungjawab?

      Delete
    3. saya rasa incik wan konfius ni.. begini, dalam list tu ada senarai syarikat yang patuh syariah.. AHB pula adalah unit saham yang berasaskan kepada pelaburan hartanah, bukan pelaburan saham syarikat. maksudnya, duit yang incik wan laburkan itu tidak digunakan untuk pelaburan saham, sebaliknya pelaburan hartanah. maka memanglah incik wan tak jumpa sekuriti saham dalam fund AHB.. contoh fund yang melabur dalam saham pula adalah seperti Kenanga syariah growth Fund.. saya ada cerita serba sedikit dalam post saya ini http://inifikrahku.blogspot.my/2016/08/laporan-terkini-prestasi-kenanga.html... kalau incik wan boleh dapatkan prospectus fund ni, dalam tu ada senarai saham-saham yang dibeli oleh pengurus dana tersebut dan kesemuanya adalah patuh syariah seperti yang terkandung dalam senarai SC di atas.. harap maklum.. hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts