Bismillah.
Setelah mula membiasakan diri membaca al-Quran melalui apps dalam smartphone, tiba-tiba hati terfikir ada tak aplikasi untuk Al-Mathurat. Anda tahu ke Al-Mathurat itu apa? Rasanya kalau anda masa sekolah dahulu tinggal di asrama tentu sahaja anda biasa membaca al-Mathurat, bukan? Al-Mathurat ini ialah himpunan doa-doa yang ma'thur iaitu sahih daripada Rasulullah S.A.W yang dikumpulkan oleh As-Syahid Imam Hassan al-banna. Doa-doa yang dikumpulkan ini sangat elok untuk dijadikan zikir pada waktu pagi dan petang.
Setelah membuat carian dalam Google Play, terdapat beberapa apps telah dihasilkan oleh developer-developer walaupun tidaklah begitu banyak. Namun agak menyedihkan kerana hanya apps yang ketiga yang diinstall dalam smartphone saya yang berfungsi dengan baik. Lagi dua tu tak berfungsi. That apps which work for my smartphone is Al-Mathurrat Bersama Ustaz Don. Alhamdulillah, at last I found one that compatible with my smartphone.
Apa yang menarik dalam aplikasi ini ialah user interface yang menarik dan simple, bagi tiap-tiap ayat dan doa juga disediakan maknanya sekali. Tak kurang juga ada disediakan 'play button' yang disediakan di sudut atas sebelah kanan yang membolehkan anda mendengar sekali bacaan-bacaan ayat dan doa tersebut. Tak pasti pula kalau-kalau bacaan tersebut dibacakan oleh Ustaz Don. Namun, ianya pasti dapat membantu sesiapa yang kurang lancar bacaannya untuk mengikuti bacaan yang dimainkan itu serentak. Tak kurang juga bagi yang selalu membaca alMathurat secara berjemaah, membaca wirid ini serentak dengan mp3 yang disediakan itu setidaknya membawa mood untuk anda disamping menjaga bacaan anda juga. Tidaklah nanti tersalah baca.
Sekian.
p/s: Mudah-mudahan dapat istiqamah membaca alMathurat tiap-tiap hari. Amin
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Monday, 3 June 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita s...
-
Bismillah. Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas ...
-
Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM. ...
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...
No comments:
Post a Comment