MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Sunday 9 June 2013

Aplikasi Android: Halal

Bismillah.

Aplikasi "Halal" ini adalah satu lagi inovasi teknologi yang cukup bagus untuk kemudahan umat Islam. Dibangunkan secara bersama oleh  Halal Industry Development Corporation (HDC) dan MSCMS Sdn BHD, aplikasi ini membolehkan anda untuk mengetahui lokasi kedai dan restoran yang menawarkan makanan halal yang disahkan oleh JAKIM.

Aplikasi ini berupaya untuk mengesan lokasi premis sejauh 20km radius daripada lokasi pengguna. Selain itu, ia juga dilengkapkan dengan suatu sistem pemantauan yang membenarkan pengguna untuk memberikan rating terhadap tahap kebersihan dan kemudahan premis tersebut sekaligus menjadi 'penguatkuasa' yang mengawasi kualiti servis yang disediakan kepada pelanggan premis tersebut.

Berikut adalah screenshot daripada aplikasi tersebut.



   



 Pada saya, apps ini bolehlah dikatakan sebagai aplikasi wajib milik bagi orang Islam lebih-lebih lagi bagi yang bekerja dan menetap di warga kota. Sepanjang pemerhatian saya semasa menjalani latihan industri di Kuala Lumpur baru-baru ini, menjadi trend untuk pekerja muslim untuk keluar lunch bersama dengan teman sepejabat atau satu jabatan termasuk yang bukan Islam.

Itu sudah tentunya perkara yang baik untuk menguatkan semangat team-work mereka namun halal haram makanan itu mestilah dititikberatkan (pesanan untuk diri sendiri). Menggunakan aplikasi, diharapkan ia memudahkan anda mengenal pasti lokasi premis yang ingin dipilih itu betul-betul halal atau tidak.

Usaha mewujudkan aplikasi sebegini juga amat baik dan sangat besar pahalanya disisi Allah. Moga-moga lebih ramai developer apps muslim mampu membangunkan lebih banyak aplikasi-aplikasi sebegini yang menyumbang kepada pembangunan agama.

Untuk mendapatkan apps ini, kunjungi link ini. Halal HDC.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts