MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Saturday, 15 June 2013

Alhamdulillah, selamat...

Bismillah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memanjangkan umur ibu saya. Baru-baru ini ibu saya mengadu kepada ayah saya yang dia didatangi darah haid. Perkara ini cukup membimbangkan ayah kerana ibu sudah 2 tahun tidak period. Gusar dengan perkara ini, ayah bertanyakan anak sulongnya yang bertugas sebagai doktor di Hospital Kota Bharu tentang perkara ini. 

Abang mengesyorkan untuk dirujuk sahaja ke hospital kerana keadaan ini tidak normal. Terbukti, setelah dilakukan pemeriksaan, ibu mengidap CIN tahap 4 (menurut ayah), yang sekiranya berada di tahap 5 ia merupakan kanser tahap 1. Lalu, antara mahu dan tak mahu, takut dan perasaan yang bercampur baur, setelah diyakinkan ayah barulah ibu setuju untuk menjalani pembedahan mengeluarkan peranakannya (ovary dsb).

Kini, ibu telah pun selamat menjalani pembedahan dan sedang cuti berehat di rumah selama 2 bulan. Syukur sangat-sangat kerana penyakit ibu berjaya dikesan diperingkat awal sebelum berlarutan menjadi penyakit barah kanser. Sudah menjadi kes biasa dimana ramai yang tidak menyedari mereka mengidap kanser dan akibat terlalu lambat mengesan penyakit ini, pesakit akhirnya meninggal dunia.

 Sukarnya ia dikesan adalah kerana selalunya tiada tanda-tanda sakit akan dialami oleh pesakit semasa diperingkat awal penyakit. Biasanya pesakit hanya sedar akan penyakit ini apabila kanser sudah pun berada di peringkat kritikal. Namun, apabila sudah berada di peringkat ini, tidak banyak yang mampu diikhtiarkan oleh kita walaupun masih ada pesakit yang jiwanya kental dan diberi keizinan oleh Allah umurnya panjang.

Begitulah hidup ini. Memikirkan perkara yang sedemikian, hati berasa sebak sekiranya ibu akan pergi menemui rabbul Jalil buat selamanya. Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah perasaanku di waktu itu. Namun tiada kata-kata yang bisa menguatkan hati ini melainkan "Allah jualah yang telah merancang segala perjalanan hidup hambanya. Maka serahkanlah hidupmu kepadaNYA bulat-bulat, hidupmu pasti tenang. Kita sebagai hambanya tiada daya upaya melainkan semuanya dibawah aturanNYA semuanya. Segala aturan itu telah pun ditulis dan ditetapkan di luh Mahfuz, tiada apa lagi untuk dikesalkan dan mahu dirisaukan. Dakwat-dakwat yang menulis takdir insan semuanya telah kering, maka turutilah ia dan terimalah ia seredha mungkin." 

Demikianlah mungkin kata-kata yang aku sendiri coretkan buat diriku. Memahami bahawa hidup ini dipenuhi ranjau berliku, setiap kali jika ditimpa musibah pada , aku harap diriku akan cepat-cepat mengingati kata ini. Semoga Allah mnguatkan diriku. Amin.

Begitulah tazkirah kematian buat diriku hari ini. Perkara ini nyata telah menyedarkan aku bahawa aku semakin cintakan dunia. Bila mana aku cuba membayangkan diriku, meletakkan diriku dalam keadaan diri semakin hampir dengan kematian, kematian yang semakin dekat dan semakin dekat kepada diriku tanpa aku sedarinya, kecintaan kepada dunia menyebabkan diriku terasa aku begitu sayang meninggalkan dunia. Sedih. Astaghfirullah. 

 Maka nyatalah aku telah mencintai dunia. Ya Allah, engkau telah mengaturkan segalanya, maka ampunkanlah aku sekiranya aku melupakanMU, melupakan bahawa Engkau telah mengaturkan segalanya buatku dan aku milikMU.

catatan Ahad 
16 Jun 2013
11.39 pagi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts