MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday, 28 June 2013

Bagaimana nak print screen Ninetology Stealth 1 (i7520)

Bismillah

Setelah hampir dua bulan menggunakan smartphone Ninetology Stealth 1 yang tak berapa famous tu, baru hari ini saya terjawab persoalan saya tentang bagaimanakah untuk buat printscreen menggunakan henset ni. 
Stealth 1 Hitam


Stealth 1 Putih 

Thanks to forum Ninetology Stealth 1 di Lowyat.net, finally i found out the way how to make a screenshot from my smartphone. If that smartphone couldn't be able to make a screen shot, i don't think it is "smart" anymore. Very ridiculous. Haha.

Jadi, bagaimanakah caranya?

Simple!

Hanya tekan "Volume Down" dan "Power button" secara serentak lebih kurang dalam 1 saat. 
Try lah, dapat tak?

By the way, this is the pictures that i captured using the screenshot on my phone.


Kalau perasan dalam screen shot tu, ada dua aplikasi yang telah saya sebutkan dalam post terdahulu yang saya amat syorkan kepada semua muslim untuk milikinya di dalam smartphone masing-masing; iaitu Al-Mathurat dan Halal Apps. Alhamdulillah setakat ini Allah masih lagi memberikan hidayah kepada saya untuk masih lagi melazimi membaca Al-Mathurat dan al-Quran tersebut. Namun aplikasi Halal itu agak jarang saya gunakan kerana sekarang saya masih belum mendapat apa-apa pekerjaan. Masih menganggur. Sedih, kan?

Sekadar itu dahulu. Lain kali saya kongsikan lagi yer, memandangkan saya pun masih banyak yang belum saya explore ni.

Salam.





Saturday, 15 June 2013

Alhamdulillah, selamat...

Bismillah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memanjangkan umur ibu saya. Baru-baru ini ibu saya mengadu kepada ayah saya yang dia didatangi darah haid. Perkara ini cukup membimbangkan ayah kerana ibu sudah 2 tahun tidak period. Gusar dengan perkara ini, ayah bertanyakan anak sulongnya yang bertugas sebagai doktor di Hospital Kota Bharu tentang perkara ini. 

Abang mengesyorkan untuk dirujuk sahaja ke hospital kerana keadaan ini tidak normal. Terbukti, setelah dilakukan pemeriksaan, ibu mengidap CIN tahap 4 (menurut ayah), yang sekiranya berada di tahap 5 ia merupakan kanser tahap 1. Lalu, antara mahu dan tak mahu, takut dan perasaan yang bercampur baur, setelah diyakinkan ayah barulah ibu setuju untuk menjalani pembedahan mengeluarkan peranakannya (ovary dsb).

Kini, ibu telah pun selamat menjalani pembedahan dan sedang cuti berehat di rumah selama 2 bulan. Syukur sangat-sangat kerana penyakit ibu berjaya dikesan diperingkat awal sebelum berlarutan menjadi penyakit barah kanser. Sudah menjadi kes biasa dimana ramai yang tidak menyedari mereka mengidap kanser dan akibat terlalu lambat mengesan penyakit ini, pesakit akhirnya meninggal dunia.

 Sukarnya ia dikesan adalah kerana selalunya tiada tanda-tanda sakit akan dialami oleh pesakit semasa diperingkat awal penyakit. Biasanya pesakit hanya sedar akan penyakit ini apabila kanser sudah pun berada di peringkat kritikal. Namun, apabila sudah berada di peringkat ini, tidak banyak yang mampu diikhtiarkan oleh kita walaupun masih ada pesakit yang jiwanya kental dan diberi keizinan oleh Allah umurnya panjang.

Begitulah hidup ini. Memikirkan perkara yang sedemikian, hati berasa sebak sekiranya ibu akan pergi menemui rabbul Jalil buat selamanya. Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah perasaanku di waktu itu. Namun tiada kata-kata yang bisa menguatkan hati ini melainkan "Allah jualah yang telah merancang segala perjalanan hidup hambanya. Maka serahkanlah hidupmu kepadaNYA bulat-bulat, hidupmu pasti tenang. Kita sebagai hambanya tiada daya upaya melainkan semuanya dibawah aturanNYA semuanya. Segala aturan itu telah pun ditulis dan ditetapkan di luh Mahfuz, tiada apa lagi untuk dikesalkan dan mahu dirisaukan. Dakwat-dakwat yang menulis takdir insan semuanya telah kering, maka turutilah ia dan terimalah ia seredha mungkin." 

Demikianlah mungkin kata-kata yang aku sendiri coretkan buat diriku. Memahami bahawa hidup ini dipenuhi ranjau berliku, setiap kali jika ditimpa musibah pada , aku harap diriku akan cepat-cepat mengingati kata ini. Semoga Allah mnguatkan diriku. Amin.

Begitulah tazkirah kematian buat diriku hari ini. Perkara ini nyata telah menyedarkan aku bahawa aku semakin cintakan dunia. Bila mana aku cuba membayangkan diriku, meletakkan diriku dalam keadaan diri semakin hampir dengan kematian, kematian yang semakin dekat dan semakin dekat kepada diriku tanpa aku sedarinya, kecintaan kepada dunia menyebabkan diriku terasa aku begitu sayang meninggalkan dunia. Sedih. Astaghfirullah. 

 Maka nyatalah aku telah mencintai dunia. Ya Allah, engkau telah mengaturkan segalanya, maka ampunkanlah aku sekiranya aku melupakanMU, melupakan bahawa Engkau telah mengaturkan segalanya buatku dan aku milikMU.

catatan Ahad 
16 Jun 2013
11.39 pagi

Monday, 10 June 2013

Hadiah selamat tinggal

Terima kasih kepada sanggarilhamkreatif di atas tutorial membalut hadiah yang ditulis maka dapatlah saya menyiapkan bungkusan hadiah ini.




Walaupun tak lah berapa special atau cantik sangat saya bungkus ni, tapi ia betul-betul sangat susah. Maklumlah, kalau perempuan kerja-kerja macam ni tentu senang saja. Bagi kami ni memang sejam jugaklah nak bungkus benda yang simple gini.

Anyway ini adalah hadiah kepada supervisor latihan industri saya. Moga-moga beliau sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah selalu.

Sunday, 9 June 2013

Aplikasi Android: Halal

Bismillah.

Aplikasi "Halal" ini adalah satu lagi inovasi teknologi yang cukup bagus untuk kemudahan umat Islam. Dibangunkan secara bersama oleh  Halal Industry Development Corporation (HDC) dan MSCMS Sdn BHD, aplikasi ini membolehkan anda untuk mengetahui lokasi kedai dan restoran yang menawarkan makanan halal yang disahkan oleh JAKIM.

Aplikasi ini berupaya untuk mengesan lokasi premis sejauh 20km radius daripada lokasi pengguna. Selain itu, ia juga dilengkapkan dengan suatu sistem pemantauan yang membenarkan pengguna untuk memberikan rating terhadap tahap kebersihan dan kemudahan premis tersebut sekaligus menjadi 'penguatkuasa' yang mengawasi kualiti servis yang disediakan kepada pelanggan premis tersebut.

Berikut adalah screenshot daripada aplikasi tersebut.



   



 Pada saya, apps ini bolehlah dikatakan sebagai aplikasi wajib milik bagi orang Islam lebih-lebih lagi bagi yang bekerja dan menetap di warga kota. Sepanjang pemerhatian saya semasa menjalani latihan industri di Kuala Lumpur baru-baru ini, menjadi trend untuk pekerja muslim untuk keluar lunch bersama dengan teman sepejabat atau satu jabatan termasuk yang bukan Islam.

Itu sudah tentunya perkara yang baik untuk menguatkan semangat team-work mereka namun halal haram makanan itu mestilah dititikberatkan (pesanan untuk diri sendiri). Menggunakan aplikasi, diharapkan ia memudahkan anda mengenal pasti lokasi premis yang ingin dipilih itu betul-betul halal atau tidak.

Usaha mewujudkan aplikasi sebegini juga amat baik dan sangat besar pahalanya disisi Allah. Moga-moga lebih ramai developer apps muslim mampu membangunkan lebih banyak aplikasi-aplikasi sebegini yang menyumbang kepada pembangunan agama.

Untuk mendapatkan apps ini, kunjungi link ini. Halal HDC.

Saturday, 8 June 2013

Pertama kali dapat emel dari pembaca


Bismillah.

Ini kali pertama mendapat emel dari pembaca blog. Emelnya datang jauh dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu dari Pasir Puteh. Beliau ada bertanyakan tentang perihal unit trust Public mutual yang telah beliau laburkan sejak 8 tahun dulu tetapi beliau langsung tidak tahu tentang apa yang beliau laburkan. Ilmu selok belok pelaburannya sangat sedikit.

Dia juga ada menyatakan sedikit rasa terkilan beliau terhadap para ejen (ejen beliau la kot) yang hanya menunggu komisyen hasil sales yang dilakukan, tanpa ada sedikit guidance atau bimbingan terhadap clientnya. 

Sesungguhnya saya pun tidak tahu apa sebenarnya dan sejauh mana skop kerja consultant unit trust ni. Tapi apa yang pasti sekiranya benar anda adalah seorang konsultan yang komited dan berdedikasi, anda pasti tidak akan lepas tangan terhadap client yang melabur dengan anda. 

Tambahan lagi, bukankah dengan sentiasa keep-in-touch dengan pelabur dan memberikan sedikit bimbingan dan ilmu kepada pelabur menjadikan anda semakin dipercayai oleh customer sekaligus meningkatkan imej anda dalam bidang tersebut? Pendek kata, buat kerja bersungguh-sungguh itukan baik kepada anda juga.

Mungkin nasib beliau tidak begitu baik untuk ditemukan dengan konsultan yang hanya bekerja bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Setahu saya juga, sekiranya anda semasa mula-mula melabur dahulu anda terus melabur di cawangan Public Mutual (PM), anda akan diserahkan kepada mana-mana konsultan secara rawak.



Saya rasa ini adalah agak kurang bagus jika dibandingkan dengan anda melabur dengan konsultan yang anda kenali, baik ejen tersebut adalah sahabat anda mahupun saudara mara anda sendiri. Hal ini kerana anda sekurang-kurangnya dapat sedikit pengetahuan berkenaan latar belakang penasihat kewangan anda tu, sama ada dia betul-betul orang yang menjaga clientnya atau sebaliknya.Saya rasa ramai sahaja ejen unit trust sekarang ni, lebih-lebih lagi Public Mutual. Tak susah untuk mencari mereka yang disekeliling anda yang menjadi ejen PM.

Erm, sekadar ini sajalah celoteh hari ini. Panjang pula ya. Cakap macamlah kau tu ejen unit trust, suka hati saja nak menasihat orang lain. Hehe. Sekiranya anda berfikiran sedemikian, terpulanglah. Ianya tidaklah memberi kemudharatan kepada saya apatah lagi kebaikan kepada saya. 

Ataupun, mungkin saja saya perlu menjadi ejen unit trust selepas ini? Cuba tengok kau buat tak apa yang kau cakap. Haha. Memang pedas juga. Nak buat ni pun susah jugak kan.

Sekian.




Wednesday, 5 June 2013

IPO Leon Fuat Bhd patuh syariah

Berikut merupakan screenshot daripada facebook BIMBSEC berkenaan status syariah IPO Leon Fuat yang baru sahaja disenaraikan hari ini.



Dalam screenshot diatas, dinyatakan bahawa Leon Fuat adalah patuh syariah sehinggalah SC mengeluarkan senarai terkini sekuriti yang patuh syariah.

Macam mana nak tahu status syariah compliance IPO?

Bismillah.

Dalam pelaburan saham, faktor yang paling penting untuk diberi perhatian oleh pelabur muslim tentulah status syariah compliance sesuatu syarikat yang ingin dilaburkan. Tentunya kita tidak mahu rezeki yang kita dapat adalah dari sumber yang haram. Alhamdulillah, dengan kewujudan dan usaha Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, para pelabur di Malaysia boleh mengetahui sama ada satu-satu syarikat itu patuh syariah atau tidak dengan senang.

Buat pengetahuan semua juga, senarai terbaru untuk saham patuh syariah dan yang telah patuh syariah tapi dikategorikan semula sebagai tidak patuh syariah telah dikeluarkan oleh SC 31 Mei 2013 yang lepas. Anda boleh ke link ini untuk menyemak status saham yang anda pegang. 2013 List of Syariah Compliant Securities.

Itu boleh dikatakan very straight forward. Cukup senang. Namun, bagaimana pula untuk mengetahui status patuh syariah bagi IPO? Hal ini kerana kebiasaannya untuk mengetahui status patuh syariah sesuatu syarikat itu mengambil masa yang agak lama dan boleh memakan masa selama beberapa bulan. Maksud saya, pengumuman yang dibuat oleh SC tentang status ini kebiasaannya adalah selepas daripada tarikh penyenaraian IPO tersebut.

Perkara ini akhirnya merumitkan pelabur Muslim memandangkan IPO merupakan salah satu kaedah yang popular untuk mendapat untung dari pelaburan lebih-lebih lagi jika yang disenaraikan itu adalah syarikat yang mempunyai prestasi yang bagus.

Menurut blogger kewangan pakdi, panduan untuk mengetahui status patuh syariah IPO antara lain ialah dengan:
i) Membuat penyelidikan ke atas prospektus IPO tersebut  yang mungkin ada disebutkan di dalam prospektus tersebut perihal syariah compliance. Prospektus IPO ini biasanya tidaklah begitu sukar untuk mendapatkannya kerana pelabur boleh mendapatkannya secara online sahaja.
ii) Sekiranya tidak dinyatakan di dalam prospektus tersebut, pelabur boleh merujuk kepada syarikat broker seperti BIMBSEC.
iii) Kalau masih tidak pasti juga, beliau menyarankan pelabur untuk menangguhkan dahulu untuk melabur dalam IPO tersebut.

Sebagai tambahan, untuk mendapatkan status syariah IPO daripada BIMBSEC, anda boleh terus lawati page facebook BIMBSEC. Berikut antara screenshot yang saya dapati berkenaan pengumuman mengenai status syariah IPO:




Sebenarnya, inilah pertama kali saya menyedari kewujudan BIMBSEC ini. Kebiasaannya saya lebih familiar dengan OSK188, Jupiter, Maybank, Kenanga Investment dan lain-lain. Sebelum ini pernah juga terfikir tiadakah stockbroker yang beroperasi secara Islamik, yang boleh memandu pelanggannya untuk melabur secara halal. Bukanlah maksud untuk merendahkan stockbroker lain, tetapi andai wujud stockbroker yang mengambil berat akan bagaimana pelaburnya boleh melabur secara halal dan beretika, kan bagus? 

Yang menyedihkan ialah tidak ramai yang menyedari kewujudan mereka, apatah lagi melanggan khidmat nasihat dari mereka. Page facebook mereka pun mempunyai berapa kerat sahaja liker. Cukup sadis, bukan?


Monday, 3 June 2013

Aplikasi Mathurat untuk Android

Bismillah.

Setelah mula membiasakan diri membaca al-Quran melalui apps dalam smartphone, tiba-tiba hati terfikir ada tak aplikasi untuk Al-Mathurat. Anda tahu ke Al-Mathurat itu apa? Rasanya kalau anda masa sekolah dahulu tinggal di asrama tentu sahaja anda biasa membaca al-Mathurat, bukan? Al-Mathurat ini ialah himpunan doa-doa yang ma'thur iaitu sahih daripada Rasulullah S.A.W yang dikumpulkan oleh As-Syahid Imam Hassan al-banna. Doa-doa yang dikumpulkan ini sangat elok untuk dijadikan zikir pada waktu pagi dan petang.

Setelah membuat carian dalam Google Play, terdapat beberapa apps telah dihasilkan oleh developer-developer walaupun tidaklah begitu banyak. Namun agak menyedihkan kerana hanya apps yang ketiga yang diinstall dalam smartphone saya yang berfungsi dengan baik. Lagi dua tu tak berfungsi. That apps which work for my smartphone is Al-Mathurrat Bersama Ustaz Don. Alhamdulillah, at last I found one that compatible with my smartphone.

Apa yang menarik dalam aplikasi ini ialah user interface yang menarik dan simple, bagi tiap-tiap ayat dan doa juga disediakan maknanya sekali. Tak kurang juga ada disediakan 'play button' yang disediakan di sudut atas sebelah kanan yang membolehkan anda mendengar sekali bacaan-bacaan ayat dan doa tersebut. Tak pasti pula kalau-kalau bacaan tersebut dibacakan oleh Ustaz Don. Namun, ianya pasti dapat membantu sesiapa yang kurang lancar bacaannya untuk mengikuti bacaan yang dimainkan itu serentak. Tak kurang juga bagi yang selalu membaca alMathurat secara berjemaah, membaca wirid ini serentak dengan mp3 yang disediakan itu setidaknya membawa mood untuk anda disamping menjaga bacaan anda juga. Tidaklah nanti tersalah baca.

Sekian.

p/s: Mudah-mudahan dapat istiqamah membaca alMathurat tiap-tiap hari. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts