MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Monday 22 August 2016

Laporan terkini prestasi Kenanga Syariah Growth Fund

Berikut adalah beberapa pemerhatian penting daripada prospektus tahunan Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) setakat 31 Mei 2016:

1) Dalam tempoh setahun bermula 31 May 2015 hingga 31 May 2016, KSGF mencatatkan kerugian sebanyak -0.47%. Walaupun begitu, prestasi KSGF boleh diterima memandangkan pasaran saham secara keseluruhannya adalah sedikit menurun, sepertimana diwakili oleh benchmark FBM Syariah Index (FBMS) yang mengalami penurunan sebanyak -5.2%. Begitu juga dalam setiap tahun dalam 5 tahun terakhir, KSGF mencatatkan pulangan yang lebih baik daripada FBMS. Ini menunjukkan pengurus dana KSGF telah berjaya untuk mendapatkan pulangan pelaburan lebih baik daripada pasaran keseluruhannya manakala para pelabur boleh meneruskan pelaburan mereka dalam KSGF walaupun mencatatkan sedikit kerugian.



2) Pengurus dana telah mengurangkan peratusan pegangan dalam pelaburan saham iaitu daripada 80.1% kepada 74.4% daripada keseluruhan modal pelabur dengan menjual saham-saham untuk mengambil keuntungan dan kemudiannya menunggu peluang untuk masuk kembali apabila pasaran menunjukkan tanda-tanda pemulihan.


3) Hasil jualan saham tersebut, pengurus dana telah mengumumkan agihan sebanyak 10.11 seunit walaupun pulangan KSGF adalah negatif. Hampir keseluruhan agihan yang diumumkan telah dilaburkan kembali ke dalam KSGF dan akan dilaburkan kembali dalam pasaran saham.



4) Semakin ramai pelabur runcit yang mula melabur ke dalam KSGF walaupun ianya mencatatkan kerugian. Hal ini didorong oleh prestasi dana yang memberangsangkan dan stabil dalam 10 tahun terakhir sehingga memenangi anugerah oleh FSM baru-baru ini. Ini seterusnya telah membesarkan lagi dana modal KSGF kepada RM240 juta. Lebih menarik, walaupun keadaan ekonomi negara dikatakan agak perlahan, para pelabur masih terus mengamalkan kewangan berdisiplin dan berjaya untuk terus menyimpan wang walaupun dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meninggi. 




5) Manager’s fee yang dikenakan masih lagi pada maksimum 1.5% seperti yang dibenarkan dalam Klaus 13.1. Oleh kerana modal dana semakin besar hasil suntikan pelabur baru, yuran pengurus juga melonjak kepada RM2.8 juta, pertambahan sebanyak RM1 juta yang seterusnya mengurangkan keuntungan langsung KSGF.




6. Pengurus dana mengurangkan jual beli saham berbanding tahun sebelumnya dan agak pasif dikala pasaran saham yang tidak menentu. Ini boleh dibaca daripada ratio PTR seperti di dalam gambar. Dengan mengurangkan aktiviti jual beli saham, pengurus dana boleh mengurangkan kemungkinan melakukan kesilapan dalam memilih saham dan cuba "timing" market.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts