MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Tuesday, 23 August 2016

Ingin melakukan ibadah korban tapi tak mampu, ini caranya

Pada asalnya, hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muakkad bagi muslim yang telah aqil baligh dan berkemampuan untuk melakukannya.

Namun begitu, ada segelintir dalam masyarakat kita hari ini yang dengan sengaja meninggalkan ibadah korban ini walaupun berkemampuan. Mereka hendaklah sedar bahawa sekiranya Rasulullah S.A.W masih hidup, sudah tentu rasulullah akan menegur mereka supaya melakukan ibadah korban, sepertimana ancaman atau teguran rasulullah kepada para sahabat dulu.

Dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: " Barang siapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami." [HR Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah].

Lebih-lebih lagi dalam kehidupan moden hari ini yang mana manusia sering memenuhi keinginan nafsu mereka, "kemampuan" ini sudah menjadi sesuatu yang relatif kepada gaya hidup seseorang.

Boleh jadi seseorang yang merasakan dirinya tidak mampu untuk berkorban, tetapi hakikatnya dia adalah seorang yang berkemampuan disisi syara', gara-gara gaya hidup dan perbelanjaannya yang tidak cermat.

Boleh jadi juga kerana gaya hidupnya yang selalu berbelanja melebihi pendapatan mereka, ianya dijadikan alasan sebagai "ketidakmampuan" mereka untuk berkorban.

Saya tertarik dengan idea Pakdi berkenaan dengan kayu ukur "kemampuan" berkorban. Menurut beliau, golongan yang berkemampuan untuk berkorban termasuklah:

  • Orang yang melanggan Astro di rumah
  • Orang yang mempunyai komitmen ansuran kereta
  • Orang yang mampu pergi bercuti
  • Orang yang melabur dalam saham, hartanah, emas dan seumpamanya
Menurut beliau, golongan-golongan seperti ini sebenarnya diuji oleh Allah samada mereka ikhlas ingin korbankan sedikit daripada harta mereka dan keinginan nafsu mereka semata-mata ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Pada tahun 2016 ini, harga untuk melakukan korban adalah sekitar RM500-RM700 bergantung kepada tempat dan jenis korban. Bagi golongan ini yang merasakan dirinya betul-betul tidak mampu untuk membelanjakan duit sebanyak itu untuk korban, ada 2 opsyen untuk melakukan ibadah korban pada harga yang lebih murah:
  • Melakukan korban di negara luar yang lebih memerlukan seperti di Kemboja. Menerusi pakej korban yang dilakukan oleh eQurban, harga korban di Kemboja ialah RM350 sahaja.
  • Berkongsi satu bahagian korban yang berharga RM600 dengan 2-3 orang adik beradik yang lain, dan niatkan pahala untuk seisi keluarga yang lainnya (Mufti Wilayah Persekutuan).
p/s: Bagi yang sangat berkemampuan untuk melakukan ibadah korban, tingkatkan nilaian korban anda sebagai korban wajib. Korban menjadi wajib apabila anda ingin melakukan nazar ataupun telah mewajibkan ke atas diri anda untuk berkorban. Korban wajib sudah tentu pahalanya lebih besar dari korban sunat, apatah lagi kerana daging korban wajib ini hendaklah diagihkan kesemuanya dan haram dimakan oleh orang yang berkorban itu sendiri. Cara yang terbaik untuk melakukan korban wajib ini ialah dengan melakukan korban di Kemboja menerusi eQurban, apatah lagi mereka di sana sangat berhajat kepada daging kerana hanya berpeluang untuk memakan daging setahun sekali sahaja iaitu apabila raya Haji.

Wallahu aklam.

Sumber:
1) golongan yang sebenarnya mampu untuk berkorban (Pakdi)- www.pakdi.net/sekiranya-mampu-bayar-duit-kereta-maka-sembelihlah-lembu-atau-kambing/
2) keharusan berkongsi satu bahagian korban (Mufti Wilayah Persekutuan)- muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/al-kafili-al-fatawi/1114-al-kafi-351-berkongsi-satu-bahagian-korban
3) sekitar hukum dan hikmah berkorban (Dr Abu Anas Madani) -http://www.abuanasmadani.com/1720/


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts