Jika dalam post lepas, saya kongsikan pendapat dari Ustaz Badrul Hisyam tentang isu kalimah Allah, kali ini saya kongsikan pula komentar dari Ustaz Rashidy Jamil.
Dari pemahaman saya, apa yang dikongsikan kedua-dua ustaz adalah senada iaitu hukumnya perlulah mengikut waqi suasana setempat.
Namun, tentulah video kali ini lebih menarik kerana anda sendiri dapat mendengar penjelasan dari al-fadhil Ustaz. Lagi menarik, al-Fadhil Ust Rasyidy memang seorang yang alim dalam bidang perbandingan agama dengan dapat mengingat dengan jelas kandungan-kandungan dalam kitab-kitab injil apatah lagi nama-nama kitab tersebut dan istilah-istilah dalam bible tersebut. Turut mengetahui bahasa-bahasa lama seperti Hebrew, Ibrani dan lain-lain menjadikan kuliah beliau cukup menarik.
Lagi menarik juga tentang fakta-fakta lain yang dibentangkan oleh alfadhil ustaz seperti bagaimana asal usul isu ini timbul.
Apa yang penting, dalam menghadapi khilaf dan perbezaan pendapat, adab-adab berbeza pandangan dan adab-adab penuntut ilmu yang lainnya hendaklah dijaga. Demikian menurut apa yang ditegaskan oleh alfadhil ustaz termasuklah dalam kuliah-kuliah beliau yang lepas.
No comments:
Post a Comment