Sebenarnya memang teringin sangat buat pengisian terbaru dalam blog ni. Namun, seperti blogger lain juga, kebuntuan idea dan ketiadaan topik perbincangan yang menarik membantutkan niat di hati ini.
So, sekarang ini sebenarnya saya tengah membuat persiapan untuk menyertai suatu pertandingan yang dinamakan Actuarial Challenge anjuran UTAR minggu depan. Ini adalah kali kedua saya menyertainya selepas kali pertama lebih kurang setahun setengah yang lepas. Cerita bab Actuarial Challenge ni panjang ceritanya, mungkin dalam post yang akan datang.
Sebagai persiapan, kami memerlukan seberapa banyak informasi berkaitan merger and acquisition ataupun dalam bahasa melayu gabungan dan pengambil alihan,seperti yang biasa berlaku dalam dunia korporat. Boleh jadi satu syarikat konglomerat membeli satu syarikat yang lain mahupun dua syarikat yang lebih kurang saiznya cuba bergabung untuk meningkatkan nilai syarikat masing-masing.
-click to enlarge- |
Dalam mencari maklumat dalam dunia maya ini, saya terbuka laman web penuh informasi terkenal di dunia iaitu Wikipedia. Rupanya sekarang ini, mereka sedang berusaha memohon sumbangan daripada para pelawat seluruh dunia.
Maklumlah, staf-staf mereka bukanlah ramai sangat pun tapi terpaksa melayan hampir 450 juta pelawat dari seluruh dunia yang menjadikan mereka laman web no. 5 terkemuka dunia. Jadi, selaku organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan, mereka dikekang masalah kewangan.
Bahkan, mereka juga tidak menjana wang langsung dari pengiklanan sedangkan mereka boleh jana wang yang banyak dari sumber pengiklanan memandangkan trafik yang tinggi dari pengguna internet.
Menurut laman web tersebut juga, sekiranya secara purata seorang pelawat menderma RM20 kepada mereka, usaha mereka ini hanya akan mengambil masa selama sejam. Mungkin jika anda ke sana dan sudah tiada lagi notis tersebut, mungkin sasaran sumbangan yang mereka harapkan sudah tercapai.
Anyway, terfikir juga nak bagi sumbangan. Kalau derma kepada non-muslim pun boleh (dengan syarat bukan untuk tujuan keagamaan agama lain), untuk tujuan yang murni seperti ini sudah tentu boleh bukan. Bahkan, besar pahala sekiranya usaha kita yang seciput inilah yang akhirnya berjaya menolong mereka survive dan akhirnya memanfaatkan beratus juta pengguna laman web seluruh dunia dengan informasi-informasi ilmiah.
No comments:
Post a Comment