MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday, 25 January 2013

Sukuk Dana Infra: Sukuk pertama boleh dilanggan orang awam di Malaysia

Bismillah...

Sukuk dana infra telah dilancarkan baru-baru ini. Ianya merupakan sukuk pertama yang boleh dilanggan orang awam di Malaysia dan menurut satu blog yang saya baca, ia telahpun ditutup untuk langganan pada 18 Januari yang lepas. (rujuk disini). 

Sukuk ini adalah satu jenis bon yang patuh syariah. Sama juga macam produk takaful iaitu satu jenis produk insurans yang patuh syariah. Pecahan sebegini sebenarnya bagus kepada masyarakat umum kerana mudah untuk kita mengenal pasti produk mana yang patuh syariah dan yang mana tidak. Lantas memudahkan masyarakat muslim yang cakna dengan halal haram muamalah mereka tidak kurang juga yang cetek pengetahuan tentang muamalah islam, dapat mengenal pasti produk patuh syariah dengan senang!

Memandangkan tempoh tawaran telahpun ditutup, penjualan ini akan dibuka semula pada 8 Februari akan datang. Kalau tak silap, tawaran yang ditutup itu sama saja macam IPO bagi saham-saham. Ini prosedur biasa bagi syarikat yang mula-mula ingin lancarkan saham atau sukuk mereka kepada orang awam. Pendek kata, IPO ini adalah proses jual beli saham dari syarikat kepada pelabur (orang awam). Sekiranya tempoh tawaran IPO ditutup, ia akan dibuka kembali untuk langganan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Bagi Sukuk Dana Infra ini langganan boleh dibuat semula pada 8 Februari nanti seperti yang saya beritahu sebelum ini. 

Bezanya dengan IPO ialah sesiapa yang melanggan kali ini bukanlah melanggan terus dengan syarikat terbabit, tetapi dengan membeli beberapa unit dari mana-mana pelabur yang telahpun memiliki saham/sukuk itu menerusi langganan IPO tadi.Namun pelabur IPO berpeluang untuk mendapat untung yang besar sekiranya pada hari pertama penyenaraian, permintaan (demand) untuk saham tersebut tinggi yang menyebabkan harganya akan menaik. Maka, pelabur tadi dapatlah menjual dengan harga yang lagi tinggi dari harga IPO itu.

Sukuk ini sebenarnya boleh dikategorikan sebagai instrumen pelaburan yang kurang berisiko, lagi rendah daripada risiko pelaburan saham kerana ia menjanjikan dividen ataupun disebut dengan kupon (keuntungan). Justeru, turun naik harganya bukanlah mendadak sangat lantas kenaikan harga biasanya bukan menjadi sasaran utama pelabur (walaupun ia masih boleh dijadikan salah satu cara untuk mendapatkan untung daripada pelaburan jenis ini). Biasanya, harganya akan menaik apabila interest rate sesebuah negara menurun dan harganya akan menurun jika sebaliknya yang berlaku.

Isu Kalimah Allah: Komentar ringkas

Bismillah...

Menurut Ustaz Badrul Hisyam (pengajar Maahad Muhammadi Lelaki, KB), polemik isu kalimah Allah yang melanda umat Islam sekarang hanyalah menunjukkan kecelaruan pemikiran muslim dewasa ini.

Padahal, konklusinya adalah sangat mudah difahami.

Dua perkara yang perlu anda fahami ialah :
i) Kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam
ii) Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam

Hujah bagi nota (i) ialah
- Di dalam ayat kedua Surah Alfatihah, Allah berfirman "Segala puji bagi Allah tuhan (rabb)  bagi sekalian Alam." Kenapakah digunakan kalimah tuhan sekalian alam? Sekiranya benar dakwaan mengatakan kalimah Allah hanyalah eksklusif untuk umat Islam, tentu sahaja Allah menyebut dengan "Alhamdulillahi ilahil muslimin" yang bermaksud "Segala puji bagi Allah tuhan (ilah) bagi orang Islam". 
- Penggunaan ayat seperti di atas barulah menunjukkan Allah itu eksklusif untuk umat Islam, bukan? Tetapi, Allah itu bukan sahaja tuhan kepada orang Islam, Dia tuhan juga kepada seluruh alam.
- Disini apa yang perlu difahami ialah penggunakan dua istilah tuhan di dalam bahasa arab iaitu RABB yang bermaksud tuhan yang menciptakan dan ILAH iaitu tuhan yang disembah.
- Kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam kerana Allah lah yang menciptakan seluruh alam ini termasuklah orang-orang bukan Islam. Kalau bukan Allah yang ciptakan mereka, tuhan manakah lagi yang menciptakan mereka? 
- Allah menggunakan kalimah "rabb" dalam surah fatihah tersebut menandakan Allah jualah yang mencipta dan menguasai keseluruhan alam termasuklah orang bukan Islam.
- Bahkan sebenarnya, orang kristian itu juga mengakui ketuhanan (rabb) Allah, namun kafir disebabkan mereka menyekutukan Allah dengan menyalahi ketuhanan ilah (tuhan yang berhak disembah) Allah. Ini nyata berbeza dengan muslim yang jelas-jelas dalam syahadah kita mengakui kedua-dua sifat ketuhanan "rabb" dan "ilah" Allah iaitu Lailaha illallah.

Hujah bagi nota (ii) ialah:
- Namun, kalimah Allah jelas tidak boleh digunakan oleh bukan Islam yang berniat jahat untuk memesongkan Akidah umat Islam.
- Penggunaan nama Allah bagi merujuk perkataan god dalam bible yang diterjemah dalam bahasa Melayu nyata boleh membawa kepada hilangnya aqidah melayu Islam di Malaysia yang rata-ratanya masih amat lemah dan mudah terpedaya!

Wallahuaklam.

Saturday, 19 January 2013

Bagaimana nak pelbagaikan nombor mukasurat dalam Microsoft Word (Update bergambar)

Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah:
i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasurat pada muka depan iaitu pada halaman cover thesis saya.

ii) Bagaimana hendak buat dua nombor mukasurat yang berbeza. Contohnya, pada daftar isi kandungan, saya mahu nomborkan muka surat bahagian ini dengan nombor roman (eg i, ii, iii, iv and so on), manakala pada bahagian content pula saya hendak nomborkan muka surat itu dengan nombor biasa pula (1, 2, 3 dan seterusnya)

iii) Bagaimana hendak buat dua kali pengiraan untuk muka surat bagi file tersebut. Contohnya, jika pada bahagian daftar isi kandungan berakhir dengan muka surat v (5), bagaimanakah untuk mulakan balik pengiraan pada bahagian content tersebut bermula nombor 1.

Masalah ini saya atasi dengan cara berikut:
i) Bahagikan file word kita yang panjangnya berpuluh-puluh muka surat itu kepada beberapa section yang kita kehendaki. Contohnya, saya jadikan halaman cover thesis saya itu sebagai satu seksyen, bahagian daftar kandungan satu seksyen dan bahagian content atau isi karangan saya itu satu seksyen yang lain menjadikan kesemuanya tiga seksyen.

ii) Untuk bahagikankan file word kita kepada beberapa seksyen yang dikehendaki:
1- Gerakkan cursor anda pada tempat bahagian yang anda mahu pecahkan kepada seksyen berlainan dan klik di tempat tersebut.
2- Tekan kekotak page layout yang ada terdapat pada bahagian atas microsoft word tersebut. Kemudian klik breaks dan pilih next page.



3- Selesai langkah (2) diatas, anda sudah berjaya bina dua seksyen dalam file tersebut. Untuk check sama ada betul atau tidak, klik pada kekotak insert, klik header dan kemudian pilih edit header



Sekiranya apa yang anda telah lakukan betul, maka anda akan dapati pada bahagian bawah mukasurat terakhir seksyen pertama akan tertera Footer -Section 1- manakala pada bahagian atas mukasurat terawal seksyen kedua tertera Header -Section 2-. 



4- Tekan Link to Previous untuk menyahfungsikan fungsi tersebut yang memang sedia ada dalam keadaan default. Jangan lupa lakukan yang sama juga untuk footer anda! 

iii) Disebabkan saya tidak mahu letakkan nombor pada halaman cover thesis saya, maka saya tidak lakukan apa-apa perubahan pada footer muka surat tersebut.

iv) Masukkan nombor muka surat pada seksyen kedua (bahagian daftar kandungan):
1- Klik kekotak insert--> footer---> edit footer.



2- Klik pada footer muka surat pertama seksyen kedua.
3- Klik page number---> Format page number...--->pilih format nombor yang dikehendaki--> pilih page numbering start at 1.






4- Pilih jenis bahagian mana anda mahu letakkan muka surat file anda.



v) Kemudian, saya masukkan pula nombor muka surat pada seksyen ketiga (bahagian isi karangan) menggunakan langkah yang sama seperti (iv) di atas.

vi) Selesai, tahniah!

vii) Ucap Alhamdulillah.

viii) Jumpa lagi, moga berjaya!





Friday, 11 January 2013

Kerja Kosong Bank Islam


Haaa, suka saya kongsikan satu iklan yang terdapat di laman web Bank Islam.
Iklan yang pasti sangat tercari-cari oleh fresh grads.
Iklan jawatan kosong.
Walaupun bukan jawatan kosong sangat sebenarnya.
Yeah, not really a job vacancy.

Ini lebih kepada program aprentis la. 
Yang menarik sudah tentu pada gaji yang ditawarkan iaitu RM4000. Banyak gila. Dan tiba-tiba terfikir gila betul bank Islam ni buat iklan tawarkan jawatan dengan gaji RM4000. Sudah tentu ramai saja yang akan mohon nanti.

Tapi, kena tengok jugak syarat kat situ. Syarat-syaratnya agak ketat dengan CGPA minima 3.7 dan lain-lain syarat yang "superb" tu.
Jadi memang padanlah dengan gaji tu. Kan?

Baguslah, nanti paling kurang yang kerja dengan bank Islam nanti takdelah lekeh sangat kan. Lagi-lagi pada zaman kewangan Islam tengah laju memecut kedepan walaupun masih terkial-kial mencari arah mana yang sepatutnya mereka tuju. Semua ini tidak lain pasti memerlukan think-tank yang hebat-hebat.

Moga-moga dengan usaha ini sistem kewangan Islam akan mencapai apa yang sepatutnya dicapainya berlandaskan Maqasid Syariah itu sendiri.

p/s: Untuk detail jangan lupa baca imej tu ye. Tengok jugak tarikh tutup permohonan tu bila, bulan februari nanti. Sekiranya anda ada kenalan terdekat yang sesuai, khabarkanlah kepada mereka. 

Tuesday, 8 January 2013

Lama betul tak update blog

Bismillah...

Gara-gara masalah cookies dalam komputer ni, tak dapat aku nak login akaun google ni.

So, lama lah aku tak update blog aku ni.

Sekarang pun dalam fatrah exam untuk sem terakhir.

Bukannya tak boleh nak update blog ni guna komputer lain, tapi feel dia lain la. 

Macam takde privacy pulak.

Dia kena pakai laptop sendiri jugak baru selesa sikit nak update blog ni.

Anyway, masalah ni dah selesai. Apa-apa pengisian dalam next entry la kot.

Wasalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts