MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday 25 January 2013

Isu Kalimah Allah: Komentar ringkas

Bismillah...

Menurut Ustaz Badrul Hisyam (pengajar Maahad Muhammadi Lelaki, KB), polemik isu kalimah Allah yang melanda umat Islam sekarang hanyalah menunjukkan kecelaruan pemikiran muslim dewasa ini.

Padahal, konklusinya adalah sangat mudah difahami.

Dua perkara yang perlu anda fahami ialah :
i) Kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam
ii) Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam

Hujah bagi nota (i) ialah
- Di dalam ayat kedua Surah Alfatihah, Allah berfirman "Segala puji bagi Allah tuhan (rabb)  bagi sekalian Alam." Kenapakah digunakan kalimah tuhan sekalian alam? Sekiranya benar dakwaan mengatakan kalimah Allah hanyalah eksklusif untuk umat Islam, tentu sahaja Allah menyebut dengan "Alhamdulillahi ilahil muslimin" yang bermaksud "Segala puji bagi Allah tuhan (ilah) bagi orang Islam". 
- Penggunaan ayat seperti di atas barulah menunjukkan Allah itu eksklusif untuk umat Islam, bukan? Tetapi, Allah itu bukan sahaja tuhan kepada orang Islam, Dia tuhan juga kepada seluruh alam.
- Disini apa yang perlu difahami ialah penggunakan dua istilah tuhan di dalam bahasa arab iaitu RABB yang bermaksud tuhan yang menciptakan dan ILAH iaitu tuhan yang disembah.
- Kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam kerana Allah lah yang menciptakan seluruh alam ini termasuklah orang-orang bukan Islam. Kalau bukan Allah yang ciptakan mereka, tuhan manakah lagi yang menciptakan mereka? 
- Allah menggunakan kalimah "rabb" dalam surah fatihah tersebut menandakan Allah jualah yang mencipta dan menguasai keseluruhan alam termasuklah orang bukan Islam.
- Bahkan sebenarnya, orang kristian itu juga mengakui ketuhanan (rabb) Allah, namun kafir disebabkan mereka menyekutukan Allah dengan menyalahi ketuhanan ilah (tuhan yang berhak disembah) Allah. Ini nyata berbeza dengan muslim yang jelas-jelas dalam syahadah kita mengakui kedua-dua sifat ketuhanan "rabb" dan "ilah" Allah iaitu Lailaha illallah.

Hujah bagi nota (ii) ialah:
- Namun, kalimah Allah jelas tidak boleh digunakan oleh bukan Islam yang berniat jahat untuk memesongkan Akidah umat Islam.
- Penggunaan nama Allah bagi merujuk perkataan god dalam bible yang diterjemah dalam bahasa Melayu nyata boleh membawa kepada hilangnya aqidah melayu Islam di Malaysia yang rata-ratanya masih amat lemah dan mudah terpedaya!

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts