MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Monday 11 June 2012

IPO Watch: Gas Malaysia Bhd melonjak pada hari pertama penyenaraian di bursa saham


Gas Malaysia Berhad (5209) telah pun membuat penampilan pertamanya di bursa saham hari ini, 11 Jun 2012, dengan menyaksikan harganya melonjak sebanyak 10%(22sen) daripada harga IPOnya iaitu RM2.20 kepada RM2.42.  Lonjakan harga saham ini berlaku disebalik pengumuman kemerosotan earning syarikat ini sebanyak 50% bagi suku pertama tahun ini, yang diumumkan pada minggu lepas.

Gas Malaysia Bhd merupakan salah satu daripada pengedar gas di Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam mengedarkan gas asli kepada non-power sector, yang mana harga gas ini diselaraskan oleh kerajaan.

Minggu lepas, syarikat ini telahpun mengumumkan kemerosotan untung sebanyak 53% berbanding tempoh yang sama bagi tahun lepas, dibantu oleh margin yang rendah disebalik peningkatan revenue sebanyak 9.2% kepada RM506 juta berbanding pulangan setahun yang lepas.

Walaubagaimanapun, para penganalisis berpendapat bahawa kemerosotan untung ini adalah one-off event sahaja dan ia bakal kembali pulih pada suku yang akan datang.

Bagaimanapun, dari sudut financial ratio yang disediakan oleh seorang penganalisis, beliau menjangkakan earning per share (EPS) bagi syarikat ini adalah sebanyak 10sen bagi tahun 2012. Ini bermakna, pada harga sekarang iaitu RM2.42, harga saham ini telah didagangkan pada PE(price-to-earning ratio) 24, iaitu menyamai PE semasa bagi syarikat gergasi Petgas Bhd. Menurutnya lagi, beliau tidak percaya yang PE bagi Gas Malaysia sepatutnya menyamai PE bagi Petgas, lantas menyarankan para pelabur untuk menjauhi kaunter ini.

Apa yang harus ditekankan disini ialah para penganalisis menggunakan andaian-andaian (assumptions) berbeza-beza mengikut maklumat yang diperolehi masing-masing. Oleh itu dinasihatkan kepada para pelabur untuk membuat analisis sendiri, sebelum membuat keputusan jual beli dalam saham ini.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts