MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Tuesday, 26 June 2012

Debat Ilmiah semakin mendapat tempat di Malaysia

Mutakhir ini, debat ilmiah akhirnya semakin mendapat tempat di negara demokrasi tempang seperti Malaysia. Bagus, inilah tanda negara kita semakin menuju ke arah negara maju dan juga ke arah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan politik matang. Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan penyataan saya bahawa Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi tempang, tapi itulah hakikatnya yang anda sendiri akan sedari sekiranya anda berfikir secara waras, matang dan tidak mengikut hawa nafsu dan emosi. Taksub kepada sesuatu pihak juga boleh menyebabkan kita terlepas pandang akan sesuatu kebenaran.

Antara lain yang kita sebagai rakyat Malaysia mahukan semestinya adalah debat antara calon PM seperti yang diamalkan di negara-negara maju yang mengamalkan demokrasi yang lain. Kerana apa kita perlukan debat seumpama ini adalah untuk kita sebagai rakyat dapat menilai secara adil dan saksama kewibawaan dan idealisme dua calon PM negara. Di samping itu juga ruang yang secukupnya juga hendaklah diberikan kepada kedua-dua belah pihak samada dari pihak kerajaan mahupun dari pembangkang untuk menyampaikan manifesto masing-masing di media massa arus perdana. Ini juga telah menjadi budaya biasa bagi negara maju seperti U.S dan lain-lain. Mungkin ada yang akan menjawab bahawa tanpa ruang yang diberikan di media arus perdana pun, pihak pembangkang sudahpun menggunakan seluruh media sosial yang lain untuk menghentam kerajaan, apatah lagi apabila diberikan ruang sedemikian. Bahkan, tiada pula ruang yang diberikan oleh media alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah kepada pihak kerajaan untuk memberi kenyataannya di dalam akhbar masing-masing. Namun, apa yang perlu anda sedari adalah access untuk media arus perdana dan akses kepada media milik parti adalah berbeza kerana sudah tentu akses kepada media perdana lebih meluas dan lebih dekat kepada rakyat marhaen.

Namun begitu, kemunculan media-media seperti Sinar Harian, Bernama TV, Radio 24 dan Astro Awani yang lebih neutral berbanding saluran-saluran lain seperti media prima dan RTM memberi dimensi baru kepada suasana politik semasa. Media-media seperti inilah yang kita harapkan untuk membuka minda rakyat, mengasuh dan mendidik rakyat supaya menjadi rakyat sivil dan lebih daripada itu menjadi rakyat beriman. Kita tidak mahukan media arus perdana yang hanya membawa suara parti tertentu sahaja yang memanipulasikan maklumat dan memomok-momokkan keburukan pihak yang satu lagi tanpa asas. Inilah  perkara yang cukup mengundang kemarahan rakyat. Lagi teruk, ada media-media yang melariskan akhbar masing-masing dengan cara yang cukup negatif dengan mensensasikan gosip-gosip liar dan juga berita-berita berunsur lucah.

Akhirnya, jom kita tonton video beberapa debat ilmiah yang diadakan baru-baru ini. Jom kita saksikan!!!

Debat Sinar Harian antara YB Saifuddin Abdullah dan YB Salahuddin Ayub.
Tajuk: Demonstrasi Jalanan: Melemah atau mengukuhkan demokrasi?













Debat Radio 24-Bernama 
"Malaysia Negara Berkebajikan: Dasar baru atau amalan sedia ada"






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts