MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Wednesday, 27 June 2012

Man in the mirror

Which one do you like the most?

Maher Zain?



Raef?



Or originally sang by Micheal Jackson?




As for me, i start to like this song just right after enjoying the song sang by Maher Zain in his last concert in KL few weeks ago.

But that time, i didnt realize that i actually had listened to this song prior to that, sang by both Raef and M. Jackson. Hence of course Maher Zain is the one who successfully attracts me to like this song. Very warm voice. Nice.

So, which one do you like the most?

Tuesday, 26 June 2012

Debat Ilmiah semakin mendapat tempat di Malaysia

Mutakhir ini, debat ilmiah akhirnya semakin mendapat tempat di negara demokrasi tempang seperti Malaysia. Bagus, inilah tanda negara kita semakin menuju ke arah negara maju dan juga ke arah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan politik matang. Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan penyataan saya bahawa Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi tempang, tapi itulah hakikatnya yang anda sendiri akan sedari sekiranya anda berfikir secara waras, matang dan tidak mengikut hawa nafsu dan emosi. Taksub kepada sesuatu pihak juga boleh menyebabkan kita terlepas pandang akan sesuatu kebenaran.

Antara lain yang kita sebagai rakyat Malaysia mahukan semestinya adalah debat antara calon PM seperti yang diamalkan di negara-negara maju yang mengamalkan demokrasi yang lain. Kerana apa kita perlukan debat seumpama ini adalah untuk kita sebagai rakyat dapat menilai secara adil dan saksama kewibawaan dan idealisme dua calon PM negara. Di samping itu juga ruang yang secukupnya juga hendaklah diberikan kepada kedua-dua belah pihak samada dari pihak kerajaan mahupun dari pembangkang untuk menyampaikan manifesto masing-masing di media massa arus perdana. Ini juga telah menjadi budaya biasa bagi negara maju seperti U.S dan lain-lain. Mungkin ada yang akan menjawab bahawa tanpa ruang yang diberikan di media arus perdana pun, pihak pembangkang sudahpun menggunakan seluruh media sosial yang lain untuk menghentam kerajaan, apatah lagi apabila diberikan ruang sedemikian. Bahkan, tiada pula ruang yang diberikan oleh media alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah kepada pihak kerajaan untuk memberi kenyataannya di dalam akhbar masing-masing. Namun, apa yang perlu anda sedari adalah access untuk media arus perdana dan akses kepada media milik parti adalah berbeza kerana sudah tentu akses kepada media perdana lebih meluas dan lebih dekat kepada rakyat marhaen.

Namun begitu, kemunculan media-media seperti Sinar Harian, Bernama TV, Radio 24 dan Astro Awani yang lebih neutral berbanding saluran-saluran lain seperti media prima dan RTM memberi dimensi baru kepada suasana politik semasa. Media-media seperti inilah yang kita harapkan untuk membuka minda rakyat, mengasuh dan mendidik rakyat supaya menjadi rakyat sivil dan lebih daripada itu menjadi rakyat beriman. Kita tidak mahukan media arus perdana yang hanya membawa suara parti tertentu sahaja yang memanipulasikan maklumat dan memomok-momokkan keburukan pihak yang satu lagi tanpa asas. Inilah  perkara yang cukup mengundang kemarahan rakyat. Lagi teruk, ada media-media yang melariskan akhbar masing-masing dengan cara yang cukup negatif dengan mensensasikan gosip-gosip liar dan juga berita-berita berunsur lucah.

Akhirnya, jom kita tonton video beberapa debat ilmiah yang diadakan baru-baru ini. Jom kita saksikan!!!

Debat Sinar Harian antara YB Saifuddin Abdullah dan YB Salahuddin Ayub.
Tajuk: Demonstrasi Jalanan: Melemah atau mengukuhkan demokrasi?













Debat Radio 24-Bernama 
"Malaysia Negara Berkebajikan: Dasar baru atau amalan sedia ada"






Tuesday, 19 June 2012

Selepas Maybank, kini yahoo mail pula dihijacked..

Argh, geram betul... Hari tu, maybank saya hampir kena phishing attack, sekarang giliran yahoo mail saya pula yang kena hijacked.. Teruk betul, dan bila ditrace sah-sah kena hijack tiga kali. Sekali oleh warga jepun dan dua kali oleh warga China.


Nak tahu apa yang depa ni buat? Depa buka emel saya, then hantar emel ke semua contact saya dan emel tersebut mengandungi link yang membawa orang yang klik ke sebuah laman web jual apa entah. So, setiap kali ada orang tekan link tu, setiap kali itu jugalah orang ni dapat hijacked emel baru. Then, dia lakukan perkara berulang-ulang kali, kononnya sbg cara marketing produk depa la kot. Memang tak berhemah la cara depa ni.

So, terpaksalah saya tukar password yahoo mail saya untuk mengelakkan pkara ni berulang. Harap2 tak ade apa2 yg buruk berlaku.

Sekian..

Friday, 15 June 2012

Apa yang anda perlu tahu sebelum beli dinar?


Dinar sejak kebelakangan ini sudah menjadi perkara yang biasa dikalangan masyarakat, namun tak kurang juga yang hanya tahu ianya baik untuk masa panjang. That's it, that's all and I want to get it too. Boleh ke macam tu? Sepatutnya anda perlu tahu lebih dari itu, ini juga bukan bermakna saya tahu banyak tentang dinar ni, cuma adalah something that I can share with you all.


Umumnya, dinar yang saya ketahui ialah Dinar Kelantan dan Dinar Public Gold. Apa beza kedua-dua dinar ni? First of all, ia berbeza dari segi ketulenan emas, iaitu Dinar Kelantan mempunyai ketulenan emas 917 manakala Dinar Public Gold ialah emas 916. So, tidak hairanlah harga Dinar Kelantan lebih tinggi sedikit daripada Dinar Public Gold. Reka bentuknya juga bagi saya lagi cantik daripada Dinar Public Gold seperti yang ada di sebelah.


Kedua, dinar ni dan apa jua emas biasanya mempunyai spread iaitu beza harga yang dijual agen/penjual dan harga yang dia beli balik daripada anda sekiranya anda menjualnya balik sejurus selepas itu. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah:


Perhatikan pada harga 1 Dinar. Pada 15/6/2012, PG(Public Gold) jual 1 dinar kepada anda dengan harga RM733.00. Katakanlah setelah anda membeli dari PG 1 dinar pada paginya, dan tiba-tiba anda memerlukan wang kecemasan pada petangnya, maka anda hanya dapat menjual balik pada harga RM689.00 kepada PG. So, rugi anda adalah sebanyak lebih kurang 6%(RM 44/RM733). So, 6% inilah yang dinamakan sebagai spread.

Spread ini adalah merupakan kos yang perlu ditanggung oleh pembeli, jadi sekiranya anda membeli pada harga RM733(sama seperti contoh di atas) dan apabila harga sudah naik kepada RM800, jangan sangka anda boleh menjualnya dengan mengambil untung sebanyak RM67, harga yang anda jual sebenarnya adalah akan dirujuk kepada harga beli yang agen tersebut tetapkan pula. Seeloknya, selesai anda membeli dinar tersebut pada harga RM733 itu, harga yang perlu anda fokuskan kemudian adalah harga "PG Buy". Pastikan harga itu melebihi RM733 dahulu, barulah anda boleh memikirkan untuk menjualnya dengan keuntungan. Dan mengikut perkiraan saya, sekiranya harga "PG Sell" menaik daripada RM733 kepada RM800, maka harga "PG Buy" akan menokok dari RM689 kepada RM752(94% x RM800). So, untung anda sekarang hanyalah sebanyak 2.6%(RM19) sahaja.

Setahu saya, spread harga Dinar Kelantan adalah 10% daripada harga beli manakala bagi Dinar Public Gold adalah 6%. Jadi, anda mungkin alami kerugian jika terus menjualnya, sebab itu emas ni adalah baik bagi long-term investment. Namun begitu, anda mungkin boleh mengelakkan daripada menanggung kos spread itu dengan tidak menjual kepada agen, sebaliknya cari pembeli yang baru yang memang berminat dengan dinar. Cara yang paling baik ialah juallah pada harga rendah sedikit daripada harga pasaran/harga beli dengan agen sebab ia memanfaatkan kepada kedua-dua pihak iaitu anda dan pembeli baru itu. Anda dapat harga yang lagi tinggi daripada jual kepada agen, pembeli baru pula dapat membeli pada harga yang lagi rendah daripada membeli daripada agen, terpulang kepada keredhaan kedua-dua belah pihak. Ia juga boleh menarik pembeli baru untuk membeli dengan anda berbanding membeli dengan agen. Mengambil kira contoh tadi, menjual kepada potential baru pada harga RM711 (harga tengah antara RM689 dengan RM733) bakal memanfaatkan kedua-dua pihak iaitu anda dan pembeli baru. Hal ini kerana anda dapat menjual harga pada harga yg lagi tinggi daripada harga "PG Buy", manakala pembeli baru pula dapat membeli pada harga yang sedikit murah daripada "PG Sell". Walaubagaimanapun, harga RM711 itu tadi masih bergantung kepada nego di antara anda dan potential customer itu tadi. Harga itu sekadar contoh sahaja. Kalau tak silap saya juga, ini juga antara salah satu kaedah yang ditekankan dalam e-book silver tukar ganda. (maafkan saya kalau tersilap)


Seterusnya, ada tak terfikir kenapa spread Dinar kelantan lagi tinggi daripada spread Dinar Public? Adakah sebab kerajaan negeri Kelantan sebenarnya mahu mengambil untung yang banyak daripada dinar yang mereka perkenalkan itu? Jawabnya, ini adalah kesan daripada objektif pengenalan Dinar tersebut. Menurut maklumat yang saya dapat, Kerajaan Kelantan sebenarnya mahu dinar ini circulate dikalangan masyarakat, dengan menggunakan dinar ni sebagai matawang dalam transaksi jual-beli masyarakat disana, sebab tu spreadnya tinggi, bagi mengelakkan ia dijual balik kepada syarikat, betul ke tak wallahua'lam. Adakah ia sekadar alasan? Entah. Tapi yang pasti, Public Dinar memang berobjektifkan sebagai instrumen pelaburan kepada pembeli. 

Tapi sebelum anda membeli Public Dinar, anda harus tahu juga anda akan disertakan dengan sijil pemilikan/certificate dengan setiap pembelian dinar tersebut. Certificate ni anda harus jaga betul-betul, kerana ia akan diperlukan sekiranya anda mahu menjualnya kepada agen tersebut. Contoh certificate adalah seperti dalam gambar di atas. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, agen sebaliknya akan membeli balik Dinar Public itu pada harga yang jauh lagi rendah daripada 6%!! So, kena hati-hatilah ye.

Sekian dululah, lain-lain cerita insyaallah dalam entry yang akan datang.

Salam Aidilfitri 1432. Maaf Zahir dan Batin.

p/s: entry ini adalah edited punya.. asalnya ditulis sewaktu raya tahun lepas... huhu..









Thursday, 14 June 2012

Malaikat pencari orang berselawat?

Rasanya, lama sangat dah tak tulis post berkaitan dengan pengisian rohani. Asyik2, sukan...finance... Pastu, sukan lagi... Then, hiburan ppulak... Bila pula nak bertazkirah? Hmmm...

So, tazkirah ringkas dari diri yang serba kekurangan ini buat anda semua sidang pembaca... Tazkirah nya adalah berkisar tentang selawat kepada junjungan besar yang tidak pernah sekali melupakan kepada kita, yang sentiasa menyebut-nyebut tentang kita di hadapan para sahabatnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Itulah, selalu sebut itu sebenarnya tanda kasih dan rindu seseorang kepada yang diingatinya. Sama juga, kalau kita sekalipun, suka sangat dengan sesuatu benda... Kadang2, perasaan suka yang teramat sangat tu akhirnya boleh sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi... Dalam tidurnya pun tersebut-sebut perkara yang disukai itu... Sampai mengigau jadinya... Hmmm...

So, menyedari betapa kasihnya Nabi Muhammad S.A.W kepada kita(umatnya), tidak sewajarnya kita membiarkan manusia paling agung ini bertepuk sebelah tangan... Sambutlah sayang baginda kapada kita dengan ucapan selawat kepadanya... 

Yang paling penting, harus diketahui juga bahawasanya ada sejenis malaikat yang dicipta Rabbul Jalil, yang mana tugasnya adalah mencari-cari hamba Allah mana di dunia ini yang berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W... Kemudian, disampaikan selawat hamba tadi dengan serta-merta kepada rasulullah S.A.W... Maka diberitahu oleh malaikat tadi kepada rasulullah bahawa si anu itu telah berselawat kepadamu.. Disebut nama hamba Allah itu kepada rasulullah.... Subhanallah... Indahnya cinta kepadamu ya rasulullah.... 

Sekian, salam mahabbah ya rasulullah....

Tuesday, 12 June 2012

Lagi promosi dari OneDropPerfume: Peluang bertemu Maher Zain

Kali ini pula onedropperfume menawarkan anda tiket "Meet and Greet" yang bernilai RM1000 dengan setiap pembelian 2x Normal Set (RM80.00) dan satu Single Bottle (RM25.00). Pendek kata, dengan pembelian set minyak wangi berharga RM105.00 akan melayakkan anda untuk mendapatkan tiket untuk bertemu dengan Maher Zain sewaktu konsert yang akan diadakan di Stadium Merdeka sabtu ini. Tiket ini disediakan oleh One Drop Perfume selaku penaja bersama konsert tersebut. Apapun, promosi ini hanya terhad kepada 5 pembelian pertama di www.onedropperfumes.com.

Monday, 11 June 2012

Hari Ini Sahaja! PERCUMA Tiket Konsert Maher Zain bernilai RM78.00


EURO: Spain vs Italy FULL HIGHLIGHT

Perlawanan antara 2 gergasi bola sepak ini berakhir dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Di Natale pada minit ke-61 dan Cesc Fabregas tiga minit kemudian. Jom saksikan highlight penuh game ini. p/s: credit kepada footyroom.com
Испания - Италия 1:1 by FootballKing2192

IPO Watch: Gas Malaysia Bhd melonjak pada hari pertama penyenaraian di bursa saham


Gas Malaysia Berhad (5209) telah pun membuat penampilan pertamanya di bursa saham hari ini, 11 Jun 2012, dengan menyaksikan harganya melonjak sebanyak 10%(22sen) daripada harga IPOnya iaitu RM2.20 kepada RM2.42.  Lonjakan harga saham ini berlaku disebalik pengumuman kemerosotan earning syarikat ini sebanyak 50% bagi suku pertama tahun ini, yang diumumkan pada minggu lepas.

Gas Malaysia Bhd merupakan salah satu daripada pengedar gas di Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam mengedarkan gas asli kepada non-power sector, yang mana harga gas ini diselaraskan oleh kerajaan.

Minggu lepas, syarikat ini telahpun mengumumkan kemerosotan untung sebanyak 53% berbanding tempoh yang sama bagi tahun lepas, dibantu oleh margin yang rendah disebalik peningkatan revenue sebanyak 9.2% kepada RM506 juta berbanding pulangan setahun yang lepas.

Walaubagaimanapun, para penganalisis berpendapat bahawa kemerosotan untung ini adalah one-off event sahaja dan ia bakal kembali pulih pada suku yang akan datang.

Bagaimanapun, dari sudut financial ratio yang disediakan oleh seorang penganalisis, beliau menjangkakan earning per share (EPS) bagi syarikat ini adalah sebanyak 10sen bagi tahun 2012. Ini bermakna, pada harga sekarang iaitu RM2.42, harga saham ini telah didagangkan pada PE(price-to-earning ratio) 24, iaitu menyamai PE semasa bagi syarikat gergasi Petgas Bhd. Menurutnya lagi, beliau tidak percaya yang PE bagi Gas Malaysia sepatutnya menyamai PE bagi Petgas, lantas menyarankan para pelabur untuk menjauhi kaunter ini.

Apa yang harus ditekankan disini ialah para penganalisis menggunakan andaian-andaian (assumptions) berbeza-beza mengikut maklumat yang diperolehi masing-masing. Oleh itu dinasihatkan kepada para pelabur untuk membuat analisis sendiri, sebelum membuat keputusan jual beli dalam saham ini.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts